pendekatan pengajaran bahasa melayu bagi murid (prosiding report)

16
PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU BAGI MURID-MURID BERMASALAH PENDENGARAN (PEKAK) DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TAIPING (P) Chitra A/P Shanmugam Charles Bin Arzone Mohd Khafiz Bin Karim Shalini A/P Muniratnam Abstrak Kajian ini bertujuan supaya penyelidik dapat memahami dan menjelaskan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran (pekak) di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P). Kajian ini menggunakan metodologi kajian kes kualitatif dimana terdapat 2 orang murid khas bermasalah pendengaran dan 10 orang guru pendidikan khas terlibat dalam kajian ini sebagai respoden. Dapatan kajian ini memperlihatkan bagaimana pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru kepada murid-murid pekak. Selain itu, bagaiaman keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran para murid pekak. Kesimpulannya, guru perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT agar boleh dimanfaatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pekak. Selain itu, guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui ABM yang terkini dan yang berbentuk visual seperti gamabr untuk membantu pemahaman murid-murid pekak. Page 1 of 16

Upload: chitra140189

Post on 22-Jan-2016

85 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

PENDEKATAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU BAGI MURID-MURID

BERMASALAH PENDENGARAN (PEKAK) DI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

TAIPING (P)

Chitra A/P Shanmugam

Charles Bin Arzone

Mohd Khafiz Bin Karim

Shalini A/P Muniratnam

Abstrak

Kajian ini bertujuan supaya penyelidik dapat memahami dan menjelaskan pendekatan

pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran (pekak) di Sekolah

Pendidikan Khas Taiping (P). Kajian ini menggunakan metodologi kajian kes kualitatif

dimana terdapat 2 orang murid khas bermasalah pendengaran dan 10 orang guru pendidikan

khas terlibat dalam kajian ini sebagai respoden. Dapatan kajian ini memperlihatkan

bagaimana pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru-guru kepada

murid-murid pekak. Selain itu, bagaiaman keberkesanan penggunaan Alat Bantu Mengajar

(ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran para murid pekak. Kesimpulannya, guru

perlu diberikan latihan dalam pelbagai bentuk kursus dan bengkel bagi memberi peluang

kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT agar boleh

dimanfaatkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid pekak. Selain itu,

guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran melalui ABM yang terkini dan yang

berbentuk visual seperti gamabr untuk membantu pemahaman murid-murid pekak.

Kata kunci: pendekatan pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah

Pendengaran (Pekak).

1. PENDAHULUAN

Menurut Gestalt, pendekatan pengajaran adalah apabila kita mempelajari sesutau situasi

itu secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau

Page 1 of 12

Page 2: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu pendekatana dalam

sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesuatu pengajaran itu harus dimulakan dengan

mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian dikaji bahagian-bahagiannya.

Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang

saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.

Melalui pendapat ini, dapatlah kita merumuskan bahawa pendekatan harus berlandaskan

kepada model, prinsip atau teori pembelajaran. Sebagai contoh; konkrit kepada abstrak,

mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada bahagian, umum kepada spesifik (deduktif),

spesifik kepada umum (induktif), dekat kepada jauh, dan diketahui kepada belum diketahui.

(Sumber: http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pendekatan-

pengajaran.pdf).

Penggunaan pendekatan pengajaran yang tepat, bersesuaian dan berkesan kepada murid-

murid pekak adalah penting. Hal ini kerana, mengajar murid-murid pekak amat berbezan

dengan mengajar murid-murid yang bukan bermasalah pendengaran. Guru mengajar murid-

murid normal dengan misi utama ialah menghabiskan kandungan dalam sukatan pelajaran.

Manakala, murid-murid pekak yang perlu diutamakan adalah mendidik serta memberi

bimbingan sebaik mungkin kepada mereka. Menurut K.A Razhiyah (2005), mendidik murid-

murid pekak adalah untuk melihat kebolehan individu, baru melihat kandungan yang ingin

diajar. Oleh itu, kandungan pengajaran perlu diubahsuai selaras dengan tahap murid-murid

pekak.

