pendapat tokoh teori bahasa - isl 1

4
PKU 3102 PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA TEORI BEHAVIORISME 1. JOHN BROADUS WATSON (1878-1958) 2. IVAN PETROVICH PAVLOV (1849-1936) 3. EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949) 4. BURRHUS FREDIC SKINNER (1904-1990) 5. IVAN PAVLOV (1849-1936) RUMUSAN Melalui teori ini dapat dirumuskan perkaitannya yang dapat diakitkan dengan tingkah laku, cuba jaya, tabiat, emosi atau pengukuhan. Pembelajaran sebagai salah satu perubahan dalam bentuk atau tahap tingkah laku. Manakala pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) iaitu rangsangan persekitaran supaya pelajar dapat memberi respon dan diberi pengukuhan. Selain itu, bagi mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan timbulkan pelbagai rangsangan, memberi ganjaran atau respon yang betul. Antara perbezaan antara manusia melalui teori ini ialah berdasarkan pengalaman yang boleh diubah dan secara tidak langsung berlakunya pembelajaran. Apabila diberi rangsangan sekaligus wujudnya pembelajaran dan pengalaman. Sebelum mendapat pembelajaran yang tepat pelbagai cara akan dilakukan dan proses pembelajaran dan pengalaman juga banyak diaplikasikan. Selain itu, ianya juga menekankan hubungan persekitaran dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Tingkah laku merujuk kepadaperistiwa yang konkrit pada organisme yang nyata. Oleh itu, proses pembelajaran yang berlaku secara berulang mewujudkan penekanan latih tubi dan juga pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan dan gerak balas. 1 | PENDIDIKAN KHAS 1

Upload: coffee-white-eikin

Post on 12-Aug-2015

139 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Page 1: Pendapat Tokoh Teori Bahasa - Isl 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA

TEORI BEHAVIORISME

1. JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

2. IVAN PETROVICH PAVLOV (1849-1936)

3. EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949)

4. BURRHUS FREDIC SKINNER (1904-1990)

5. IVAN PAVLOV (1849-1936)

RUMUSAN

Melalui teori ini dapat dirumuskan perkaitannya yang dapat diakitkan dengan

tingkah laku, cuba jaya, tabiat, emosi atau pengukuhan. Pembelajaran sebagai salah

satu perubahan dalam bentuk atau tahap tingkah laku. Manakala pembelajaran

memerlukan penyusunan (stimuli) iaitu rangsangan persekitaran supaya pelajar

dapat memberi respon dan diberi pengukuhan. Selain itu, bagi mewujudkan kesan

pembelajaran yang menyeronokkan timbulkan pelbagai rangsangan, memberi

ganjaran atau respon yang betul. Antara perbezaan antara manusia melalui teori ini

ialah berdasarkan pengalaman yang boleh diubah dan secara tidak langsung

berlakunya pembelajaran. Apabila diberi rangsangan sekaligus wujudnya

pembelajaran dan pengalaman. Sebelum mendapat pembelajaran yang tepat

pelbagai cara akan dilakukan dan proses pembelajaran dan pengalaman juga

banyak diaplikasikan. Selain itu, ianya juga menekankan hubungan persekitaran

dengan tingkah laku yang dapat dilihat sahaja. Tingkah laku merujuk

kepadaperistiwa yang konkrit pada organisme yang nyata. Oleh itu, proses

pembelajaran yang berlaku secara berulang mewujudkan penekanan latih tubi dan

juga pembelajaran berlaku apabila ada rangsangan dan gerak balas.

1 | P E N D I D I K A N K H A S 1

Page 2: Pendapat Tokoh Teori Bahasa - Isl 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA

TEORI PSIKOLINGUISTIK

1. VON HUMBOLT (1767-1835)

2. FERDINAND DE SAUSSURE (1858-1913)

3. EDWARD SAPIR (1884-1939)

4. LEONARD BLOOMFIELD (1887-1949)

5. JOHN DEWEY (1859-1952)

6. WUNDT (1932-1920)

7. WATSON (1878-1958)

RUMUSAN

Psikolinguistik bersifat antara disiplin dan dikaji oleh pakar-pakar dalam

bidang psikologi, sains kognitif dan linguistik. Terdapat beberapa subbidang dalam

psikolinguistik yang mendasari komponen-komponen bahasa manusia. Bagi fonetik

dan fonologi adalah kajian bunyi pertuturan. Dalam bidang psikolinguistik,

penyelidikan menumpukan perhatian pada cara-cara otak memproses dan

memahami bunyi. Selain itu, morfologi pula adalah kajian tentang struktur perkataan,

khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait contohnya jalan dan

berjalan, dan pembentukan perkataan dengan berdasarkan peraturan-peraturan

contohnya pembentukan kata berimbuhan. Sintaksis adalah kajian pola-pola yang

menetapkan tatacara perkataan-perkataan digabungkan untuk membentuk ayat.

