pendahuluan-baru

19
1 1.0 Pendahuluan Etnik adalah merujuk sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama,ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesame mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak lansung membahagikan masyarakat dengan kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza. Pembahagian kumpulan tersebut juga secara tidak lansung terjadinya kepada pembahagian golongan atau kumpulan masyarakat. Hubungan etnik yang baik sangat perlu dalam kalangan masyarakat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan etnik. Persoalannya hubungan etnik perpaduan dan integrasi amatlah penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik. Merujuk kepada pembahagian kepada kumpulan dan golongan masyarakat, pembahagian kumpulan dan golongan ini menyebabkan terjadinya suatu perkara yang paling penting dalam kehidupan masyarakat iaitu konflik kelas. Konflik kelas ini berperanan penting dalam kehidupan masyarakat kepada setiap golongan dan kumpulan masyarakat yang berbeza. Bagi membincangkan topik mengenai konflik kelas ini, terlebih dahulu terdapat beberapa istilah yang boleh membantu bagi memahami dengan lebih jelas perbincangan dalam tajuk ini. Bagi permulaan penerangan, dalam topik ini akan membincangkan tentang definisi dan sejarah di mana tercetusnya idea konflik kelas. Perbincangan mengenai konflik kelas ini akan mengambil beberapa contoh negara demokrasi seperti Malaysia untuk dijadikan contoh kepada perbincangan ini dan kesan konflik kepada pembangunan negara.

Upload: hisham-yussof

Post on 08-Feb-2016

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pendahuluan-baru

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan-baru

1

1.0 Pendahuluan

Etnik adalah merujuk sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan

kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama,ras, mahupun asal usulnya.

Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan

mempunyai hubungan sosial sesame mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan

identiti etnik tertentu yang secara tidak lansung membahagikan masyarakat dengan

kumpulan-kumpulan etnik yang berbeza. Pembahagian kumpulan tersebut juga secara

tidak lansung terjadinya kepada pembahagian golongan atau kumpulan masyarakat.

Hubungan etnik yang baik sangat perlu dalam kalangan masyarakat sesebuah

negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa dan etnik. Persoalannya

hubungan etnik perpaduan dan integrasi amatlah penting bagi mewujudkan kestabilan

politik dan seterusnya negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Hal ini penting

supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk

menyelesaikan masalah yang wujud dari kepelbagaian etnik.

Merujuk kepada pembahagian kepada kumpulan dan golongan masyarakat,

pembahagian kumpulan dan golongan ini menyebabkan terjadinya suatu perkara yang

paling penting dalam kehidupan masyarakat iaitu konflik kelas. Konflik kelas ini

berperanan penting dalam kehidupan masyarakat kepada setiap golongan dan kumpulan

masyarakat yang berbeza.

Bagi membincangkan topik mengenai konflik kelas ini, terlebih dahulu terdapat

beberapa istilah yang boleh membantu bagi memahami dengan lebih jelas perbincangan

dalam tajuk ini. Bagi permulaan penerangan, dalam topik ini akan membincangkan

tentang definisi dan sejarah di mana tercetusnya idea konflik kelas. Perbincangan

mengenai konflik kelas ini akan mengambil beberapa contoh negara demokrasi seperti

Malaysia untuk dijadikan contoh kepada perbincangan ini dan kesan konflik kepada

pembangunan negara.

Page 2: Pendahuluan-baru

2

2.0 Definisi Konflik Kelas

Bagi menerangkan dengan lebih jelas maksud dan definisi istilah konflik kelas ini,

beberapa huraian mengenai topik ini dapat diperjelaskan dengan beberapa fakta bagi

menerangkan apa yang dikatakan dengan konflik kelas.

Merujuk kepada perkataan konflik, perkataan ini secara amnya berasal dari

perkataan Latin iaitu “con” yang membawa maksud bersama dan “fligere” yang

membawa maksud perlanggaran. Dalam erti kata lain, secara sosiologinya perkataan

konflik ini bermaksud sebagai satu proses sosial antara individu atau dua orang atau

sekelompok masyarakat di mana salah satu pihak yang berusaha menyingkirkan dan

menghancurkan pihak lain atau melakukan sesuatu yang akan menyebabkan sekelompok

masyarakat dari kumpulan lain akan berasa tidak berdaya untuk menentang.

2.1 Konflik

Konflik dalam kehidupan sosial bermaksud terjadinya sesuatu perkara yang tidak

senang bagi kehidupan sesebuah masyarakat seperti terjadinya perlanggaran kepentingan,

perbezaan pendapat dan juga harapan yang mana ia harus diwujudkan dan sebagainya. Ia

melibatkan dua pihak atau lebih di mana setiap pihak dapat dikelaskan secara

perseorangan, keluarga, golongan kerabat, satu komuniti mahupun dalam sesebuah

organisasi sosial, organisasi politik, suku kaum mahupun satu pemeluk agama tertentu

yang merupakan pendukung kepada sesuatu ideologi tertentu.

