pendidikan keselamatan jalan raya

3
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) TAHUN 1 Rancangan Mengajar Cadangan Masa 30 Minit Tajuk Lampu Isyarat Standard Pembelajaran Utama Murid didedahkan dengan lampu isyarat bagi memastikan keadaan lalu lintas selamat untuk semua pengguna jalan raya. Kemahiran Fokus Utama : 1.1 Aras 3(i), 7.1 Aras 3(i) PKJR : 1.4.1, 1.4.2, 1.4.3, 1.4.4, 1.4.5 Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- 1. Menjelaskan fungsi lampu isyarat 2. Menyebut dan mengeja warna lampu isyarat 3. Menulis warna lampu isyarat dengan betul Sistem Bahasa Tatabahasa Kata Adjektif Kosa Kata - bulat warna terang Merah kuning hijau Nilai Murni Mematuhi lampu isyarat. Alat Bantu Mengajar Slaid pengajaran, klip video, kad imbasan

Upload: madihaturrahmah

Post on 21-Jul-2015

9.044 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan keselamatan jalan raya

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

TAHUN 1

Rancangan Mengajar

Cadangan Masa 30 Minit

Tajuk Lampu Isyarat

Standard Pembelajaran Utama Murid didedahkan dengan lampu isyarat bagi

memastikan keadaan lalu lintas selamat untuk

semua pengguna jalan raya.

Kemahiran Fokus Utama : 1.1 Aras 3(i), 7.1 Aras 3(i)

PKJR : 1.4.1, 1.4.2, 1.4.3, 1.4.4, 1.4.5

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid

dapat :-

1. Menjelaskan fungsi lampu isyarat

2. Menyebut dan mengeja warna lampu isyarat

3. Menulis warna lampu isyarat dengan betul

Sistem Bahasa Tatabahasa – Kata Adjektif

Kosa Kata - bulat warna terang

Merah kuning hijau

Nilai Murni Mematuhi lampu isyarat.

Alat Bantu Mengajar Slaid pengajaran, klip video, kad imbasan

Page 2: Pendidikan keselamatan jalan raya

Langkah – Langkah Pengajaran

Bil Aktiviti P&P Alat Bantu

mengajar

1.

Mengenal Lampu Isyarat

1. Guru memaparkan video klip iklan Hari Raya dan

bersoal jawab dengan murid.

Contoh Soalan :

- Apa yang kamu Nampak dalam iklan tersebut?

2. Murid diperkenalkan dengan bentuk , warna dan

lambang lampu isyarat melalui poster dan slaid

pengajaran.

3. Murid diterangkan dengan fungsi lampu isyarat.

4. Murid menyebut dan mengeja perkataan.

5. Murid bersoal jawab dengan guru tentang bentuk

dan warna yang ditunjukkan.

Video Klip

Slaid Pengajaran

Kad Imbasan

2.

Permainan : “Mari jalan-jalan”

1. Murid membentuk kumpulan mengikut jenis

kenderaan yang dinaiki dalam aktiviti simulasi

Contoh : Kumpulan satu kereta

Kumpulan dua motosikal

Kumpulan tiga basikal

2. Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi lampu

isyarat.

Contoh :

Kad Imbasan warna

Lampu Isyarat

Murid A

Murid B

Murid C

Merah

Kuning

Hijau

Page 3: Pendidikan keselamatan jalan raya

3. Murid bergerak mengikut jenis kenderaan sambil

membunyikan kenderaan tersebut.

4. Pergerakan murid dikawal oleh lampu isyarat.

5. Murid dapat menerangkan peranan dan

tanggungjawab mereka sebagai pengguna jalan raya.

4.

Menyanyikan lagu “Lampu Isyarat”

1. Murid membaca dan memahami lirik lagu yang

diberikan.

2. Murid menyanyi lagu “Lampu Isyarat”.

Video Klip Lagu

5.

Rumusan Pengajaran dan Pembelajaran

1. Menunjukkan video klip akibat tidak mematuhi

peraturan jalan raya.

2. Murid melengkapkan teka silang kata.

3. Murid mewarna dan melabel lampu isyarat.

Lembaran Kerja