pencemaran air dan kajian kes di pulau pinang

30
PENCEMARAN AIR PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

Upload: najjzumi

Post on 26-Jul-2015

1.823 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

PENCEMARAN AIR

PENTADBIRAN ALAM SEKITAR

Page 2: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

PENGENALAN

Pencemaran berlaku apabila perubahan berlaku dari segi

kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan

memberi kesan apabila digunakan.

Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan

fizik.

Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974- apa-apa perubahan

langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba,

biologi atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam

sekeliling yang melepaskan dan mengeluarkan buangan ini

sehingga menjejaskan kegunaannya dan membahayakan

kesihatan, orang awam atau kehidupan lain seperti hidupan

liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Page 4: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

PROSES KITARAN AIR

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang agak baik

iaitu lautan.

Matahari menggerakkan kitaran air, memanaskan air dalam lautan, yang

tersejat sebagai wap ke dalam udara.

Arus udara yang naik akan membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana

suhu sejuk akan menyebabkan wap-wap terpeluwap menjadi awan.

Page 5: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Arus udara memindahkan awan-awan mengelilingi bumi, dan titisan-titisan

awan akan berlaga, berkembang besar, dan kemudian jatuh keluar dari

awan sebagai kerpasan.

Sebahagian kerpasan jatuh sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai

kemuncak ais dan glasier.

Salji di iklim lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang

tercair itu mengalir di atas permukaan bumi sebagai air larian cairan salji.

Page 6: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Hampir semua kerpasan akan jatuh semula ke lautan atau

daratan, dan akibat tarikan graviti, ia akan mengalir di

permukaan bumi sebagai air larian permukaan.

Tetapi bukan semua daripada air larian ini akan mengalir

ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya

akan menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi.

Page 7: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Sebahagian daripada air ini akan berada berdekatan dengan permukaan

bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air permukaan serta

lautan sebagai 'luahan„ air tanah.

Terdapat juga air yang akan mengalir ke luar sebagai 'mata air' daripada

celah-celah permukaan bumi.

Air permukaan yang cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan

disingkirkan dari permukaan daun melalui proses transpirasi tumbuhan.

Sedikit sebanyak daripada air ini akan diserap semakin mendalam ke dalam

tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-permukaan) yang dapat

menyimpan air dalam kuantiti yang berbeza mengikut kawasan

(kedalaman) untuk jangka masa yang lama.

Tetapi melalui tindakan masa, air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali

semula ke dalam lautan.

Page 8: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

KUALITI AIR

Kualiti air merangkumi aspek kimia, fizikal dan kandungan biologi.

Kualiti air yang baik adalah mengikut prasyarat yang berikut:

Fizikal

Air yg bersih & tidak keruh.

Tidak berwarna apa pun.

Tidak berbau apa pun.

Suhu antara 10-25˚C (sejuk).

Tdk meninggalkan endapan.

Kimia

Tidak mengandungi bahan kimia yang

beracun.

Tidak mengandungi zat-zat kimia yang

berlebihan.

Cukup sodium.

PH air antara 6.5 - 9.2

Biologi

Tidak mengandungi kuman-kuman

penyakit spt kolera, bakteria, disentri dll.

Baik & boleh diminum.

Page 9: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Indeks Kualiti Air (IKA) adalah standard yang

digunakan oleh agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam

Sekitar Malaysia untuk mengukur kebersihan dan kualiti

bekalan air yang boleh digunakan untuk kegunaan

domestik, akuakultur dan pengairan.

IKA telah diwujudkan bagi memudahkan rekod dan

analisis kualiti air serta menetapkan standard kebangsaan.

Harton (1965) telah mengemukakan satu model, di mana

setiap parameter kualiti air yang dianggap penting akan

diberi pemberat mengikut kepentingannya.

Nilai yang diperoleh nanti akan digabungkan secara

aritmetik untuk mendapatkan satu nilai purata.

Page 10: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kualiti air bersih ditentukan berdasarkan 6 parameter utama yang

berdasarkan kepada garis panduan Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) :

1) Permintaan Oksigen Biokimia (BOD)

BOD merupakan petunjuk untuk mengukur jumlah kandungan oksigen

yang digunakan oleh bakteria bagi proses biologi untuk melupuskan atau

menguraikan bahan organik dalam air.

