pendidikan al quran shamsul

Upload: aini-mazaini-mokhtar

Post on 06-Apr-2018

304 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    1/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    PENDIDIKAN AL QURAN (MODUL 1/3 Unit 1 & 2)

    UNIT 1: METODOLOGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN APLIKASI

    MODEL KHATAM AL-QURAN j-QAF

    Latihan m/s : 16

    Kemukakan dalil-dalil daripada Al Quran atau Al Hadith yang menjadi Nas kepada

    Kaedah Talaqqi-Musyafahah , Tasmi, Takrir & Tadarus

    Dalil Kaedah Talaqqi-Musyafahah

    [

    106 :

    Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau

    membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang dan Kami menurunkannya

    beransur-ansur.

    ] 18 : Maksudnya : Oleh itu apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu

    dengan perantaraan Jibril) maka bacalah menurut bacaannya itu.

    [ :

    :

    ]

    Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata

    kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu Ubay

    berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab Nabi: Allah

    telah memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis.

    1

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    2/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    [ : :

    [

    Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat

    orang iaitu cAbdullah Bin Mascud , Salim , Mucaz dan Ubay Bin Kacab

    Dalil Kaedah Tasmi

    [ : : : :

    " : : " ]

    Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Mascud katanya : Rasulullah s.a.w telah berkata

    kepadaku : Bacalah Al Quran kepadaku Aku berkata : Adakah aku perlu membaca

    kepada kamu sedangkan Al Quran itu diturunkan kepadamu. Jawab Nabi :

    Sesungguhnya aku suka mendengar bacaan daripada orang lain Maka aku membuka

    surah Al Nisa ,tatkala sampai kepada ayat : "

    " Nabi berkata : Cukup! Maka aku berpaling kepadanya danmengalir airmata dari kedua-dua matanya

    [ :

    ]

    2

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    3/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Maksudnya : Daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w dibentangi ( dibaca) Al

    Quran satu kali pada tiap-tiap tahun, dan pada tahun beliau s.a.w wafat beliau dibentangi

    Al quran sebanyak dua kali .Beliau beriktikaf di sepuluh terakhir pada tiap-tiap tahun di

    bulan Ramadhan dan beriktikaf dua puluh terakhir pada tahun beliau diwafatkan.

    Dalil Kaedah Takrir

    [

    ...

    ]

    Maksudnya : Daripada Aishah Ummul Muminin r.a katanya : Wahyu yang mula-mula

    turun kepada Rasulullah s.a.w ialah berupa mimpi baik waktu beliau tidur.Biasanya

    mimpi itu terlihat jelas oleh beliau seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau

    tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira . Disitu beliau beribadat beberapa malam

    tidak pulang kerumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya . Setelah

    3

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    4/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    bekalan habis beliau kembali kepada Khadijah untuk mengambil lagi bekalan secukupnya.

    Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira hingga ke suatu ketika dating kepadanya al

    Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira

    tersebut.malaikat dating kepadanya lalu katanya : Bacalah! Jawab Nabi : Aku tidak

    pandai membaca . Kata Nabi selanjutnya menceritakan Aku ditarik dan dipeluknya

    sehingga aku merasa payah dan sukar .Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya

    pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku tidak pandai membaca Aku

    ditarik dan dipeluknya pula sampai aku merasa payah dan sukar.Kemudian aku

    dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca : Bacalah! katanya .Jawabku : Aku

    tidak pandai membaca Aku ditarik dan dipeluknya untuk kali ketiga kemudian

    dilepaskannya seraya berkata :

    ]

    Dalil Tadarus

    [

    [

    Maksudnya :Daripada Ibnu Abbas r.a katanya : Rasulullah s.a.w adalah seorang yang

    amat pemurah dan terlebih pemurah ketika bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril datang

    menemuinya .Kebiasannya Jibril datang menemui Nabi pada tiap-tiap malam dalam bulan

    Ramadhan dan kedua-duanya bertadarus Al Quran.Sesungguhnya Rasulullah lebih

    bersifat pemurah daripada murahnya hembusan angin.

    4

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    5/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Aktiviti tutorial

    Soalan 1

    Pilih mana-mana tiga kaedah pengajaran dan pembelajaran Al-Quran di atas dan

    kemukakan kelebihan dan kelemahan setiap kaedah tersebut serta bincangkan cara-

    cara mengatasinya.

    Talaqqi Mushafahah

    Kaedah mempelajari bacaan al- Quran yang tertua dan dipraktik oleh Jibril a.s

    kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril

    memmbaca ayat suci al- Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan

    diperhatikan oleh Jibril. Seterusnya Rasulullah SAW membacanya kepada para sahabat,

    para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya

    tulisan itu di baca dan dihafalkan.

    Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yang mempelajari al- quran mesti

    berhadapan secara langsung kepada gurunya. Faktor ini sangat ditekankan supaya murid

    tahu betul secara amali bagimana pelaksanaan semua hokum-hukum tajwid dalam bacaan

    yang meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat- sifat huruf dan lain-lain hokum tajwid.

    Kelebihan

    a) Kaedah ini murid-murid dapat membaca Al-Quran dihadapan guru secara

    bersemuka dan dapat memerhati contoh bacaan daripada guru kemudian di ikuti

    oleh pelajar.

    b) Kaedah ini merupakan kaedah yang pertama berlaku keatas junjungan besar

    Nabi Muhammad (SAW) semasa Jibril menyampaikan wahyu keatas baginda.Ketika itu Nabi Muhammad (SAW) memerhati cara bacaan dari Jibril kemudian

    5

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    6/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    nabi membacanya, begitulah seterusnya nabi menyampaikan pula kepada

    sahabat-sahabatnya.

    c) Murid-murid dapat menyebut huruf mengikut makhraj yang betul serta bacaan

    mengikut tajwid.

    d) Murid-murid dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya apa yang diajar

    atau disebut oleh guru kerana kaedah ini berlaku didalam kelompok kecil.

    Kelemahan

    a) Murid yang kurang aktif atau lemah dalam meguasai bacaan akan tercicir jika di

    bandingkan dengan yang aktif dan dapat menguasai.

    b) Guru perlu memberi penumpuan yang sepenuhya ketika mrid-murid membaca

    dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan.

    c) Peruntukan masa yang singkat ketika murid membaca dihadapan guru,ini

    menimbulkan masalah kepada murid-murid yang kurang menguasai bacaan dan

    sebutan huruf hijaiyah.

    Cara-cara mengatasinya

    a) Bentuk satu kumpulan seramai 6 orang murid yang mana 3 murid dapat

    menguasai huruf hijaiyah dan 3 lagi lemah dalam menguasai huruf hijaiyah.

    Ketika murid barada dihadapan guru untuk membaca, murid yang cerdas

    mambantu murid yang lemah.

    b) Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah

    menayangkan carta huruf hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil

    menyebut dan diikuti oleh murid. Dengan cara ini ianya dapat membantu

    murid-murid untuk mengikuti kembali huruf tersebut.

    c) Guru hendaklah sentiasa menyebut huruf yang ada persamaan dari segi bunyi,

    contohnya: dan disamping itu murid hendaklah memerhati gerakan bibir

    guru sambil menyebut huruf tersebut secara individu dan kumpulan.

    6

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    7/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Tadarus

    Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4

    orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat

    kesalahan dalam bacaan rakannya itu. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua

    kumpulan. Murid-murid membaca secara berglir-gilir dalam kumpulannya.jika sampai

    kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan

    membimbingnya membaca atau mengeja.

    Kelebihan

    a) Murid-murid dapat berada dalam satu jemaah dan saling membantu diantara

    satu sama lain.

    b) Murid-murid dapat memberanikan diri ketika membaca didalam kumpulan

    mereka.

    c) Murid yang fasih dalam bacaan membimbing pelajar yang lemah. Contoh : Ajar

    mengeja dan membaca.

    Kelemahan

    a) Guru tidak dapat memberi penumpuan sepenuhnya jika berlaku kesalahan

    dalam bacaan murid-murid tersebut kerana adakalanya kaedah ini dibaca secara

    beramai-ranai dalam halaqat dan adakalanya dibaca secara bergilir-gilir.

    b) Pelajar yang fasih dalam bacaan akan merasa boring kerana ada segelintir

    pelajar yang lemah perlu bimbingan daripada pelajar tadi. Contohnya bacaa

    surah Al-Fatihah.

    Cara mengatasi

    a) Sebelum mengagihkan murid kepada kumpulan tertentu, guru hendaklah

    membaca ayat tilawah beberapa kali dengan suara yang nyaring sambil diikuti

    oleh murid.

    b) Guru hendaklah memuji dan memilih beberapa orang pelajar yang baik dalam

    bacaan Al-Fatihah supaya menjadi pembimbing dalam halaqat.

    7

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    8/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Tasmik

    Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian. Apabila mendengar atau membaca

    mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih, menelaah, menguji dan

    mengesahkan maklumat yang didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid

    diminta membaca dan guru mendengar.

    Kelebihan

    a) Dengan kaedah ini guru dapat mengesan kesalahan bacaan murid-murid serta

    dapat memperbetulkan bacaan secara individu dan kumpulan.

    b) Guru dapat memperkenalkan hukum-hukum tajwid kepada murid dalam ayat

    yang dibaca.

    c) Guru dapat menerangkan kepada murid-murid tentang kesalahan bacaan dari

    segi tajwid.

    d) Guru dapat mendisiplinkan murid-murid dari segi bacaan yang betul mengikut

    hukum-hukum tajwid dan juga tanda-tanda bacaan.

