pendidikan bersepadu

11
1 BAB 1: PENGENALAN Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi yang dilahirkan. Ini kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan pelapis kepada pembangunan dan kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu? Pendidikan bersepadu adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni. Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan disamping didorong oloeh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat menyatukan diri atau diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni. Itulah serba sedikit konsep Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia dan berbeza dengan diamalkan di barat bersifat sekular. Aspek yang perlu dititikberatkan ialah Minda generasi muda penting diperkasakan dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi keutamaan. Antara kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong. Seperti yang saya huraikan serba sedikit diatas tadi, ternyatalah bahawa nilai dan akhlak amat penting bagi genarasi muda dalam memperkasakan diri menuntut ilmu. Nilai adalah ukur tara yang memberikan

Upload: zakiovic88

Post on 12-Jun-2015

2.955 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

menceritakan mengenai perbezaan pendidikan yang diamalkan di barat dan di Malaysia.

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan bersepadu

1

BAB 1: PENGENALAN

Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik menentukan generasi yang dilahirkan. Ini

kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan pelapis kepada pembangunan dan

kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu? Pendidikan bersepadu

adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai murni.

Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan

disamping didorong oloeh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat

Islam, ilmu mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat

menyatukan diri atau diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai

murni. Itulah serba sedikit konsep Pendidikan Bersepadu yang diamalkan di Malaysia

dan berbeza dengan diamalkan di barat bersifat sekular.

Aspek yang perlu dititikberatkan ialah Minda generasi muda penting

diperkasakan dan pada masa sama kemahiran berfikir perlu diberi keutamaan. Antara

kekuatan minda dan kemahiran berfikir, ia perlu dipandu oleh nilai. Tanpa nilai, apa

yang difikir boleh menjadikan pemikiran hampa dan kosong. Seperti yang saya

huraikan serba sedikit diatas tadi, ternyatalah bahawa nilai dan akhlak amat penting

bagi genarasi muda dalam memperkasakan diri menuntut ilmu. Nilai adalah ukur tara

yang memberikan manusia pedoman mengenai buruk baik sesuatu perkara. Selain itu,

serba sedikit ianya turut memberi kesan kepada seseorang. Contohnya Bercakap benar

umpamanya adalah nilai dan amalan baik. Jika kebenaran yang disampaikan, maka

kebenaran juga diterima. Apabila kita berdusta, maka ia akan memudaratkan diri dan

orang lain. Pendidikan bersepadu menjadikan nilai al-Quran sebagai sumber berdirinya

ilmu dan akhlak manusia. Mempelajari akidah ialah mempelajari mengenai faktor

ghaib, iaitu Allah dan menghubungkannya dengan benda nyata.

Jadi kertas kerj ini akan membincangkan serta membandingkan Pendidikan

Bersepadu yang dikemukakan barat dengan paradigma Pendidikan Bersepadu di

Malaysia serta menekankan kepada konsep, matlamat, dan kokurikulum.

Page 2: pendidikan bersepadu

2

BAB 2: KONSEP, MATLAMAT PENDIDIKAN, DAN KOKURIKULUM

MENGIKUT ACUAN MALAYSIA.

2.1 KONSEP:

Pendidikan Bersepadu ialah Pendidikan yang menekan kepada nilai yang murni dalam

menuntut ilmu pengetahuan. Seperti di Malaysia, pendidikan yang dikemukan oleh

barat iaitu menggunakan konsep garis lurus tidak sesuai diamalkan di Malaysia.1 Ini

kerana Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Agama

persekutuan bagi Malaysia ialah agama Islam justeru pendidikan yang diamalkan di

Malaysia ialah Pendidikan Bersepadu yang tidak memisahkan antara kepentingan

duniawi dan ukhrawi. Pendidikan itu bukan sahaja dapat merapatkan jurang ekonomi

antara masyarakat bahkan ia mampu menyediakan rakyat untuk menghadapi masa

depan dan globalisasi.

Selain itu, Pendidikan Bersepadu menurut acuan Malaysia ialah berpusatkan

kepada Allah iaitu pada hakikatnya Allah adalah maha mengetahui. Justeru itu, segala

kebenaran ilmu tidak perlu dipersoalkan lagi dan tidak memerlukan kajian saintifik

berulang kali untuk menentukan kebenarannya. Pendidikan Bersepadu yang diamalkan

di Malaysia juga amat berbeza dengan konsepnya di barat di mana di barat agak sekular

dan liberal serta mempersoalkan sesuatu kebenaran ilmu yang pada hakikatnya adalah

benar.

Akibatnya, barat menanggung pelbagai kesan dan akibat antaranya ialah

Berlakunya gejala sosial yang kronik di Barat adalah berpunca dari pergaulan bebas

antara lain undang-undang Barat membenarkan perkahwinan sesama sejenis sekaligus

mengiktiraf hubungan sejenis yang terkutuk itu.2 Selain tiu, masyarakat Barat menjadi

kucar-kacir. Institusi keluarga yakni institusi terpenting dalam mewujudkan masyarakat

1 Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.

