Download - Penda Hulu An
1.0 PENDAHULUAN
Pada era digital ini, penggunaan matematik telah bertambah dengan
luasnya dalam semua lapisan masyarakat. Jika dahulu matematik adalah untuk
pengiraan sahaja, tetapi pada era globalisasi ini, peranan matematik meliputi
pelbagai bidang seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), bidang
ekonomi, bidang kejuruteraan, bidang pendidikan dan sebagainya.
Dalam MTE 3101, nilai tempat digunakan untuk mengembangkan suatu
nombor bagi mendapatkan nilai yang besar. Untuk mendapatkan semua nombor
yang lain, Mayan hanya menggunakan 20 simbol daripada nombor 0 hingga
19 seperti mana kita gunakan simbol 0 hingga 9. Sistem asas 10 mempunyai nilai
tempat adalah 1, 10, 100, 1000.
Selain daripada itu, Pembelajaran matematik sangat berkait rapat dengan
kehidupan seharian. Kehidupan seharian manusia berkait rapat dengan matematik
sama ada secara langsung walaupun tidak secara langsung. Ini boleh dikatakan
bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Sebagai contoh,
kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik,
kesenian, dan sebagainya.
Matematik juga saling bergantung kepada fungsi – fungsi nombornya
seperti, mencerakinkan nombor, membundarkan nombor dan sebagainya. Justeru,
mencerakinkan nombor mengikut nilai tempat dan nilai digit perlu diberi perhatian
supaya pelajar harus memahami konsep mencerakinkan sebelum masuk kepada
tajuk operasi nombor. Konsep nilai tempat dan nilai digit ini, sangat penting
semasa murid – murid membuat operasi nombor dan menyelesaikan masalah
operasi nombor.
Berasaskan pengalaman mengajar dahulu satu masalah yang saya hadapi
semasa pengajaran dan pembelajaran matematik semasa praktikum ini, saya telah
mengenal pasti konsep nilai digit dan kemahirannya mencerakinkan nombor
sebagai focus kajian tindakan saya. Dalam subtopik berikut, saya akan
mengemukakan refleksi berdasarkan pengalaman lalu saya dan sorotan literatur
yang berkenaan dengan tajuk mencerakinkan nombor mengikut nilai digit.