pengajaran inkuiri dan perkembangan domain kognitif...

19
119 Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015 PENGAJARAN INKUIRI DAN KESANNYA TERHADAP PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MURID Maria Salih & Kukan Nallapen Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau fasa-fasa dalam pengajaran inkuiri dan kesannya terhadap perkembangan domain kognitif, psikomotor dan afektif murid. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti fasa yang memberikan perkembangan yang optimum kepada domain-domain yang dikaji. Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid (8 lelaki dan 12 perempuan) dari sebuah sekolah rendah yang terletak di Sepang. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk permerhatian naratif (narrative observation). Keberkesanan pengajaran inkuiri diukur dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur yang mengandungi ciri-ciri perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Rakaman video juga digunakan untuk mengenalpasi kejituan data pemerhatian yang dibuat oleh pemerhati. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mencari peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science Window 17.0 (SPSS 17.0). Dapatan kajian menunjukkan perkembangan dalam domain kognitif ialah 84.75%, psikomotor ialah 52.5% dan afektif ialah 85.25%. Perkembangan domain kognitif yang optimum berlaku pada fasa menyoal sebanyak 93% manakala perkembangan optimum domain psikomotor dan domain afektif berlaku pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat masing-masing mencatatkan peratus sebanyak 94% dan 92%. Kajian ini menunjukkan dalam pengajaran inkuiri memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan

Upload: vunhu

Post on 06-Feb-2018

256 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

119

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

PENGAJARAN INKUIRI DAN KESANNYA TERHADAP

PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF MURID

Maria Salih & Kukan NallapenUniversiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meninjau fasa-fasa dalam pengajaran inkuiri dan kesannya terhadap perkembangan domain kognitif, psikomotor dan afektif murid. Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti fasa yang memberikan perkembangan yang optimum kepada domain-domain yang dikaji. Responden kajian terdiri daripada 20 orang murid (8 lelaki dan 12 perempuan) dari sebuah sekolah rendah yang terletak di Sepang. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang berbentuk permerhatian naratif (narrative observation). Keberkesanan pengajaran inkuiri diukur dengan menggunakan borang pemerhatian berstruktur yang mengandungi ciri-ciri perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif pelajar. Rakaman video juga digunakan untuk mengenalpasi kejituan data pemerhatian yang dibuat oleh pemerhati. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mencari peratusan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science Window 17.0 (SPSS 17.0). Dapatan kajian menunjukkan perkembangan dalam domain kognitif ialah 84.75%, psikomotor ialah 52.5% dan afektif ialah 85.25%. Perkembangan domain kognitif yang optimum berlaku pada fasa menyoal sebanyak 93% manakala perkembangan optimum domain psikomotor dan domain afektif berlaku pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat masing-masing mencatatkan peratus sebanyak 94% dan 92%. Kajian ini menunjukkan dalam pengajaran inkuiri memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan

Page 2: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

120

ketiga-tiga domain terutama sekali domain afektif. Dengan ini, guru-guru sains digalakkan untuk menggunakan strategi inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan memberi penekankan kepada fasa-fasa menyoal, menyiasat dan mengumpul maklumat.

Kata kunci pengajaran inkuiri, domain pembelajaran, kognitif, afektif dan psikomotor

Abstract

The purpose of this study is to investigate the phases in inquiry based teaching and its effection on student’s cognitive, psychomotor and affective development. In addition, the study hope to identify the phases in inquiry based learning that provides optimal development. The respondent for this study consisted of 20 students (8 male and 12 female) from a primary school in Sepang. This is a qualitative study involving narrative observation. The effect of inquiry based learning was measured via a structured observation checklist video recordings was used to identify the accuracy of the observations made. Data was analysed quantitatively using Statistical Packages for the Social Science Window 17.0 (SPSS 17.0) .The findings showed that there is an increase in cognitive domain (84.75%), psychomotor domain (52.5%) and affective domain (85.25%). The results indicaed that the optimal development of the cognitive domain befalls at the questioning phase with a mean of 93%. As for the psychomotor and affective domain, there was an optimal development in the phases of investigating and collecting information each record mean of 94% and 92% respectively. It can be concluded that there is a consistent improvement in the development of student’s cognitive, psychomotor and affective domain from week one to week five in the inquiry based teaching. Therefore science teachers are encouraged to implement inquiry based learning in their teaching with more emphasis in the questioning, investigating and information gathering phases of the inquiry process.

Keywords inquiry based teaching, educational domain, cognitive, psychomotor and affective

PENGENALANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan dalam usaha untuk meningkatkan dan memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

Page 3: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

121

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan fizikal yang seimbang dan harmoni, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Nik Zarini & Salmiza, 2012). Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berwibawa, yang mempunyai standard moral yang tinggi, dan yang bertanggungjawab dan mampu mencapai tahap yang tinggi peribadi kesejahteraan serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kebaikan keluarga, masyarakat dan negara, amnya.

