pendidikan sivik tahun 6 pat

8
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN GEMBIRA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 6 Nama : ........................................ ............. …………………………… Kelas : 6 ……………… Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih satu jawapan yang paling sesuai. 1. Semua kanak-kanak di negara ini mempunyai hak dan ____________ yang sama. A keperluan C keistimewaan B kehendak D tanggungjawab 2. Bilakah Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut? A Julai C Oktober B Ogos D September 3. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang keperluan dan kehendak? Keperluan Kehendak Tempat tinggal Pakaian Tempat tinggal Basikal Makanan Kasih sayang Basikal Pakaian 4. Apakah ciri penting bagi kanak-kanak di Malaysia? A Masih bersekolah rendah B Berumur 18 tahun ke bawah C Berumur 21 tahun ke bawah D Belum memasuki institusi pengajian tinggi 5. Apakah yang dimaksudkan dengan hidup dalam kesederhanaan? A Berbelanja mengikut kemampuan 1 A B C D

Upload: jeremiah-smith

Post on 07-Apr-2016

64 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Soalan pendidikan sivik tahun 6

TRANSCRIPT

Page 1: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN GEMBIRAPEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAANTAHUN 6

Nama : ........................................……………………………............. Kelas : 6 ………………

Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D.Pilih satu jawapan yang paling sesuai.

1. Semua kanak-kanak di negara ini mempunyai hak dan ____________ yang sama.A keperluan C keistimewaanB kehendak D tanggungjawab

2. Bilakah Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut? A Julai C OktoberB Ogos D September

3. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang keperluan dan kehendak?

Keperluan Kehendak

Tempat tinggal Pakaian

Tempat tinggal Basikal

Makanan Kasih sayang

Basikal Pakaian

4. Apakah ciri penting bagi kanak-kanak di Malaysia?A Masih bersekolah rendahB Berumur 18 tahun ke bawahC Berumur 21 tahun ke bawahD Belum memasuki institusi pengajian tinggi

5. Apakah yang dimaksudkan dengan hidup dalam kesederhanaan?

1

A

B

C

D

Page 2: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

A Berbelanja mengikut kemampuanB Membeli barangan yang berjenamaC Sentiasa berpuasa untuk berjimatD Tidak menderma kepada mereka yang miskin

6. Agensi yang manakah bertanggungjawab menguruskan kes terhadap kanak-kanak?A Jabatan Kebajikan MasyarakatB Jabatan Agama IslamC Balai BombaD Balai Polis

7. Apakah cara yang sesuai dilakukan untuk membentuk sebuah keluarga harmoni bersesuaian dengan ajaran agama?A Menyayangi keluarga sepenuh jiwaB Menghormati dan mengasihi anggota keluarga berpandukan batas-batas agamaC Mempunyai perasaan dengki kepada ahli keluargaD Mengamalkan segala suruhan agama

8. Apakah maksud kepercayaan?A Hal-hal yang berada di luar jangkaan pemikiran individuB Pantang larang dalam budaya masyarakatC Perkara-perkara yang wajib dilakukanD Perkara yang dipercayai oleh sesuatu kaum berunsurkan nilai murni

9. Mengapakah pantang larang diwujudkan?A Mengawal kelakuan manusiaB Mengehadkan perbuatan manusiaC Menakutkan manusiaD Mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai moral

10. Apakah cara untuk membalas jasa ibu bapa?A Belajar bersungguh-sungguhB Memberikan duit belanja kepada ibu bapaC Memberikan mereka hadiah setiap hariD Beriadah bersama mereka

11. Antara yang berikut, yang manakah sebab agama menggalakkan kita menyayangi keluarga?A Mereka adalah keluarga kitaB Kerana kita tinggal bersama mereka

2

Page 3: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

C Kerana mereka lebih tua daripada kitaD Kerana mereka mempunyai pertalian darah dan sentiasa bersama-sama dengan kita

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Apakah kepentingan perbuatan tersebut?A Menunjukkan sifat merendah diriB Mengelakkan orang tua mengecam muka kitaC Menunjukkan sifat berbudi bahasa dan menghormatiD Supaya mendapat pujian

13. Pili bomba yang terdapat di sekolah boleh digunakan untuk__________.A memadam kebakaranB membersihkan bangunan sekolahC menyambung bekalan air terputusD menyiram pokok bunga dan longkang

14.

Apakah tujuan peringatan di atas?A Supaya tandas berbau wangiB Memudahkan tugas pekerja pembersihanC Menggalakkan lebih ramai murid ke tandasD Memastikan tandas dalam keadaan bersih dan selesa

15. Apa tindakan anda sekiranya terdapat orang dalam kecemasan ingin menggunakan telefon awam di kawasan sekolah anda?A Meminta pemuda itu menggunakan telefon di tempat lainB Memintanya mendapatkan kebenaran guru besar terlebih dahuluC Menunjukkan kepada pemuda itu kedudukan telefon di sekolah andaD Menghalang pemuda tersebut kerana telefon itu untuk kegunaan warga sekolah sahaja

3

PAM TANDAS SELEPAS DIGUNAKAN

Page 4: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

16. Vandalisme adalah merujuk kepada sikap_______________.A suka merosakkan kemudahan awamB suka menggunakan kemudahan awamC tidak boleh melihat kemudahan awamD tidak tahu menggunakan kemudahan awam

17. Apakah cadangan yang paling sesuai untuk menangani gejala vandalisme di sekolah anda?A Mengadakan sesi kaunselingB Mengenakan tindakan disiplinC Melaksanakan hukuman rotanD Memberikan pendidikan agama yang cukup

18.

