penataran tkppm(o) 19mac2014

Upload: rdshidah

Post on 16-Oct-2015

46 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penambahbaikan PBS

TRANSCRIPT

PENAMBAHBAIKANPENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

1Terima kasih kepada pengacara majlis

Yang Berbahagia Rektor IPGM Tuan Sulaiman Wak, Pengarah Peperiksaan Dr. Naimah binti Ishak, Pengarah-pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian KPM,Pengarah-pengarah Jabatan Pendidikan Negeri,Pengarah-pengarah IPG Kampus,Ketua-ketua Sektor JPN,Pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah,Wakil-wakil Kesatuan Guru,Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Terima kasih atas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ini. Bersyukur ke Hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana kita dapat berkumpul dan berpeluang untuk mendapat maklumat tentang penambahbaikan PBS yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan.1RINGKASAN KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS )

22PBS merupakan pentaksiran holistik1.1Pentaksiran Sekolah ( PS )1.2Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum ( PAJSK )1.3Pentaksiran Psikometrik ( PPsi )1.4Pentaksiran Pusat ( PP )Disember 2010 Jemaah Menteri bersetuju PBS dilaksanakan sebagai transformasi Pendidikan 2.1Januari 2011 Sekolah Rendah 2.2Januari 2012 Sekolah Menengah

3311 Februari 2014 KPM menanggukan PBS dan mengkaji pelaksanaan kerana: 3.1Guru-guru terbeban dengan kesibukan mengisi dan merekod prestasi pelajar3.2Ibu bapa tidak pasti bagaimana bentuk penilaian tingkatan tiga4.KPM mengadakan perbincangan dengan kesatuan-kesatuan guru dan beberapa kelompok guru untuk mendapatkan pandangan dan input

44ISU-ISU PELAKSANAAN PBS PERTAMA:Penggunaan Dokumen Standard Prestasi ( DSP )Menyebabkan guru terikat bilangan pernyataan Deskriptor dan Eviden yang banyakPENAMBAHBAIKAN:Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan berdasarkan tema, tajuk dan kemahiran kemudian guru mentaksir perkembangan pembelajaran murid menggunakan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid55KEDUA:Pengurusan Fail yang rencam meliputi fail Perkembangan Murid dan transitPENAMBAHBAIKAN:Guru tidak perlu menyediakan FPM dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan murid dilakukan mengikut kesesuaian masa guru. Sekolah boleh menyediakan pelaporan pencapaian murid dengan ujian bulanan, semester dan peperiksaan akhir tahun

66KETIGA:Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS ) sangat sukar diaksesPENAMBAHBAIKAN:Guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid ke dalam SPPBS tetapi merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline

77Bagi menjawab persoalan ibubapa bagaimana bentuk Penilaian murid tingkatan 3, KPM telah memperkenalkan Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3 ) sebagai pengisian elemen Pentaksiran Pusat dalam PBS88KRONOLOGI DAN PUNCA KUASA PELAKSANAAN PBSDilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi semua mata pelajaranPentaksiran utk pembelajaran Dilaksanakan oleh Kaunselor menggunakan instrumen daripada LP untuk melihat kebolehan semula jadi & yang diperolehDilaksanakan sepenuhnya oleh sekolah bagi SEGAK, Kokurikulum & Ekstrakurikulum Pentaksiran bagi mata pelajaran tertentu ditadbir di sekolah menggunakan instrumen setara daripada LPKOMPONEN PBS PERINGKAT MENENGAH RENDAH9Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.

PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Tingkatan 3.(PT3)

9 10PELAKSANAAN PBS DIPERMUDAHKANDiteruskanDiteruskanDiteruskanPBSPentaksiran Tingkatan 3 (Pentaksiran Pusat) PAJSKPentaksiran PsikometrikSPPBS online DitiadakanDSP Panduan Perkembagan Pembelajaran MuridPentaksiran SekolahFPM,FS & Rekod Transit ditiadakanPada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.

Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.

Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS.Susulan dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru serta beberapa kelompok guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang banyak.

Maka KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.Guru seterusnya mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid tersebut.

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM),Fail Showcase (FS) dan Rekod Transit.

Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM,FS dan melengkapkan Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut kesesuaian masa guru.