Menurut Nik Zarini dan Salmiza (2012) kurikulum sains negara secara jelasnya memfokuskan kepada penguasaan kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir, pemahaman konsep sains, serta penyemaian nilai saintifik di sanubari murid melalui pembelajaran sains yang berkesan. Kemahiran proses sains memainkan peranan yang penting dalam pendidikan sains kerana ia menjadi nadi kepada kerja praktikal sains ataupun eksperimen sains (Gyllenpalm & Wickman, 2011). Penggunaan ilmu sains dan teknologi secara optimum menjadi satu platform dalam usaha untuk melahirkan warga Malaysia yang mampu bersaing di persada dunia dengan menerima perubahan dunia bagi merealisasikan Wawasan 2020 yang diilhamkan pada 1991 untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

PENYATAAN MASALAHMurid-murid pada masa kini, kurang meminati mata pelajaran sains kerana ia telah menjadi satu bebanan kepada mereka. Murid-murid bertanggapan bahawa matapelajaran sains adalah sesuatu yang membosankan dan mereka perlu mempelajari sains untuk lulus dalam peperiksaan sekolah dan awam. Unsur-unsur seperti eksperimen, simulasi, analogi, kajian lapangan dan penggunaan bahan-bahan maujud yang menjadi nadi dalam pengajaran dan pembelajaran sains jarang dipraktikkan oleh guru sains (Twigg, 2010). Beberapa kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti pengajaran berorientasikan peperiksaan, penekanan hanya kepada tahap kognitif serta strategi pengajaran dan pembelajaran sains yang membosankan memainkan peranan yang besar dalam kemerosotan kemahuan murid untuk belajar sains (Rissing & Cogan, 2009).

a) Pembelajaran berorientasikan peperiksaan Peperiksaan awam seperti Sijil Tinggi Penilaian Malaysia

(STPM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah

Page 4: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

122

Rendah (PMR) dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi penilai kepada prestasi akademik seorang murid di Malaysia. Lembaga Peperiksaan Malaysia merupakan badan yang mengelolakan peperiksaan awam dan keputusan yang dikeluarkan oleh lembaga digunakan sebagai keputusan rasmi di Malaysia. Selain itu, pelbagai inisiatif yang lumayan ditawarkan kepada pihak sekolah yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam. Guru-guru sains berjuang untuk memastikan murid-murid mereka mencapai sekurang-kurangnya lulus dalam peperiksaan awam. Pihak pengurusan sekolah juga meletakkan KPI kepada Panitia Sains sekolah supaya memastikan murid-murid lulus dalam peperiksaan awam. Secara tidak langsung situasi ini mendorong kepada guru sains supaya mengamalkan pengajaran berorientasikan peperiksaan tanpa menghiraukan erti Falsafah Pendidikan Sains Negara. Strategi pengajaran ini memaksa murid untuk menghafal konsep sains sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Ia mengakibatkan murid-murid hilang kemahuan untuk belajar dan menerokai dunia sains.

b) Penekanan hanya kepada tahap kognitif Menurut Mok (2008) pendidikan ialah suatu proses yang memberi

penekanan kepada aspek fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta meningkatkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memotivasikan diri murid untuk menimba ilmu. Namun kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran hanya berfokuskan kepada buku teks dan perbincangan soalan-soalan sumatif. Pada masa kini guru-guru hanya memberikan penekanan kepada tahap kognitif murid sahaja tanpa menghiraukan kemahiran psikomotor dan afektif murid. Kenyataan ini selari dengan pendapat Zembal-Saul (2009) yang mengatakan bahawa lazimnya pengajaran sains hanya memberi tumpuan kepada pencapaian perubahan intelektual murid iaitu domain kognitif murid. Ini memberikan kesan yang negatif dalam kalangan murid untuk belajar sains dengan gembira.

c) Strategi pengajaran yang membosankan. Strategi pengajaran “chalk and talk” telah menjadi satu strategi

pengajaran yang sangat popular dalam kalangan guru-guru sains. Strategi pengajaran tradisional ini kurang memberi kesan ke atas pendekatan pembelajaran murid (Rahimah, 2000). Murid-

Page 5: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

123

murid berasa jemu dan kurang bermotivasi dalam kelas sains kerana strategi pengajaran yang sama dipraktikkan sepanjang tahun. Walaupun Pusat perkembangan Kurikulum (2003) telah mencadangkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, namun guru-guru sains kurang memberi perhatian dalam hal ini.

LATAR BELAKANG KAJIANStrategi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah umpama dayung dalam sebuah sampan. Dalam kurikulum sains, strategi pengajaran bermotifkan proses penyampaian kemahiran dan ilmu sains yang dapat mengembangkan kognitif murid sains ke tahap yang maksimum. Strategi pengajaran sains perlu meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kreatif dan kritis (Harlen, 2000). Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) strategi pengajaran sains yang efektif perlu mengintegrasikan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Sejajar dengan itu PPK telah mencadangkan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran untuk diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Antaranya ialah pendekatan inkuiri penemuan, konstruktivisme, pendekatan sains, teknologi dan masyarakat, pembelajaran konteksual dan pembelajaran masteri.

