pengajian sukatan pelajaran bahasa melayu sekolah rendah

7
PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH. PENGENALAN Diketahui umum, Pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia, Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid- murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain. Di samping itu ia dapat mengembangkan pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif. Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka Guru sebagai ejen penyampai mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21. Di dalam tugasan ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem Bahasa. Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini di samping member impak besar dalam pengajaran kami sehari-hari di dalam kelas dan

Upload: ping-lik-ling

Post on 21-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.

PENGENALAN

Diketahui umum, Pelajaran Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran teras, selaras dengan status Bahasa Melayu yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Selain sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia, Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Oleh itu penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan dan penggunaanya perlu diperbetulkan sama ada dari segi peraturan tatabahasa yang betul dan tepat, struktur ayat dan sebagainya. Ini dapat melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi serta mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain. Di samping itu ia dapat mengembangkan pemikiran mereka secara lebih kritis dan kreatif.

Justru, Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka Guru sebagai ejen penyampai mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan amanah sebagaimana hasrat dan cita-cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menyediakan pelajar mengharungi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke 21.

Di dalam tugasan ini, kumpulan kami diberi tugasan untuk menyiapkan tentang sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan kami berfokuskan kepada menghasilkan langkah-langkah aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memasukkan aspek-spek penggabungjalinan Kemahiran Bahasa, Kemahiran Bernilai tambah dan Sistem Bahasa.

Diharapkan tugasan ini akan memberi banyak menafaat kepada kami dalam menyempurnakan tugasan ini di samping member impak besar dalam pengajaran kami sehari-hari di dalam kelas dan khasnya kepada anak didik kami yang sentiasa kehausan ilmu pengetahuan.

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Page 2: Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.

Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus dipikul oleh mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan segala aspek di kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.

Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara.

Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Page 3: Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivitisme. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian . Kesemuanya jika dapat dilaksanakan akan dapat memenuhi dan mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dan dapat di laksanakan seperti yang diharapkan.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, Ini membolehkan juga murid-murid berkomunikasi untuk keperluan diri dan memperolehi ilmu, perhubungan sosil dan urusan harian mereka ,sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF

Page 4: Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid sepatutnya dapat:

1. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.

2. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam pelbagai

situasi.

3. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai

persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.

4. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.

5. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya pembelajaran berterusan.

6. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

7. Mengenali dan menghasilkan pelagai penulisan jenis kreatif dan berunsur pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul.

8. Menggunakan Bahas Melayu baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa,dan sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

9. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu.

10. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotism dan perasaan cinta akan Negara.

Secara keseluruhannya jika diteliti, objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran bertutur, membaca dan menulis. Setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu , murid-murid dapat mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan sehari-harii, bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila.

Page 5: Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Murid-murid juga ditekankan dengan kemahiran membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan, menjadikan dan membolehkan pembacaan mereka sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.

Selain daripada itu murid juga ditekankan dengan kemahiran menulis pelbagai jenis karangan dan pelbagai bentuk penulisan kreatif seperti surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul; memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul. Mereka juga dapat menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi; Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu; Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan; Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan keturunan.

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran membaca dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.