    Kelemahan

    a) Kaedah ini sesuai untuk murid-murid membaca ayat tilawah dan hafazan, ianya

    tidak sesuai untuk bacaan.

    b) Ketika guru sedang mendengar bacaan ayat tilawah dan hafazan daripada

    seorang murid, maka murid-murid yang lain tidak memberi penumpuan yang

    sepenuhnya dalam pembacaan mereka.

    Cara mengatasinya

    a) Ketika guru sedang mentasmik salah seorang murid, guru hendaklah

    menyediakan lembaran kerja yang ringkas kepada murid-murid lain untuk

    mengelakkan daripada berlaku kebisingan. Contohnya : Cantumkan huruf.

    8

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    9/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    2. Aplikasikan mana-mana kaedah pilihan anda semasa anda semasa interaksi

    dengan pensyarah anda.

    Talaqqi Mushafahah

    Kaedah talaqqi musyafahah adalah merupakan kaedah yang sering digunakan

    semenjak zaman rasulullah lagi,kerana kaedah ini senang dan mudah untuk pelajar

    menginggat.Kaedah ini walaupun pelajar tidak mengenal huruf-huruf tetapi pelajar dapat

    mengingat dan dapat membaca melalui guru yang mengajar.

    Contoh : guru membaca pelajar mengikut apa yang guru baca.Tetapi kaedah ini

    melambatkan pelajar untuk mengenal huruf-huruf dan membaca dengan sendiri sewaktu

    guru tidak ada di hadapan.Kaedah ini merupakan kaedah hafazan pelajar akan dapat

    mengingat surah apa yang dihafal.

    Tadarus

    Kaedah Tadarus pula adalah kaedah halaqah kecil bersama kawan-kawan yang

    lain kerana kaedah ini adalah pembacaan secara beramai-ramai tetapi pada satu ketika ia

    akan didengar oleh kawan yang lain untuk membetulkan bacaan yang tersilap.Setelah

    selesai orang pertama orang yang kedua akan pula akan membaca dan didengar oleh

    ahli kumpulan yang lain sekiranya ada bacaan yang salah orang berada dalam kumpulan

    akan menegur dan membetulkan cara bacaan tadi,kaedah ini sering digunakan didalam

    kelas semasa pensyarah menyuruh membuat tugasan dalam kumpulan.

    9

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    10/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111Latihan m/s : 25

    1) Anda dikehendaki membuat pengurusan grafik banding beza antara Model 6 Bulan Khatam Al Quran dengan Model Tasmi

    Khatam Al Quran.

    PERBEZAAN

    MODEL 6 BULAN MODEL TASMI

    Tumpuan kepada penguasaan bacaan Al Quran untuktahun 1 dan aspek khatam Al Quran untuk tahun 2 6

    Tumpuan kepada bimbingan & rekod perkembanganbacaan Al Quran murid secara individu

    Tempohnya hanyalah pada 6 bulan pertama bagi setiaptahun (Jan-Jun)

    Dibimbing secara berterusan

    Dilaksanakan dalam jadual waktu persekolahan Dilakukan diluar waktu persekolahan

    Proses P&P dijalankan secara individu menggunakankaedah talaqqi dan musyafahah

    Pembimbing terdiri dari guru j QAF .Akan tetapi pihaksekolah boleh melantik GPI atau guru akademik lain

    Dikendalikan oleh GPI & 3 orang guru j QAF dalam satumasa

    Menggunakan kaedah tasmi & seterusnya pencapaianmurid dinilai.

    Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaanIqra (6 bulan pertama)

    Pembelajaran untuk tahun 1 dimulai dengan bacaanjuzu 1

    Pencapaian bacaan murid direkod dan dinilai sekurang-kurangnya sekali seminggu

    Penilaian bacaan Iqra direkodkan pada setiap bulan. 10

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    11/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    2) Tuliskan pengalaman anda semasa mengaplikasikan kedua-dua model diatas

    dengan menjelaskan permasalahan yang dihadapi serta cadangan

    penyelesaiannya

    Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

    Terdapat banyak permasalahan yang dihadapi oleh saya ketika melaksanakan kedua-dua

    model tersebut. Antara permasalahan tersebut ialah :

    Model 6 Bulan Khatam Al-Quran.

    1. Bilangan murid ramai dalam satu kumpulan.

    Cara penyelesaian :

    Murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan diajar serentak mengikut

    tahap penguasaan murid. Murid yang mempunyai tahap yang tinggi

    dikehendaki mengajar murid tahap yang rendah atau dikenali sebagai

    pembimbing rakan al-Quran.

    2. Kawalan murid semasa sesi pembelajaran.

    Cara penyelesaian :

    Ketika sesi murid membaca al-Quran di hadapan guru, murid-murid yang lain

    dikehendaki menulis latihan dalam buku latihan.

