pengajaran kelas multigred- hotel empress

Upload: alex-king

Post on 07-Jan-2016

319 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kaedah Pengajaran Multilevel & Multigred penting dalam pengajaran dan pembelajaran di SDH

TRANSCRIPT

  • PEDAGOGI KELAS MULTI GRED Hj. Mohd Zamri B. AbdullahJabatan Ilmu PendidikanIPG Kampus Kota Bharu

  • SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

    Penubuhan SDH adalah satu inisiatif bersama Kementrian Pelajaran Malaysia, Kementrian Kesihatan Malaysia dan Yayasan Nurul Yaqeen terhadap keperluan meneruskan pendidikan kepada murid yang berada di wad hospital dan mempunyai kesediaan untuk belajar

    Pembelajaran di SDH berorientasikan didik hibur (fun learning) dan fleksibel dalam persekitaran yang kondusif.

    Sebagai terapi membantu proses penyembuhan masalah kesihatan yang di tanggung oleh murid. .

  • Proses P&P di SDH dilaksanakan di dalam kelas secara berkumpulan atau di wad secara individu.Murid yang layak ialah semua murid warganegara dalam peringkat persekolahan daripada prasekolah hingga menengah atas yang berdaftar disekolah kerajaan atau swasta.Murid yang menerima rawatan di wad lebih daripada 3 hari dan di perakui oleh pegawai perubatan dan mendapat kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga.

  • GURU SDH

    Guru SDH adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang berpengalaman mengajar melebihi 3 tahun dan berkeupayaan mengajar pelbagai peringkat (multigrade) iaitu rendah dan menengah.

    Pembelajaran berteraskan Kurikulum Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996.

  • SEJARAH & KONSEP KELAS MULTIGRED Pendemokrasian pendidikan - Setiap murid perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan Di SDH :kurang murid (SKM)Kurang guru (SKG)Maka diwujudkan kelas multigredOleh sebab : Murid dicantum dalam satu kelasGuru mengajar beberapa kelas dalam satu masa

    Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia dikenali sebagai Multiple Class Teaching.

    Multiple Class Teaching dijalankan di Lower Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

  • KONSEP KELAS MULTIGREDKelas multigred sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam sebuah bilik darjah. (UNESCO, 1988).

    Seseorang guru mengajar lebih drp satu kelas yang mempunyai murid-murid yang berbeza umur dan tahun persekolahan dalam satu bilik darjah.

  • CIRI-CIRI KELAS MULTIGRED SDH SDH mempunyai dua bilik darjah iaitu satu untuk sekolah rendah dan satu untuk sekolah menengah. Kelas dilengkapi dengan ABM yang sesuai dengan keperluan murid.

    Pelajar SDH adalah pesakit kanak-kanak hospital berumur 4 -18 tahun.

    Guru mengajar dikelas SDH atau dikatil dalam wad mengikut jadual yang ditentukan Penyelia SDH

  • Tumpuan kurikulum SDH adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,Matematik,Sains dan Kokurikulum.

    Pembelajaran berorintasikan pembelajaran kendiri,mendapatkan maklumat secara sendiri, kemampuan sendiri dan penilaian sendiri.CIRI-CIRI KELAS MULTIGRED SDH

  • Murid yang boleh bergerak kekelas SDH walaupun terikat dengan alat seperti berkerusi roda atau beranduh dgn splint.Menggunakan konsep ajar tahun 2 dahulu, murid tahun 3 lihat. Beri kerja murid tahun 2, kemudian ajar murid tahun 3.Guru SDH perlu kemahiran membuat keputusanyang cepat dalam merancang aktiviti kerana murid berbeza setiap hari.PENGAJAR AN DI KELAS SDH

  • Pengajaran di tepi katil dalam wad bagi murid yang tidak boleh bergerak ke kelas SDH.

    Murid di bawah traction yang baru lepas pembedahan, masalah pernafasan dan terikat dengan alat yang di pasang pada badan mereka atau melecur badan.PENGAJARAN DI WAD

  • PEDAGOGI KELAS MULTIGRED :Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

    Kumpulan Sama KebolehanKumpulan Pelbagai KebolehanKumpulan Tahun PersekolahanKumpulan SosialKumpulan Individu

  • 1. KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN : Dikenali sebagai kumpulan akademik. Sesuai : matematik dan bahasa Perlaksanaan :Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Guru membahagikan murid-murid pada kumpulan-kumpulan tertentu :1. lemah2. Sederhana3. cerdas

  • CANTUMAN KELAS : CANTUMAN TAHUN 2 DAN 3

    KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN

    PETUNJUK:-

    TAHUN 2

    A

    B

    C

    KUMPULAN ATahun 2 dan 3 yang lambatKUMPULAN BTahun 2 dan 3 yang sederhanaKUMPULAN CTahun 2 dan 3 yang cerdas