Digunakan untuk mengetahui kandungan bahan organik

“biodegradable”dalam badan air.

JAS telah menetapkan had piawaian untuk kelas III adalah mestilah kurang

daripada 6 mg/1 (<6).

Nilai BOD yang melebihi 5 mg/1 boleh menyebabkan ekosistem akuatik

terancam (Talha, 1986).

Page 11: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

2) Permintaan Oksigen Kimia (COD)

COD merupakan jumlah oksigen yang diperlukan untuk tindakbalas kimia dengan mengoksidakan bahan organik secara kimia untuk menghasilkan karbon dioksida dan air (Hammer, 1996).

Nilai COD adalah untuk menunjukkan kekuatan tahap pencemaran air yang tinggi kerana mengandungi bahan organik yang tinggi. Nilai ujian COD biasanya lebih tinggi daripada nilai BOD kerana hampir semua bahan organik diuraikan manakala dalam BOD hanya sebahagian daripada bahan organik sahaja diuraikan.

JAS telah menetapkan had piawai kualiti air Kelas III bagi COD ialah tidak melebihi paras 50mg/l.

Page 12: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

3) Oksigen Terlarut (DO)

DO merujuk kepada kandungan oksigen yang terdapat dalam

sesuatu jasad air bagi membantu proses pengoksidaan bahan

organik dalam air.

Jumlah oksigen dalam air bergantung kepada tekanan,

kemasinan dan suhu air sungai tersebut. Smith (1990)

Kadar kehilangan oksigen dalam air adalah disebabkan oleh

suhu air yang tinggi serta peningkatan kandungan bahan

organik dan tindakan aerobik mikroorganisma yang

menggunakan DO bagi menguraikan bahan-bahan organik.

Semakin tinggi kadar DO dalam air (mg/1), semakin baik

kualiti air tersebut.

Page 13: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

4) Pepejal Terampai (SS)

Sebagai petunjuk penting kepada pencemaran air sungai kesan dari sisa

kumbahan perumahan dan industri, hakisan tanah dan aktiviti pengorekan dan

pengambilan pasir sungai.

Pepejal terampai terbahagi kepada 2 jenis zarah organik dan zarah bukan

organik. Zarah organik terdiri daripada alga, protozoa dan bakteria. Manakala

zarah bukan organik pula seperti tanah liat dan kelodak.

Pencemaran parameter ini dapat dikesan kewujudannya melalui perubahan pada

warna air iaitu bertukar menjadi keruh dan berbau busuk.

JAS menetapkan tahap bersih bagi kandungan SS dalam badan air kelas III

(merawat air minuman) adalah kurang 150 mg/l

Pepejal terampai biologi boleh menjadi penyebab berlakunya wabak oleh

bakteria dan juga penghasilan toksik oleh alga.

Page 14: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

5) Ammonikal Nitrogen

Punca pencemaran terutamanya daripada manusia dan haiwan

dapat dikesan dengan menggunakan parameter ammonia nitrogen.

Pertumbuhan alga disebabkan kehadiran nitrogen yang berlebihan

dan akan merosakkan kualiti air.

Kandungan ammonia nitrogen yang tinggi di dalam air

menunjukkan sungai tersebut mengalami pencemaran yang

disebabkan oleh bahan sisa penternakan, pertanian dan kumbahan

domestik.

Page 15: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

6) Nilai pH

pH adalah ukuran hidrogen dalam air. Air semulajadi

biasanya mempunyai nilai pH antara 5.0 - 8.5.

Suhu air dipengaruhi oleh cuaca sesuatu tempat, beriklim

panas atau sejuk.

Nilai pH lebih daripada 9.0 atau kurang daripada 5.0 adalah

tidak sesuai bagi hidupan akuatik dan akan menjejaskan

persekitaran hidupan akuatik.

Selain itu, air yang berasid boleh menyebabkan hakisan pada

batu, logam dan sebagainya.

Punca terjadinya suhu yang tinggi ialah seperti pencemaran

dari industri pencucian pakaian dan penyejukan jana kuasa.

Page 16: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kelas Kegunaan Air

KELAS I: Kelas air yang paling bersih dan paling banyak kegunaannya. Air

kelas pertama ini adalah air semula jadi dan airnya boleh diminum tanpa perlu

dirawat.

KELAS V: Kelas air yang teruk tercemar. Antara ciri lain air kelas ini ialah

berwarna hitam dan berbau busuk.

