pengajian am form 6 penggal 1

20
PENDAHULUAN - Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang - Penyeludupan migrant pula bermaksud mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan tertentu. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 -Aktiviti perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. -Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. -Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. ISI 1-Tujuan Pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigrant

Upload: voo-man-cit

Post on 23-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

perdagangan manusia

TRANSCRIPT

Page 1: Pengajian AM form 6 penggal 1

PENDAHULUAN 

- Pemerdagangan orang ertinya segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang - Penyeludupan migrant pula bermaksud mengatur, memudahkan atau merancang, secara langsung atau tidak langsung, kemasukan seseorang secara tidak sah ke dalam atau melalui, atau pengeluaran seseorang secara tidak sah dari mana-mana Negara yang orang itu bukan warganegara atau pemastautin tetap sama ada dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kemasukan atau pengeluaran orang itu adalah tidak sah dan merekrut, mengangkut, memindahkan, menyembunyikan, melindungi atau menyediakan apa-apa bantuan atau perkhidmatan bagi tujuan tertentu. (Seksyen 2 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 -Aktiviti perdagangan manusia merupakan antara jenayah tertua. Ia juga dianggap sebagai suatu industri universal dan tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi. -Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. -Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. 

ISI 

1-Tujuan Pemerdagangan manusia dan penyeludupan imigrant 

(i)Eksploitasi seks. - Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan (ii) Buruh Terikat Mangsa yang diseludup secara haram dipaksa melakukan kerja melampaui keupayaan dan sekiranya mangsa menolak akan diugut diserahkan kepada pihak berkuasa. Mangsa akan dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat. Biasanya akan didera dan tidak dibayar gaji. (iii)Pengabdian Domestik Secara Paksa 

Page 2: Pengajian AM form 6 penggal 1

Mangsa ialah pekerja -pekerja domestik yang dipaksa bekerja di tempat yang tidak formal dan tidak diberi bekerja dengan pekerja yang lain. Migran asing, biasanya wanita dan kanak-kanak direkrut dari negara-negara yang kurang membangun seperti Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Latin. Wanita diarah bekerja sebagai pembantu rumah dan pengasuh manakala kanak-kanak akan dijadikan buruh atau pengemis. Mangsa akan ditempatkan di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika Syarikat, Singapura, Taiwan dan Malaysia. (iv)Permindahan Organ -Pemindahan organ merupakan salah satu dari aktiviti pemerdagangan orang. -Organ kebanyakannya diperoleh dari negara-negara miskin dan mundur. Kegiatan ini melalui cara mengeksploitasi mangsa di dalam negara ataupun yang diseludup secara haram. Ia memberikan keuntungan yang tinggi di peringkat antarabangsa. Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dianggarkan 10 peratus dari 70,000 buah pinggang yang dipindahkan setahun mungkin berasal dari pasaran gelap. (v)Pemerdagangan Bayi -Bayi yang dijual di pasaran gelap juga memberikan pulangan yang lumayan kerana permintaannya yang tinggi (contohnya di Malaysia, bayi dijual dari harga RM10,000 hingga RM20,000 seorang). Bayi yang diperdagangangkan biasanya diculik, diseludup atau dibeli oleh individu atau kumpulan yang terlibat dengan sindiket ini. Bayi mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran gelap. 

2-Faktor berlaku 

(i)Faktor Individu yang Tiada Pegangan Agama -Individu yang tidak beragama tidak mempunyai petunjuk hidup dan mudah terjebak dalam masalah sosial. Setiap agama mengajar penganutnya tidak melakukan perkara yang berdosa. Mereka yang tidak mempunyai pegangan agama mudah terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral. Meraka sanggup melakukan apa-apa saja demi mengaut keuntungan yang maksimum walaupun melakukan hal yang menyalahi undang-undang. Mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan dalam dunia ini. Seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak . (ii)Faktor Ekonomi -Melalui kajian daripada para pengkaji sosial, ditetapkan bahawa faktor ekonomi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kes penyeludupan manusia berlaku. Pada zaman kini, masalah jurang pendapatan semakin serious di Asia Tenggara.Orang yang berpendapatan rendah agak susah untuk meneruskan kehidupan mereka pada zaman ini dengan menerima gaji yang sedikit. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan pendapatan yang