Masalah utama murid-murid pekak yang paling ketara ialah gagal menguasai bahasa

dengan baik. Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikan khas yang peka, mereka telah

mengambil langkah proaktif iaitu dengan mengadakan kelas pemulihan mengikut kategori

kemampuan murid, mempelbagaiakn corak pengajaran dan memperbanyakkan penggunan

alat bantu mengajar (ABM). Penggunaan alat bantu mengajar yang dirancang dengan teliti

dapat memberi kesan signifikan ke atas pencapain murid.

1.1 Pernyataan Masalah

Perbincangan tentang penggunaan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu kepada

murid-murid pekak di sekolah-sekolah pendidikan khas merupakan satu isu yang amat

mustahak dan perlu diberikan perhatian. Pihak kementerian pelajaran, guru-guru, ibu bapa

dan orang ramai perlu memberi perhatian yang serius terhadap penguasaan bahasa murid-

Page 2 of 12

Page 3: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

murid pekak. Oleh itu, keseluruhan kaedah pengajaran Bahasa Melayu murid-murid pekak

telah memberi gambaran yang jelas betapa pentingnya kaedah pengajaran bahasa kepada

murid-murid pekak bagi mendidik murid-murid pekak supaya dapat menguasaia bahasa

Melayu dengan sempurna. Dalam memastikan murid-murid pekak ini dapat menguasai bahasa

Melayu dengan baik, semua pihak perlu memainkan peranan termasuklah ibu bapa. Oleh itu,

guru-guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk memajukan pembelajaran anak-anak

mereka. Sebagai seorang ibu bapa yang mempunyai anak-anak pekak, mereka perlu

didedahkan dengan kaedah-kaedah pengajaran bahasa supaya boleh dimanfaatkan di rumah.

Kajian ini akan menumpukan sepenuhnya sama ada guru-guru pendidikan khas

bermasalah pendengaran ini berjara melahirkan generasi pekak yang dapat menguasai bahasa

dengan baik. Bahasa merupakan elemen penting dalam membantu menyalurkan ilmu dan

makluat. Bagi golongan tertentu, mereka mempunyai cara lain apabila hendak berkomunikasi

lebih-lebih lagi bagi orang pekak. Komunikasi bagi orang pekak adalah dengan cara

menggunakan bahasa isyarat yang merupakan penggunaan tangan untuk menyampaikan

maklumat. Bahasa isyarat merupakan kaedah komunikasi yang sesuai untuk komunikasi dan

pendidikan bagi kanak-kanak yang mempunyai tahap pendengaran lebih daripada 70 desibel

(dB).

Permasalahan kedua yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah sama ada guru-guru

pendidikan khas menggunakan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan murid. Pada

dasarnya, sebelum mewujudkan satu pendekatan pengajaran bagi murid-murid pekak, mesti

diambil perhatian bahawa semua guru-guru yang mengajar murid bermasalah pendengaran

perlu mengikuti kursus bahasa isyarat serta mahir dalam penggunaan bahasa isyarat. Ini bagi

memastikan agar guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran dengan berkesan dan

difahami oleh murid-murid pekak. Pelbagai kaedah pengajaran bahasa perlu digunakan

supaya murid-murid pekak dapat memahami dan menguasai bahasa dengan mudah. Guru

perlu menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut kekretifan guru itu sendiri, tetapi masih

didasarkan oleh kaedah pengajaran yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Page 3 of 12

Page 4: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

1.2 Tujuan Kajian

a) Memahami dan menjelaskan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid

bermasalah pendengaran (pekak) di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).

b) Untuk mengkaji pendekatan pengajaran Bahasa Melayu yang digunakan oleh guru kepada

murid-murid pekak

c) Untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran para murid pekak.