Pengajaran inkuiri merupakan satu kaedah pembelajaran melalui pengalaman. Dalam pengajaran inkuiri, murid-murid akan melalui aktiviti seperti mengeksperimen dan menyiasat sesuatu fenomena bagi mencapai kesimpulan sendiri. Ia juga membantu dalam perkembangan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik murid (Bachtold, 2013). Menurut Gyllenpalm dan Wickman (2011) terdapat empat fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan Jadual 1 menunjukkan fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan.

Jadual 1 Fasa dalam Pengajaran Inkuiri Penemuan

Kategori Penjelasan

Menyoal

Ini adalah fasa pembangunan konsep. Ia menghubungkan murid dengan apa yang mereka sudah tahu dan mendorong mereka untuk membawa soalan mereka sendiri untuk fenomena ini. Ia merangsang minat pelajar dalam topik.

Page 6: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

124

Merancang danmeramal

Pada fasa ini, murid akan merumuskan masalah yang timbul pada fasa sebelumnya dan merangka satu pelan untuk menyiasat soalan yang mencabar minada mereka. Mereka juga akan meramalkan hasil dapatan sebelum melaksanakan siasatan.

Menyiasat dan mengumpulmaklumat

Pada fasa ini murid terlibat dalam penyiasatan dan penerokaan untuk mendapatkan satu kesimpulan yang nyata bagi menjawab soalan yang tercetus pada fasa pertama. Murid akan merekodkan penemuan atau dapatan mereka dalam bentuk jadual, graf, gambar rajah dan sebagainya. Murid akan menerangkan soalan yang timbul, inferensnya, prosedur siasatan dan cara mentafsir keputusan siastan.

RefleksiPada fasa ini, murid akan membuat kesimpulan tentang penerokaannya. Ada kemungkinan untuk pencetusan soalan baru yang boleh disiasat.

Menurut Bachtold (2013) strategi inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains memberikan penekanan kepada kemahiran saintifik yang membawa kesan positif dalam pencapaian murid dan sikap saintifik murid. Tambahan pula Hansen dan Johnson (2006) menyarankan bahawa murid-murid yang mengikuti pembelajaran inkuiri penemuan lebih cenderung untuk mengaplikasikan konsep sains yang dipelajari dan menggunakan pemikiran aras tinggi. Ia membantu murid untuk menjawab soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Menurut Barrow (2008) strategi penyoalan yang berkesan mencabar murid untuk meneroka dunia sains yang tanpa batasan dan membuat kesimpulan. Ia juga mendorong murid supaya mengaplikasikannya serta merta. Ini meningkatkan lagi pemahaman murid dan mereka teruja untuk menimba ilmu sains.

Domain pembelajaran tidak asing dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sains. Ia dibahagikan kepada tiga kategori iaitu domain kognitif yang memfokuskan intelektual murid, domain psikomotor yang memfokuskan kemahiran fizikal murid dan afektif yang memfokuskan perkembangan perasaan atau emosi murid. Ia direka untuk menggalakkan murid-murid supaya menilai dan menganalisis

Samb...(Jadual 1)

Page 7: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

125

ilmu Sains yang dipelajari. Menurut Mok (2008) pendidikan ialah suatu proses yang memberi penekanan kepada aspek fizikal, intelek, sosial, dan emosi seseorang individu serta meningkatkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan, dan pengalaman supaya dapat memotivasikan diri untuk menjadi seorang warga yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kepelbagaian potensi murid harus diberi perhatian bagi mencapai tahap perkembangan yang optimum.

Menurut Paul dan Elder (2004), kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam perolehan, penghasilan pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan proses mental. Maklumat yang diterima dipadankan, dibandingkan dan diklasifikasikan dengan maklumat yang sedia tersimpan dalam ingatan jangka pendek dan jangka panjang. Menurut Taksonomi Bloom (Anderson et.al., 2001) kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, penerapan, analisis, sintesis dan penilaian. Menurut Cooper dan Higgins (2014) domain psikomotor merupakan satu proses di mana memberi penekanan kepada aspek keterampilan kemahiran motor dan pergerakkan. Domain Psikomotor adalah kemampuan yang dihasilkan oleh kemahiran motor murid yang berkebolehan untuk menjalankan sesuatu aktiviti (Opera, 2014). Selain kemahiran motor, domain psikomotor juga memberi penekanan kepada kebolehan intelektual dan sosial. Model Psikomotor Simpson (1972) membahagikan kemahiran psikomotor kepada tujuh tahap penguasaan kemahiran iaitu persepsi, set, maklum balas terbimbing, mekanisma, maklumbalas kompleks, adaptasi dan keaslian.