Page 3: Pengajian AM form 6 penggal 1

lumayan walaupun jalan singkat tersebut menyalahi undang-undang.Akiviti pemerdagangan manusia akan mendatangkan pendapatan yang sangat lumayan.Ini telah mendorong peniaga manusia ledih giat dalam aktiviti haram ini dan bilangan kes pemerdagangan manusia di Malaysia semakin meningkat. (iii) Mencari pekerjaan yang menguntungkan di sebabkan kemiskinan -Proses globalisasi telah meningkatkan 'push-pull' faktor-faktor yang mendorong keinginan para migran untuk mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan di luar negeri (iv)Faktor Kegagalan Kerajaan -Penguatkuasaan yang tak bersistematik merupakan faktor berlakunya masalah penyeludupan manusia. Walaupun kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang dan akta untuk membanteras masalah penyeludupan manusia, tetapi usaha ini tidak dilakukan secara berterusan dan menyeluruh. Contohnya, Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai negara yang tidak memerangi isu penyeludupan manusia dengan secukupnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa orang pegawai Jabatan Imigresen telah didakwa terlibat dalam kes penyeludupan manusia. Maka, kelonggaran undang – undang ini telah menyebabkan kes penyeludupan manusia berterusan di negara Malaysia. 

3-Kesan negatif 

(ii)Mencemarkan imej Negara di Mata Dunia -Kedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia sememangnya mencemarkan imej negara. Hal ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang. Sekaligus menunjukkan negara umpama sarang (ii)Mengancam Keselamatan dan Keamanan Negara -Jenayah yang berlelusa mengancam keselamatan terutamanya wanita dan kanak-kanak yang diperalatkan untuk tujuan tertentu termasuk pelacuran, pusat hiburan dan rumah urut seta sebagainya. Sindiket atau mereka yang terlibat turut melakukan jenayah lain untuk mengaut keuntungan. (iii)Menjejaskan Hubungan Diplomatik Antara Negara -Penyeludupan dan pemerdagangan manusia melanggar hak sesebuah negara dan isu-isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara Negara. Isu-isu seperti penderaan malahan pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat (iv) Peningkatan Masalah Sosial -Masalah sosial bertambah merebak dalam masyarakat seperti berpeleseran, pelacuran, seks bebas, minum arak dan sebagainya. Penularan penyakit

Page 4: Pengajian AM form 6 penggal 1

berjangkit. Penyakit-penyakit berjangkit seperti tibi, penyakit kelamin, hepatitis dan sebagainya kembali menular dalam kalangan masyarakat 

4-Langkah-langkah mengatasi 

(i) Penguatkuasaan undang-undang -Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 -Akta Antipermerdagangan Orang 2007 (ii) Memperketat kemasukan pelancong asing serta mengawal pintu masuk sempadan dengan lebih teliti -Kawalan kemasukan pelancong asing . Menutup peluang penyeludupan manusia berlaku. Kawalan menggunakan Akta Imigresen untuk mengesan kemasukan secara haram. (iii) Koordinasi antara kementerian -Penguatkuasaan yang bersepadu antara kementerian dapat membantu mengurangkan aktiviti ini. Contohnya koordinasi antara Kementerian Pelancongan dan Kementerian Dalam Negeri bagi membersihkan imej Negara. 

KESIMPULAN 

-Aktiviti jenayah ini yang mempunyai jaringan dan sindiket profesional harus dilihat secara menyeluruh dan jika tidak dibanteras secepat mungkin boleh menjejaskan imej prestasi dan nama baik negara di mata dunia terutama imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh

Punca

Page 5: Pengajian AM form 6 penggal 1

Kenaikan harga umum berpunca daripada barang diimport. Inflasi di luar negara

mempengaruhi harga barang import khasnya makanan akan dijual lebih mahal di

negara pengimport. Kadar pertukaran wang asing yang lemah bagi ringgit juga akan

menaikan harga barangan import. Secara relatif, barang buatan luar negara adalah

lebih mahal. Jika barang-barang diimport adalah barang-barang modal seperti

jentera-jentera yang penting untuk pembangunan, negara kita masih perlu

mengimportnya walaupun harga telah melambung tinggi. 