    Model Tasmik

    1. Bilangan guru pembimbing tidak mencukupi.

    Cara penyelesaian :

    Guru Besar telah menawarkan kepada guru-guru akademik yang lain untuk

    menjadi guru pembimbing.

    2. Buku Iqra tidak mencukupi.

    Cara penyelesaian :

    Sekolah telah menfotostatkan buku iqra dan dibekalkan kepada murid.

    11

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    12/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    12

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    13/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111UNIT 2 : TILAWAH DAN TAJWID SERTA APLIKASINYA

    Latihan m/s : 28

    Hasilkan grafik yang menggambarkan sanad Imam cAsim riwayat Hafs torik Syatibi

    13

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    14/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Latihan m/s : 32

    Catatkan pendapat-pendapat ahli tafsir ketika mentafsirkan perkataan tartil pada

    ayat 4 surah al Muzzamil ( )

    o Mujahid Bin Jabar Al Makkiy ( )Diriwayatkan daripada Ibn Juraij daripada Mujahid Bin Jabar Al Makkiy bahawa beliau

    telah menafsirkan ayat 4 surah al Muzammil : Mengelokkan / berlembut-lembut dalam

    bacaan

    o Al Dhahak ( )Diriwayatkan daripada Jabir daripada Al Dhahak katanya : Menjelaskan bacaan huruf

    demi huruf

    o Ibnu Abbas ( )

    Menjelaskan bacaan dengan sejelas-jelasnya

    o Tafsir Al Qurtuby ( ) Jangan bergopoh-gapah ketika membaca Al Quran bahkan bacalah dengan perlahan-

    lahan dan jelas disamping taddabur (meneliti) maknanya .

    Diriwayatkan daripada Al Hasan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melintasi

    dan mendengar bacaan seorang lelaki yang membaca ayat Al Quran sambil menangis .

    Maka sabda Rasulullah : Adalah kamu semua mendengar kepada firman Allah taala yang

    berbunyi : ( ) ? Maka inilah (yang dinamakan) Tartil.

    o Tafsir Ibnu Kathir ( (

    Bacalah Al-Quran dengan bacaan yang lembut dan perlahan supaya mudah ke atas kamu

    untuk memahami Al-Quran dan tadabbur (meneliti) maknanya.

    14

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    15/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    o Tafsir Al Khazin ( )

    Tatkala Allah taala memerintahkan kamu dengan solat pada waktu malam ,

    disertakannya dengan membaca Al Quran secara tartil sehingga dapatlah orang yang

    bersembahyang itu hadir (khusyu) dalam hati mereka , berfikir dan meneliliti pada

    hakikat ayat dan maksud-maksudnya .Apabila sampai kepada ayat untuk mengingati Allah

    ,hatinya dapat merasakan keagungan Allah dan apabila sampai kepada ayat-ayat untuk

    balasan baik dan buruk terhasil pengharapan dan perasaan takut. Manakala tatkala

    sampai kepada ayat kisah-kisah dan perumpamaan terhasillah pengitibaran.Maka akan

    tersinarlah hatinya dengan cahaya makrifatullah . Adapun dengan membaca secara laju

    akan menunjukkan (si pembaca) tidak tadabbur kepada makna ayat-ayat dan inilah yang

    dimaksudkan dengan perkataan tartil itu.

    o Tafsir Al Nasafi ( )

    Menjelaskan dan menghuraikan bacaan dengan sejelas-jelasnya ataupun membaca

    dengan tenang dengan menjelaskan satu-satu huruf, menjaga waqaf dan memanjangkan

    harakat (yang perlu dipanjangkan)

    15

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    16/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Hasilkan peta minda yang menggambarkan perbezaan antara idgham-idgham mutamasilain , mutaqaribain , mutajanisain.

    MUTAMASILAIN MUTAJANISAIN

    MUTAQARIBAIN

    Berlaku diantara huruf-hurufyang berhampiran dari segimakhraj dan sifat.

    Hukum bacaannya Izharmengikut Riwayat Hafs kecualihuruf lam dan ro wajibdiidghamkan secara IdghamKamil tanpa dengung.

    Dinamakan juga dengan IdghamAl Mutaqaribaini Saghir

    Contoh:

    i. ii.

    Berlaku diantara dua huruf yangbersamaan dari segi makhrajdan sifat.

    Hukum bacaannya Wajib Idghammengikut bacaan Riwayat Hafs

    Dinamakan juga dengan namaIdgham Al Mutamasilaini Saghir

    Contoh dalam 2 kalimah

    Contoh dalam 1 satu kalimah

    Kecuali :

    Berlaku diantara dua huruf yangbersamaan dari segi makhrajtetapi berlainan sifat.

    Hukum bacaannya Izharmengikut bacaan Riwayat Hafs ,kecuali pada enam tempat darit iga makhraj wajib dibacaIdgham.