1.3 Persoalan Kajian

a) Adakah penggunaan kaedah pengajaran Bahasa Melayu memberi kesan positif kepada

pembelajaran bahasa murid pekak?

b) Adakah penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) benar-benar mempengaruhi pemahaman

murid-murid pekak?

1.4 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini diharap dapat membei panduan kepada sekolah-sekolah, guru-guru, ibu

bapa dan pihak yang berkepentingan dalam bidang pendidikan khas tentang pendekatan

pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran (pekak). Melalui

kajian ini diharapkan penambahbaikan dapat dilakukan untuk membentuk kaedah-kaedah

yang bersesuaian, bertepatan dan berkesan dalam meningkatkan penguasan bahasa dalam

kalangan murid-murid pekak. Oleh itu, dapatan kajian ini akan dapat memberikan gambaran

keseluruhan tentang pendekatan pengajaran bahasa Melayu dalam meningkatkan penguasan

bahasa murid-murid pekak. Selain itu, dapatan kajian ini juga berguna kepada pihak sekolah

dalam mewujudkan kaedah pengajaran yang berkesan bagi membantu murid-murid pekak ini

menguasai bahasa dengan mudah.

1.5 Batasan Kajian

Batasan kajian yang dihadapi oleh pengkaji ialah apabila ingin berkomunikasi dengan murid

pekak yang merupakan peserta kajian. Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa tiada guru

yang memiliki Sijil Perguruan. Hanya tiga (3) guru senior yang memiliki Diploma Pendidikan

dan juga Lima (5) guru tersebut adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Dua (2)

orang guru memiliki Ijazah Sarjana Pendidikan.

Page 4 of 12

Page 5: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

1.6 Guru-Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran Taiping (P)

Seramai tujuh orang guru yang mempunyai pengkhususan Pendidikan Khas Bermasalah

Pendengaran. Sementara dua orang guru mempunyai dalam bidang Pendidikan Khas Masalah

Pembelajaran. Hanya seorang guru sahaja yang mempunyai kelulusan dalam bidang

perakaunan. Dapatan kajian mendapati bahawa jumlah guru yang mempunyai kelulusan

dalam bidang Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran adalah melebihi jumlah guru yang

bukan pengkhususan Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran. Ini menggambarkan yang

SK Pendidikan Khas Taiping (P) mempunyai guru yang berkelayakan serta berpengetahuan

dalam bidang pendengaran.

2. METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bersifat kualitatif iaitu kajian kes. Kajian ini adalah sesuai untuk difahami dan

menjelaskan penggunaan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid pekak di

Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P). Kaedah ini dipilih kerana data dapat diperolehi secara

lebih mendalam dalam mengenalpasti sesuatu fenomena. Sekali gus, reka bentuk kajian

kualitatif adalah bertujuan untuk memahami sesuatu fenomena secara mendalam. Oleh itu,

melalui penggunaan kaedah kualitatif, penyelidik akan dapat mengetahui lebih mendalam

tentang pendekatan pengajaran yang digunakan guru-guru dalam meningkatkan tahap

penguasan bahasa murid-murid pekak. Dua orang murid pekak akan digunakan sebagai

sample kajian dan seramai sepuluh orang guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran

Bahasa Melayu di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P) akan di temubual. Data-data

temubual itu akan ditranskripsikan dan dianalisis mengikut tujuan kajian iaitu penggunaan

pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid pekak di Sekolah Pendidikan Khas

Taiping (P). Pemilihan peserta kajian adalah berdasarkan kepada ‘purposive sampling’ yang

bersesuaian dengan kehendak kajian ini. Instrumen yang digunakan oleh pengkaji adalah

melibatkan empat bahagian, iaitu soal selidik bersama guru, pemerhatian dalam keberkesanan

penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam kelas, temubual berkenaan pendekatan

pengajaran yang digunakan dan kertas ujian murid pekak dengan memberi fokus kepada mata

pelajaran Bahasa Melayu. Penyelidik juga merupakan instrumen kajian yang menjalankan

temubual. Bagi memastikan agar temubual itu dapat dijalankan secara mendalam, hubungan

baik (rapport) terlebih dahulu dengan peserta kajian supaya peserta kajian akan merasa selesa

sewaktu sesi temubual berlangsung.