Kos pengeluaran boleh mengakibatkan kenaikan harga umum. Kos pengangkutan

berikutan kenaikan harga diesel memaksa peniaga meningkatkan harga barang

jualan supaya keuntungan dapat dikekalkan. Kekurangan tenaga pekerja juga

mendorong pengusaha membayar gaji lebih supaya proses pengeluaran boleh

diteruskan. Kenaikan kos akan dipindahkan terhadap pengguna. Harga bahan

mentah semakin meningkat juga mempengaruhi harga jualan barang. Contohnya,

tayar kereta semestinya menjadi lebih mahal jika harga getah meningkat. 

Pembelian berlebihan mendorong masalah ini berterusan. Sikap boros pada

sesetengah rakyat menyebabkan permintaan lebih daripada penawaran barangan.

Akibatnya, harga barangan terpaksa dinaikkan. Ada yang berlumba-lumba dengan

jiran yang mempunyai kemewahan seperti kereta baru dan sebagainya tanpa

mengira harga dan keupayaan mereka untuk membayar balik pinjaman.

Penggunaan kad kredit yang semakin berleluasa menggalakkan lagi kemudahan

kredit secara keterlaluan memburukkan lagi kenaikan harga umum.

Perbuatan sesetengah para peniaga menghebatkan lagi masalah ini. Ada peniaga

menyimpan stok yang banyak sehingga penawaran barang tersebut di pasaran tidak

mencukupi menampung pemintaan pengguna. Akibatnya, harga barang tersebut

akan menaik. Terdapat juga peniaga sengaja meningkatkan harga jualan untuk

mengaut keuntungan berlebihan khasnya semasa musim perayaan. Para monopoli

pula memberikan alasan bahawa bayaran perkhidmatan mesti dinaikkan supaya

tidak megalami kerugian. Misalnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom

Malaysia dan sebagainya.

Kesan

Page 6: Pengajian AM form 6 penggal 1

Menjejaskan ekonomi negara

melemahkan daya saing negara di peringkat

serantau/antarabangsa – produk M’sia – mahal 

kerajaan terpaksa memperuntukkan subsidi khasnya dalam konteks

pembekalan makanan – melemahkan kedudukan ekonomi negara 

tambahan kos yang banyak – beban kerajaan semakin berat

membiayai mega projek pembangunan 

pelancongan? – sila huraikan sendiri

pengangguran meningkat – majikan ingin menjimatkan kos

pengeluran – pengurangkan bilangan pekerjaan menjadi pilihan

Taraf hidup rakyat menurun

Kuasa beli/kemampuan membeli? Sila huraikan sendiri

chain reaction’ di mana harga barangan (perkhidmatan seperti?)

lain turut meningkat misalnya makanan dan minuman di restoran,

sayur-sayuran, ayam, ikan, udang di pasar dan barangan runcit –

semuanya mengalami kenaikan harga 

mesti berkerja dengan lebih gigih/ lebih masa/mendapatkan

pekerjaan sambilan untuk menampung kos hidup yang semakin

meningkat

Masalah sosial meningkat

Kes jenayah – sila huraikan sendiri

Ceti haram – sila huraikan sendiri

Kegiatan masiat – sila huraikan sendiri

.

Page 7: Pengajian AM form 6 penggal 1

Kejadian jenayah yang berleluasa di bandar-bandar utama mutakhir ini adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Oleh itu, konsep Bandar Selamat adalah wajar dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan awam. Bincangkan.

Skema jawapan :                                                                                       Kejadian jenayah di bandar-bandar besar mempunyai perkaitan

dengankepesatan pertumbuhan bandar dan member kesan negative kepada kualiti hidup penduduk bandar.Jenayah yang berlaku di bandar-bandar menimbulkan kebimbangan atau rasa takut masyarakat. Oleh itu, Konsep Bandar Selamat diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan keselamatan awam dan bagi membentuk persekitaran bandar dan taman-taman perumahan yang selamat dan aman sejahtera serta mengurangkan kebimbangan/ rasa takut masyarakat terhadap kejadian jenayah (to reduce fear of crime).

