pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa

2
Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan "bahasa rojak" dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang rendah oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadi lingua franca ’ kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yang membabi buta tidak dikenakan tindakan. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang rendah martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memperkasakan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang proaktif dan efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat dikekalkan. Pencemaran Bahasa Melayu berlaku di banyak tempat mengikut konteks penggunaannya. Contohnya seperti pencemaran bahasa di bilik darjah, pejabat-pejabat kerajaan / swasta, media elektronik / bercetak, institusi perniagaan dan sebagainya. Pencemaran bahasa dalam papan tanda / iklan boleh dikatakan mempunyai keberatan yang tinggi dalam banyak – banyak tempat berlakunya pencemaran bahasa. Ini kerana papan tanda / iklan dipasang untuk tatapan umum, dan ini akan menampakkan sensitiviti penggunaan bahasa yang kurang diberi perhatian. Seterunsya ini akan memberikan suatu contoh / panduan yang salah kepada generasi muda dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa yang bercampur, pembentukan frasa atau rangkai kata yang tidak tepat seringkali boleh dilihat di kebanyakan papan tanda / iklan.

Upload: thirumurthi-subramaniam

Post on 03-Oct-2015

243 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Pencemaran bahasa merangkumi kesalahan bahasa dan aspek tatabahasa, struktur ayat, ejaan, istilah, penggunaan "bahasa rojak" dan sebagainya. Dalam era millenium yang rancak dengan pembangunan dan modenisasi ini, penggunaan bahasa Melayu yang betul dan gramatis hanya dipandang rendah oleh masyarakat. Bahasa yang dahulunya menjadilingua franca kini kian hilang martabatnya apabila penggunaannya yangmembabi butatidak dikenakan tindakan. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu menjadi satu bahasa yang rendah martabatnya kerana bangsa yang menggunakan bahasa itu sendiri tidak mempunyai inisiatif untuk memperkasakan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah mengambil langkah yang proaktif dan efisien agar nilai dan martabat bahasa Melayu dapat dikekalkan.Pencemaran Bahasa Melayu berlaku di banyak tempat mengikut konteks penggunaannya. Contohnya seperti pencemaran bahasa di bilik darjah, pejabat-pejabat kerajaan / swasta, media elektronik / bercetak, institusi perniagaan dan sebagainya. Pencemaran bahasa dalam papan tanda / iklan boleh dikatakan mempunyai keberatan yang tinggi dalam banyak banyak tempat berlakunya pencemaran bahasa. Ini kerana papan tanda / iklan dipasang untuk tatapan umum, dan ini akan menampakkan sensitiviti penggunaan bahasa yang kurang diberi perhatian. Seterunsya ini akan memberikan suatu contoh / panduan yang salah kepada generasi muda dalam penggunaan bahasa Melayu yang betul. Penggunaan bahasa yang bercampur, pembentukan frasa atau rangkai kata yang tidak tepat seringkali boleh dilihat di kebanyakan papan tanda / iklan. Contohnya seperti TV Servis sepatutnya perlu dipaparkan sebagai servis TV dan Amin Restaurant & Caf sepatutnya menjadi Amin Restoran dan Kafe. Pencemaran bahasa boleh dihindarkan sekiranya pihak yang bertanggungjawab terlebih dahulu merujuk kepada pihak yang lebih arif dalam bidang bahasa dan juga peristilahan. Kesedaran ini akan membantu menanamkan sikap prihatin terhadap penggunaan bahasa yang betul dan tepat mengikut konteks penggunaan.