Daripada definisi di atas, dapat disimpulkan bahawa konflik adalah suatu hasil

andaian individu ataupun kelompok yang merasakan wujud perbezaan yang

menyebabkan adanya pertentangan melalui idea ataupun kepentingan sehingga perbezaan

ini menyebabkan berlakunya keinginan untuk bertindak untuk mempertahankan idea atau

kepentingan sesebuah golongan.

Page 3: Pendahuluan-baru

3

2.2 Kelas

Seterusnya di dalam melanjutkan hujahan ini, pendekatan kelas boleh digunakan.

Asas kepada pendekatan ini adalah dengan melihat terdapatnya struktur dalam

masyarakat berdasarkan pegangan, kuasa dan kedudukan ekonomi. Di dalam pendekatan

kelas ini masyarakat dilihat terbahagi kepada dua iaitu kelas pemodal atau bourgeoisie

(kapitalis/pemerintah) dan kelas proletariat (pekerja/petani). Kebergantungan golongan

proletariat kepada golongan bourgeoisie telah menjadikan mereka golongan yang tunduk

kepada golongan bourgeoisie meskipun jumlah mereka jauh lebih ramai. Mengapakan

perkara seperti ini boleh terjadi? Ini kerana disebabkan golongan bourgeoisie ini

memiliki sumber pengeluarannya sendiri dan matlamat golongan bourgeoisie ini adalah

sentiasa mengejar keuntungan, maka mereka amat cenderung dilihat menggunakan

konsep eksploitasi dan pemerasan dalam merealisasikan matlamat tersebut dan

mengekalkan status-quo kepada golongan proletariat.

Oleh kerana golongan bourgeoisie begitu berpengaruh di dalam pentadbiran

ekonomi, masyarakat dan politik, maka mereka dilihat tidak mempunyai masalah untuk

menjadikan pemerintah negara sebagai alat untuk mendominasi dan menindas golongan

proletariat dalam apa jua cara demi memastikan matlamat mereka tercapai. Golongan

pemerintah pula amat bergantung kepada golongan bourgeoisie ini kerana merekalah

yang mendominasi ekonomi negara dan sering manyalurkan bantuan kewangan kepada

pemerintah. Pengamalan ini adalah demi memastikan kedua-dua pihak mendapat

kepentingan hubungan baik antara golongan bourgeoisie dan pemerintah tidak dapat

dipisahkan. Maka dapat dilihat hubungan yang saling bergantungan ini telah mewujudkan

konflik dalam kelas sosial dimana golongan bourgeoisie terus mendapat perlindungan

pemerintah negara manakala golongan proletariat pula terus ditindas tanpa sedar oleh

mereka.

Antara tokoh yang telah mentafsirkan konsep konflik kelas ini ialah Karl Marx.

Berdasarkan pengelasan yang dilakukan oleh Karl Marx, golongan proletariat ini adalah

Page 4: Pendahuluan-baru

4

merupakan tulang belakang kepada sistem pengeluaran dalam ekonomi dan golongan ini

juga merupakan golongan majoriti dalam sesebuah negara. Hal ini berlaku disebabkan

golongan mereka ini tidak mempunyai modal, kilang dan alatan industri dan mereka

hanya merupakan golongan petani/pekerja dalam sektor tersebut dimana mereka di

gunakan oleh golongan proletariat.

Menurut prespektif kelas, struktur kuasa di dalam sesebuah negara adalah

berdasarkan kepada andaian-andaian seperti kewujudan negara liberal demokratik dalam

struktur kelas yang jelas, kelas-kelas ini wujud dalam keadaan bertentangan dan

berkonflik, pertentangan dan konflik ini tersembunyi atau mungkin tidak disedari oleh

golongan rakyat. Peranan negara ialah mengawal konflik ini bagi mengelakkan dominasi

kelas pemerintah.

Untuk menjelaskan lagi bagaimana konflik kelas wujud dalam struktur sosial

masyarakat. Terdapat teori yang dapat menjelaskan dengan lebih mendalam iaitu dalam

Teori Marxisme.

3.0 Sejarah Kewujudan Konsep Konflik Kelas

Konflik Kelas

Konflik kelas merujuk kepada konsep ketegangan, perselisihan atau pertentangan

yang wujud di dalam masyarakat kerana kepentingan yang bertentangan yang timbul dari

kedudukan sosio ekonomi serta peruntukan yang berbeza antara golongan.

Idea kepada konflik kelas ini dicetuskan oleh Karl Marx melalui Teori Marxism

di mana wujud kesedaran kelas atau “class consciousness”. Kesedaran kelas bermaksud

kesedaran sesebuah masyarakat mengenai kepentingan diri dan masyarakat mereka dan

juga disekeliling mereka. Kesedaran ini terbentuk dengan mereka mengetahui bahawa

mereka adalah kalangan masyarakat yang berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi

Page 5: Pendahuluan-baru

5

tenaga dan bilangan bagi memperjuangkan segala kehendak mereka. Secara

signifikannya, kesedaran kelas ini adalah asas yang paling penting untuk mencetus dan

menjayakan sebuah revolusi bagi sesebuah negara.