Bil A – idea faktor Huraian1 Kepincangan keluarga/ Kurang kasih

sayang/hubungan kekeluargaan renggang

Masa yang berkualiti bersama anak-anak, kegagalan anak mengadu masalah/tidak mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa, anak-anak mencari kawan-kawan untuk membantu masalah mereka/bebas melakukan apa sahaja tanpa dilarang/dinasihati oleh ibu bapa

2 Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Pemantauan lemah/hukuman atau denda yang tidak setimpal/penyalahgunaan kuasa/kurang kawalan kemasukan buruh asing

3 Tekanan ekonomi – peningkatan kos sara hidup/kemiskinan dan pendapatan rendah/jurang perbezaan pendapatan

Pertumbuhan perbandaran yg pesat meningkatkan kos sara hidup – membebankan masyarakat bandar – wujud ketidak seimbangan antara pendapatan yang rendah dan kos sara hidup yang tinggi/kadar pengangguran meningkat/ harga barang meningkat

5 Pengangguran Kesan kejatuhan nilai mata wang/keperluan hidup mendesak – melakukan jenayah harta benda – merompak, membunuh, peras ugut  dll

6 Peningkatan warga asing  spt pekerja asing/PATI dll) dan penagih dadah

Bilangan penagih dadah dan PATI yang semakin meningkat di bandar-bandar besar juga menyumbang kepada peningkatan jenayah. Keinginan mereka hidup mudah tanpa bekerja bagi menampung hidup menyebabkan mereka melakukan jenayah

7 Sikap masyarakat/ Tiada kesedaran/ cuai/lalai/tidak berhati-hati/mudah terpengaruh/lemah pendidikan agama/moral

Masyarakat bandar lebih individualistik dan materialistik/kurang memberi perhatian kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Penduduk tidak memasang alat penggera/jeriji besi/mempercayai org baru dikenali/

Page 8: Pengajian AM form 6 penggal 1

8 Faktor persekitaran Pencahayaan yang kurang/lorong yang sempit/sesak memudahkan berlakunya jenayah

9 Lunturnya nilai agama dan moral dalam kalangan masyarakat

Melibatkan diri dalam jenayah di bandar kerana tidak tahu sama ada perbuatan salah atau betul /menghalalkan cara untuk capai matlamat.

B Kebaikan Bandar Selamat Huraian9 Reka bentuk persekitaran/

Infrastruktur bandar selamatPoPondok Polis Komuniti dapat memudahkan

masyarakat Bandar melaporkan jenayah yang berlaku dengan kadar segera/   Papan tanda peringatan yang dipasang dapat mengingatkan masyarakat agar sentiasa berhati-hati/ maklumat jenayah/   Cermin Keselamatan

         Tempat Letak Motosikal Berkunci – mengawasi harta benda awam /    CCTV – penting untuk membolehkan pihak berkuasa menahan penjenayah dgn segera

10 Pembangunan komuniti/Penduduk yang berpendidikan      

MnKemajuan infrastruktur yang dibangunkan secara terancang di Bandar selamat membolehkan perkongsian dan penyaluran maklumat jenayah kepada pihak polis dilakukan dengan segera/        Aktiviti pendidikan dan kesedaran dilakukan secara berterusan/         Aktiviti pencegahan jenayah melalui kempen, risalah, ceramah, dialog dan sebagainya

11 Pemantauan berkesan dan berterusan

Polis, dengan bantuan sukarelawan, akan membuat rondaan di kawasan-kawasan hot spotuntuk mencegah penjenayah dan meyakinkan masyarakat awam. Sebuahprogram khas akan dilaksanakan menerusi Sukarelawan Polis (PVR), yang akan menyerap ahli-ahli RELA dan JPAM untuk menyertai rondaan lazim, dengan itumeningkatkan kehadiran polis di mana-mana. Usaha ini juga akan diperluaskan untuk turut melibatkan polis bantuan dan SUKSIS (Kor Sukarelawan Polis SiswaSiswi)..

