pengakap

18
PENGAKAP

Upload: ryan-gotil

Post on 30-Jul-2015

92 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengakap

PENGAKAP

Page 2: Pengakap
Page 3: Pengakap
Page 4: Pengakap

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

ROBERT BADEN-POWELL,

Page 5: Pengakap

• Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.

Page 6: Pengakap

SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

•Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).

• Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.

Page 7: Pengakap

• Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915. Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.

Page 8: Pengakap

• Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.

Page 9: Pengakap

• Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Page 10: Pengakap

• Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910 Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J. Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.

Page 11: Pengakap

LAMBANG PENGAKAP

Page 12: Pengakap

• Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.

•Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.

•Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.

•Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.

•Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.

• Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

• Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.

Page 13: Pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP• 1.Pengakap adalah sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya

2. Pengakap adalah taat kepada Yang diPertuan Agong serta Raja-Raja, Pemimpinnya, Ibu Bapanya, Majikannya dan orang-orang di bawahnya.

3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.

4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa pun negeri, pangkat dan agamanya.

5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.

6. Pengakap adalah sentiasa berlaku baik dan mengasihi segala binatang.

7. Pengakap adalah sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya dan pemimpin tanpa soal.

8. Pengakap adalah sentiasa sabar dan manis muka ketika menghadapi sebarang kesukaran.

9. Pengakap adalah berjimat cermat.

10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

Page 14: Pengakap
Page 15: Pengakap

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA•

Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung.1. Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang.2. Pemimpin berdiri menghadap bendera.3. Penolong Pemimpin berdiri di belakang tiang bendera.4. PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia.5. Pemimpin berteriak “BENDERA”6. Petugas mara ke tiang bendera.7. Petugas menarik tali, sekali sahaja.8. Petugas berundur satu langkah dan memberi hormat.9. Semua yang hadir memberi hormat.10. Petugas menjatuhkan tangan….dan diikuti oleh semua yang hadir.11. Petugas kembali ke tempat asal.12. Menyanyi Lagu Kebangsaan13. Menyanyi Lagu Pengakap Daerah14. Membaca doa15. AKELA memberi arahan “Senang diri”16. AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain

Page 16: Pengakap

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

1. Semua PKK berdiri dalam bulatan. AKELA berdiri di tengah-tengah bulatan dalam keadaan sedia.2. AKELA berteriak “BENDERA”3. Petugas mara ke tiang bendera dan terus menaikkan bendera.4. AKELA mengarah semua yang hadir menyanyi lagu Kebangsaan.5. Setelah bendera sampai ke puncak tiang, petugas berundur selangkah ke belakang dan memberi hormat.6. Semua yang hadir memberi hormat.7. Petugas balik ke tempat asal.8. Menyanyi lagu Pengakap9. Membaca doa10. Akela memberi arahan “SENANG DIRI”11. Akela memberi nasihat/kata-kata perangsang dan lain-lain.

Page 17: Pengakap

FALSAFAH PENGAKAP

• “Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.” Usaha dan amalan demikian adalah untuk memperkukuh disiplin dan akhlak diri, membentuk sifat bersopan santun, berbudi bahasa, serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, untuk menuju matlamat akhir pergerakan supaya menjadi warga yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. (Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia)

Page 18: Pengakap

MISI PENGAKAP MALAYSIA

• Berkhidmat kepada ahli pengakapdalam bidang:

• * Program Muda Remaja* Kepimpinan Dewasa* Pengurusan dan Kewangan* Perhubungan Awam* Perkembangan Ahli

• bagi membantu merekamemberi Pengakapanyang lebih baik kepadaMuda Remaja

• KEPIMPINAN ADALAH TELADANBUKANNYA KEDUDUKAN