    Dinamakan juga dengan IdghamAl Mutajanisaini Saghir

    Contoh:

    i. ii.

    16

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    17/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Latihan m/s : 39

    Sediakan penjelasan istilah-istilah yang berkaitan dengan hukum mad berikut :

    mad wajib , mad lazim , mad jaiz , mad farq , mad tamkin & mad ta czim.

    1. Mad wajib muttasil

    Mad wajid muttasil ialah apabila huruf mad ( alif ( )bertanda sukun sebelumnya satu

    huruf berbaris di atas atau wau ( ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf berbaris

    hadapan atau ya ( ) sukun sebelumnya satu huruf berbaris di bawah bertemu) denganhuruf hamzah di dalam satu kalimah. Ia di namakan mad wajib kerana para ulamak

    Qura telah bersepakat memanjagkannya lebih daripada mad asli iaitu empat, lima atau

    enam harakat dan di namakan muttasil kerana huruf mad bertemu dekat huruf hamzah

    dalam satu kalimah. Di dalam al- Quran rasam Uthmani huruf mad wajib muttasil di beri

    tanda mad (~) seperti:

    2. Mad jais munfasil

    Mad jais munfasil ialah apabila huruf mad ( alif ( ) bertanda sukun sebelumnya satu

    huruf yang berbaris di atas atau wau ( ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang

    berbaris hadapan atau ya ( ) bertanda sukun sebelumnya satu huruf yang berbaris dibawah ) bertemu dengan huruf hamzah di dalam dua kalimah. Ia di namakan mad jais

    kerana para ulamak Qura telah berbeza pendapat tentang kadar panjangnya ada yang

    membacanya dengan kadar dua harakat, ada yang membaca dengan kadar empat atau

    lima harakat dan di namakan munfasil kerana huruf mad bertemu dengan huruf hamzah

    di dalam keadaan berpisah dari satu kalimah iaitu huruf mad bertemu dengan huruf

    hamzah di dalam dua kalimah. Di dalam al-Quran rasam Uthmani huruf mad jais munfasil

    di beri tanda mad ( ~ ). Contohnya:

    ~

    17

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    18/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    3. Mad lazim

    Mad lazim ialah selepas huruf mad terdapat satu huruf bertanda sukun asli tetap.

    Dinamakan mad lazim kerana tanda sukun atau tashdid lazim dengan huruf mad dalam

    satu kalimah dan lazim dimadkan dengan enam harakat tanpa khilaf. Mad lazim ini

    terbahagi kepada dua iaitu:

    Mad lazim kalimi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli dalam

    kalimah-kalimah al-Quran.

    Mad lazim harfi iaitu apabila huruf mad bertemu dengan sukun asli pada huruf-

    huruf pembukaan al-Quran.

    Setiap mad lazim kalimi dan harfi pula terbahagi kepada dua bahagian:

    Musaqqal iaitu huruf sukun selepas huruf mad di idghamkan ke dalam huruf

    selepasnya.

    Mukhaffaf iaitu huruf sukun selepas huruf mad tidak di idghamkan ke dalam huruf

    selepasnya .

    Contoh:

    Mad lazim kalimi musaqqal *kadar bacaannya 6 harakat

    Mad lazim kalimi mukhaffaf *kadar bacaannya 6 harakat

    Mad lazim harfi musaqqa ~*kadar bacaannya 6 harakat

    Mad lazim harfi mukhaffaf *kadar bacaannya 6 harakat

    18

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    19/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    4. Mad farq

    Mad farq ( mad yang membezakan atau istifham) terdapat pada huruf hamzah istifham di

    awal kalimah, pada pertemuannya dengan huruf hamzah wasal untuk mengekalkan

    antara ayat pertanyaan dengan ayat pemberitahuan. Bacaan hamzah istifham dimadkandengan 6 harakat kerana huruf hamzah bersambung di tukarkan menjadi huruf mad alif

    dan diikuti huruf lam bertanda sukun. Ia juga di namakan mad lazim kalimi. Jenis mad ini

    hanya terdapat pada tiga kalimah di dalam al- Quran.

    1. Surah Yunus ayat 59 dan Surah Naml ayat 59

    2. Surah al-Anam ayat 143 dan 144

    3. Surah Yunus ayat 51 dan 59

    5. Mad tamkin

    mad tamkin ( mad tetap) mad pada huruf ya ( ) bersabdu serta berbaris di bawah yang

    diikuti dengan huruf ( ) sebagai huruf mad. Bacaan madnya tetap dengan 2 harakat

    pada ketika bacaannya bersambung dengan uruf yang berikutnya seperti:

    6. Mad takzim

    Mad takzim ( mad memperagungkan) mad pada perkataan beerti tidak ketika

    pertemuannya dengan perkataan () yang terdapat pada kalimah tauhid. Di baca

    dengan 6 harakat. Ia juga di namakan mad mubalaghah. Contonya:-

    19

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    20/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Latihan m/s : 40

    Senaraikan waqaf-waqaf Jibril yang disepakati yang terdapat didalam Al Quran &

    kenapakah ditempat-tempat tersebut kita disunnahkan waqaf.

