penda hulu an

3
1.0 PENDAHULUAN Pada era digital ini, penggunaan matematik telah bertambah dengan luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Jika dahulu matematik adalah untuk pengiraan sahaja, tetapi pada era globalisasi ini, peranan matematik meliputi pelbagai bidang seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), bidang ekonomi, bidang kejuruteraan, bidang pendidikan dan sebagainya. Dalam MTE 3101, nilai tempat digunakan untuk mengembangkan suatu nombor bagi mendapatkan nilai yang besar. Untuk mendapatkan semua nombor yang lain, Mayan hanya menggunakan 20 simbol daripada nombor 0 hingga 19 seperti mana kita gunakan simbol 0 hingga 9. Sistem asas 10 mempunyai nilai tempat adalah 1, 10, 100, 1000. Selain daripada itu, Pembelajaran matematik sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kehidupan

Upload: sathis-menagah

Post on 07-Dec-2015

224 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sdfgaerg

TRANSCRIPT

Page 1: Penda Hulu An

1.0 PENDAHULUAN

Pada era digital ini, penggunaan matematik telah bertambah dengan

luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Jika dahulu matematik adalah untuk

pengiraan sahaja, tetapi pada era globalisasi ini, peranan matematik meliputi

pelbagai bidang seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), bidang

ekonomi, bidang kejuruteraan, bidang pendidikan dan sebagainya.

Dalam MTE 3101, nilai tempat digunakan untuk mengembangkan suatu

nombor bagi mendapatkan nilai yang besar.  Untuk mendapatkan semua nombor

yang lain, Mayan hanya menggunakan 20 simbol daripada nombor 0 hingga

19 seperti mana kita gunakan simbol 0 hingga 9. Sistem asas 10 mempunyai nilai

tempat adalah 1, 10, 100, 1000.

Selain daripada itu, Pembelajaran matematik sangat berkait rapat dengan

kehidupan seharian. Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik

sama ada secara langsung walaupun tidak secara langsung. Ini boleh dikatakan

bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Sebagai contoh,

kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik,

kesenian, dan sebagainya.

Matematik juga saling bergantung kepada fungsi – fungsi nombornya

seperti, mencerakinkan nombor, membundarkan nombor dan sebagainya. Justeru,

mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit perlu diberi perhatian

supaya pelajar harus memahami konsep mencerakinkan sebelum masuk kepada

Page 2: Penda Hulu An

tajuk operasi nombor. Konsep nilai tempat dan nilai digit ini, sangat penting

semasa murid – murid membuat operasi nombor dan menyelesaikan masalah

operasi nombor.

Berasaskan pengalaman mengajar dahulu satu masalah yang saya hadapi

semasa pengajaran dan pembelajaran matematik semasa praktikum ini, saya telah

mengenal pasti konsep nilai digit dan kemahirannya mencerakinkan nombor

sebagai focus kajian tindakan saya. Dalam subtopik berikut, saya akan

mengemukakan refleksi berdasarkan pengalaman lalu saya dan sorotan literatur

yang berkenaan dengan tajuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.