Page 5 of 12

Page 6: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

2.1 Analisis Data

Data-data yang diperolehi daripada temubual guru dan kertas ujian murid akan

ditranskripsikan dan data-data transkripsi akan dianalisis secara manual untuk menjawab

kepada persoalan kajian iaitu pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-muird pekak

di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P). Data-data yang diperolehi daripada kenyataan

peserta kajian akan digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Manakala, data-

data yang dianggap tidak diperlukan tidak akan digunakan.

3. Dapatan Kajian

Bab ini akan membincangkan secara terperinci dan menyeluruh data-data yang diperolehi

daripada persoalan-persoalan kajian yang berhubung dengan pendekatan pengajaran Bahasa

Melayu bagi murid-murid bermasalah pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).

Data yang diperolehi melalui temubual dan kertas ujian murid telah ditranskripsikan secara

manual dan dapatan kajian diperjelaskan berdasarkan tujuan kajian iaitu memahami dan

menjelaskan pendekatan pengajaran Bahasa Melayu bagi murid-murid bermasalah

pendengaran di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P).

3.1 Bagi menjawab persoalan kajian 1, berdasarkan data transkripsi yang telah dianalisis

secara manual didapati tiada guru yang memiliki Sijil Perguruan. Hanya tiga orang guru

senior yang memiliki Diploma Pendidikan dan juga lima guru tersebut adalah pemegang

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Manakala dua orang guru lagi memiliki Ijazah Sarjana

Pendidikan.

Jadual 1: Analisis Deskriptif Demografi / Umur dan Jantina Responden

Bil. Umur Jantina Bil. Umur Jantina

1. 25 Lelaki 6. 56 Lelaki

2. 48 Lelaki 7. 30 Lelaki

3. 54 Lelaki 8. 58 Perempuan

4. 38 Perempuan 9. 34 Perempuan

5. 26 Lelaki 10. 29 Lelaki

Jadual 2: Taburan Kelulusan Guru di Sekolah Pendidikan Khas Taiping (P)

Page 6 of 12

Page 7: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

Kelulusan Akademik Bil. Guru Peratus (%)

1. Sijil Perguruan - -

2. Diploma Pendidikan 3 30

3. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 5 50

4. Sarjana Pendidikan 2 20

Jumlah 10 100

Jadual 3: Pengkhususan Bidang/Pekerjaan Guru

Pengkhususan Pengajaran Guru Bil. Guru Peratus (%)

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran 7 70

Pendidikan Khas Masa Pembelajaran 2 20

Perakaunan 1 10

Jumlah 10 100

Hasil kajian menunjukkan bilangan guru dalam pengkhususan Pendidikan Khas Masalah

Pendengaran adalah seramai 7 orang iaiatu 70% yang terdapat di Sekolah Pendidikan Khas

Taiping (P). Manakala, seramai 2 orang atau 20% guru dalam pengkhususan Pendidikan Khas

Masa Pembelajaran. Sementara seorang guru sahaja iaitu 10% mempunyai kelulusan dalam

bidang Perakaunan. Jumlah guru yang mempunyai kelulusan dalam bidang Pendidikan Khas

Masalah Pendengaran adalah melebihi jumlah yang bukan pengkhususan Pendidikan Khas

Masalah Pendengaran. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa SK Pendidikan Khas Taiping (P)

mempunyai guru yang berkelayakan serta berpengetahuan dalam bidang Pendengaran.