    Waqaf Jibril1

    Waqaf ini dinamakan dengan nama Waqaf Jibril kerana malaikat Jibril mewaqafkan bacaan

    pada tempat-tempat ini dan bacaan waqaf ini telah diikuti oleh Nabi s.a.w. Jadi oleh kerana

    itulah ianya disunnahkan waqaf pada tempat-tempat tersebut. Di dalam Al Quran terdapatsepuluh tempat yang telah disepakati oleh para ulamak.

    Mengikut semakan ada terdapat sebelas tempat bagi wakaf Jibril iaitu:-

    1. Surah al- Baqarah ayat 148 2. Surah al-Imran ayat 29 3. Surah al- Imran ayat 95 4. Surah al- Maidah ayat 48 5. Surah al-Maidah ayat 116 6. Surah Yusuf ayat 108 7. Surah al- Radu ayat 17 8. Surah al-Nahl ayat 5 9. Surah Sajdah ayat 18 10. Surah annaziat ayat 23 11. Surah al-Qadr ayat 3

    1 Muhammad Bin Shahadah Al Ghul , BughyatucIbadi al Rahman Litahqiq Tajwid Al Quran , Dar Ibn Qayyim ,Al Mamlakah Al cArabiyyah Al Sucudiyyah , 1999M , hlm. 66-67

    20

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    21/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Akan tetapi berlaku perbezaan pendapat bagi sesetengah ulama dalam menentukan waqaf

    Jibril ini.Sebagai contoh dalam kitab Haqqu Al Tilawah2 terdapat dua ayat yang berbeza

    dengan ayat-ayat di atas iaitu :

    1) Surah Al Maidah ayat 116 (dengan menggantikan ayat 48 dalam Surah Al Maidah)

    *

    2) Surah Al Qadr ayat 3-4 (dengan menggantikan ayat 76 dalam Surah Yasin)

    *

    Namun begitu masih banyak lagi perselisihan dan perbezaan yang terdapat dalam kitab-

    kitab ilmu Tajwid yang sebahagiannya tidak disebut disini

    2 Husni Shaykh cUsman , Haqqu Al Tilawah , Maktabah Al Manar , Al Urdun , 1990M , hlm. 49

    21

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    22/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Latihan m/s : 42

    Layari laman web qquran (www.qquran.com)

    a) Cari maklumat-maklumat berkaitan dengan nama-nama Qari Mesir yang terkenal

    1) Sheikh Muhammad Sidik Al Minshawi

    Sheikh Muhammad Sidik Minshawi di lahirkan pada tahun 1920 dan meninggal

    dunia pada tahun 1969. Beliau merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik.Sewaktu hidup beliau memberikan sumbangan yang besar kepada bidang al-Quran. Beliau

    telah menghafaz al-Quran ketika berumur 11 tahun dengan Sheikh Muhammad Al-Namki

    sebelum beliau belajar berkenaan hukum-hukum bacaan dengan Sheikh Muhammad Abu

    Al-cAla dan Sheikh Muhammad Sacudi di Kaherah. Beliau telah menziarahi beberapa

    negara Arab dan negara Islam dan beliau sangat dihormati oleh sebahagian negara-negara

    tersebut. Beliau telah meninggalkan lebih dari 150 rakaman bacaan al-Quran dengan stesen

    radio Republik Arab Mesir dan stesen radio yang lain.Beliau di ibaratkan dengan pepatah arab yg bermaksud " anak kepada angsa yang

    pandai berenang" kerana beliau sebenarnya mewarisi bacaan yang baik dan ilmu al-Quran

    daripada ayahnya yang juga seorang yang mahir dalam bidang al-Quran dan mempunyai

    sejarah yang tersendiri dalam bidang al-Quran. Beliau merupakan salah seorang yang

    sanggup menghabiskan kehidupannya dengan Al Quran dan tidak ada tolok bandingannya

    di dalam dunia tilawah Al Quran.

    22

    http://www.qquran.com/http://www.qquran.com/
  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    23/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    2) Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi

    Sheikh Mahmud Khalil Al Husairi dilahirkan pada awal bulan Zulhijjah tahun 1330

    bersamaan 17 September 1917 di kampung Shoubra An-Namlah ,Thanta di Muhafazah

    Gharbiyyah, Mesir . Beliau mula menghafaz al-Quran sejak berusia 8 tahun dan menerima

    pendidikan di Al-Azhar. Kemudian beliau banyak meluangkan masa untuk mempelajari

    ilmu al-Quran kerana beliau juga mempunyai suara dan bacaan al-Quran yang baik.Beliau

    pernah mendapat tempat pertama didalam peperiksaan pemilihan untuk bacaan didalam

    siaran Radio pada tahun 1944 . Disamping itu, beliau pernah menjadi Qari masjid Al-Ahmadi dan masjid Al-Husaini serta pernah menjadi wakil kepada Qari-Qari di Mesir.