KELAS II: Bersih tapi memerlukan rawatan biasa untuk diguna seperti air di

kelas yang pertama.

KELAS IV: Air yang sedikit tercemar dan memerlukan rawatan intensif

sekiranya hendak digunakan untuk perairan atau sebagainya.

KELAS III: Air nampak bersih, tidak berbau, tetapi kualitinya tercemar dan

orang ramai tidak boleh berenang tetapi boleh berkelah di tebing

Page 17: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kajian Kes (Penang, Malaysia) KES 1 : KUALITI AIR SUNGAI RAMBAI (LOKASI KG SG RAMBAI).

• Kualiti Air Sungai Rambai dari aspek parameter DO, COD, BOD, SS dan pH.

Didapati daripada pengamatan, air Sungai Rambai kelihatan kotor. Sampah

sarap terkumpul di dalam Sungai Rambai mencemarkan keadaan fizikal sungai

berkenaan.

– Nilai pH sampel yang diperoleh adalah 6.8 (29˚C).

– Nilai SS adalah rendah pada paras 14 mg/l.

– Nilai DO adalah tinggi pada paras 4.8 mg/l (tahap yang lebih baik dari

Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan).

– Nilai COD pada paras 14 mg/l adalah didapati tinggi jika dibandingkan

dengan sungai-sungai lain. Namun begitu paras ini masih rendah jika

dibandingkan dengan Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Page 18: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Nilai BOD didapati rendah pada paras 2.0 mg/l.

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kualiti Air Sungai Rambai adalah lebih baik

dari Kelas IV, Piawaian Kualiti Air Kebangsaan.

Sungai Rambai – IKA 67.5

Page 19: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kajian Kes (Sg. Tsitarum, Indonesia)

Sungai Tsitarum yang terletak di Pulau Jawa, Indonesia merupakan

sebuah sungai paling tercemar di dunia. Sungai ini juga merupakan

sumber keperluan bagi penduduk tempatan yang disalurkan rumah-rumah

dan juga digunakan untuk mengairi sawah padi.

Page 20: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Sg, Tsitarum, Indonesia

RIVER WATER QUALITY

Page 21: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Punca-punca Aktiviti perindustrian telah banyak dikenal pasti sebagai penyumbang

kepada pencemaran sungai. Kebanyakan pengusaha perindustrian

bertanggungjawab meningkatkan sisa buangan ke dalam sungai bagi

menjimatkan kos. Effluan industri yang mengandungi bahan kimia tak

organik seperti asid, garam, kompaun logam toksik seperti plumbum dan

merkuri yang larut dalam air menyebabkan air tercemar. Contohnya

negeri Selangor menunjukkan negeri paling tinggi berlaku pencemaran

akibat industri pembuatan iaitu sebanyak 1769 kes pencemaran yang

dilaporkan di JAS.

Hujan Asid – hujan yang melepas udara yang tercemar secara tidak

langsung menyerap bahan pencemar dalam udara semasa turun ke bumi.

Gas pencemar utama adalah sulfur dioksida dan nitrogen daripada aktiviti

pembakaran akan bertindak balas dengan air hujan untuk menghasilkan

asid sulfurik dan asid nitrik seterusnya akan mengalir ke dalam sungai

dan laut menyebabkan hidupan akuatik boleh mati.

Page 22: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Industri perlombongan juga mengakibatkan pencemaran air. Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan letupan tangki minyak menyumbang kepada gejala ini. Apabila minyak ini bercampur dengan air laut atau sungai, air akan tercemar.

Pemprosesan hasil-hasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam sungai. Hampas-hampas organik yang menjadi bahan buangan pemprosesan dibuang ke dalam sungai. Selain itu, penggunaan baja, pestisid dan insektisid untuk membunuh haiwan perosak akan mencemarkan sumber air.

Page 23: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Penerokaan juga menyumbang ke arah pencemaran air. Ini adalah kerana,

penerokaan yang dijalankan sudah pasti menyebabkan hakisan tanah

berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan masuk ke dalam sungai dan

menjadi mendakan. Mendakan ini boleh mencetekkan lagi paras air sungai

dan seterusnya banjir akan berlaku.