    PAPAN TULIS

    SUDUT PEMBELAJARAN

    SUDUT BACAAN

    SUDUT PEMBELAJARAN

    SUDUT PAMERAN

    Meja

    Guru

    TAHUN 3

  • terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. terdiri daripada murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal. 2. Murid pelbagai kemahiran* Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. 2. KUMPULAN PELBAGAI KEBOLEHAN:

  • Guru mengajar satu tahun tertentu, Dalam masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri dalam kelas sama. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan: lambat sederhana cerdasGuru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

    3. KUMPULAN TAHUN PERSEKOLAHAN

  • Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri. kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah : permainan, pelajaran muzik, drama atau pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

    4. KUMPULAN SOSIAL

  • Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.semua pelajar yang bermasalah dicantum dalam satu ruang pembelajaran

    KUMPULAN INDIVIDU:

  • Fasa sebelum pengajaran Guru perlu buat persediaan sebelum menerima pelajar SDH. Senarai nama murid akan diterima jam 9.00 pagi daripada wad.Guru akan menentukan objektif ,abm dan aktiviti pengajaran berdasarkan ciri murid yang hadir.

    FASA PENGAJARAN

  • Pelajar akan hadir ke kelas SDH jam 10 pagiPembelajaran boleh dijalankan secara kumpulan mengikut matapelajaran .Ada juga murid boleh diberi tugasan individu mengikut keperluan pembelajaran sesorang murid.FASA KETIKA PENGAJARAN

  • Selepas sesi pengajaran di kelas SDH, guru membuat catatan proses pengajaran. Catatan ini menggantikan Rancangan Pengajaran Harian. Rekod pembelajaran individu juga dikemaskini pada masa ini.FASA SELEPAS SESI PENGAJARAN

  • STRATEGI PENGAJARAN MULTIGRED

  • Guru menulis arahan kpd perkara yang perlu dilakukan di atas Kad Kerja Individu. Murid perlu membaca kad tersebut dan melakukan tugasan yang diberi. Guru boleh memberi tumpuan kepada pelajar lain pula.1. KAD KERJA INDIVIDU

  • Kaedah :Apabila terdapat beberapa gred murid dalam satu kelas guru mula mengajar dengan satu kumpulan. Kumpulan kedua memerhati guru mengajar kumpulan pertama.Guru meminta murid kumpulan 1 membuat kerja. Ketika murid kumpulan 1 membuat kerja, guru mengajar kumpulan kedua.2. AKTIVITI SATU LEPAS SATU

  • Guru memulakan pengajaran dengan murid pertama, kemudian sambil pelajar itu menjalankan tugasnya, guru mengajar murid kedua.Biasanya dilakukan untuk mata pelajaran sama seperti matematik, sains dan bahasa.3. PERMULAAN DI TANGGUH

  • Kaedah pengajaran ini bermula dengan mengulangkaji pelajaran sebelumnya. Kemudian guru memberi tahu pelajar objektif pelajaran dan mengajar secara ekspositori.Pengajaran berlangsung secara interaktif dengan teknik sesi soal jawab dan selepas itu murid diberi tugasan individu.Guru melawat murid seorang demi seorang dan memberi bimbingan dan pemantauan.4. PENGAJARAN TERUS

  • Elemen utama dalam merancang proses P&P di SDH adalah berbentuk Rancangan Pendidikan Individu (RPI).RPI dibentuk berdasarkan rekod pencapaian pembelajaran semasa murid daripada sekolah asal.RPI dapat menunjukkan pencapaian murid dengan jelas dan bertindak sebagai penilaian sama ada mencapai objektif pengajaran pada hari tersebut.PERSEDIAAN MENGAJAR GURU SDH

  • RPI adalah dokumen yang yang dirancang khas untuk seseorang murid.

    Merupakan kontrak pembelajaran seseorang murid dan boleh digunakan sebagai program penilaian berterusan untuk seseorang individu.RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

  • Kompehensif Merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkahlaku sosial,akademik, pengurusan diri,kemahiran motor kasar dan motor halus.

    SpesifikMatlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkahlaku yang dapat diperhatikan dan boleh diukur.

    Mengikut UrutanRPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.CIRI - CIRI RPI

  • Oleh sebab enrolmen murid SDH tidak tetap dan murid yang hadir tidak sama setiap hari, menyediakan rekod persediaan mengajar adalah sukar.Guru SDH menulis rekod pengajarannya selepas sesi pengajaran dilaksanakan.Rekod yang ditulis meliputi nama murid,pengajaran yang dilaksanakan dan refleksi terhadap pengajaran yang dilakukan.REKOD PENGAJARAN GURU

  • Mengajar di SDH mencabar kredibiliti guru. Guru perlu mahir kurikulum yang pelbagai dan menguasai pelbagai strategi dan kaedah pengajaran.Guru perlu bijak membuat keputusan dan memilih strategi yang sesuai untuk pelajar.Guru seronok mengajar dan pelajar seronok belajar. Sebagai terapi mempercepatkan proses penyembuhan penyakit murid.KESIMPULAN

  • SEKIAN TERIMA KASIH

    ***********************************