pendidikan formal, pendidikan tidak formal

Upload: ieda-iedah

Post on 05-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

    1/4

    SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632 KULIAH 1Soalan Satu

    Pendidikan formal merupakan satu pendidikan yang dijalankan secara terancang dengan

    adanya bimbingan daripada guru-guru, buku teks dan biasanya dijalankan di dalam kelas.

    Pendidikan formal hanya dijalankan di sekolah-sekolah dan saya telah mendapat pendidikan

    formal selama sepuluh tahun diperingkat sekolah rendah dan menengah. Pendidikan formal juga

    telah mentransformasikan saya daripada seorang yang tidak mengetahui mengenai asas

    pendidikan kepada seseorang yang telah berjaya mendapatkan pendidikan sehingga ke peringkat

    yang lebih tinggi.

    Manakala pendidikan non-formal pula ialah pendidikan yang dilakukan bukan secara

    langsung seperti yang dilakukan di sekolah-sekolah tetapi merupakan pendidikan yang diperolehi

    daripada bimbingan ibu bapa dan keluarga di rumah. Sebagai contohnya, ibu bapa saya telah

    mengajar saya cara-cara untuk mengemas rumah, membasuh pakaian dan memasak. Ekoran

    daripada pendidikan non-formal yang telah diberikan oleh kedua ibu bapa saya telah

    membolehkan saya menguruskan rumah semasa ketiadaan ibu bapa saya di rumah.

    Pendidikan in-formal merupakan pendidikan sampingan yang telah saya hadiri bagi

    menambahkan lagi kemahiran yang telah saya miliki selain daripada pergi ke sekolah. Bagi

    mendapatkan ilmu sampingan melalui pendidikan in-formal, saya telah menghadiri satu kursus

    komputer bagi menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai ilmu komputeran. Selain

    daripada itu juga, saya telah menghadiri satu kursus perkahwinan bagi mendapat pendedahan

    awal mengenai alam perkahwinan dan membuat persediaan awal sebelum berkahwin.

    Pembelajaran pula merupakan satu proses pembelajaran untuk mengajar seseorang bagi

    memahami mengenai sesuatu ilmu yang cuba diajarkan. Proses pembelajaran melibatkan guru-

    guru dan para pelajar. Satu proses pembelajaran yang dianggap berkesan apabila pelajar

    berkenaan dapat memahami mengenai isi yang cuba disampaikan oleh guru berkenaan.

    Manakala satu proses pembelajaran yang kurang berkesan apabila para pelajar tidak dapat

    memahami dan bermain di dalam kelas semasa proses pembelajaran yang sedang berlangsung.

  • 7/31/2019 PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

    2/4

    SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632 KULIAH 1Pengajaran pula melibatkan cara pengajaran yang digunakan oleh guru-guru dalam

    menyampaikan ilmu secara berkesan kepada pelajar. Salah satu teknik pengajaran yang biasa

    digunakan oleh guru di dalam kelas ialah secara kuliah. Manakala pelajar hanya menjadi

    pendengar pasif dan tidak terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran tersebut. Salah satu

    cara atau kaedah pengajaran yang saya minati semasa di alam persekolahan ialah teknik

    pengajaran secara kuliah tanpa guru melibatkan saya secara aktif dalam proses pembelajaran

    tersebut.

  • 7/31/2019 PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

    3/4

    SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632 KULIAH 1Soalan dua

    HURAIKAN MENGENAI KE SEMUA 5 MODEL TERSEBUT.

    Model Dick dan Carey telah menyarankan agar proses pengenalpastian tujuan pengajaran

    dilakuan terlebih dahulu agar sesuatu proses pengajaran itu jelas akan tujuan asalnya. Selepas itu

    terdapat dua cara yang boleh digunakan iaitu :

    a) Kenalpasti ciri-ciri dan tingkahlaku kemasukan.b) Laksanakan analisis intuksi terlebih dahulu.

    Selepas kedua-dua langkah tersebut dipilih maka objektif asal, hasil item dan rujukan, hasil

    strategi, pilih BBI dab reka atau laksanakan pentaksiran dilakukan secara berperingkat-peringkat

    dan hendaklah sentiasa disemak. Langkah paling akhir apabila semua langkah-langkah tersebut

    telah dilaksanakan ialah dengan reka dan laksanakan pentaksiran.

    Model pembelajaran Masteri pula memberi penekanan agar hasil pembelajaran

    ditentukan diawal perancangan. Selepas itu pemilihan isi dan kaedah P&P beserta penilaian

    dilakukan. Semasa aktiviti pembelajaran sedang dijalankan guru harus menentukan samada

    pelajar sudah memahami mengenai kandungan pembelajaran tersebut atau tidak. Jika pelajar

    sudah memahami maka sesi pembelajaran akan ke unit pembelajarn yang ke dua. Tetapi jika

    pelajar masih tidak memahami mengenai pembelajaran yang diajar maka guru akan membuat

    aktiviti pemulihan seterusnya kepada penilaian semula sama ada pelajar sudah memahami atau

    belum. Bagi pelajar yang sudah memahami mereka akan terlibat dengan aktiviti pengayaan bagi

    tidak membazirkan masa mereka.

    Model Assure pula menekankan agar perkara utama yang harus dilakukan agar membuat

    analisis mengenai pelajar sebelum membuat objektif mengenai sesi pambelajaran. Selepas

    objektif dibuat maka pemilihan media atau alat bantu mengajar dibuat bagi bersesuaian dengan

    objektif yang bakal dicapai. Selepas itu, penggunaan alat bantu mengajar dan penilian dibuat

    bagi menguji sejauh mana keberkesanan pembelajaran dalam memenuhi objektif yang telah

    dirancangkan.

  • 7/31/2019 PENDIDIKAN FORMAL, PENDIDIKAN TIDAK FORMAL

    4/4

    SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632 KULIAH 1Model Tyter pula telah menetapkan tujuan pendidikan yang ingin dicapai dan cara atau

    kaedah yang digunakan dalam mencapai tujuan tersebut. Manakala penyusunan secara berkesan

    mengenai kaedah yang digunakan adalah amat penting dan di akhir langkah ialah penilaian

    seharusnya dibuat bagi menguji pencapaian tujuan tersebut sama ada berkesan atau tidak.

    Bagi model Penakulan Pedagogi pula telah menyatakan kefahaman diperlukan terlebih

    dahulu dan di ikuti dengan transformasi yang melibatkan persediaan, representasi, pemilihan dan

    adaptasi. Seterusnya ialah proses instruksi dilakukan dan di ikuti dengan proses penilaian dan

    refleksi dan kefahaman akan diuji kembali di akhir pengajaran.

    PILIH 2 MODEL YANG TERBAIK / BANDING DAN BEZAKAN

    Dua model yang terbaik adalah model Pembelajaran Masteri dan model Penakulan

    Pedagogi. Hal ini adalah kerana model Pembelajaran Masteri menerangkan mengenai langkah

    demi langkah dalam proses pembelajaran yang lebih teratur dan memudahkan para pelajar

    uantuk memahami proses pembelajaran yang dilakukan. Manakala model Penakulan Pedagogi

    pula menyediakan pemahaman awal bagi para pelajar untuk menguji sejauh mana pemahaman

    para pelajar sebelum memulakan sesi pembelajaran. Di akhir pembelajar pula para pelajar akan

    diuji lagi mengenai kefahaman mereka mengenai ilmu yang telah diajar.

    MODEL TERBAIK

    Model terbaik ialah model Pembelajaran masteri.