Konflik kelas juga merupakan kesimpulan yang dibuat berdasarkan perasaan

dalaman individu terhadap individu lain atau antara kelompok masyarakat dengan

kelompok masyarakat lain yang tidak berdasarkan sebarang bukti atau maklumat yang

lengkap dan betul. Konflik kelas lazimnya timbul apabila wujudnya khabar angin yang

bersifat negatif dalam sesebuah masyarakat terhadap kelompok lain. Konflik kelas yang

berlaku akan menyumbang kepada kesan yang negatif yang akan mengancam hubungan

dan keharmonian sesebuah kelompok masyarakat. Kewujudan konflik kelas adalah

disebabkan kurangnya interaksi serta keengganan menerima dan memahami budaya

orang lain atau golongan masyarakat lain. Perbezaan-perbezaan inilah yang akan

menyebabkan berlakunya konflik kelas di kalangan masyarakat.

Justeri itu, melalui pemilikan pengaruh kekal dan kuat oleh Karl Marx terhadap

sejarah kehidupan manusia. Kekuatan pengaruh keintelektual telah menjadikan fenomena

global abad kedua puluh. Hal ini kerana gagasan pemikiran falsafah tidak hanya

dijadikan sekadar rujukan ilmiah sahaja, tetapi segala idea dan teori-teori Marxism

digerakkan dalam bentuk tindakan yang realistik bersesuaian dengan keadaan semasa.

Salah satu sumbangan besar yang dilakukan oleh Karl Marx adalah konsep

perjuangan kelas yang menjadi pemangkin kepada golongan proletariat untuk bangkit

mempertahankan hak dan kebebasan mereka dari terus menjadi kuda tunggangan

golongan bourgeoisie.

Konsep Historical Materalism dan Dialectic Materialism merupakan ideologi utama yang

melahirkan konsep antara kelas, hubungan antara kelas dan perjuangan kelas dalam gagasan

pemikiran teori Marxism. Karl Marx telah meneliti sejarah manusia dari dua bentuk aspek iaitu

yang pertama, faktor ekonomi yang memaparkan rangkaian tahap perkembangan ekonomi

manusia meliputi kaedah-kaedah pengeluaran produk keperluan hidup dalam menentukan segala

Page 6: Pendahuluan-baru

6

perubahan kehidupan manusia (A. Z. Abidin 1968: 46) dan factor yang kedua adalah faktor sosial

kerana Karl Marx menggambarkan sifat semula jadi manusia yang suka bergaul dalam kalangan

masyarakat. Namun, faktor sosial tersebut tidak lengkap tanpa berhubung.

Melalui Teori Marxism, Karl Marx berpendapat bahawa pengelasan yang

dilakukan merupakan kumpulan asas sosial yang mengheret konflik masyarakat di

dalamnya dan memberi kesan kepada perubahan subskruktur ekonomi mereka. Lantaran

itu, hanya satu kelas yang mampu mengenal pasti kepentingannya di dalam masyarakat

secara menyeluruh melalui revolusi-revolusi yang telah berlaku sebelum ini. Kenyataan

Karl Marx tersebut menggambarkan sejarah golongan manusia diwarnai oleh perjuangan

atau pertarungan antara kelompok-kelompok manusia. Karl Marx sendiri mengakui

perjuangan kelas atau revolusi yang tercetus bukan bermula sebagai satu kelas

masyarakat, tetapi ia berfungsi sebagai wakil kepada masyarakat bagi mengemukakan

tuntutan dan manfaat bersama semua ahli dalam golongan masyarakat.

Dalam sistem kapitalis, golongan ini sentiasa dieksploitasi dan dipergunakan oleh

satu lagi golongan lain dengan pelbagai syarat-syarat tertentu dalam kehidupan

bermasyarakat dan juga di dalam sistem ekonomi negara.

Karl Marx telah membahagikan tiga kelas utama dalam struktur masyarakat

kapitalis iaitu kelas buruh upahan, kelas kapitalis dan kelas pemilik tanah, tetapi struktur

tersebut masih belum kukuh walaupun wujud usaha kelas pertengahan untuk

menghapuskan jurang pemisah antara kelas-kelas tersebut.

Walau bagaimanapun, perkembangan struktur industri kapitalis hanya

memperkenalkan dua jenis kelas sahaja iaitu kelas bourgeoisie dan kelas proletariat.

Maka kesannya, semua kelas buruh upahan akan diklasifikasikan sebagai kelas

proletariat, manakala kelas kapitalis dan pemilik tanah pula mewakili kelas bourgeoisie.

Namun kedua-kedua kelas bourgeoisie tersebut terpaksa berhadapan dengan persaingan

Page 7: Pendahuluan-baru

7

sengit dalam mengaut keuntungan dan kekayaan, lantas mereka yang tewas akan

diletakkan di posisi kelas proletariat.

Berdasarkan kenyataan di atas, kedua-dua kelas tersebut iaitu kelas proletariat dan

bourgeoisie memiliki fungsi sosial yang berbeza-beza. Berdasarkan Teori Marxism juga,

golongan yang menindas proletariat ini adalah dari golongan yang dikenali sebagai

bourgeoisie dan golongan bourgeoisie ini sering mengeksploitasi golongan proletariat

kerana mereka mempunyai modal, kilang-kilang serta jentera dan mereka mampu

membeli tenaga buruh proletariat, iaitu dengan menggaji golongan proletariat untuk

bekerja di bawah pemerintahan ekonomi golongan bourgeoisie.

