penerimaan masyarakaat malaysia biotek

Upload: rosnaitah-ramon

Post on 06-Jan-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIOTEKNOLOGI

TRANSCRIPT

Bioteknologi merupakan gabungan dua perkataan iaitu bio dan teknologi. Bio bermaksud kehidupan atau benda hidup. Jadi, secara mudah, bioteknologi adalah apa-apa teknologi yang menggunakan organisme hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikrob. Melihat kepa

Bioteknologi merupakan gabungan dua perkataan iaitu bio dan teknologi. Bio bermaksud kehidupan atau benda hidup. Jadi, secara mudah, bioteknologi adalah apa-apa teknologi yang menggunakan organisme hidup seperti tumbuhan, haiwan atau mikrob. Melihat kepada manfaat-manfaatnya, bioteknologi akan menjadi satu bidang kajian yang utama. Pelbagai produk bioteknologi akan dihasilkan dan memasuki pasaran. Soalnya, apakah produk-produk ini akan diterima oleh masyarakat?

Di Malaysia, penerimaan masyarakaat akan teknologi ini adalah bergantung kepada pandangan Islam terhadap produk-produk tersebut kerana majoriti penduduk Malaysia merupakan penganut agama Islam. Pandangan ini pula bergantung kepada proses dan prosedur yang terlibat dalam penghasilannya. Justeru itu, Insitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menjalankan satu kajian yang bertajuk Pemahaman dan Penerimaan Bioteknologi di Kalangan Masyarakat Islam: Satu Kajian Kes di Shah Alam. Kajian ini bertujuan untuk mengukur tahap kefahaman dan penerimaan masyarakat Islam terhadap bioteknologi dan mencadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kedua-dua aspek ini di kalangan mereka.Hasil kajian mendapati bahawa hanya 15.5 peratus yang faham tentang bioteknologi. Data itu juga menunjukkan ada istilah yang boleh dijelaskan oleh ramai responden dan ada yang tidak. Ini menyokong kesimpulan awal bahawa fahaman responden adalah tidak menyeluruh. Maka, lebih banyak publisiti diperlukan untuk aspek-aspek yang kurang difahami seperti GMF, kejuruteraan genetik dan bio-farmaseutikal. Namun, walaupun ramai yang tidak dapat menjelaskan istilah-istilah tersebut, berdasarkan kepada pengalaman di lapangan tersebut, didapati bahawa kebanyakan responden menyatakan bahawa mereka faham istilah-istilah itu tetapi tidak dapat menjelaskannya. Ini menunjukkan tahap kefahaman mereka amat terhad. Bagaimanapun, ia tidak bermaksud bahawa mereka tidak faham apa-apa. Jadi, sekali lagi, maklumat tentang perkara ini perlu disebarkan dengan bahasa yang paling mudah agar masyarakat umum dapat memahaminya.

Kefahaman yang rendah di kalangan ummah tentang bioteknologi ini memerlukan lebih banyak maklumat disebarkan agar kita dapat meningkatkan kesedaran, kefahaman dan penerimaan mereka terhadap bioteknologi. Perlu diingat bahawa dengan bilangan penduduk Islam di negara ini, penerimaan mereka boleh mempengaruhi permintaan barangan di pasaran. Jika mereka tidak menerima produk bioteknologi hanya kerana mereka tidak faham (atau tersalah faham), maka produk-produk itu akan menjadi tidak laku. Ini bermakna, segala kajian bioteknologi yang dijalankan itu akan menjadi sia-sia.

Berkaitan dengan medium penyebaran maklumat, televisyen, surat khabar dan majalah adalah yang paling sesuai kerana sumber-sumber inilah yang disebutkan oleh responden bila ditanya dari mana mereka mendapat maklumat tentang bioteknologi. Berkaitan dengan sumber yang dipercayai pula, majoriti responden menyebut institusi penyelidikan, organisasi keagamaan, sekolah/universiti dan persatuan pengguna. Jadi, medium-medium tadi perlulah bekerjasama dengan badan-badan ini dalam menyediakan maklumat tentang bioteknologi agar maklumat-maklumat itu bukan sahaja diketahui dan difahami, tetapi juga dipercayai oleh masyarakat.

Dalam pada itu, sebagai seorang Islam, ahli masyarakat juga perlulah berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang bioteknologi. Ini kerana ia amat berkaitan dengan kehidupan seharian kita. Ia melibatkan makanan yang kita makan, ubat-ubatan yang kita gunakan, malah zuriat - dalam kes IVF (dan teknologi yang seangkatan dengannya) dan pengklonan manusia. Selain itu, pencarian ilmu ini juga memenuhi tuntutan Islam agar kita mencari segala macam ilmu yang berguna untuk kehidupan manusia.