Menurut Taber (2015) domain afektif ialah strategi pembentukan akhlak yang memberi penekanan dalam pembentukkan keperibadian murid melalui akidah dan akhlak. Model afektif Karathwohl yang diilhamkan pada tahun 1964 membahagikan domain psikomotor afektif kepada lima kategori iaitu menerima fenomena, bertindak balas kepada fenomena, menghargai, organisasi dan penerapan nilai (Krathwohl, 2002).

OBJEKTIF KAJIANi) Mengenal pasti keberkesanan inkuiri penemuan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran sains terhadap:

a) Perkembangan tahap kognitif dari segi aras kemahiran kefahaman dan aplikasi murid.

Page 8: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

126

b) Perkembangan psikomotor dari segi persepsi (perception), maklum balas terbimbing (guided response), maklum balas kompleks (complex overt response) dan penyesuaian (adaptation).

c) Perkembangan nilai afektif dari segi menerima fenomena, bertindak balas kepada fenomena, menghargai dan penerapan nilai (tingkah laku) murid.

ii) Mengenal pasti fasa pengajaran inkuiri yang memberikan perkembangan yang optimum dari segi kognitif, psikomotor dan afektif.

REKA BENTUK KAJIANKajian ini merupakan sebuah kajian tindakan. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan strategi kualitatif yang berbentuk narrative observation. Penyelidik tidak ada kawalan terhadap pembolehubah-pembolehubah yang digunakan ataupun tidak dapat manipulasikan pembolehubah-pembolehubah bebas yang mengakibatkan sesuatu kesan terhadap pembolehubah bersandar. Jadi, ia juga bertujuan untuk mengetahui hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang sedia wujud iaitu tiga pembolehubah bersandar (domain kognitif, psikomotor dan afektif) dengan pembolehubah tidak bersandar (murid-murid Tahun 4S SJK (T) Sepang).

PERSAMPELAN Strategi persampelan yang digunakan oleh penyelidik adalah strategi persampelan bertujuan. Sampel ini dipilih kerana penyelidik menjadi guru sains dalam kelas yang digunakan sebagai tempat kajian. Kesemua murid 4S di SJK (T) Sepang digunakan sebagai sampel oleh penyelidik dalam kajian ini. Sampel ini terdiri daripada 20 orang murid. Daripada jumlah murid tersebut, 8 orang merupakan murid lelaki dan 12 orang adalah murid perempuan. Kesemua sampel kajian akan diuji pada proses pengajaran dan pembelajaran sains yang dijalankan oleh penyelidik selama lima minggu

Page 9: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

127

PROSEDUR KAJIANKeberkesanan strategi ini diuji melalui perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif. Kategori yang menjadi tumpuan dalam domain kognitif ialah pemahaman dan penerapan. Kategori kesedaran, set, respons berpandu dan adaptasi menjadi tumpuan pengjkaji dalam domain psikomotor. Semua kategori dalam domain afektif menjadi tumpuan dalam kajian ini. Guru Pakar Sains yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran mata pelajaran sains akan menjadi pemerhati. Beliau telah diterangkan tentang objektif kajian dan item-item pemerhatian. Beliau akan memerhati dan memantau 10 orang sampel pada perjumpaan pertama dan 10 orang sampel yang lain pada sesi perjumpaan kedua. Pemerhatian dilakukan dua kali seminggu semasa penyelidik menggunakan strategi inkuiri penemuan dalam proses pengajarannya. Kajian rintis dijalankan sebelum pelaksanaan inkuiri penemuan dalam proses pengajaran pembelajaran bagi mendapatkan kebolehpercayaan data yang diberikan oleh pemerhati. Kajian rintis dijalankan selama dua minggu dan proses pengumpulan data dilakukan selama lima minggu.

Data dianalisis dengan menggunakan analisis diskriptif berdasarkan data yang diperolehi. Ia dapat membantu dalam membuat kesimpulan mengenai data numerikal dan merumuskan maklumat daripada set data serta mempersembahkan maklumat tersebut dalam bentuk grafik. Perkembangan murid dalam domain pembelajaran dikumpulkan dengan menggunakan peratus. Skor-skor perkembangan murid dijumlahkan dan dibahagikan kepada jumlah skor maksimum untuk menentukan peratus. Selain itu julat antara 5 minggu ditentukan dengan mencari perbezaan antara data yang dikumpul pada minggu kelima dan minggu pertama. Julat positif akan menunjukkan terdapat perkembangan dan julat negatif akan menunjukkan tidak berlaku perkembangan serta ujian yang dilakukan tidak berkesan. Perkembangan domain pembelajaran mengikut fasa pengajaran inkuiri penemuan ditentukan melalui peratus min data-data perkembangan domain pembelajaran. Kesemua data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Sciences Window 17.0 (SPSS 17.0).

