pendidikan islam "ajaran sesat"

15
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir 1 Al-Yakin Tajuk 9 (Berpegang Teguh dengan Agama Allah) B6D3E1 Puan. Aisah binti Harun 13 Pendidikan Islam “AWASI AJARAN SESAT…ELAK DARIPADA TERJEBAK” Windows 7

Upload: smk-jeram

Post on 21-Jun-2015

178 views

Category:

Spiritual


16 download

DESCRIPTION

ajaran sesat di malaysia~ ^^

TRANSCRIPT

Page 1: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

Pendidikan Islam“Awasi Ajaran Sesat…Elak Daripada Terjebak”

Windows 7

13

Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram

Nur Irlyani Nawarah binti Mohd Samsir1 Al-Yakin

Tajuk 9(Berpegang Teguh dengan Agama Allah)

B6D3E1

Puan. Aisah binti Harun

Page 2: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

PENGERTIAN AJARAN SESAT

Ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN AJARAN SESAT

Terdapat individu yang mempunyai kepentingan diri seperti untuk mendapatkan kedudukan, harta, dan sebagainya.

Terdapat golongan yang ingin melemahkan ajaran Islam dengan memesongkan akidah orang Islam.

CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Baru pada tahun 1974)

Page 3: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )

3. Ajaran Hussein Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )

4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )

5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )

6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )

7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )

8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )

9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )

10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh di kalangan masyarakat Islam. Di negara ini sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenal pasti sesat. Namun begitu terdapat banyak lagi yang bercambah di sana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana kekurangan maklumat yang lengkap.

1. AL-ARQAM.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya di kalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-

Page 4: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian. Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang di antara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:

(a) Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah.

(b) Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdi.

(c) Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.

(d) Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yangtaat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.

(e) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabiladiseru namanya.

(f) Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.

(g) Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas di kalangan pengikut kerana di percaya ia kan membawa Barakah dan mempunyai Karamah nya.

(h) Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

Page 5: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

2. GOLONGAN ANTI HADIS.

Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. Ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula. Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World, yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun1981.

Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata serta sekali gus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis dan Sunah lah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan terbesar di kalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.

Dengan tersiar nya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari pengedarannya.

3. QADIANI

 

1.       Pengasasnya ialah Mirza Ghulam Ahmad yang meninggal dunia pada tahun 1908 Masihi.

Page 6: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

2.       Nama Qadiani ialah sempena tempat lahir pengasasnya di Qadian iaitu sebuah kampung di Daerah Gusdapur, India.

3.       Ajaran ini mula muncul pada tahun 1889 Masihi.

4.       Ajaran ini dibawa ke Malaysia oleh Maulana Muhammad Sadiq bin Barakatullah pada tahun 1949 Masihi.

5.       Ciri-ciri kesesatan ajaran Qadiani ialah:

(a)    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai Imam Mahdi, nabi, dan jelmaan Krisyna (tuhan mengikut kepercayaan Hindu);

(b)    beriktikad bahawa Allah S.W.T. menurunkan kepada Mirza Ghulam Ahmad sebuah kitab suci yang bernama Al-Tazkirah;

(c)    beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad memiliki sejuta jenis mukjizat;

(d)    menghapuskan jihad;

(e)    mengubah ayat Al-Quran seperti ayat 6 surah Al-Saf, ayat 52 surah Al-Haj, dan ayat pertama surah Al-Qadr;

(f)     mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah S.W.T;

(g)    mengisytiharkan Qadian sebagai tanah suci dan tempat menunaikan haji;

(h)    mendakwa bahawa Nabi Isa meninggal dunia dan dimakamkan di Srinegar, India;

(i)      menghukum kafir selain penganut Qadiani.

 

 

4. BAHAI

 

Page 7: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

1.       Bahai diasaskan oleh Husain Ali Al-Mazandani yang meninggal dunia pada tahun 1892 Masihi.

2.       Bahai adalah nama sempena pengasasnya yang digelar sebagai Baha'ullah.

3.       Ajaran Bahai adalah lanjutan kepada ajaran Al-Babiah yang diasaskan oleh Ali Muhammad Al-Syirazi yang meninggal dunia pada tahun 1850 Masihi.

4.       Ajaran Bahai muncul di Iran pada tahun 1847 Masihi.

5.       Ajaran Bahai mula tersebar di Malaysia pada tahun 1953 melalui Yan Kee Leong.

6.       Ciri-ciri kesesatan ajaran Bahai ialah:

(a)    beriktikad bahawa pengasasnya ialah jelmaan Allah S.W.T.;

(b)    beriktikad bahawa semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai;

(c)    beriktikad bahawa alam ini bersifat baqa'(kekal);

(d)    beriktikad bahawa kitab suci mereka iaitu Al-Bayan memansuhkan semua kitab samawi;

(e)    beriktikad bahawa Nabi Isa mati disalib;

(f)     mengagungkan kod 19 hingga kononnya Al-Quran dipengaruhi oleh kod tersebut;

(g)    menolak kewujudan mukjizat, malaikat, syurga, dan neraka;

(h)    memansuhkan agama Islam;

(i)      menganggap Acre di Palestine sebagai kiblat baru;

(j)     mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti puasa 19 hari, solat sebanyak 9 rakaat dan dikerjakan 3 kali sehari, dan berwuduk dengan air mawar atau

Page 8: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

diganti dengan bacaan Bismillahil Athar sebanyak lima kali; menghapuskan jihad.

 

 

5. TASLIM

 

1.       Taslim diasaskan oleh Haji Muhammad Syafie atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Muhammad Matahari.

2.       Ajaran ini mula wujud pada tahun 1870-an di Kampung Seronok di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

3.       Ajaran ini merupakan ajaran sesat yang paling tua di Malaysia. Ajaran ini juga mempunyai persamaan dengan kepercayaan Syiah Ismailiah Batiniah.

 

Ciri-ciri kesesatan ajaran Taslim ialah:

(a)    beriktikad bahawa diri batin manusia ialah Allah dan diri zahir manusia ialah nur Muhammad;

(b)    beriktikad bahawa alam ini bersifat qadim;

(c)    mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut hawa nafsu;

(d)    mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;

(e)    menolak kewujudan hari kiamat, syurga, dan neraka;

(f)     solat secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan);

(g)    menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum.

Page 9: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Pengaruh ajaran sesat dapat ditangkis dengan kefahaman Islam yang sebenar melalui proses pembelajaran secara formal atau tidak formal.

2. Menyebarkan ajaran Islam. Ajaran Islam hendaklah sentiasa didedahkan kepada masyarakat menerusi pelbagai kaedah seperti media cetak, elektronik, ceramah, seminar, forum, dan simposium.

3. Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu oleh semua pihak akan dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam masyarakat.

4. Program pemulihan akidah. Orang yang terlibat dengan ajaran sesat amat memerlukan kepada program pemulihan akidah, Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor.

PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam di negara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama.

Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat

Page 10: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

Islam. Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak. Sabda Rasulullah saw.

Ertinya:

“ Akan berpecah umat ku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya di dalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunah ku dan sunnah sahabat-sahabat ku”. Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam Islam ialah Rasulullah sendiri telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam Islam sudah tentu Rasulullah dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan. Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat di dalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat Islam di negara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh di sebalik tabir Islam.

Page 11: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"

RUJUKAN.

Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992)muka surat 11-22.

Page 12: Pendidikan islam  "AJARAN  SESAT"