Hal ini berlaku adalah kerana golongan proletariat tidak berkemampuan dan oleh

itu mereka dibeli oleh golongan bourgeoisie untuk menjalankan proses pengeluaran

mereka bagi menjana kemajuan ekonomi demi kepentingan mereka.

Justeru itu, Karl Marx menyifatkan sejarah manusia adalah sejarah pertentangan

antara kelas yang menindas dan kelas tertindas. Kadang kala pertentangan tersebut dapat

dilihat secara tersembunyi, tetapi adakalanya berlaku secara terbuka.

Berhubung dengan kelas tertindas iaitu kelas proletariat, Karl Marx menegaskan

bahawa senario pengeksploitasian terhadap mereka telah melahirkan unsur ‘antagonisme

kelas’ yang merangsang keinginan untuk bebas dari belenggu penindasan. Keinginan

tersebut kemudiannya menjadi daya penggerak utama kepada mereka untuk membentuk

sistem masyarakat sosial yang baru. Lantaran itu, sekiranya mereka berjaya menguasai

kuasa-kuasa produktif, maka hubungan sosial pengeluaran sedia ada tidak lagi mampu

mewujudkan kerjasama antara kedua-dua model kelas tersebut.

Kelas tersebut akan mendesak kepada perubahan struktur sosial melalui cara

kekerasan dan kekejaman seperti perampasan kuasa secara revolusi. Ini kerana Karl Marx

mengharapkan golongan proletariat menjadi kelas penguasa apabila berjaya merampas

Page 8: Pendahuluan-baru

8

kedudukan golongan bourgeoisie dan memusatkan segala alat-alat produksi di bawah

genggaman kelas proletariat.

Namun begitu, model kelas masyarakat baru yang bakal didirikan oleh kelas

proletariat bukanlah bercirikan sistem kelas sosial feudalisme dan kapitalis yang wujud

sebelumnya. Sebaliknya, kebebasan yang dikecapi oleh kelas proletariat hanya

diimplementasikan untuk menghapuskan semua kelas masyarakat di dalam negara

tersebut. Masyarakat tanpa kelas yang diperjuangkan oleh mereka merupakan titik

permulaan kepada lenyapnya jurang pemisah antara kelas masyarakat dan kuasa

pengeluaran akan jatuh ke tangan rakyat.

Sementara itu, permusuhan dan persengketaan antara kelas bourgeoisie dan

proletariat hanya disifatkan sebagai perjuangan satu kelas menentang satu kelas yang lain

hingga membawa kepada ungkapan tertinggi daripada jumlah revolusi.

4.0 Ciri-ciri Konsep Konflik Kelas

Teori dan ciri-ciri konsep dalam konflik kelas yang dihasilkan ini adalah berasal

dari idea Karl Marx yang dimanifestasikan hasil daripada penulisan beliau dan Engels.

Menurut teori ini terdapat 4 perkara atau ciri-ciri asas yang perlu dikuasai. Ciri-ciri bagi

teori dan konsep inilah yang akan menerangkan idea sebenar perjuangan Karl Marx dan

kesemua ciri ini perlu difahami dengan baik.

Terdapat beberapa ciri yang dapat diperlihatkan oleh melalui Teori Marxism. Ciri

yang pertama ialah pengeksploitasian kelas. Menurut asas ini, Karl Marx menyatakan

tentang bagaimana pengeksploitasian antara masyarakat dan kelas yang berbeza ini

berlaku. Hal ini dilihat oleh Karl Marx sebagai perkara utama bagi kapitalisme dan

perdagangan bebas.

Page 9: Pendahuluan-baru

9

Dalam kapitalis, keuntungan kapitalis dapat dikecapi dengan perbezaan antara

hasil pengeluaran dengan kos pengeluaran yang merangkumi kos tenaga buruh. Dalam

konteks ini dapat diperlihatkan bahawa semakin rendah kos pengeluaran semakin

rendahlah kos tenaga buruh yang diperlukan. Hal ini kerana kapitalis adalah berasaskan

pembayaran yang diberi kepada pekerja yang mana nilainya adalah lebih rendah dari nilai

barang yang dihasilkan. Perkara ini menunjukkan betapa rendahnya nilai manusia yang

dikawal oleh golongan yang berkepentingan dalam ekonomi. Perkara ini berlaku

disebabkan oleh gologan kaya atau yang berkuasa.

Ciri kedua yang diperkenalkan oleh Marxist ini adalah berkenaan “base” dan

“superstructure”. “Base” dan “Superstructure” ini adalah merupakan istilah yang

digunakan untuk memahami sesuatu konsep. Istilah tersebut juga merupakan gambaran

oleh Karl Marx mengenai kehidupan dalam masyarakat. Idea Karl Marx ini juga cuba

memberi gambaran bahawa terdapat kaitan antara dua golongan yang berbeza ini.