    Beliau di antara orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs

    daripada 'Asim pada tahun 1961. Kemudian pada tahun 1964 beliau telah merakam bacaan

    riwayat Warsh daripada Nafi' dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri

    dan pada tahun yang sama juga beliau telah merakam bacaan yang dinamakan al Mushaf al

    Muallim (mushaf guru) . Beliau juga telah dilantik sebagai ketua bagi Persatuan Qari-QariDunia Islam. Pernah menyampaikan bacaan pada muktamar-muktamar. Beliau juga banyak

    menziarahi negara-negara arab , negara-negara Islam Asia dan negara-negara Afrika serta

    telah mengislamkan ramai orang.

    Beliau juga merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

    pertubuhan Qari al-Quran di Mesir dan menjaga kepentingan mereka serta menyediakan

    jalan hidup yang baik. Beliau juga menyeru kepentingan penubuhan institut tahfiz al-Qurandi setiap bandar dan kampung dan melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan

    institut-institut untuk tahfiz al-Quran di Kaherah.

    Pada akhir hayat beliau, beliau berusaha memantapkan masjid-masjid, maahad-

    maahad agama dan sekolah-sekolah tahfiz di tanah kelahirannya. Beliau telah mewasiatkan

    1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al-Quran dan penghafaz-penghafaz al-Quran dan

    derma untuk semua kegiatan yang baik. Beliau wafat pada petang hari Isnin 16 Muharram

    bersamaan 24 November 1980 .

    23

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    24/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    Antara tulisan beliau :

    1.

    .2

    3.

    .4

    .5

    6.

    .7

    8. 9.

    .10

    .11

    .12

    13. Dan juga artikel-artikel beliau didalam majalah

    Sheikh Abdul Basit Muhammad Abdul Samad

    Kelahiran & Nasabnya

    Beliau dilahirkan pada tahun 1927 di kampung Al Maracizah yang terletak di

    bandar Armanat di Muhafazah Qina di selatan Mesir. Beliau dibesarkan di sebuah kawasan

    yang penduduknya mementingkan pendidikan tahfiz dan tajwid Al Quran. Datuknya adalah

    merupakan seorang yang kuat beribadat dan menitikberatkan hafazan dan hukum hakam

    Al Quran. Begitu juga ayahnya yang merupakan seorang ulama Tajwid.

    Sebahagian adik beradiknya juga merupakan penghafaz Al Quran dengan ini

    mendorong beliau menghafaz Al Quran ketika umurnya mencecah 6 tahun. Pada masa itu

    juga beliau telah meminta untuk belajar dengan seorang sheikh yang bernama Sheikh Al

    Amir di Armanat dan sheikh tersebut telah menerimanya dengan hati yang terbuka kerana

    beliau melihat terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kelayakan beliau untuk

    24

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    25/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    berkecimpung dalam bidang Al Quran di samping bakat beliau yang boleh digilap ketika

    sheikhnya mendengar beliau membaca Al Quran. Sheikhnya iaitu Sheikh Al Amir

    menyatakan bahawa beliau juga mempunyai kepintaran, keistimewaan serta cepat

    menguasai apa yang diajar disebabkan keprihatinan dan kesungguhan yang jitu daripada

    beliau dalam mengikuti apa yang diajar oleh sheikhnya. Beliau juga meneliti setiap hukum

    hakam di dalam makhraj lafaz-lafaz, waqaf dan ibtida di samping kelunakan suaranya

    yang sedap didengar. Begitu juga ketika beliau pulang ke rumah, beliau mengalunkan apa

    yang dipelajari daripada sheikhnya dengan suara yang merdu sehingga akan berhenti setiap

    orang yang mendengarnya.

    Sheikh Abdul Basit telah berkata dalam karangannya Ketika umurku 10 tahun akutelah dapat menyempurnakan hafazan Al-Quran yang tercurah ke atas lidahku seperti

    sungai yang mengalir dan bapaku adalah seorang pegawai di Kementerian Perhubungan.