Yang berikut adalah faedah menggunakan kemudahan awam di atas, kecualiA mengelakkan kemalangan.B melancarkan pergerakan kenderaan.C memudahkan orang ramai melintas jalan.D melambatkan pengguna yang mahu melintas.

19. Apakah kepentingan keceriaan dan kebersihan sekolah?A Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selesaB Supaya murid-murid akan berjaya dalam akademikC Supaya hubungan guru dan murid lebih akrabD Supaya ibu bapa sentiasa ke sekolah

20. Apakah kesan pencemaran udara kepada kita?A Mengakibatkan tanah runtuhB Mewujudkan hujan asidC Mengganggu pelajaranD Merosakkan kulit

21. Apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk individu yang cinta kebersihan dan keceriaan negara?

4

Page 5: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

A Menggalakkan rakyat pergi melancong ke negara yang bersihB Mengadakan aktiviti gotong royong setiap hariC Mengupah pekerja untuk menjalankan kerja pembersihanD Mengadakan kempen-kempen menjaga kebersihan di seluruh negara

22. Mengapakah kita perlu memastikan kelas sentiasa bersih?A Menambah minat murid untuk belajarB Menambahkan bilangan muridC Menambahkan masalah disiplinD Melahirkan murid yang baik

23. Apakah langkah yang harus dilakukan untuk menjaga kebersihan kantin?A Meletakkan pinggan dan gelas di dalam baldi yang disediakanB Meletakkan sisa makanan di atas mejaC Memijak bangku di kantinD Meletakkan pinggan makan yang kotor di lantai

24. Antara berikut, yang manakah menunjukkan aktiviti yang perlu dielakkan?A Membuang sampah ke dalam sungaiB Menanam tayar yang tidak digunakan lagiC Menanam pokok di sekitar rumahD Mengitar semula barang terpakai

25. Apakah fungsi penubuhan rukun tetangga?A Membersihkan kawasan tempat tinggal B Menjaga keselamatan penduduk setempatC Memberi bantuan kepada penduduk miskinD Mengeratkan hubungan penduduk pelbagai kaum

26. Agensi tempatan di atas diletakkan di bawah______________.A Kementerian Dalam Negeri.B Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.C Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.D Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan.

27. Sekiranya berlaku sesuatu kebakaran, kita akan menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat di talian__________.A 991 C 994B 999 D 993

5

Page 6: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

28. Semua bidang tugas di bawah merupakan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat, kecuali___________.A membantu mangsa banjirB membantu mangsa kebakaranC membantu mangsa kemalanganD membantu menangkap pengemis

29. Bagaimana cara kita menhargai peranan yang dijalankan oleh agensi tempatan?A Menjelaskan cukai pintuB Melakukan tugasan harian seperti biasaC Tidak membuat sebarang panggilan palsuD Merosakkan kemudahan yang disediakan

30. Apakah kesan negatif apabila kita membuat panggilan kecemasan palsu?A Membazir wangB Menyusahkan mangsaC Melambatkan pergerakan anggota bombaD Menyulitkan keadaan kepada mereka yang memerlukan

31. Apakah haiwan yang dianggap suci oleh kaum India?A Kambing C LembuB Monyet D Ikan

32. Kitab yang menjadi pegangan penganut agama Buddha ialahA Veda C TripitakaB Al-Quran D Injil

33. Adat resam ialahA warisan turun-temurunB rutin harian pelbagai kaumC cara hidup yang biasa diamalkan oleh sesebuah masyarakatD perkara hukum atau peraturan bagi sesebuah masyarakat

34. Apakah tujuan kaum Cina menyambut perayaan Cheng Beng?A Menandakan berakhirnya Tahun Baru CinaB Menandakan bermulanya tahun baruC Memperingati nenek moyang yang telah meninggal duniaD Memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina

6

Page 7: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

Soalan 35 berdasarkan maklumat di bawah.

35. Penganut agama manakah yang berpegang dengan rukun di atas?A Cina C IslamB India D Kristian

36. Siapakah yang bertanggungjawab untuk mengekalkan warisan budaya pelbagai kaum di Malaysia?A pramugariB pemuzikC pekerja di Muzium NegaraD setiap warganegara Malaysia

37. Apakah aktiviti yang kebiasaannya dilakukan oleh penganut Hindu sempena sambutan deepavali?A membakar lemangB memberi ang pauC menghias kolum bersama keluargaD bersalam dan meminta maaf daripada ibu bapa

38. Siapakah antara murid yang berikut yang masih mengekalkan permainan tradisi warisan budaya?A Ong dan Tin bermain rugbiB Ismail bermain permainan videoC Haslina dan Rajini bermain tenisD Razif dan Kim Han bermain gasing

39. Kita perlu berusaha mengekalkan warisan budaya supaya____________.A dapat menggembirakan orang tuaB dapat pujian daripada kerajaanC warisan budaya tidak pupusD dapat melahirkan murid yang bergaya

7

Rukun Iman

Rukun Islam

Page 8: PENDIDIKAN SIVIK TAHUN 6 PAT

40. Apakah kesannya jika kita tidak menghormati warisan budaya kaum-kaum lain? A perpaduan kaum terjejasB budaya kaum kita akan rosakC budaya kaum-kaum lain pupusD kaum lain berpindah ke luar negara

8

Disediakan oleh,

_____________________(EN. NGAPAN B. HJ ALIAS)

Disemak oleh,

_____________________(EN. NGAPAN B. HJ ALIAS)

Disahkan oleh,

_____________________(EN. NGAPAN B. HJ ALIAS)