Penjelasan berikut adalah merupakan takrifan sebenar istilah “base” dan “superstructure”

ini dan mengenai hubungkaitnya.

Istilah “Base” menurut Karl Marx adalah kesedaran masyarakat sosial terhadap

sesuatu isu yang meliputi semua aspek kemanusiaan. “Superstructure” pula ditakrifkan

sebagai suatu institutusi yang wujud sama ada institusi politik mahupun perundangan.

Teori Marxism ini memperlihatkan bagaimana kesedaran yang akan mewujudkan

sesebuah institusi yang bergerak. Hal ini kerana mereka melihat bahawa “base” hanyalah

sekadar organisasi sosial yang cuma mampu berfikir dan berubah itu hanya dapat berlaku

melalui sebuah badan yang berorganisasi iaitu “superstructure” atau institusi tadi.

Berdasarkan perkara ini, kita dapat mengetahui bahawa “base” dan

“superstructure” ini adalah saling bergantung dalam aspek kehidupan seharian. Karl

Marx juga sering menggunakan contoh pengeluaran sesebuah produk dalam penghasilan

sesebuah barangan asas. Namun begitu, perkara ini tetap sama dengan kedua-duanya iaitu

sesuatu yang saling bergantungan antara satu sama lain dalam mempelopori kehidupan.

Page 10: Pendahuluan-baru

10

Ciri seterusnya adalah berkenaan dengan kesedaran kelas atau “class

consciousness”. Kesedaran kelas bermaksud kesedaran sesebuah masyarakat mengenai

kepentingan diri dan masyarakat mereka dan juga disekeliling mereka. Kesedaran ini

terbentuk dengan mereka megetahui bahawa mereka adalah kalangan masyarakat yang

berupaya dan mempunyai kapasiti dari segi tenaga dan bilangan bagi memperjuangkan

segala kehendak mereka. Signifikannya kesedaran kelas ini adalah asas yang paling

penting untuk mencetus dan menjayakan sebuah revolusi.

Ciri yang terakhir bagi Teori Marxism ini ialah kesedaran palsu masyarakat atau

“false consciousness” Beliau menghuraikan tentang kesedaran palsu dan bagaimana

perkara ini diterapkan dalam masyarakat. Menurutnya lapisan masyarakat

“superstructure” telah menggunakan kekayaan dan kekuasaan mereka untuk memberi

kesedaran palsu kepada masyarakat. Dengan cara ini, masyarakat bawahan dipergunakan

oleh golongan atasan tentang keadaan ekonomi, status kehidupan masyarakat dan lain-

lain dengan menyembunyikan kebenaran sebenar. Konflik kelas dalam masyarakat plural

bukan kerana wujudnya perbezaam kaum, tetapi ia merupakan perbezaan kelas.

Manakala Karl Marx telah mencadangkan mencari jalan penyelesaian konflik dalam

masyarakat melalui cara revolusi bersenjata dan berdarah oleh golongan proletariat ke

atas golongan bourgeoisie.

Hanya dengan cara ini, masyarakat dapat ditenangkan supaya mereka merasakan

bahawa pembangunan dan kesenangan dapat mereka kecapi melalui sistem kapitalis

walhal mereka mendapat keuntungan yang terlalu sedikit berbanding golongan yang

mempergunakan mereka iaitu golongan masyarakat “superstructure” tersebut. Golongan

ini bertindak hanya untuk kepentingan individu dan masyarakat mereka dengan mengaut

segala keuntungan yang ada. Bagi masyarakat yang kurang peka dan prihatin, inilah

perkara tidak baik yang sering menimpa mereka.

Page 11: Pendahuluan-baru

11

Melalui pendekatan teori ini, kita dapat mengetahui bahawa tujuan sebenar Karl

Marx ialah untuk menyedarkan masyarakat yang terkonkong dan dieksploitasi

berdasarkan kedudukan mereka. Karl Marx membawa teori ini melalui kesemua ciri-ciri

ini hanya dengan satu matlamat akhir iaitu untuk membangkitkan kesedaran rakyat

bawahan bahawa mereka sering ditindas oleh masyarakat atasan. Demikianlah juga

dengan idea dan perjuangan Marx untuk menghapuskan kelas masyarakat dan membawa

satu konsep kesamarataan.

5.0 Perbincangan Dikalangan Sarjana Mengenai Konflik Kelas

Perbincangan antara sarjana menganai konflik kelas merupakan sesuatu hujah

yang menarik untuk difahami. Terdapat beberapa tokoh sarjana yang telah

mendefinisikan maksud-maksud yang tersirat dan tersurat dalam topic konflik kelas ini.

Antara hujah yang dinyatakan oleh sarjana-sarjana tersebut dapat ditakrifkan sebagai

maksud konflik kelas.

De Dreu Gelfand (2008) mendefinisikan bahawa konflik merupakan proses yang

bermula ketika individu atau kelompok mempersepsi terjadinya perbezaan atau

pertentangan antara dirinya dengan individu atau kelompok yang lain mengenai minat

dan sumber daya, keyakinan, nilai atau lain-lain lagi.