Jadual 4: Tempoh Berkhidmat Serta Pengalaman Menghadiri Kursus Masalah

Pendengaran Guru PPKI

Tempoh Berkhidmat Guru PPKI Bil. Guru Peratus (%)

1 – 3 tahun 2 20

4 – 6 tahun 2 20

7 – 9 tahun 1 10

10 – 12 tahun 3 30

Melebihi 12 tahun 2 20

Jumlah 10 100

3.2 Dapatan Kajian Melalui Kertas Ujian Murid

Page 7 of 12

Page 8: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

Jadual 5: Keputusan Ujian Bulanan Dan Peperiksaan Pertengahan Tahun

Bil. Nama

Bahasa Melayu

Pemahaman

Bahasa Melayu

Penulisan

Jan Mac Mei Jan Mac Mei

1. Ahmad Nazreen Al-Iman Bin

Mohd Hafiz58/C 43/C 28/D 40/C 27/D 15/E

2. Nor Allis Irdina Binti Mohd

Yusoff38/D 50/C 35/D 23/D 48/C 15/E

Merujuk kepada jadual Keputusan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Setengah Tahun, kedua-

dua peserta (murid) adalah tidak memuaskan atau tidak menguasai mata pelajaran utama iaitu

Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan. Kajian lanjut turut mendapati bahawa pelbagai

aspek kelemahan bahasa dihadapi oleh kedua-dua murid tersebut.

Graf 1: Keputusan Ujian Bulanan dan Peperiksaan Setengah Tahun 2014

Jan Mac Mei Jan Mac MeiBahasa Melayu Pemahaman Bahasa Melayu Penulisan

0

10

20

30

40

50

60

70

Keputusan Ujian Bulanan & Peperiksaan Setengah Tahun 2014

Ahmad Nazreen Al-Iman Bin Mohd Hafiz Nor Allis Irdina Binti Mohd Yusoff

Melalui graf di atas menunjukkan bahawa tahap penguasan bahasa kedua-dua murid adalah

pada tahap yang sama iaitu lemah. Keupayaan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan

Page 8 of 12

Page 9: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

murid-murid pekak adalah tidak sama dan tidak konsisten. Ia merujuk kepada tahap

kecerdaassn fikiran seseorag murid dalam proses pembelajaran Bahasa. Kecacatan murid

pekak yang dialami oleh mereka adalah berbeza-beza mengikut tahap pendengaran. Tahap

ketidakupayaan pendengaran inilah yang membezakan dalam menentukan kemampuan

pembelajaran bahasa seseorang kanak-kanak pekak.

3.3 Kertas Ujian Nor Allis Irdina Binti Mohd Yusoff

Jadual 6: Pembinaan Ayat

Kata NamaKata Khas

Kata BantuAktiviti

Kata KerjaObjek

puan Tiong sedang mencabut rumput

kim Lai sedang memberus longkang

Mei Lai sedang mengemop lantai

Mei Hwa dan Mei Lai sedang mengutip sampah

Jadual 7: Pembinaan Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Ayat Tunggal:

1. Irdina dan AimaN sepak bola

- Ayat yang dibina merupakan ayat majmuk dan bukan ayat tunggal.

- Kesalahan penggunaan huruf besar

- Pembinaan ayat yang tidak lengkap kerana tidak terdapat “Aktiviti / Kata Kerja”

- Kesalahan hukum bahasa Melayu – Subjek dan Predikat (Sepak bola: bola sepak)

2. AimaN Irdina sepak bola

- Kesalahan penggunaan huruf besar

- Pembinaan ayat yang tidak lengkap kerana tidak terdapat “Aktiviti / Kata Kerja”

- Kesalahan hukum bahasa Melayu - Subjek dan Predikat (Sepak Bola: Bola Sepak)

Ayat Majmuk:

1. Irdina dan AimaN sepak bola

- Kesalahan penggunaan huruf besar

- Pembinaan ayat tidak lengkap kerana tidak terdapat “Aktiviti / Kata Kerja”

Pembetulan Pembinaan Ayat Tunggal:

1. Irdina Aiman bermain bola sepak

Page 9 of 12

Page 10: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

2. Aiman Irdina bermain bola sepak

Ulasan:

- Murid masih tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Ayat Tunggal dan masih

mengulangi kesalahan yang sama

Pembetulan Pembinaan Ayat Majmuk:

1. Irdina dan AimAn bermain bola sepak

Ulasan:

- Murid dapat membina ayat majmuk dengan baik namun masih terdapat kesalahan dari segi

penggunaan huruf besar.

