pendekatan islam dalam komunikasi interpersonal
DESCRIPTION
Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu mesej kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas yang bersesuaian. Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa, menilai diri dan sebagainya juga adalah aktiviti komunikasi. Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan bahasa arab. Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam (kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam Islam.TRANSCRIPT
PENGANTAR KOMUNIKASI
BLKK2103
TAJUK :
PENDEKATAN ISLAM DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL
OLEH :
AHMAD AL-MUNZIR BIN RIDZUAN
(13BI02154)
PENSYARAH :
En. MOHD DALY DAUD
PENDAHULUAN
Komunikasi berasal dari perkataan Yunani, iaitu communicare yang bermaksud
menjadikan sesuatu itu milik bersama di mana penyampai menyampaikan sesuatu
mesej kepada pendengar, pendengar pula bertindak dengan memberi maklumbalas
yang bersesuaian. Bercakap, mendengar, menonton, membaca, menulis, berdoa,
menilai diri dan sebagainya juga adalah aktiviti komunikasi.
Perkataan komunikasi juga mempunyai persamaan maksud dengan perkataan
bahasa arab. Dalam Islam, perkataan dakwah, ittisal (menyampaikan) dan wasa’ili’lam
(kaedah penyampaian) digunakan bagi menggambarkan maksud komunikasi dalam
Islam.
PERBEZAAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL ISLAM DAN
KONVENSIONAL
o Komunikasi Interpersonal Islam :
Berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Quran dan
Hadis. Hal ini kerana, segala sesuatu yang berhubung dengan proses
komunikasi sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media
hendaklah berasaskan panduan wahyu yang diturunkan oleh Allah s.w.t
dan juga sunnah Rasulullah s.a.w. Amalan komunikasi ini dikira ibadat
dalam kehidupan umat Islam. Ia berlaku sama ada dalam keadaan
terancang, teratur atau spontan. Selain itu, amalan ini merupakan
pendekatan asas yang didalam penyampaian masej dakwah yang
dilakukan oleh para Nabi dan Rasul terdahulu.
o Komunikasi Interpersonal Konvensional :
Menitikberatkan soal-soal etika dalam penyiaran dan komunikasi sahaja
yang digubal oleh manusia itu sendiri. Selain itu, hukuman kepada
pelanggaran etika bagi komunikasi konvensional hanya berlaku di dunia
sahaja sama ada dalam bentuk denda atau tindakan tatatertib. Hal ini
berbeza dengan hukuman bagi pelanggaran terhadap etika komunikasi
secara Islam yang berlaku hingga akhirat selagi ia tidak mendapat
keampunan daripada Allah s.w.t.
PRINSIP KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM ISLAM
1) Memulakan percakapan dengan “Assalamualaikum”
هللا صلى هللا عليه وسلم والذي نفسي بيده ال تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا حتى تحابوا أفال أدلكم على أمر قال رسول "
" إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السالم بينكم
“Rasulullah s.a.w bersabda : kamu tidak akan masuk ke syurga sehinggalah
kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu saling mencintai.
Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu jika kamu melakukannya kamu
akan saling mencintai? Sebarkanlah salam sesama kamu ” (bukhari muslim)
o Menyebarkan salam adalah anjuran bagi menyebarkan rasa ketenangan dalam
kalangan masyarakat dan cara yang kuat untuk mengukuhkan rasa cinta dan
kasih sayang dalam kalangan umat Islam. Rasulullah memotivasikan para
sahabat dengan ganjaran syurga yang mempunyai syarat kelayakan iaitu iman
dan syarat iman itu adalah cinta dan syarat cinta itu adalah menyebarkan salam.
2) Bercakap dengan lemah-lembut
" فبما رحمة من هللا لنت لهم ولو كنت فظا غليظ القلب النفضوا من حولك "
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekelilingmu” (ali-Imran : 159)
o Kelembutan dan kehalusan dalam tutur kata merupakan perkara yang harus
wujud ketika berinteraksi sesama manusia. Namun, dalam keadaan tertentu
memerlukan ketegasan seperti perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
3) Menggunakan perkataan yang baik
" وقل لعبادى يقولوا التى هى أحسن إن الشيطان ينزغ بينهم إن الشيطان كان لإلنسان عدوا مبينا "
“ katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hamba-Ku yang beriman supaya
mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik kepada orang yang
menentang kebenaran. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut di antara
mereka sama ada yang mukmin mahupun yang menentang. Sesungguhnya
syaitan itu musuh yang amat nyata bagi manusia “ (al-Israa : 53)
o Tutur kata yang baik diumpamakan mutiara yang disukai oleh orang ramai. Kata-
kata yang baik meletakkan penutur sebagai insan yang disenangi, disanjungi,
dicontohi dan diterima kata-kata itu untuk kebaikan. Masyarakat akan mudah
tersentuh dan tersinggung apabila isu bahasa kasar dan mencarut dibangkitkan.
4) Bercakap benar
" من كان يؤمن باهلل واليوم األخر فليقل خيرا أو ليصمت, ومن كان يؤمن باهلل واليوم األخر فليكرم جاره, ومن كان
يؤمن باهلل واليوم األخر فليكرم ضيفه "
“ Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia
berkata baik atau diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat
maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman
kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya “
(bukhari muslim)
o Hadis ini menerangkan beberapa tuntutan Iman. Antaranya ialah hanya berkata
perkara yang benar serta berfaedah. Seseorang yang benar-benar beriman akan
menjaga lidahnya dari berbicara perkara yang haram kerana ia akan
dipersoalkan di akhirat kelak apa yang dibicarakan.
PRINSIP BERKESAN DALAM KOMUNIKASI INTERPERSONAL
1) Kefahaman
o cara komunikasi ini dikatakan berkesan apabila orang memahami apa yang kita
maksudkan
2) Wujudnya tindakan susulan
o Seorang jurujual dikatakan berjaya apabila orang mula membeli produk yang
dijualnya
3) Keterampilan
o Menentukan persepsi orang lain terhadap kita pada awal pertemuan
4) Suara
o Kebolehan mengawal nada, sebutan dan lenggok suara merupakan daya
penarik kepada kita. Ia juga merupakan asas kepercayaan orang lain terhadap
kita.
5) Membawa topik perbualan yang anda mahir
o Hal ini menambahkan keyakinan dan kepercayaan individu lain kepada kita.
PENUTUP
Komunikasi yang melibatkan hubungan antara manusia dengan manusia telah
lama wujud sejak zaman Nabi Adam AS lagi. Penyebaran agama Islam melalui dakwah
interpersonal yang dilakukan pada awal kebangkitan Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w
ternyata membuahkan hasil yang realitinya dapat dilihat pada hari ini.
Ironinya, komunikasi dalam Islam yang disampaikan adalah berteraskan al-
Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tertinggi yang tiada pada agama-
agama lain yang wujud di dunia ini.