penamatan kontrak kerja.docx

Upload: suenarty23

Post on 01-Mar-2016

147 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

Penamatan Kontrak KerjaDalam artikel-artikel yang lepas, telah banyak kali saya jelaskan bahawa hubungan dan tanggungan pekerja dan majikan adalah terkandung dalam kontrak yang di masuki oleh mereka. Dalam kata lain, hubungan mereka adalah hubungan kontrak (contractual relationship). Maka, undang-undang kontrak sangat terpakai dan terma-terma kontrak pekerjaan perlu dirujuk setiap kali ada pertikaian.

Namun, terdapat juga undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan dan ia perlu dipatuhi atau terma kontrak yang bertentangan itu akan terbatal.

Anda boleh rujuk artikel-artikel lepas bagi mengetahui lebih lanjut akan hal ini. Untuk melihat senarai artikel di bawah topikundang-undang buruhyang telah ditulis di blog ini, silaKLIK DI SINI.

Memandangkan hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan secara kontrak, maka bila terputusnya hubungan ke dua-dua pihak ini, maka kita sebutkan sebagai Penamatan Kontrak.

Bezakan juga penamatan kontrak dengan Pembatalan Kontrak. Ini dihuraikan dalam artikel undang-undang kontrak.

SECARA RINGKASNYA, KONTRAK YANG BATAL IALAH KONTRAK YANG TIDAK BOLEH DIKUATKUASAKAN, MANAKALA KONTRAK YANG DITAMATKAN IA KONTRAK YANG TELAH BERKUATKUASA DAN DITAMATKAN OLEH PIHAK-PIHAK KEPADA KONTRAK ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU.

BAGAIMANA KONTRAK KERJA DI TAMATKAN?Umumnya bila ditanya soalan di atas, ramai pekerja cuma terfikirkan:-1. Hal pembuangan kerja oleh majikan, dan2. Notis berhenti kerja oleh pekerja.Memang ia adalah sebab utama dan banyak kes penamatan kontrak kerja adalah berkisar kepada dua sebab ini. Namun, terdapat sebab-sebab lain kontrak kerja boleh ditamatkan.Antara sebab-sebab itu termasuklah:- Pesaraan pekerja sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja Kematian Tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period) Kecewaan Kontrak (Frustration Of Contract) Sakit yang tidak boleh bekerja lagi Pembubaran PerniagaanSebab-sebab yang lain tidak banyak diperbincangkan kerana ia agakstraight forward dan mudah difahami. Tidak wujud sangat pertikaian akibat penamatan kontrak secara sebegini. Namu, apabila kontrak di tamatkan atas sebab pembuangan kerja atau notis, maka banyak isu akan timbul.Pertikaian biasanya akan membawa keAduan Pada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)dan seterusnya kes di dengar diMahkamah Perindustrian.

NOTIS PENAMATAN KERJANotis penamatan kerja dari pekerja kepada majikan dan majikan kepada pekerja biasanya di sebut dalam kontrak kerja.Bagipekerja yang dilindungiAkta Kerja, peruntukkan mengenai notis berhenti kerja ada di sebut pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

Dua perkara penting yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah:-1. Tempoh notis hendaklah samabagi pekerja dan majikan. Jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.2. Mana-mana pihakboleh waive atau melepaskan haknyaterhadap notis yang perlu diberi.

Notis yang diberi hendaklahsecara bertulisdan tempoh notis adalah dikira dari tarikh ia diberikan. Penamatan kontrak tanpa notis hendaklah digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis.Sebaik sahaja pekerja memberikan notis untuk berhenti kerja, ianyatidak boleh ditarik balikkecuali dengan persetujuan majikan.

Seksyen 12 (3):

Nota: Biarpun penamatan kontrak dengan notis dibenarkan oleh undang-undang, namun iacuma tepat bagi maksud notis oleh pekerja sahaja.Majikan dalam memberikan notis behenti kepada pekerja perlulah melakukannya atas sebab-sebab tertentu seperti salah laku oleh pekerja.PENAMATAN KONTRAK ATAS SALAH LAKUMajikan boleh menamatkan kontrak kerja pekerja jika didapati pekerja salah laku. Peruntukkan berkaitan adalah padaSeksyen 14 Akta Kerja 1955.

Namun, sebelum tindakan sebegini di buat oleh majikan, satusiasatan perlu dilakukanterlebih dahulu dan pekerja hendaklah diberi peluang untuk membela dirinya.

PENAMATAN KONTRAK ATAS PRESTASI KERJA YANG TIDAK BAGUSMajikan boleh menamatkan kontrak pekerja atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan dengan syarat pekerja telah di maklumkan mengenai prestai kerja yang tidak memuaskan itu dan diberi peluang secukupnya untuk memperbaiki prestasi kerja nya.Majikan juga telah mengambil langkah-langkah yang munsabah untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, namun pekerja masih gagal memperbaiki prestasinya.PENAMATAN KONTRAK AKIBAT PEMECAHAN KONTRAKPemecahan Kontrak berlaku apabila pekerja atau majikan telah melanggari terma-terma utama dalam kontrak mereka.Akta Kerja 1955mengariskan beberapa perkara yang boleh di sifatkan sebagai pemecahan kontrak (deemed to have broken his contractof service) dan ini termasuklah:-1. Majikan tidak membayar gaji mengikut tempoh yang dijanjikan (Rujuk artikel:Upah Atau Gaji)2. Pekerja tidak hadir ke kerja dua atau lebih hari tanpa alasan yang munsabah (Rujuk artikel :Akibat Ponteng Kerja)3. Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

Perlu dingatkan kepada semua bahawa isu berkaitan Penamatan Kontrak Kerja ini amatlah luas. Rujukan kepada kes-kesMahkamah Perindustrianjuga perlu bagi mendapat tafsiran yang lebih tepat pada peruntukkan Akta.Walaupun undang-undang membenarkan penamatan kontrak menerusi pelbagai cara, namun fakta-fakta sampingan akan diambil oleh Mahkamah dalam menentukan keadilan telah di capai bagi kedua-dua pihak.Contohnya: Fakta bahawa pekerja ditangkap polis dan dalam waktu kerja bukanlah bukti kukuh untuk mensabitkan pekerja atas salah laku dan ditamatkan perkhidmatannya. Hal-hal ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datanginsya-allah..Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di blog ini. PENAMATAN KONTRAK KERJA