Page 10: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

128

INSTRUMEN KAJIANPemerhatian digunakan sebagai instrumen kajian utama oleh penyelidik dengan menggunakan senarai semak pemerhatian (Lampiran 1). Penyelidik membahagikan senarai semak pemerhatian kepada tiga domain iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Domain kognitif dan domain psikomotor mempunyai 4 item manakala domain afektif mempunyai 5 item. Setiap satu item dinilai mengikut nombor yang mewakili tahap-tahap yang ditetapkan iaitu lemah, kurang memuaskan, memuaskan, baik dan sangat baik. Pemerhati akan memantau proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh penyelidik dan memberikan data pemerhatian dengan menggunakan senarai semak pemerhatian. Rakaman merupakan instrument kajian sekunder yang digunakan oleh penyelidik dalam usaha untuk mendapatkan data bagi kajian. Rakaman dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh penyelidik dengan menggunakan strategi inkuiri penemuan. Rakaman dilakukan selama lima minggu dan dua sesi bagi setiap minggu. Pada sesi pertama rakaman difokuskan kepada sepuluh orang murid yang pertama dan sepuluh orang murid yang lain pada sesi kedua. Selepas proses pengajaran dan pembelajaran, penyelidik akan menonton rakaman tersebut dan memerhati perkembangan domain pembelajaran dengan menggunakan senarai semak pemerhatian (Lampiran 1) yang sama. Sekiranya terdapat banyak perbezaan di antara data pemerhatian yang dijalankan oleh pemerhati dengan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik data tersebut dikira tidak sah. Data dikumpulkan pada sesi seterusnya.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

a) Kesan Inkuiri Penemuan dalam perkembangan domain pembelajaran

Strategi inkuiri penemuan telah memberikan impak yang besar dalam perkembangan domain pembelajaran iaiatu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Jadual 2 dan rajah 1 menunjukkan taburan peratus min perkembangan domain pembelajaran.

Page 11: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

129

Jadual 2 Taburan peratus min perkembangan domain pembelajaran

Domain Pembelajaran Min (%) Perkembangan Domain Pembelajaran

Kognif 84.75

Psikomotor 52.50

Afektif 85.25

Rajah 1 Taburan min perkembangan domain pembelajaran

Berdasarkan jadual 2, min perkembangan kognitif menunjukkan 84.75%, perkembangan psikomotor 52.50% dan perkembangan afektif menunjuukan min yang tertinggi iaitu 85.25%.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran berasaskan inkuiri penemuan menunjukkan banyak kesan positif dalam merangsang kemahiran berfikir murid. Pengajaran inkuiri membolehkan murid untuk mengambil bahagian secara aktif dalam menyelesaikan masalah atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Murid-murid juga berusaha untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Strategi pengajaran inkuiri penemuan memainkan peranan yang penting dalam membangunkan pemikiran murid untuk mencapai pemahaman. Menurut Banchi dan Bell (2008) ikuiri penemuan memberikan tumpuan kepada aktiviti penerokaan demi penyelesaian masalah. Kajian ini membuktikan bahawa pengajaran inkuiri penemuan membina pemikiran kritis dan kreatif murid.

Page 12: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

130

Kajian ini juga menunjukkan bahawa strategi pengajaran inkuiri penemuan meningkatkan kemahiran saintifik seperti kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik merupakan bahagian yang penting dalam penyiasatan saintifik murid. Kemahiran proses sains membolehkan murid untuk menjalankan penerokaan secara sistematik. Murid dapat merumuskan soalan dan menjalankan eksperimen untuk mendapatkan jawapan secara empirikal. Kemahiran manipulatif dalam penyiasatan saintifik merupakan kemahiran psikomotor yang membolehkan murid menggunakan dan mengendalikan peralatan sains, bahan-bahan makmal dan spesimen dengan betul dan cermat seperti yang disarankan oleh Calik, Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015) Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran inkuiri penemuan mencetuskan minat dalam kerja amali. Penglibatan yang aktif dalam kerja amali sains dapat membangunkan kemahiran praktikal yang merangkumi kemahiran manipulatif. Kemahiran manipulatif memainkan peranan yang penting dalam pendidikan sains (Bachtold, 2013).

Penggunaan strtegi inkuiri penemuan membanggunkan domain afektif murid. Ia meningkatkan motivasi murid kerana murid diberi kebebasan dalam menjalankan penerokaan dengan sendiri. Motivasi dan minat adalah elemen-elemen yang penting dalam strategi pengajaran inkuiri penemuan dan ia dibuktikan dalam kajian ini. Darling-Hammond (2008) menunjukkan bahawa strategi pembelajaran inkuiri penemuan mewujudkan satu persaingan yang sihat di kalangan murid dalam bilik darjah. Selain itu, ia meningkatkan minat dan keingginan murid untuk belajar sains dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi guru untuk menghasilkan satu proses pengajaran yang berkesan. Kajian yang dijalankan oleh Donnelly, Linn dan Ludvigsen (2014) menunjukkan bahawa strategi inkuiri penemuan mengabungkaitkan ilmu yang ditimba melalui kehidupan harian murid untuk merumuskan konsep sains yang dipelajari.

