pendekatan yang sesuai

3
PENDEKATAN YANG SESUAI Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu, kami telah diberikan tugasan untuk memerhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid. Sepanjang PBS dilaksanakan, pelbagai tingkah laku positif dan negatif dilakukan oleh murid-murid dapat diperhatikan. Namun demikian, tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh murid-murid di dalam bilik darjah ialah meniru. Kekerapan tingkah laku dilakukan dalam sejam ialah bergantung kepada jumlah latihan yang diberikan oleh guru. Tingkah laku ini haruslah ditangani dengan segera kerana tingkah laku ini menghalang minda murid untuk berfikir dan berkembang akibat terlalu bergantung dengan jawapan orang lain. Guru memainkan peranan yang paling penting untuk mengatasi masalah ini dengan betul kerana guru bertanggungjawab untuk membentuk dan mendidik murid yang cerdik, cerdas dan berakhlak mulia. Berdasarkan lima model disiplin, model yang paling sesuai untuk digunakan dalam menangani masalah tingkah laku ini ialah Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini diasaskan oleh Jacob Kounin (1971). Kami memilih model ini kerana model ini menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah di samping banyak menekankan tentang peranan dan tindakan guru dalam menangani masalah tingkah laku bermasalah murid. Menurut Kounin, faktor dalam pengurusan tingkah laku ialah keupayaan guru pada setiap masa untuk mengawasi semua perkara yang terjadi dalam kelas dan cara untuk mengatasi masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Guru juga haruslah mempunyai withitness iaitu kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam bilik darjah.

Upload: sweetareda2301

Post on 16-Jan-2016

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penDekatan

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Yang Sesuai

PENDEKATAN YANG SESUAI

Semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu, kami

telah diberikan tugasan untuk memerhatikan tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid.

Sepanjang PBS dilaksanakan, pelbagai tingkah laku positif dan negatif dilakukan oleh murid-

murid dapat diperhatikan. Namun demikian, tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh

murid-murid di dalam bilik darjah ialah meniru. Kekerapan tingkah laku dilakukan dalam sejam

ialah bergantung kepada jumlah latihan yang diberikan oleh guru. Tingkah laku ini haruslah

ditangani dengan segera kerana tingkah laku ini menghalang minda murid untuk berfikir dan

berkembang akibat terlalu bergantung dengan jawapan orang lain. Guru memainkan peranan

yang paling penting untuk mengatasi masalah ini dengan betul kerana guru bertanggungjawab

untuk membentuk dan mendidik murid yang cerdik, cerdas dan berakhlak mulia.

Berdasarkan lima model disiplin, model yang paling sesuai untuk digunakan dalam

menangani masalah tingkah laku ini ialah Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model ini

diasaskan oleh Jacob Kounin (1971). Kami memilih model ini kerana model ini menekankan

kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti oleh guru dalam pengurusan bilik darjah di

samping banyak menekankan tentang peranan dan tindakan guru dalam menangani masalah

tingkah laku bermasalah murid. Menurut Kounin, faktor dalam pengurusan tingkah laku ialah

keupayaan guru pada setiap masa untuk mengawasi semua perkara yang terjadi dalam kelas

dan cara untuk mengatasi masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Guru juga haruslah

mempunyai withitness iaitu kesedaran dan kepekaan guru dalam mengawasi pergerakan dalam

bilik darjah.

Model Kounin ini juga menyatakan bahawa guru boleh melakukan dua perkara serentak

dalam satu masa yang sama yang dipanggil pertindanan (overlapping) seperti menyuruh murid

lain membaca, sambil mendengar murid itu membaca, guru memberi arahan kepada yang lain

untuk mendengar murid yang sedang membaca. Tindakan ini juga dapat membantu untuk

mengatasi masalah meniru kerana guru dapat membuat pengawasan terhadap murid semasa

murid membuat latihan sambil memberi tunjuk ajar kepada murid yang bermasalah semasa

membuat latihan atau sesuatu perkara. Penguasaan tindakan ini dapat membantu dalam

mengawal dan menguruskan bilik darjah dengan baik.

Apabila murid melakukan tingkah laku meniru, guru boleh memberi teguran yang tegas

dan jelas kepada murid tersebut. Teguran haruslah spesifik seperti ‘Ali, siapkan latihan itu

sendiri, jangan meniru jawapan orang lain’. Teguran juga boleh dibuat terhadap salah laku

Page 2: Pendekatan Yang Sesuai

dengan memberi akibat kepada salah laku. Contohnya, ‘Ali, jawab latihan itu sendiri atau saya

potong markah kumpulan awak sekiranya awak meniru jawapan orang lain’. Sekiranya murid

ingkar dengan arahan dan masih membuat kesalahan yang sama, berikan hukuman seperti

yang disebut tadi. Tindakan ini akan memberi teladan kepada murid yang lain dan mereka tidak

akan membuat kesalahan yang sama. Tindakan ini harus dilaksanakan secara berkala kepada

semua murid supaya murid faham dengan cara pengurusan guru di dalam bilik darjah.

Teguran yang dilakukan haruslah dibuat dengan intonasi dan nada yang tegas serta

serius. Menurut Kounin, tindakan guru seperti teguran itu tadi boleh memberi kesan kepada

murid-murid yang lain supaya tidak meniru kerana murid-murid tersebut telah mendapat iktibar

daripada tingkah laku yang dilakukan oleh rakan mereka yang meniru. kesan ini dipanggil kesan

gelombang (Ripple Effect). Dengan kesan gelombang ini, tingkah laku meniru dapat diatasi di

dalam bilik darjah. Namun demikian, tindakan guru itu haruslah jelas,tegas dan serius supaya

kesan gelombang tersebut berkesan.

Selain daripada itu, Kounin mencadangkan kelancaran dan pelaksanaan aktiviti di dalam

bilik darjah penting dalam mengawal tingkah laku murid di dalam bilik darjah. Aktiviti P&P

haruslah dijalankan dengan lancar, menarik dengan arahan yang jelas. Sekiranya ia tidak

diaplikasikan, murid akan cepat bosan, tidak memberi perhatian dan tidak faham. Ia

menyebabkan murid tidak dapat menjawab sebarang soalan atau latihan yang diberi dan ini

mendorong murid untuk meniru sesama mereka untuk mendapatkan jawapan. Kounin juga

menyatakan supaya guru perlu elakkan penerangan yang meleret, iaitu mengulangi perkara-

perkara yang tidak perlu yang menyebabkan pengajaran keluar daripada sukatan pelajaran.

Di samping itu juga, guru haruslah mengelak daripada membuat fragmentasi. Ia berlaku

apabila guru memecahkan unit-unit atau aktiviti kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan

secara menyeluruh oleh murid. Contohnya, guru menyuruh menjawab soalan yang senang

mengikut kumpulan sedangkan soalan itu boleh dijawab murid secara individu. Ia menyebabkan

murid cepat bosan dan hanya mengambil jawapan daripada orang lain kerana tidak berminat

untuk menyertai perbincangan.