penerangan bbm

2
Bahan bantu mengajar yang digunakan Powerpoint Dalam pembelajaran dan pengajaran ini, penggunaan powerpoint adalah memudahkan guru untuk memberi pendedahan kepada murid dalam menguasai konsep matematik dengan lebih pratikal dan jelas. Dalam set persediaan, guru menggunakan powerpoint untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari, iaitu membilang nombor dalam lingkungan 100 secara satu-satu, dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh. Semasa murid sedang membilang, mereka akan mengetahui bahawa untuk melengkapkan rangkaian nombor secara (satu-satu, dua-dua, lima- lima, sepuluh-sepuluh), mereka perlu menambahnya. Cara sebegini adalah lebih berkesan untuk menyediakan murid mengetahui apa yang akan diajar oleh guru kepada mereka. Murid akan didedahkan kepada bahan semi-konkrit, iaitu gambar- gambar (epal, katak, dadu, bunga) secara satu demi satu. Penggunaan unsur gambar ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid untuk mempelajari ilmu matematik. Pada set imaginasi, guru akan mendedahkan murid kepada tajuk yang hendak diajar, iaitu melengkapkan rangkaian nombor. Guru akan menggunakan garis nombor agar lebih mudah untuk membimbing murid. Untuk melengkapkan rangkaian nombor, murid hendak menambah atau menolak secara (satu, dua, lima atau sepuluh). Jadi, garis nombor yang digunakan adalah lebih mudah menjelaskan konsep ini kepada murid. Garis nombor yang digunakan juga adalah memastikan rangkaian nombor sama ada dalam tertib menaik atau menurun agar murid tidak terkeliru. Jadi, powerpoint yang digunakan adalah menepati semua ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai, iaitu menarik kerana mengandungi pelbagai imej atau animasi, mudah alih kerana powerpoint boleh disimpan dalam bentuk hardware, tahan kerana dapat dikekalkan lama dalam bentuk hardware atau di dalam komputer, berkualiti kerana mudah digunakan dan berkesan kepada sesi PdP dan kos rendah kerana tidak melibatkan apa-apa kos tetapi masa yang digunakan untuk menghasilkan powerpoint adalah lama. Keretapi Keretapi ini disediakan adalah digunakan pada set perkembangan. Penggunaan keretapi ini adalah memudahkan guru menerangkan cara melengkapkan rangkaian nombor di hadapan murid. Semasa menerang, guru akan melukis satu anak panah di atas keretapi ini untuk murid membezakan ia sama ada dalam tertib menaik atau menurun. BBM ini yang digunakan juga menyediakan ruang kepada murid untuk

Upload: micky-yii

Post on 01-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

33

TRANSCRIPT

Bahan bantu mengajar yang digunakanPowerpointDalam pembelajaran dan pengajaran ini, penggunaan powerpoint adalah memudahkan guru untuk memberi pendedahan kepada murid dalam menguasai konsep matematik dengan lebih pratikal dan jelas. Dalam set persediaan, guru menggunakan powerpoint untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari, iaitu membilang nombor dalam lingkungan 100 secara satu-satu, dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh. Semasa murid sedang membilang, mereka akan mengetahui bahawa untuk melengkapkan rangkaian nombor secara (satu-satu, dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh), mereka perlu menambahnya. Cara sebegini adalah lebih berkesan untuk menyediakan murid mengetahui apa yang akan diajar oleh guru kepada mereka. Murid akan didedahkan kepada bahan semi-konkrit, iaitu gambar-gambar (epal, katak, dadu, bunga) secara satu demi satu. Penggunaan unsur gambar ini secara tidak langsung dapat menarik perhatian murid untuk mempelajari ilmu matematik.Pada set imaginasi, guru akan mendedahkan murid kepada tajuk yang hendak diajar, iaitu melengkapkan rangkaian nombor. Guru akan menggunakan garis nombor agar lebih mudah untuk membimbing murid. Untuk melengkapkan rangkaian nombor, murid hendak menambah atau menolak secara (satu, dua, lima atau sepuluh). Jadi, garis nombor yang digunakan adalah lebih mudah menjelaskan konsep ini kepada murid. Garis nombor yang digunakan juga adalah memastikan rangkaian nombor sama ada dalam tertib menaik atau menurun agar murid tidak terkeliru.Jadi, powerpoint yang digunakan adalah menepati semua ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai, iaitu menarik kerana mengandungi pelbagai imej atau animasi, mudah alih kerana powerpoint boleh disimpan dalam bentuk hardware, tahan kerana dapat dikekalkan lama dalam bentuk hardware atau di dalam komputer, berkualiti kerana mudah digunakan dan berkesan kepada sesi PdP dan kos rendah kerana tidak melibatkan apa-apa kos tetapi masa yang digunakan untuk menghasilkan powerpoint adalah lama.KeretapiKeretapi ini disediakan adalah digunakan pada set perkembangan. Penggunaan keretapi ini adalah memudahkan guru menerangkan cara melengkapkan rangkaian nombor di hadapan murid. Semasa menerang, guru akan melukis satu anak panah di atas keretapi ini untuk murid membezakan ia sama ada dalam tertib menaik atau menurun. BBM ini yang digunakan juga menyediakan ruang kepada murid untuk menulis jawapan di hadapan dan boleh disemak oleh semua murid. BBM ini mempunyai hubungan rapat dengan powerpoint yang digunakan kerana dalam set perkembangan, murid dikehendaki memilih jawapan yang sesuai di powerpoint untuk melengkapkan rangkaian nombor di keretapi. Semasa sampai ke akhir set perkembangan, murid juga perlu menulis rangkaian nombor yang dicipta pada ruang yang disediakan pada keretapi.Keretapi ini yang disediakan tidak hanya terhad untuk mengajar melengkapkan nombor, malah juga boleh digunakan untuk mengajar topik lain.Kertas aktivitiKertas aktiviti mengandungi aktiviti-aktiviti yang perlu murid menyelesaikan dengan ahli kumpulan masing-masing. Arahan yang jelas telah diberikan agar murid tidak terkeliru dengan kehendak soalan. Aktiviti ini yang disediakan adalah sesuai dengan tahap perkembangan murid, di samping dapat mecungkil pemikiran mereka untuk mencipta rangkaian nombor sendiri. Oleh itu, melalui aktiviti ini, murid dapat lebih mengenali dan memahami topik yang diajar.Lembaran kerja Lembaran kerja yang diberikan adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran yang diajar, iaitu melengkapkan nombor. Melalui lembaran kerja, murid juga dapat mengukuhkan pemahaman mereka terhadap tajuk yang diajar. Hal ini kerana lembaran kerja yang disediakan adalah menarik dari segi ilustrasi yang ada, bentuk dan saiz tulisan yang mudah difahami dan boleh dibaca.Kesimpulannya, jika pembelajaran tanpa sebarang bahan bantu mengajar dan sekadar teori atau konsep semata-mata akan membosankan murid. Jadi, jangan terkejut jika ada murid yang tertidur, tersengguk-sengguk atau bekata bosan semasa guru mengajar.