Selain itu, strategi inkuiri penemuan juga dapat mewujudkan sifat ingin tahu dan kecenderungan untuk meneroka sesuatu yang baru dalam kalangan murid. Strategi pengajaran ini berfokuskan masalah yang jarang ditempuhi oleh murid dalam kehidupan harian mereka. Ini merangsang murid untuk membuat ramalan, hipotesis dan konsep awal. Ia selari dengan pendapat Calik, Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015) yang turut mengatakan bahawa sifat ingin tahu menrangsang murid untuk berfikir di luar batasannya dengan

Page 13: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

131

menanyakan persoalan, membuat ramalan dan andaian awal. Inkuiri penemuan juga memberikan peluang kepada murid-murid supaya meneroka secara bebas. Secara tidak langsung ia mencabar minda murid dan merangsang pengetahuan murid untuk memberikan jawapan Luckie, Krha, Loznak dan Maleszewsky (2004). Ini menjadikan murid lebih bersedia untuk memberikan penerangan alternative melalui pemahamannya.

b) Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut Fasa Pengajaran Inkuiri Penemuan

Jadual 3 Taburan Min Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut Fasa Pengajaran Inkuiri Penemuan

Fasa PengajaranInkuiri Penemuan

Min (%) Perkembangan Domain Pembelajaran

Kognitif Psikomotor Afektif

Menyoal 93 42 88

Merancang dan Meramal 88 44 73

Menyiasat dan mengumpul maklumat 65 94 92

Refleksi 93 30 88

Rajah 2 Taburan Peratus Perkembangan Domain Pembelajaran Mengikut Fasa Pengajaran Inkuiri Penemuan

Page 14: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

132

Berdasarkan jadual 3 dan rajah 2 domain kognitif menunjukkan perkembangan yang tinggi iaitu 93% pada fasa menyoal, 88% pada fasa merancang dan meramal, 65% pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat serta 93% pada fasa refleksi. Fasa menyoal, merancang dan meramal serta refleksi mendorong murid untuk menggunakan pengetahuan, imaginasi, taakulan dan kemahiran proses untuk membina secara aktif kefahaman saintifik. Ia selari dengan pendapat Zion dan Sadeh (2007) yang menyarankan bahawa inkuiri penemuan mendorong murid untuk menggunakan pemikiran dan kemahiran proses sains untuk membina kefahaman tentang pengetahuan sains.

Selain itu, fasa-fasa tersebut mendorong murid untuk membanding beza, memerhati, mengelaskan, menaakul, membuat inferens, merumus dan meramal. Ini secara langsung meningkatkan pemikiran kritikal murid dan tahap kognitif murid. Ia turut dibuktikan dalam kajian yang dilakukan oleh Awg Kasmurie, Abdul Razak dan Ahmad Ali (2010). Naluri ingin tahu murid yang dirangsang pada fasa menyoal serta merancang dan meramal juga meningkatkan tahap kognitif murid.

Tahap perkembangan kognitif agak kurang pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat. Ini kerana pada fasa ini murid lebih cenderung untuk menjalankan penyiasatan bagi mendapatkan penyelesaian bagi masalah yang timbul pada fasa sebelumnya. Namun ia tdak bermakna murid tidak mencapai perkembangan kognitif pada fasa ini. Ini kerana aktiviti penyiasatan yang memberikan peluang kepada murid untuk berinteraksi dengan instrumen dan situasi sebenar meningkatkan pemahaman murid seperti yang disarankan oleh Calik, Ebenezer, Ozsevgec, Kucuk dan Artun (2015).

Manakala domain psikomotor menunjukkan perkembangan 42% pada fasa menyoal, 44% pada fasa merancang dan meramal, 94% pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat serta 30% pada fasa refleksi. Perkembangan tahap psikomotor yang optimum dapat dilihat pada fasa menyiasat dan mengumpul maklumat. Fasa ini yang melibatkan murid mengenalpasti masalah seterusnya merancang dan menjalankan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah secara terancang dan bersistem. Ia sejajar dengan matlamat pendidikan sains yang menyarankan murid belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran saintifik secara inkuiri seperi yang dinyatakan Lazonder & Ehrenhard (2014).

Salain itu fasa ini meningkatkan kemahiran manipulatif murid. Ia merupakan salah satu kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains

Page 15: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

133

yang membolehkan murid melakukan aktiviti seperti menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat seperti yang disarankan oleh Sani (2014). Perkembangan tahap psikomotor tidak begitu memberangsangkan pada fasa-fasa lain kalau dibandingkan dengan fasa menyiasat dan mengumpul maklumat. Ini kerana pada fasa-fasa tersebut murid lebih cenderung untuk menggunakan minda dan intelek mereka seperti yang disarankan oleh Gyllenpalm & Wickman (2011).