BAHAGIAN B

Page 9: Pengajian AM form 6 penggal 1

3. Akuakultur menyumbangkan kira-kira 20 peratus daripada jumlah tangkapan ikan diMalaysia. Salah satu kepentingan akuakultur membekalkan sumber protein.Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu dijalankan untuk meningkatkansektor ini. Jelaskan pernyataan tersebut.

Pendahuluan :

• Perikanan akuakultur pada masa kini merupakan sub sektor pertanian yang amatpenting sebagai pelengkap kepada sektor perikanan laut di Malaysia.

Isi :A) Kepentingan Akuakultur :

1. Membekalkan sumber protein.

 

Daripada sumber Jabatan Perikanan, pada tahun 2007 sahaja, akuakultur telahmenyumbangkan lebih kurang 729.47 tan metrik bekalan protein kepada negara.

 

Justeru, sumber protein yang dibekalkan adalah mencukupi.

 

Sektor akuakultur menjadi pembekal tetap kepada negara.

 

Sebagai alternatif kepada perikanan marin yang tidak dapat membekalkan ikansepanjang tahun.

 

Sebagai contoh, udang, ikan kerapu dan ikan keli.2. Menggalakkan program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Page 10: Pengajian AM form 6 penggal 1

 

Perikanan akuakultur turut membantu meningkatkan teknologi dalam negaramenerusi program R&D seperti penyelidikan pembiakbakaan, cara-carapembungkusan dan kajian pemakanan hasil ikan.

 

Sebagai contoh, Jabatan Perikanan dan Institut Penyelidikan Perikanan di PulauPinang telah menghasilkan benih ikan dan udang yang bermutu tinggi.3. Mengelakkan kepupusan hidupan marin.

 

Aktiviti perikanan di laut yang giat dijalankan telah menyebabkan sesetengahhidupan marin semakin pupus. Oleh itu, dengan adanya sektor akuakultur, spesiesmarin yang semakin pupus boleh dipelihara seperti ikan kerapu, udang harimaudan siakap.

 

Pihak kerajaan telah menghasilkan pembiakbakaan spesies baru untuk mengelakkan fenomena kepupusan.

 

EXCEL 2 : 2008 SULIT *900/2

[Lihat sebelah

 *Skema jawapan ini SULIT

SULIT*

 94. Mengurangkan kemusnahan dan gangguan ekosistem.

 

Page 11: Pengajian AM form 6 penggal 1

Tidak melibatkan penggunaan peralatan yang boleh mengganggu danmemusnahkan habitat.

 

Sebagai contoh, pihak nelayan tidak perlu lagi menggunakan pukat yang akanmemusnahkan batu karang.

 

Tidak mencemarkan air kerana menggunakan teknologi mesra alam. Sebagaicontoh, penggunaan sangkar dan tong.

B) Langkah-langkah Memajukan Bidang Akuakultur :

5. Melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

 

Aplikasi bioteknologi dalam akuakultur.

 

Penyelidikan untuk menghasilkan ikan-ikan yang bermutu tinggi seperti keraputikus, siakap dan udang harimau.

 

Kajian tentang kaedah penternakan yang mesra alam.

 

Sebagai contoh, penternakan ikan keli yang dijalankan di Kelantan denganmenggunakan tong.

Page 12: Pengajian AM form 6 penggal 1

 

Membuat kajian dan penyelidikan yang berterusan dalam bidang sains pemakananberasaskan akuakultur.6. Meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang akuakultur.

 

Sebagai contoh, Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menawarkan SekolahBiologi Marin yang memberikan penumpuan terhadap kepentingan akuakultur.

 

Universiti Sains Malaysia (USM) telah memperkenalkan bidang SainsPemakanan.

 

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah memberikan penekananterhadap cara dan kaedah-kaedah baru dalam penternakan ikan.

 

Latihan kepakaran di negara-negara luar seperti Jepun dan Jerman.7. Penggunaan teknologi terkini.

 

Penggunaan teknologi pembiakbakaan dalam akuakultur.

 

Page 13: Pengajian AM form 6 penggal 1

Sebagai contoh, teknologi dari Jerman telah digunakan oleh LKIM untuk memajukan kaedah pembiakbakaan di Malaysia.