2 Prof. Dr. Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta Departemen Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.

Page 3: pendidikan bersepadu

3

yang sejahtera, semakin hari semakin dilanda kehancuran," jelasnya, anak-anak tidak

lagi menghormati ibu bapa, suami tidak memperdulikan isteri dan isteri pula bebas

bergaul dengan sesiapa sahaja.

2.2 MATLAMAT PENDIDIKAN:

Matlamat Pendidikan Bersepadu sebenarnya ialah berpusatkan kepada Allah iaitu

percaya bahawa setiap ilmu adalah datang darinya. Sebenarnya ia menyentuh mengenai

akidah, kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.3 Dengan ini, Pendidikan bersepadu

itu boleh mengatasi masalah gejala sosial sebagaimana berlaku di Barat. Selain itu,

matlamat yang penting ialah mebina nilai dan akhlak yang sempurna selaras dalam

proses menuntut ilmu. Apa yang saya ingin tekankan ialah akhlak yang baik akan

terjelma dalam amalan nilai-nilai murni dan akan melahirkan potensi intelek yang sihat,

serta jauh dari sifat-sifat tercela. Matlamat pendidikan bersepadu juga melahirkan

masyarakat serta penuntut yang baik dan mulia ini bermakna matlamat agung

pendidikan ialah untuk membina pembangunan manusia.

2.3 KUKURIKULUM

Sebenarnya dalam aspek Kukurikulum bersepadu ialah cuba mengimbangi ilmu agama,

ilmu sains kemanusiaan dan ilmu sains tabii. Ini kerana dalam dunia era goblalisasi

ilmu sains dan teknologi amatlah penting dan dititikberatkan.4 Kemajuan yang dicapai

dunia sekarang ini memerlukan kemajuan sains dan teknologi. Dalam islam tidak salah

3 Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 30.

4 Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 29.

Page 4: pendidikan bersepadu

4

mempelajari ilmu keduniaan bahkan Allah juga menggalakkan umatnya supaya

meneroka rahsia-rahisa Allah berpandukan jalan yang diredai olehnya.

Selainj itu, perlaksanaan kukurikulum adalah berperingkat dan dimulakan dari

bawah ke atas misalnya dari tahap satu hinggalah ke tahap enam. Dalam menuntut

ilmu, tidak kira apa jua ilmu, kekuatan rohani amat penting. Antara sebab musabab

wujudnya kukurikulum di dalam pendidikan ialah semata-mata untuk membina

kekautan rohani selari dengan kekuatan akhlak yang berteraskan kepada agama. Tanpa

agama manusia akan hidup dalam keadaan huru hara dan tanpa pegangan. Kukurikulum

ini sepatutnya dijadikan sebagai budaya dalam membina masyarakat yang harmonis

dan berakhlak mulia.

3.0: KONSEP, MATLAMAT PENDIDIKAN, DAN KUKURIKULUM

MENGIKUT ACUAN BARAT.

3.1: KONSEP

Seperti yang ditekankan diatas dari segi Pendidikan Bersepadu di Malaysia jelaslah

bahawa ia menekankan kepada nilai-nilai murni untuk membentuk pelajar yang

berakhlak mulia. Tetapi apa yang terdapat di barat pula adalaha berlainan. Konsep bagi

Pendidikan Moden barat sebenarnya didorong aspek globalisasi dan ditunjangi oleh

falsafah pendidikan barat. Sebab itu tidak hairan mengapa di Barat banyaknya masalah

yang berkaitan dengan gejala sosial, keruntuhan isntitusi kekeluargaan dan bermacam

lagi5. Selain itu, ianya berbentuk bebas atau liberal dimana masyarakat barat berfikiran

terbuka tanpa berpandukan atau merujuk kepada ilmu wahyu seperti yang terdapat di

Malaysia. Selain itu, konsep Pendidikan di barat juga boleh diertikan sebagai

meletakkan kebebasan akal begitu tingi sehingga dibolehkan meragukan ilmu wahyu

serta dengan dorongan ilmu falsafah juga membuatkan masyarakat barat

mempersoalkan segala ilmu yang diperolehi. Ini jelas lagi jika kita imbas kepada

5 Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10.

Page 5: pendidikan bersepadu

5

konsep falsafah barat sehinggakan adanya terdapat satu bab mengenai Skeptisme iaiti

meragukan terhadap segala perkara.