Robbins (2001) pula mendefinisikan bahawa konflik dapat terjadi ketika usaha

suatu kelompok dihambat oleh kelompok lain sehingga kelompok ini mengalami tekanan

dalam golongan masyarakat mereka.

Kondalkar (2007) telah menyatakan bahawa konflik merupakan ketidaksetujuan

antara dua atau lebih individu atau kelompok yang mana masing-masing individu atau

kelompok tersebut mencuna untuk boleh diterima pandangannya atau tujuannya oleh

individu atau kelompok yang lain.

Page 12: Pendahuluan-baru

12

Pernyataan di atas adalah merupakan antara pernyataan dan definisi yang telah

ditakrifkan oleh beberapa sarjana yang mengkaji mengenai konflik kelas ini.

6.0 Pengamalan Konsep Kepada Masyarakat

Dalam konteks kehidupan masyarakat. Pembahagian masyarakat kepada kelas-

kelas sosial adalah berdasarkan tahap kekayaan atau kekukuhan ekonomi sahaja. Walau

bagaimanapun Karl Marx berpendapat bahawa sesebuah kelas atau struktur sosial itu

dapat dikelaskan dengan berdasarkan hubungan mereka dengan kaedah pengeluaran dan

pembuatan. Hal ini menunjukkan bagaimana Karl Marx melihat bahawa kelas itu mampu

diubah atas dasar keupayaan, kapasiti atau bilangan majoriti dan ini mampu

menggerakkan satu perubahan struktur masyarakat dan ini yang cuba dijelaskan bahawa

revolusi boleh berlaku dengan timbulnya kesedaran kelas.

Namun begitu disebabkan golongan bourgeoisie ini mempunyai hubungan yang

baik dengan pemerintah, maka kesedaran kelas itu agak tenggelam disebalik kesedaran

palsu yang berjaya dimainkan oleh mereka. Karl Marx menyatakan bahawa kelas-kelas

tersebut juga merupakan kumpulan asas sosial yang mengheret konflik masyarakat di

dalamnya dan memberi kesan kepada perubahan substruktur ekonomi mereka. Lantaran

itu, hanya satu kelas yang mampu mengenal pasti kepentingannya di dalam masyarakat

secara menyeluruh melalui revolusi-revolusi yang telah berlaku sebelum ini.

Secara umumnya, konsep konflik kelas yang diutarakan oleh Karl Marx telah

diterjemahkan dalam sistem ekonomi kapitalis. Jurang perbezaan antara dua kelas inilah

yang menjadi punca kepada perjuangan dan pertentangan antara kelas-kelas sosial yang

lain . Tidak dinafikan, perkembangan masyarakat seringkali dikaitkan dengan taraf kelas

iaitu satu kelas sentiasa berada di posisi bertentangan dengan kelas-kelas yang lain dan

mengalami perpecahan dan kemudiannya akan membentuk dua kelompok golongan yang

saling berbalahan. (McLellan 1977: 222).

Page 13: Pendahuluan-baru

13

7.0 Pengaruh Konsep Kepada Hubungan Etnik

Sejarah teori kelas mempunyai kaitan dengan sejarah sistem fuedalisme di mana

struktur masyarakat mempunyai kelas-kelas tersendiri. Jika sistem feudal ini hanya

melihat golongan Raja adalah golongan tertinggi dengan diikuti golongan bangsawan

dan rakyat jelata yang paling rendah dalam sistem demokrasi juga mempunyai kelas

terutamanya negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.

Contohnya negara-negara di Asia secara umumnya terkenal dengan kesetiaan

sosial mereka terhadap adat dan nilai budaya yang diamalkan dalam negara tersebut.

Salah satu nilai sosial yang amat kuat malah masih lagi diamalkan hingga ke hari ini ialah

nilai sosial yang menekankan tanggungjawab individu terhadap kumpulan masyarakat

yang terdapat dalam golongan mereka.

Di negara Asia juga khususnya Malaysia, masyarakatnya tidak digalak

mengamalkan kebebasan individu kerana ianya dianggap boleh meruntuhkan nilai sosial

dan masyarakat yang ada. Malah dalam kebanyakan kehidupan sosial masyarakat Asia,

kebebasan individu diandaikan sebagai satu nilai yang boleh mengundang kekacauan

sosial terhadap kesepaduan masyarakat, manakala fahaman individualisme dianggap pula

mengandungi nilai mementingkan diri sendiri yang juga boleh meruntuhkan sesuatu

struktur sesebuah masyarakat itu sendiri. (Pye 1985).

Dalam konteks nilai sosial tersebut, wujud dan lahirnya hubungan yang bersifat

penaung-dinaung. Istilah penaung-dianung ini adalah merujuk kepada golongan

bourgeoisie sebagai penaung dan golongan proletariat sebagai dinaung. Dari istilah ini

telah wujud konflik kelas dalam masyarakat tanpa sedar. Individu yang berkuasa dalam

semua aspek kehidupan iaitu yang mengawal ekonomi berusaha membentuk dan

melahirkan seramai mungkin pengikutnya sendiri. Hubungan sosial yang berasaskan

Page 14: Pendahuluan-baru

14

penaung-dinaung ini adalah struktur yang asas dalam aspek politik sesebuah negara,

ekonomi dan sosial di kebanyakan masyarakat Asia Tenggara.

