pendapat tokoh berkaitan dengan frasa nama

4
PENDAPAT TOKOH BERKAITAN DENGAN FRASA NAMA Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat.. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predikat ayat. Terdapat penulis yang membanding beza dahulu pola-pola dasar yang dibuat oleh penulis-penulis lain kemudian mengubahsuainya untuk menghasilkan pola dasar sendiri. Contohnya Abdullah Hassan yang menghasilkan pola dasar selepas membandingkan pendapat Asmah dan Subbiah dengan pendapat Halimah. Pola dasar beliau ada enam iaitu: 1. Kata Nama + Kata Nama 2. Kata Nama + Kata Kerja Tak Transitif + (Kata Verb) 3. Kata Nama + Kata Sifat 4. Kata Nama + Kata Kerja Transitif + Kata Nama 5. Kata Nama + Ada/Punya + Kata Nama

Upload: adibah-ismail

Post on 09-Aug-2015

398 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

PENDAPAT TOKOH BERKAITAN DENGAN FRASA NAMA

Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata. Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan subjek ayat.. FB adalah frasa benda yang terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan dengan objek atau keterangan dalam predikat ayat. Terdapat penulis yang membanding beza dahulu pola-pola dasar yang dibuat oleh penulis-penulis lain kemudian mengubahsuainya untuk menghasilkan pola dasar sendiri. Contohnya Abdullah Hassan yang menghasilkan pola dasar selepas membandingkan pendapat Asmah dan Subbiah dengan pendapat Halimah. Pola dasar beliau ada enam iaitu: 1. Kata Nama + Kata Nama 2. Kata Nama + Kata Kerja Tak Transitif + (Kata Verb) 3. Kata Nama + Kata Sifat 4. Kata Nama + Kata Kerja Transitif + Kata Nama 5. Kata Nama + Ada/Punya + Kata Nama 6. Ada + Kata Nama + Kata Verb Tempat/Waktu

Manakala bagi kumpulan penulis Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim), telah membuat kajian yang berkaitan dengan pola ayat dasar yang lebih mudah difaham dan diingat kerana, selain ringkas dan padat, istilah yang mereka gunakan juga mudah. Pola-pola dasar mereka ialah 1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) 2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) 3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) 4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) Dapat dirumuskan bahawa satu ungkapan yang panjang tidak semestinya ayat. Begitu juga sesuatu ungkapan yang pendek itu tidak semestinya frasa. Ungkapan yang pendek itu mungkin boleh bertaraf ayat jika sempurna maksudnya dan terletak di antara dua kesenyapan. Abdullah Hassan menyebutnya sebagai ayat tidak sempurna kerana ia boleh berdiri sendiri walaupun tidak mempunyai pola dasar. Contohnya #lihat#. Jika kita mendengar pengucapan ayat itu, sebagai pendengar sudah tentu kita boleh memahami maksud perintah yang terkandung di dalamnya walaupun subjeknya tidak dinyatakan. Jelasnya, ayat ini hanya sempurna dari sudut fonologi sedangkan dari sudut sintaksis ia kurang sempurna. Oleh itu ia tidak dikatakan ayat. Ini dijelaskan oleh Lutfi Abas. Menurut beliau, ayat mesti boleh berdiri secara sintaksis dan fonologis, bukan sintaksis atau fonologis. Dengan perkataan lain, ayat itu boleh difahami secara lisan dan tulisan tanpa mengabaikan subjek dan predikatnya. frasa adalah serupa dengan rangkai kata. Hal ini demikian kerana menurut Asmah Haji Omar, frasa dalam pengertian tradisional adalah dua perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat. Oleh itu, seandainya diberi dua kata yang berturutan tanpa subjek dan predikat, pasti ia adalah rangkai kata. Frasa itu sendiri merupakan perkataan Inggeris "phrase" yang dimelayukan menjadi frasa. Menurut Kamus Progresif Inggeris-Melayu 1992, "phrase"bermaksud gatra atau penggalan kata yang menjadi bahagian dalam ayat. Gatra atau penggalan kata tersebut samalah dengan maksud "unsur-unsur ayat". Oleh itu rangkai kata yang juga dijadikan unsur dalam ayat sebenarnya adalah frasa. Tambahan pula rangkai kata adalah istilah termudah dan makna terhampir bagi kepada "dua perkataan berurutan" seperti dalam definisi frasa oleh Asmah Haji Omar.

Walau bagaimanapun tidak selamanya frasa itu adalah rangkai kata kerana frasa boleh terdiri daripada deretan perkataan yang lebih panjang daripada rangkai kata, sedangkan rangkai kata lazimnya dua perkataan sahaja. Ringkasnya, frasa dikatakan serupa dengan rangkai kata pada ketika konstruksinya bertepatan dengan konstruksi rangkai kata. Kaitan frasa dengan rangkai kata serupa dengan kaitan antara frasa dengan klausa, iaitu unit yang lebih kecil boleh sama konstruksi dengan unit yang lebih besar tetapi unit yang lebih besar kadang kala tidak boleh menjadi sama dengan unit yang kecil.

Manakala

menurut

Asraf

(2008),

frasa

ialah

sepatah

kata

atau

lebih

daripada

sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua

perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.