Selain itu, unsur demokratik juga boleh dikaitkan kerana induvidu bagi

masyarakat barat mempunyai hak mutlak untuk membina nilai baru menurut

kepentingan dan kemandirian induvidu tersebut. Justeru kehidupan sekular yang

diamalkan oleh mereka ini sebenarnya memisahkan agama dengan semua urusan

kehidupan tanpa dibatasi oleh sesautu perkara. Unsur yang dinyatakan ini menjadi asas

dan tunjang pemikiran bagi mereka. Sebab itu tidak hairan mengapa kesannya begitu

ketara sehinggakan timbulnya masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang begitu

meruncing. Jadi, tidak hairan mengapa Malaysia tidak mengikut model ini yang juga

dinamakan Model garis lurus.

3.2 MATLAMAT PENDIDIKAN

Seperti yang kita faham, di barat khususnya mengamalkan Model Garis lurus iaitu

model yang menekankan semakin tinggi pendidikan manusia itu, maka semakin jauh

ianya daripada tuhan. Itulah matlamat pendidikan barat yang cuba menakul sesuatu

perkara berdasarkan kepada rasional akal semata-mata tanpa melihat aspek dari sudut

agama mereka. Jika kita imbas kembali pada zaman gelap, barat pada masa itu berada

dalam keadaan terumbang-ambing berikutan pengongkongan dari pihak gereja.

Lagipun pihak gereja pada masa itu tidak meggalakkan pemikiran fatalistic dan

bercirikan kepada sains. Walhal, dunia islam pada masa itu sudah maju lebih

terkehadapan dan lahirnya tokoh-tokoh pemikiran islam terkemuka seperti Ibn Sina,

Al-Khawarizmi, Ibn Batuta dan lain-lain lagi.

Selain itu, pemikiran liberal yang diamalkan oleh mereka membebaskan

daripada nilai agama, nilai pegangan dan kepercayaan mereka lebih berasaskan kepada

Page 6: pendidikan bersepadu

6

fakta saintifik yang bersumberkan kepada fungsi akal semata-mata. Matlamat

pendidikan yang diamalkan oleh mereka juga ialah seolah-olah mengeksploitasi

kepentingan induvidu lain dan semakin jauhlah hubungan mereka dengan tuhan

mereka. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu belajar untuk diri serta mendapat

kedudukan yang tinggi agar mereka dipandang golongan bijak pandai di mata

masyarakat. Umunya pendidikan di barat ini bersifat induvidualistik dan materialistic

iaitni bertujuan semata-mata untuk mencapai kepuasan diri tanpa batassan.

3.3 KUKURIKULUM

Jelaslah bahawa pendidikan di barat menolak dan mengenepikan pegangan agama dan

ilmu wahyu.6 Dengan era globalisasi dunia tanpa sempadan, semakin rancaklah mereka

mengenepikan agama serta berpegang teguh kepada sains dan penakulan akal.

Kukurikulum pendidikan mereka juga berbeza iaini semakin tingi pendidikan seseorang

itu, maka manusia makin jauh daripada tuhan. Ini didorong oleh aspek liberal yang

diamalkan di kebanyakan Negara barat serta gagal untuk menyediakan jalan atau satu

jambatan untuk berhubung dengan tuhan mereka.

4.0 KESIMPULAN

Jika kita amati Pendidikan di barat serta di Malaysia ternyata amat jauh sekali

berbeza ini kerana di Malaysia menekankan kepada unsure ketuhanan iaitu setinggi

mana ilmu seseorang itu, maka induvidu itu wajib mempercayai bahawa ilmu yang

didapati oleh seseorang itu ada batasannya. Selain itu, pendidikan acuan di Malaysia

juga menekankan kepada nilai-nilai murni serta memupuk kepada akhlak yang baik

bagi melahirkan masyarakat yang harmonis. Berbeza di barat bahawa semakin tinggi

tahap pendidikan seseorang itu, maka semakin jauhlah mereka dari tuhan serta ilmu

wahyu. Ini kerana jelas bahawa ilmu yang mereka pelajari serta mereka dapati hanyalah

untuk diri mereka semata-mata serta bersifat materialistic dan liberal. Jadi tidak hairan

mengapa isntitusi kekeluargaan dan masalah gejala sosial di barat begitu meruncing.

6 Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti Teknologi Malaysia, hlmn. 15.

Page 7: pendidikan bersepadu

7

5.0 BAHAN RUJUKAN

Kamal Abd. Manaf, 1995, Kaunseling Islam: perbandingan antara amalan dan teori

kaunseling barat, K.L Utusan Publication and Distributors, hlmn. 10

Kamarul Azmi Jasmi, 2007, Pendidikan dan pembangunan keluarga cemerlang, Universiti

Teknologi Malaysia, hlmn. 30

Tajul Ariffin Noordin dan Dr. Nor Aini, 2007, Pendidikan Bersepadu: Ilustrasi dan Penjelasan Lengkap, Bangi, hlmn. 20.

Umar Tirtarahardja dan Drs. La Sula, 2000, Pengantar Pendidikan, Jakarta Departemen

Pendidikan & Kebudayaan, hlmn. 15.