Domain afektif pula menunjukkan perkembangan yang tinggi iaitu 88% pada fasa menyoal, 73% pada fasa merancang dan meramal, 92% menyiasat dan mengumpul maklumat serta 88% pada fasa refleksi. Ini menunjukkan bahawa strategi inkuiri penemuan memberikan perkembangan domain yang optimum dari awal hinggan akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran yang baik dan berkesan memberikan impak yang besar dalam perkembangan afektif murid. Ia sejajar dengan matlamat Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) yang menegaskan strategi pengajaran sains yang efektif mengintegrasikan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Ini kerana, keempat-empat fasa pengajaran inkuiri penemuan lebih berpusatkan murid dan mengutamakan penglibatan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, interaksi dalam kumpulan, penyiasatan dan pembentangan. Ia secara tidak langsung memberikan satu tanggapan kepada murid bahawa mereka adalah salah satu watak penting dalam aktiviti pembelajaran tersebut. Ia akan meningkatkan motivasi kendiri mereka dan minat mereka untuk belajar sains. Ia dibuktikan oleh Reeve dan Hyungshim (2006).

Selain itu, fasa-fasa pengajaran inkuiri penemuan mewujudkan satu iklim pembelajaran yang kondusif. Ini memberikan peluang kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan aktif tanpa sebarang rasa bosan. Ia juga menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dan alam semulajadi. Tuntasnya, iklim pembelajaran yang kondusif menggalakkan murid untuk menumpukan perhatian dalam pembelajaran dan merangsang minat serta motivasi murid untuk terus belajar seperti yang disarankan (Bachtold, 2013)

Page 16: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

134

Tambahan pula, fasa-fasa pengajaran inkuiri penemuan memberikan peluang kepada murid untuk menggunakan pengalaman yang mereka timba daripada kehidupan harian mereka. Murid juga dapat mengintegrasikan ilmu yang dipelajari dengan pengalaman kehidupan harian (Wallace & Brooks, 2015). Ia merangsang minat murid terhadap pembelajaran sains dan memastikan murid-murid menjadi aktif dan bermotivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti yang disarankan oleh Margolis dan McCabe (2006).

Strategi pengajaran inkuiri penemuanm mewujudkan proses pembelajaran autonomi yang memberikan pelbagai pilihan kepada murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dengan bebas. Murid-murid berasa penyiasatan mereka tidak ada satu batasan dan ia akan meningkatkan motivasi mereka seperti yang dibuktikan oleh Reeve dan Hyungshim (2006).

Fasa-fasa dalam pengajaran inkuiri penemuan memberikan cabaran yang seimbang dengan keupayaan murid. Cabaran yang seimbang amat diperlukan dalam satu pembelajaran yang baik kerana cabaran yang mudah akan membosankan murid dan cabaran yang sangat susah akan menjatuhkan motivasi murid. Cabaran yang seimbang akan mendorong mereka untuk meneroka dengan lebih motivasi dan sentiasa bersedia untuk menimba sesuatu yang baru seperti yang disarankan oleh Margolis dan McCabe (2006). Ini akan memastikan motivasi murid sentiasa pada tahap optimum

KESIMPULANSeorang murid perlu mempunyai perkembangan domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif bagi menjadi seorang insan yang mencapai tahap literasi sains yang tinggi seperti mempunyai sikap yang positif terhadap sains dengan menguasai pengetahuan sains dengan baik, menyemai diri dengan kemahiran saintifik dan membudayakan diri dengan nilai-nilai sains dalam setiap dimensi kehidupan. Kajian tindakan ini menunjukkan bahawa strategi pengajaran inkuiri penemuan menjadi salah satu medium bagi melahirkan seorang murid yang mempunyai perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.

Page 17: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

135

RUJUKANAnderson, L.W., Krathwohl, D.R., Airasian, P.W., Cruikshank, K.A., Mayer,

R.E., Pintrich, P.R., Raths, J., Wittrock, M.C. (2001). A taxonomy for learning, teaching, and assessing: A revision of Bloom’s Taxonomy of educational objectives. New York: Pearson, Allyn & Bacon.

Awg Kasmurie Awg Kitot, Abdul Razak Ahmad & Ahmad Ali Seman. (2010). The effectiveness of inquiry teaching in enhancing student’s critical thinking. Procedia Social and Behaviaral Sciences 7(C), 264-273.

Bachtold, M. (2013). “What do students “construct” according to constructivism in science education?” Research in Science Education, 43 (2477–96).

Banchi, H., & Bell, R. (2008). The many levels of inquiry. Science and Children, 46(2), 26-29.

Barrow, L. H. (2008). Facilitating designs: For inquiry with the four-question strategy. Science activities: Classroom projects and curriculum ideas, 45(1), 9–11.