Situasi sosial yang diasaskan daripada nilai-nilai tersebut mempengaruhi tingkah

laku politik di kebanyakan negara di Asia Tenggara. Dalam kalangan masyarakat yang

kuat berpegang kepada konsep penaung-dinaung ini, persaingan politik hampir tidak

kelihatan. Ini kerana kesetiaan politik adalah aspek yang amat dituntut oleh setiap kelas

bourgeoisie daripada golongan proletariat. Malahan aspek ini juga dikekalkan selepas

kebanyakan negara Asia Tenggara mencapai kemerdekaan. Amalan demokrasi

diwujudkan semata-mata untuk tujuan perhiasan bagi menggambarkan sikap keterbukaan

golongan bourgeoisie terhadap golongan proletariat.

8.0 Penilaian Terhadap Konsep

Konsep Teori Kelas

Teori kelas yang juga dikenali sebagai Teori Marxism menganggap teori pluralis

tentang negara bersifat neutral adalah ibarat permainan semata-mata kerana

menyembunyikan satu realiti yang membahagikan masyarakat kepada kelas-kelas yang

bertentangan dan bertujuan untuk mempertahankan kuasa kelas pemerintah serta sistem

hak milik perseorangan.

Engels pula berpendapat bahawa negara yang terbentuk adalah mengikut proses

evolusi masyarakat dari zaman batu hingga ke zaman moden. Proses ini telah menukar

struktur masyarakat daripada primitive kepada kompleks yang melibatkan perubahan

peranan masyarakat. Jika dahulu masyarakat berkonflik kerana inginkan perlindungan

tempat tinggal, makanan, namun pada zaman sekarang konflik yang berlaku adalah lebih

dari itu.

Page 15: Pendahuluan-baru

15

Masyarakat inginkan perlindungan serta tempat tinggal yang lebih selesa dan

serba lengkap, makanan yang berkhasiat dan mempunyai pelbagai pilihan serta

pendidikan yang dapat menjamin peluang pekerjaan dan juga kemudahan infrastruktur

yang serba lengkap serta canggih dan lain-lain lagi. Keadaan ini lebih ketara apabila

manusia telah dipekenalkan kepada sistem pemilikan hak milik persendirian dan mereka

yang dapat mempertahankan harta mereka adalah dilihat berkuasa dalam menentukan

aturan hidup bermasyarakat dan secara tidak lansung menindas kelas bawahannya untuk

terus golongan ini berkuasa.

Golongan bourgeoisie ini juga secara langsung membentuk kelas atasan menjadi

lebih berkuasa dalam menentukan aturan hidup dan tidak hairanlah mengapa kelas ini

sanggup melakukan apa-apa sahaja khususnya menggunakan kuasa negara untuk

mengekalkan struktur kuasa yang ada demi menjaga kepentingan dan hak mereka.

Dapat dilihat betapa pentingnya peranan ideologi pemerintah dalam menentukan

struktur ekonomi yang bukan semata-mata dipaksakan ke atas rakyat tetapi diakui dan

diterima oleh rakyat dengan rela hati dan paling penting adalah dalam keadaan tidak

sedar.

Bagi mengawal konflik kelas ini, kelas dominan kapitalis mempengaruhi negara

supaya menjaga kepentingan golongan kapitalis dan terus menekan golongan bawahan.

Sesebuah negara yang memerlukan modal untuk tujuan pembangunan terpaksa akur

dengan kehendak golongan ini dan dengan kuasa yang ada jugalah golongan bourgeoisie

ini mempengaruhi negara untuk mengekalkan struktur sosial yang ada.

Terdapat takrifan mengatakan bahawa negara adalah sebuah institusi yang

melindungi dan mengekalkan status-quo yang membolehkan kegiatan ekonomi kapitalis

berjalan lancar. Selain itu negara juga dikatakan sebagai arena konflik kelas dan kaum

dan negara adalah sebagai alat kelas bourgeoisie. Dalam erti kata lain bermaksud, negara

bukan berkecuali, tetapi adalah alat kepada kelas bourgeoisie ini.

Page 16: Pendahuluan-baru

16

Suatu perkembangan dan pembangunan negara mundur juga dikatakan terus

bergantung kepada negara maju dari segi modal, teknologi dan pasaran walaupun selepas

penjajahan di negara tersebut telah tamat. Maka antara jalan keluar dari kemelut ini

adalah dengan memutuskan jalinan perhubungan serta pergantungan di antara negara

mundur dan maju.

Justeru itu, terdapat persoalan yang perlu dijawab supaya kita tahu apakah yang

akan menyebabkan masyarakat di Malaysia seolah-olah hilang kesedaran tentang

berlakunya konflik kelas antara mereka.

Pertama, kesetiaan rakyat kepada pemimpin negara ini disebabkan rakyat secara

majoriti terdiri daripada golongan kelas bawahan yang berpendapatan rendah sudah tentu

akan mengharapkan sokongan kewangan dan bantuan keperluan hidup dari kerajaan.