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama

Penyelesaian bagi isu ini ialah SPPBS ditiadakan. Ini bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.

10 PEMETAAN KURIKULUM, PEDAGOGI DAN PENTAKSIRANBPKBILIK DARJAH/SEKOLAHLPCURRICULUMPEDAGOGYEXAMINATIONContentStandardTeaching & Learning

AssessmentUPSRLearningStandard1. PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)SPMAssessment As LearningAssessment For LearningAssessment Of LearningBand/Deskriptor(Formatif)Monthly test & Mid/End of Year Exam(Sumatif)2. PAJSK3. PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK 4. PENTAKSIRAN TINGKATAN 311PMR

Pemetaan ini memberi kefahaman tentang hubungkait antara kurikulum, pedagogi dan pentaksiran. PS dilaksanakan sepenuhnya oleh guru di sekolah dan fokus utama ialah pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning), pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). Walau bagaimanapun, perekodan prestasi murid dalam PS yang dibuat secara online dan berpusat telah menjadikan PS sebagai high stake dan menimbulkan pelbagai isu.

Dengan penambahbaikan PBS, guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah mereka sendiri. Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan rekod hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang perlu dimuatnaik ke LP.

Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada lagi peperiksaan berpusat untuk murid Tingkatan 3.

11 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 MULAI 20142014Ujian Lisan & Ujian BertulisPelbagai InstrumenUjian BertulisPeperiksaan PusatBahasa MelayuBahasa InggerisScienceMathematicsSejarahGeografiKemahiran Hidup Bersepadu (KHB)Pendidikan IslamBahasa TambahanBahasa CinaBahasa TamilBahasa IbanBahasa KadazandusunBahasa ArabBahasa PunjabiSehingga 2013 - PMRBahasa Melayu Bahasa InggerisScienceMathematicsPendidikan IslamKemahiran Hidup BersepaduBahasa TambahanBahasa CinaBahasa TamilBahasa IbanBahasa KadazandusunBahasa ArabSejarahGeografiMurid beragama Islam - 8 atau 8 + 1 bahasa tambahanMurid bukan beragama Islam - 7 atau 7 + 1 bahasa tambahanMurid tingkatan 3 pada tahun ini merupakan kohort pertama yang menduduki PT3 melalui PBS.PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali (practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).

12Melaksanakan Penjaminan Kualiti PT3

STRATEGI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 313Pentaksir LuarAudit AkademikMelalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir instrumen, mentaksir dan memberi skor berdasarkan panduan peraturan penskoran yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). Pihak sekolah juga bertanggungjawab mengeluarkan pelaporan dan menghantar keputusan kepada LP. Penjaminan kualiti pada peringkat sekolah akan dilaksanakan melalui audit akademik.

LP akan menyediakan instrumen setara (standardised) dan melantik Pentaksir Luar bagi melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum pihak sekolah mengeluarkan pelaporan.

Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid adalah markah yang selayaknya diterima.

13 PELAN KOMUNIKASI KEFAHAMAN & PENYEBARAN MAKLUMAT PBS1418 MAC19 MACPengarah Bahagian & Timbalan, Pengarah IPG & Pegawai Meja PBS,Pengarah Pendidikan Negeri, KS SPP, KS SPA, Pegawai PPD & Kesatuan Guru

24 MACPentadbir sekolah & SiP+ oleh Pengarah Pendidikan Negeri/KS SPP/ KS SPA/Pegawai PPD 25-28 MACMulai 31 MacJuru latih Utama (JU), Pegawai PBS di PPD, SiSC+ oleh Core Group LP & Core Group IPGGuru-guru di peringkat negeri/daerah oleh JU. (Minggu pertama: Menengah Minggu kedua: Rendah)Lokasi: PutrajayaLokasi: Mengikut kesesuaianLokasi: Mengikut zon di premis IPGLokasi: Mengikut kesesuaianTuan-tuan dan puan-puan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penataran penambahbaikan PBS berdasarkan pelan komunikasi yang dipaparkan. Penataran ini dilaksanakan secara berperingkat bermula daripada hari ini dan maklumat ini perlu disebar luaskan kepada pihak sekolah bermula 31 Mac 2014.14TERIMA KASIH

1515