    Manakala datukku merupakan seorang ulamak maka aku meminta daripada mereka berdua

    untuk mempelajari ilmu qiraat dan mereka menyarankanku supaya pergi ke bandar Tanta

    di Al-Wajhu Al-Bahri untuk mentalaqqi segala ilmu-ilmu Al-Quran dan Qiraat di hadapan

    Sheikh Muhammad Salim, akan tetapi jarak di antara Armanat yang merupakan salah satu

    bandar di selatan Mesir dengan Tanta yang merupakan salah satu bandar di Al Wajhu AlBahri amatlah jauh. Walaupun demikian, demi memikirkan matlamat dan masa depanku,

    aku teruskan juga untuk bermusafir. Sehari sebelum bertolak ke Tanta aku mendapat tahu

    Sheikh Muhammad Salim akan datang ke Armanat untuk menetap di situ sebagai seorang

    guru Qiraat di sebuah maahad agama di Armanat. Ahli kampung Armanat telah telah

    menyambutnya dengan meriah kerana mereka mengetahui kemampuan beliau dalam

    bidang Al-Quran dan keilmuan. Takdir seolah-olah telah menetapkan bahawa sheikh ini

    datang pada masa yang sesuai. Maka ahli kampung juga telah menubuhkan satu persatuanAl-Quran di Asfun Al-Mutacinah yang mana di situ diadakan kelas tahfiz dan diajar ilmu

    Al-Quran dan Qiraat. Di situlah aku mempelajari segala ilmu Al-Quran di samping aku

    menghafaz matan Al-Shatibiyyah yang merupakan matan khas dalam ilmu qiraat.

    Setelah beliau mencecah umur 12 tahun, beliau memulakan penyebaran dakwah di

    setiap bandar-bandar dan kampung-kampung di Muhafazah Qina khususnya di Asfun

    Mutacinah dengan bantuan Sheikh Mohammad Salim di setiap tempat yang beliau pergi. Di

    penghujung tahun 1951 Sheikh Al Dhiba yang merupakan salah seorang gurunya telah

    25

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    26/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    meminta beliau untuk menjadi Qari di siaran Radio akan tetapi beliau ingin

    menangguhkannya kerana memikirkan kepada kampung dan ahli keluarganya. Ini kerana

    proses rakaman memerlukan jadual yang khusus. Namun begitu Sheikh Al Dhiba berjaya

    juga merakamkan bacaan beliau ketika sambutan Maulid Sayyidah Zainab. Disinilah

    bermulanya kemasyhuran beliau dan rakaman ini telah dikemukakan kepada Lujnah

    Penyiaran. Pada tahun 1951 ini juga beliau telah merakamkan bacaannya di Radio dan

    seterusnya menjadi salah seorang yang terkenal didalam bidang tilawah Al Quran.

    Beliau telah wafat pada hari Rabu, 30 November 1988 setelah sekian lama

    mengidap penyakit kencing manis dan hati. Pada hari kematiannya puluhan ribu peminat-

    peminatnya, duta-duta yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara mengiringijenazahnya dan kewafatannya merupakan satu kehilangan yang besar dalam dunia tilawah

    Al-Quran.

    26

  • 8/3/2019 Pendidikan Al Quran Shamsul

    27/27

    Pendidikan Al-Quran Shamsul Anuar Ahmad BA 2111

    b) Pilih satu tokoh Al Quran Mesir yang anda minati & nyatakan sumbangannya

    terhadap Al Quran.

    Sheikh Mahmud Khalil Al- Husairi

    Pengenalan

    Fadhilah sheikh al-Qari Mahmud Khalil Al- Husairi di lahirkan pada tahun 1335

    bersamaan 17 September 1917 masihi di Syubra Namlah. Beliau mula menghafaz al-Quran

    ketika beliau berusia 8 tahun. Beliau belajar di Al-Azhar. Kemudian beliau melanjutkan

    pelajarannya dalam bidang ulum Quran. Beliau memiliki suara yang unik dan merdu.

    Beliau wafat pada tahun 1401 bersamaan 24 November 1980.

    Sumbangannya terhadap Al-Quran:

    i. Beliau merupakan Qari di Masjid Ahmadi dan Masjid Husaini.

    ii. Orang terawal yang merakamkan bacaan secara tartil riwayat Hafs daripada

    Asim pada tahun 1961.

    iii. Merakamkan bacaan riwayat Warsh dan pada tahun 1968 pula merakam bacaan Qolun dan Duri dan pada tahun yang sama juga beliau telah

    merakam bacaan yang dinamakan al-Mushaf al muallim (mushaf guru).

    iv. Ketua bagi persatuan Qari-Qari Dunia Islam.

    v. Merupakan orang yang mula-mula menyeru ke arah pembentukan

    pertubuhan Qari al-Quran di Mesir.

    vi. Menubuhkan institut tahfiz al-Quran di setiap Bandar dan kampung dan

    melakukan kerja-kerja pemantapan masjid-masjid dan institut-insititut untuktahfiz al-Quran di Kaherah.

    vii. Mewasiatkan 1/3 daripada hartanya untuk ahli-ahli al- Quran dan penghafaz

    penghafaz al- Quran dan menderma semua kegiatan yang baik.