pendekatan pengajaran bacaan

3
5.5 PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN Untuk menguasai kemahiran membaca, banyak pendekatan dan kaedah yang boleh dilaksanakan. Dua pendekatan yang sering dilaksanakan adalah kaedah bottom-up dan kaedah top-down. 5.5.1 Kaedah “bottom-up” Dalam membaca, kaedah bottom-up memberi penekanan kepada penguasaan asas membaca sebelum membaca pada peringkat yang lebih tinggi. Ini bererti murid-murid akan diajari atau diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil atau asas dalam bahasa iaitu mempelajari bunyi dan abjad untuk menguasai kemahiran fonologi. Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan ayat, membaca teks atau petikan dan seterusnya memproses teks untuk kefahaman. Kaedah ini memberi tumpuan khusus bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa perlu berbentuk sequential atau menurut turutan. Murid-murid perlu mahir dalam mendekod sebelum kemahiran kefahaman. Oleh itu, kaedah fonik, kaedah abjad dan kaedah suku kata menjadi asas utama untuk murid belajar membaca menurut kaedah ini. Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Bottom- up Kefahaman Membaca teks Membina ayat

Upload: gennie-law

Post on 07-Feb-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendekatan pengajaran bacaan

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

5.5 PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

Untuk menguasai kemahiran membaca, banyak pendekatan dan kaedah yang boleh

dilaksanakan. Dua pendekatan yang sering dilaksanakan adalah kaedah bottom-up dan

kaedah top-down.

5.5.1 Kaedah “bottom-up”

Dalam membaca, kaedah bottom-up memberi penekanan kepada penguasaan

asas membaca sebelum membaca pada peringkat yang lebih tinggi. Ini bererti

murid-murid akan diajari atau diperkenalkan kepada elemen yang paling kecil

atau asas dalam bahasa iaitu mempelajari bunyi dan abjad untuk menguasai

kemahiran fonologi. Ini diikuti dengan perkataan, pembinaan ayat, membaca teks

atau petikan dan seterusnya memproses teks untuk kefahaman.

Kaedah ini memberi tumpuan khusus bahawa pengajaran dan pembelajaran

bahasa perlu berbentuk sequential atau menurut turutan. Murid-murid perlu

mahir dalam mendekod sebelum kemahiran kefahaman. Oleh itu, kaedah fonik,

kaedah abjad dan kaedah suku kata menjadi asas utama untuk murid belajar

membaca menurut kaedah ini.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Bottom-up

Kefahaman

Membaca teks

Membina ayat

Perkataan

Abjad

Bunyi

5.5.2 Kaedah “top-down”

Kaedah top-down juga dikenali sebagai kaedah pemprosesan maklumat. Ia

memerlukan murid-murid memproses teks pada peringkat tinggi terlebih dahulu.

Ini dikuti dengan memberi tumpuan kepada struktur teks / petikan, proses

Page 2: PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

pembinaan ayat dan perkataan. Contohnya meramal maksud perkataan

daripada petikan yang dibaca.

Kaedah ini memberi peluang kepada murid untuk menghubungkaitkan

pengetahuan sedia ada / prior knowledge dengan apa yang diajari oleh guru.

Pendapat , pengetahuan dan pengalaman murid memainkan peranan penting

dalam pelaksanaan pendekatan ini. Melalui kaedah ini memberi peluang yang

luas untuk murid memberikan pendapat atau fikiran mereka . Soalan-soalan

yang dikemukakan juga merangkumi aras aplikasi, analisis, sintesis dan

penilaian selain daripada pengetahuan dan kefahaman.

Tata tingkat Kemahiran Membaca Menurut Kaedah Top-down

Kefahaman

Membaca teks

Membina ayat

Perkataan

Abjad

Bunyi

Kedua-dua kaedah membaca yang dibincangkan mempunyai kekuatan dan

kelemahan tersendiri. Ini disebabkan tidak semua murid boleh membaca

menggunakan sesuatu kaedah. Sebagai contoh murid-murid disleksia lebih

sesuai mempelajari kemahiran membaca dengan kaedah fonik. Manakala murid-

murid autistik lebih sesuai dengan kaedah seluruh bukannya kaedah fonik

ataupun kaedah suku kata. Dengan keperluan yang pelbagai, adalah wajar untuk

guru mentaksir keupayaan membaca dengan cara yang pelbagai juga. Apa yang

mustahak adalah murid boleh membaca sebaik mungkin.

Walau bagaimanapun, kelemahan murid dalam membaca bukan sahaja terletak

kepada diri murid-murid berkenaan. Faktor guru juga boleh menyebabkan murid

lemah dalam membaca. Kepekaan guru untuk menggunakan pelbagai kaedah

membaca amat penting. Ini disebabkan tidak semua murid dapat menguasai

Page 3: PENDEKATAN PENGAJARAN BACAAN

kemahiran membaca dengan menggunakan satu kaedah yang sama khususnya

murid-murid berkeperluan khas.