Sg. Citarum di Indonesia

Sg Buriganga di Bangladesh

Page 24: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kesan- kesan Air sungai yang tercemar akibat pembalakan dan pembinaan menyebabkan air

sungai menjadi keruh, berbau berubah pH dan kepekatan oksigen terlarut yang

rendah dan akan menyebabkan hidupan akuatik seperti alga, tumbuhan akuatik, dan

ikan akan mati. Pencemaran minyak menghalang kemasukan udara & cahaya

matahari ke dalam air menyebabkan hidupan akuatik tidak dapat bernafas sekali gus

menyebabkan keseimbangan sistem ekologi sungai terganggu. Contoh; pencemaran

minyak hitam di Sg Pahang-beribu-ribu ikan sangkar mati akibat kekurangan

oksigen.

Sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai akan air sungai menjadi racun dengan

logam berat. Ini akan membahayakan kesihatan orang awam jika air tersebut

diminun atau digunakan untuk mandi. Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai

akan menggalakkan pertumbuhan virus, bakteria dan protozoa yang menyebabkan

penyakit bawaan air seperti tau, dan demam kepialu.

Page 25: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan kilang untuk

pembuangan sisa-sisa kilang. Tetapi apabila berlaku hujan atau liji pecah,

sisa-sisa ini akan terkeluar dan mengalir ke dalam sistem saliran

terutamanya parit dan sungai. Di samping itu, sisa yang mengalir ke

dalam sistem bawah tanah menyebabkan sistem air bawah tanah tercemar.

Keadaan ini akan mencemarkan hidupan dan keadaan air sungai.

Sampah sarap yang dibuang ke dalam sungai atau laut menyebabkan

sungai atau laut berbau busuk akibat bakteria-bakteria yang terhasil. Ini

akan mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada orang awam.

Banjir yang kerap berlaku disebabkan oleh tersumbatnya parit yang

sepatutnya mengalirkan air ke sungai. Banjir akan mudah berlaku

sekaligus menyebabkan persekitaran kotor. Ini akan memberi kesan

kepada ekosistem hidupan, sumber makanan dan kos penyelenggaraan

meningkat.

Page 26: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Langkah-langkah

Penguatkuasaan Undang-undang & Akta Alam Sekitar Yg Lebih Agresif

JAS merupakan jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(NRE) yang memainkan peranan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta

Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya yang

menyekat pencemaran dari punca tetap.

Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mensyaratkan semua premis makanan dalam

kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memasang Sistem Penapis Sisa

Makanan untuk menghalang sisa makanan, minyak dan gris disalurkan terus

memasuki sungai dengan melaksanakan program „Pencegahan Pencemaran dan

Peningkatan Kualiti Air Sungai‟.

Sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3)

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM

100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-

duanya sekali. Denda tambahan juga pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00

boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis

yang menghendakinya menghentikan perbuatan tersebut disampaikan kepadanya.

Page 27: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Kementerian pelajaran bersama-sama Jabatan Alam Sekitar(JAS) telah

menganjurkan kempen untuk melindungi alam sekitar di mana ia adalah

sesuatu yang sihat dan amat berfaedah kepada masyarakat.

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada golongan

pengilang ataupun pengguna supaya mereka sentiasa sedar akan

tanggungjawab masing-masing dalam masyarakat.

Program Kesedaran Dan Pendidikan

Page 28: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

Strategi Pembangunan Mampan

i. Pemasangan Perangkap Sampah

Untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,

perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit

utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan

penyelenggaraan.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem

perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala dijalankan iaitu

1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan

menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem

saliran utama di sungai.

Page 29: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

ii. Penyelenggaraan sistem Perparitan Berkala

penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan.

Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air

sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

iii. Perlaksanaan Instrumen Ekonomi Alam Sekitar

Sektor swasta menggunakan teknologi yang mesra alam dan melaksanakan

peminimuman pembuangan sisa buangan dalam proses pembuatan dan

kawalan pencemaran sungai, pelaksanaan rancangan penempatan semula

industri haram yang banyak beroperasi di sepanjang sungai

Pelaksanaan konsep pembangunan yang menekankan sungai sebagai suatu

elemen landskap bahagian hadapan bagi kawasan kediaman untuk

menggalakkan masyarakat menjaga dan memelihara sungai dan tidak

menjadikan sungai sebagai saluran pembuangan sampah.

Page 30: Pencemaran Air dan Kajian Kes di Pulau Pinang

WATER FACTS