Semantik adalah kajian yang berkenaan dengan makna perkataan dan ayat. Jika

sintaksis adalah berkenaan dengan struktur formal ayat, semantik pula mengolahkan

maksud ayat yang sebenar. Pragmantik pula kajian tentang peranan konteks dalam

pentafsiran makna.Tahap bahasa yang digunakan harus difahami pada peringkat

umur dan fahaman maksud perkataan yang dapat dikuasai oleh pemikiran dan

kesesuaian pendengar dan penutur. Contohnya penggolongan kata-kata untuk

kanak-kanak berdasarkan pada makna yang difahami kanak-kanak. Bahasa dapat

merupakan stimulus terhadap suatu respon.

2 | P E N D I D I K A N K H A S 1

Page 3: Pendapat Tokoh Teori Bahasa - Isl 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA

TEORI PRAGMANTIK – INTERAKSIONIS

1. BATES (1976)

2. HALLIDAY (1975)

3. SEARLE (1965)

4. DORE (1974)

5. BRUNER (1975)

RUMUSAN

Peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak ialah

persekitaran luaran dan faktor bawaan.Interaksionis banyak melihat faktor seperti

persekitaran sosial, permatangan, biologi dan kognisi yang memainkan peranan

penting dalam perkembangan bahasa. Interaksi bahasa atau perbualan amat penting

untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Proses kognitif pula

penting dalam perkembangan bahasa khususnya dalam usaha kanak-kanak

mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan kemudian

menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa. Pembelajaran juga akan

berlaku sekiranya sesuatu yang disampaikan itu mempunyai makna dan hubungan

dengan pengalaman yang sedia ada. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara

yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-

tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.

3 | P E N D I D I K A N K H A S 1

Page 4: Pendapat Tokoh Teori Bahasa - Isl 1

PKU 3102

PENDAPAT TOKOH TEORI BAHASA

TEORI SEMANTIK – KOGNITIF

1. BLOOM (1970)

2. FILLMORE (1968)

RUMUSAN

Semantik mendahului sintaksis dalam pemerolehan bahasa dalam kalangan

kanak-kanak. Mengikut teori ini kanak-kanak kecil memberi tumpuan terhadap

makna. Mereka menggunakan bahasa sebab mereka ingin bercakap tentang

sesuatu yang telsh dialami. Bahasa akan mengikuti pengalaman dan sintaksis

berkembang akibat keperluan bercakap mengenai lebih perkara dan pengalaman.

Kanak-kanak akan bercakap jika mereka ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Apabila pengalaman mereka bertambah, mereka akan memerlukan bahasa yang

lebih rumit untuk meluahkan idea-idea. Justeru perkembangan bahasa akan terus

berlaku. Terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan bahawa beberapa peringkat

dalam perkembangan kognitif memang diperlukan sebelum kanak-kanak mula

berbahasa. Elemen-elemen yang penting dalam pemerolehan bahasa adalah sifat

fizikal yang lengkap, psikososial dan tahap kognitif yang baik. Ini kerana, kesemua

elemen tersebut saling melengkapi untuk membolehkan kanak-kanak memperolehi

bahasa dengan baik secara semula jadi dan boleh menggunakan bahasa dalam

kehidupan seharian. Oleh sebab itu, struktur mencerminkan kategori mental yang

telah sedia ada pada manusia berdasarkan pengalaman dan pergaulan dunia

sekitarnya. Semantik kognitif berkembang ekoran dari tindak balas terhadap

pandangan tentang pengkategorian secara tradisional atau klasik, semantik

struktural generatif dan juga teori fitur.

4 | P E N D I D I K A N K H A S 1