Calik, M., Ebenezer, J., Ozsevgec, T., Kucuk, Z., & Artun, H. (2015). Improving science student teachers’ self-perceptions of fluency with innovative technologies and scientific inquiry abilities. Journal of Science Education and Technology, 1-13.

Clark, R. W., Threeton, M. D., & Ewing, J. C. (2014). The potential of experiential learning models and practices in career and technical education & career and technical teacher education. Journal of Career and Technical Education, 25(2).

Cooper, D., & Higgins, S. (2014). The effectiveness of online instructional videos in the acquisition and demonstration of cognitive, affective and psychomotor rehabilitation skills. British Journal of Educational Technology.

Darling-Hammond, L., Barron, B., Pearson, P. D., Schoenfeld, A. H., Stage, E. K., Zimmerman, T. D., Cervetti, G.N., & Tilson, J. (2008). Powerful learning: What we know about teaching for understanding. San Francisco: John Wiley & Sons Inc.

Donnelly, D. F., Linn, M. C., & Ludvigsen, S. (2014). Impacts and characteristics of computer-based science inquiry learning environments for precollege students. Review of Educational Research, 84(4), 572-608.

Gyllenpalm, J. & Wickman P.O. ( 2011). Experiments and inquiry emphasis conflation in science teacher education. Sceince Education. 908–926.

Hansen, L. M., & Johnson, J. C. (2006). Think-alouds in inquiry science: A cognitive coaching strategy-the think-aloud-helps foster critical thinking in science. Methods and strategies, science and children. Retrieved 12 April 2015, from http://web.ebscohost.com.

Page 18: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

136

Hidayah Mohd Fadzil & Rohaida Mohd Saat (2013). Enhancing STEM education during school transition: bridging the gap in science manipulative skills. Euroasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 10(3), 209-218.

Krathwohl, D.R. (2002). A revision of Bloom’s taxonomy: An overview. Theory Into Practice (Routledge) 41 (4): 212–218.

Lazonder, A.W., & Ehrenhard, S. (2014). Relative effectiveness of physical and virtual manipulatives for conceptual change in science: how falling objects fall. Journal of Computer Assisted Learning. 30(2), 110-120.

Luckie, D.B., Krha, M., Loznak, S.D. & Maleszewsky, J.J. (2004). The infusion of collaborative inquiry throughout a biology curriculum increases students learning. A four-year study of Teams & Streams. Advanced in Psychology Education, 28(1-4):326-327.

Margolis, H. & McCabe, P. (2006). Improving self-efficacy and motivation: What to do, what to say. Intervention in School and Clinic, 41(4), 218-227.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan dan pedagogi murid dan alam belajar penerbitan. Multimedia Sdn. Bhd: Kuala Lumpur.

Nik Zarini Nik Kar & Salmiza Saleh. (2012). Kesan pendekatan inkuiri penemuan terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran kimia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 27, 159–174.

Oprea, C. L. (2014). Interactive and creative learning of the adults. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 142, 493-498.

Paul, R. & Elder, L. (2004). Critical and creative thinking. Dillon Beach, CA: The Foundation for Critical Thinking.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian sukatan pelajaran sains tahun 6 kurikulum bersepadu sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahimah Ahmad. (2000). Peningkatan produktiviti guru: Saranan dan tindakan. Paper presented at Konvensyen Pendidikan Kebangsaan Ketiga, 29 August, Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Terengganu.

Razak, A.Z.A. (2006). Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31(01), 3-19.

Reeve, J. & Hyungshim, J. (2006). What teachers say and do to support students’ autonomy during a learning activity. Journal of Educational Psychology, 98(1), 209.

Rissing, S. W., & Cogan, J. G. (2009). Can an inquiry approach improve college student learning in a teaching laboratory? CBE Life Sci Educator, 8(1), 55-61.

Sani, S.S. (2014). Teacher’s purposes and practices in implementing practical work at lower secondary school level. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 116, 1016-1020.

Page 19: PENGAJARAN INKUIRI DAN PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF ...ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b6fbcf36-f632-4591-a7c... · PERKEMBANGAN DOMAIN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF

Pengajaran Inkuiri dan Kesannya Terhadap Perkembangan...119-137

137

Simpson, E. (1972). The classification of educational objectives in the psychomotor domain: The psychomotor domain. Edisi 3. Washington, DC: Gryhon House.

Taber, K. S. (2015). Affect and meeting the needs of the gifted chemistry learner: Providing intellectual challenge to engage students in enjoyable learning. In Affective Dimensions in Chemistry Education (pp. 133-158). Springer Berlin Heidelberg.

Wallace, C. S., & Brooks, L. (2015). Learning to teach elementary science in an experiential, informal context: Culture, learning and identity. Science Education, 99(1), 174-198.

Zembal-Saul, C. (2009). Learning to teach elementary school science as argument. Science Education, 93, 687-719.