3.4 Kertas Ujian Ahmad Nazreen Al-Iman Bin Mohd Hafiz

Jadual 8: Pembinaan Ayat Tunggal (Ayat Selapis)

Kesalahan semasa menyalin soalan – Ayat tunggal ialah ayat yang tesbina daswpada satu

subjek dal satu prediket.

Subjek Prediket

Emaknya Juswrat (Jururawat)

Ayah Membakar lemang

Negara kita Pesat membangun

Jadual 9: Pembinaan Ayat Majmuk (Ayat Berlapis)

Kesalahan semasa menyalin soalan - Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada bebesapa

ayat tunggal.

i. p ak Hamid membeli buku dan beg. (Ayat Majmuk)

ii. Ali tersepak batu. (Ayat Tunggal)

Ali terjatuh. (Ayat Tunggal)

Ali tersepak batu balu terjatuh. (Ayat Majmuk)

iii.m arina menyanyi. (Ayat Tunggal)

marina marina (menari). (Ayat Tunggal) - Pengulangan

marina menyanyi sambil menari. (Ayat Majmuk)

Jadual 10: Pembinaan Ayat

- Permulaan ayat / Kata Bantu

Page 10 of 12

Page 11: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

- Terdapat lima nilai dalam Petikan

1. Antaranya Kita Mestilah (kita mestilah – huruf kecil)

2. Selain itur (itu) Kita hendaKlah (kita hendaklah – huruf kecil)

3. SeteruSnya itur (itu) Kita haruslah (kita haruslah – huruf kecil)

4. Di sampig itu (samping) Kita sampig (Di samping – kesalahan ejaan)

5. AKhir sekali (k - huruf kecil) Kita hendaKlah (kita hendaklah – huruf kecil)

Jadual 11: Pembinaan Ayat Tunggal Dan Ayat Majmuk

Arahan soalan – Bina ayat tunggal dan majmuk daripada perkataan yang diberi.

1. Cantik, Sopana) Budak perempuan itu cantik.b) Budak perempuan itu sopan.c) Budak perempuan itu sopan dan cantik.

2. Kecil, Kemasa) sekolah saya kecil.b) sekolah saya kemas.c) sekolah saya kesama dan Kecil.

3. Putih, Bersiha) Baju Sekolah saya suka berwarna putih. (Baju sekolah saya berwarna putih –

kesalahan ayat)b) Baju Sekolah saya suka berwarna bersih. (Baju sekolah saya bersih – kesalahan ayat)c) Baju Sekolah saya suka berwarna putih dan sanget bersih. (Baju sekolah saya

berwarna putih dan sangat bersih – kesalahan ayat)

3.5 Instrumen Temubual Bersama Seorang Guru Kelas Pendidikan Khas PPKI

Soalan 1: Apakah sebab-sebab ketidaksamaan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan

murid-murid pekak?

Soalan 2: Apakah pendekatan pengajaran yang cikgu gunakan untuk mengajar bahasa kepada

murid pekak?

Soalan 3: kenapa dua orang murid ini masih kurang atau tidak menguasai bahasa walaupun

menggunakan pendekatan pengajaran sepertimana yang cikgu nyatakan tadi?

3.6

4. Cadangan Penyelidikan

Page 11 of 12

Page 12: Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Bagi Murid (Prosiding Report)

5. Kesimpulan

Page 12 of 12