 

Teknologi pembungkusan telah dilaksanakan dengan berkesan dan menghasilkanbahan akuakultur yang bernilai tinggi dan komersil.8. Mempelbagaikan makanan berasaskan akuakultur.

 

Teknologi pengawetan telah menghasilkan makanan berasaskan akuakultur yangtahan lama dan boleh dieksport.

 

Pengetinan ikan telah dijalankan seperti ikan keli, siakap dan kerapu.

 

EXCEL 2 : 2008 SULIT *900/2

[Lihat sebelah

 *Skema jawapan ini SULIT

SULIT*

 10

 

Penghasilan makanan berasaskan hidupan marin seperti bebola ikan, keropok udang dan sos tiram.

Penutup :

Page 14: Pengajian AM form 6 penggal 1

 

Sektor akuakultur sangat penting bagi menjamin bekalan protein yang berterusan.

Stres dapat menjadi pendorong kepada sesuatu tindakan dan pencapaian serta boleh menimbulkan masalah kesihatan. Stres merupakan hasil interaksi antara peristiwa 

Page 15: Pengajian AM form 6 penggal 1

persekitaran dengan individu. Paras stress yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan cara individu tersebut bertindak balas.

Stres member kesan terhadap emosi seseorang. Emosi seseorang itu akan terganggu dan perasaan risau sentiasa menghantuinya. Selain itu, seseorang itu mengalami ketegangan fikiran dan tidak dapat membuat keputusan dengan baik. Stres juga menyebabkan seseorang itu berasa seolah-olah otaknya sentiasa letih dan penat berfikir.Stres mengubah sikap seseorang itu daripada seorang yang sabar kepada cepat marah dan sentiasa mengeluh. Kadang-kadang, seseorang itu juga menunjukkan perasaan runsing, kecewa dan mudah menangis. Stres yang tidak terkawal akan menyebabkan perasaan cemas, sensitive,murung,sukar tidur dan hilang selera makan.

Stres juga mendatangkan ancaman penyakit kepada kesihatan seseorang. Apabila seseorang itu mengalami stres, kadar denyutan jantung menjadi cepat dan menyebabkan tekanan darah turut meningkat. Sistem penghadaman juga menjadi perlahan dan beberapa bahan kimia dalam tubuh dilepaskan supaya darah lebih mudah bergumpal. Selain itu, kadar pernafasan yang semakin laju menyebabkan otot-otot menjadi tegang. Hal yang demikian menyebabkan kadar perpeluhan yang meningkat. Penyakit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi dan strok mudah menyerang seseorang yang mengalami stress.

Stres juga member ketidakselesaan kepada seseorang. Apabila stress, seseorang itu akan mengalami denyutan jantung yang laju dan tidak tetap. Hal ini demikian kerana otot-ototo menjadi tegang dan mengakibatkan dada berasa tidak selesa. Secara fizikalnya, seseorang itu akan mengalami sakit kepala dan kadang-kadang muntah. Stres juga menyebabkan seseorang itu kerap membuang air kecil. Tubuh badan akan berasa letih, lesu dan lemah. Mulut dan tekak akan menjadi kering dan menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa. Selain itu, masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat juga timbul.

Di samping kesan buruk, stress juga memberikan kesan yang baik secara semula jadi. Badan dapat bertindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan yang diterima dengan merembeskan hormone adrenocorticotropik (ACTH). Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin akan membantu meningkatkan daya tumpuan, mempercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakkan seseorang. Hal ini demikian membolehkan seseorang itu menganggap stress mampu menjadikannya bertiindak lebih aktif dan membuat pertimbangan yang wajar. Ketiadaan stress akan menjadikan seseorang itu lambat bertindak balas kerana sentiasa berada di zon selesa.

Page 16: Pengajian AM form 6 penggal 1

Kesimpulannya, stress atau tekanan yang dialami oleh seseorang individu merupakan tindak balas daripada ketidakupayaan seseorang menangani masalah yang sedang dihadapi. Sekiranya tekanan atau stress ini tidak ditangani, akan memudaratkan individu tersebut baik daripada aspek fizikal, mental, emosi mahupun aktiviti sosial mereka.