Maka sebagai balasan, rakyat ini haruslah menumpahkan taat setianya kepada kerajaan/

pemerintah tersebut.

Keduanya ialah, peranan media masa kini terlalu mengangkat golongan

pemerintah dengan mengeluarkan berita-berita tentang sumbangan kerajaan kepada

rakyat sedangkan itu merupakan tanggungjawab yang harus dilaksanakan pemerintah

walaupun rakyat tidak memilih mereka. Melalui cara tersebut, maka rakyat akan melihat

bahawa pemerintah amat menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat dan haruslah

berterima kasih kepada kerajaan.

Ketiganya adalah berkenaan dengan parti politik. Di Malaysia khususnya, parti

politik adalah parti yang berasaskan kaum. Tujuan ini untuk memastikan kedudukan

pemimpin ini sentiasa mendapat sokongan rakyat, maka ditiupkan konflik melalui

perkauman sehingga melahirkan rasa benci antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Walaupun pada awalnya rakyat sedar tentang kewujudan kelas, namun ianya tenggelam

disebabkan isu perkauman yang dimainkan oleh pemimpin sesebuah parti politik

Page 17: Pendahuluan-baru

17

tersebut. Justeru, rakyat kembali menyokong kepada pemimpin parti bagi

memperjuangkan hak mereka.

Konflik kelas secara ini telah diutarakan oleh konstruksi konflik etnik kerana

wujud manipulasi isu etnik yang dimainkan oleh golongan pemerintah sekaligus

mengaburkan mata dan minda rakyat tentang konflik kelas yang sebenar berlaku. Dapat

dilihat sejak Malaysia merdeka isu-isu seperti hak kewarganegaraan, hak istimewa orang

Melayu, kedaulatan institusi Di Raja dan serta rizab simpanan tanah untuk melayu sering

menjadi isu hingga kini sedangkan perkara tersebut telah dijelaskan dan telah

dimuktamadkan melalui Perlembagaan Persekutuan di Malaysia.

Sekiranya konflik kelas ini masih tidak dapat dikawal oleh golongan pemimpin,

keselamatan negara juga turut terjejas di mana akan berlakunya rusuhan seperti peristiwa

13 Mei 1969. Selain itu juga kesan konflik kelas terhadap negara yang sedang

membangun juga boleh menyebabkan pelabur-pelabur dari luar negara akan mengambil

tindakan tunggu dan lihat sebelum melabur kerana jika konflik kelas ini tidak

diselesaikan dengan berkesan, ianya akan memberi kesan yang buruk terhadap

perniagaan mereka kelak.

9.0 Kesimpulannya

Kefahaman tentang istilah dan konsep konflik kelas membolehkan kita

mendalami bidang ilmu hubungan etnik secara ilmiah dan mendalam. Secara tidak

langsung, pemahaman ini menimbulkan suatu kesedaran baru untuk memupuk

keharmonian dalam kehidupan dan seterusnya menyumbang kepada perpaduan dan

integrasi nasional. Yang lebih penting, dengan memahami perkara-perkara tersebut

secara ilmiah, kita dapat merealisasikan dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian

dengan memupuk nilai-nilai murni dan mengelakkan tingkah laku negatif.

Page 18: Pendahuluan-baru

18

Secara sedar atau tidak, konflik kelas sememangnya berlaku di dalam kebanyakan

negara di Asia Tenggara kerana elemen kelas sosial yang kuat. Namun begitu kejayaan

seperti negara Jepun menangani konflik dilihat sebagai satu kejayaan bagi sesebuah

negara membangun. Konflik kelas yang berlaku antara golongan bourgeoisie dan

proletariat tercetus apabila tiada keseimbangan ekonomi dan penindasan yang dilakukan

oleh golongan atasan.

Negara yang mempunyai hubungan autonomi berupaya malaksanakan matlamat

pembangunan dengan memenuhi kehendak golongan proletariat juga. Kemuncak kepada

konflik kelas ialah apabila golongan proletariat ini mula sedar adanya jurang di antara

kelas atasan dan kelas bawahan di mana kelas atasan sentiasa mengeksploitasi mereka.

Oleh yang demikian, sifat-sifat ini akan menghasilkan sikap rakyat yang lebih

memahami terhadap budaya masyarakat lain ke arah pembinaan generasi bangsa

Malaysia yang bersatu padu.

Page 19: Pendahuluan-baru

19

10.0 Rujukan

Chew Hock Thye (1979), Masalah Perpaduan Nasional, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur,

Edward W.Said (2008),(terjemahan oleh Shamsiad Md. Said), Budaya dan Imperialisme,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Jomo K.S (1991), Masyaralat Malaysia: Cabaran Sosio Ekonomi, INSAN,

Kuala Lumpur

Milne, R.S dan Diane K.Mauzy (1992), Politik dan Kerajaan di Malaysia, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Paimah Atoma, Mohd Azmir Mohd Nizah dan Latifah Abdul Latiff, Hubungan Etnik,

Edisi ke-2, Universiti Sains Islam Malaysia,Bandar Baru Nilai, 2001.