penamaan semula kompleks stong secara stratigrafi kepada ... · penulis telah membuat kerja...

6
Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2001 June 2-3 2001, Pangkor Island, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Penamaan semula Kompleks Stong secara stratigrafi kepada unit Suit Stong berdasarkan cerapan lapangan MoHo Rozi UMoR DAN HAMZAH MoHAMAD Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi, Selangor Abstrak: Penamaan semula Kompleks Stong kepada unit Suit Stong dicadangkan berdasarkan kajian lapangan dengan melihat jenis-jenis batuan, kedudukan setiap batuan di lapangan dan kaitan antara batuan. Berpandukan Malaysian Stratigraphic Guide, Kompleks Stong didapati lebih sesuai ditarafkan sebagai Suit Stong. Suit Stong ini boleh dibahagikan kepada tiga unit litodemik, iaitu Granit Noring, Leukogranit Kenerong dan Tonalit Berangkat. Ketiga-tiga unit litodemik ini boleh dipetakan di lapangan. Masing-masing mempunyai beberapa jenis batuan yang dikelompokkan di dalam jasad terobosan yang sama dan mungkin terbentuk pada masa yang hampir sama. Abstract: The reassignment of Stong Complex to Stong Suite proposed here is based on field observations on the setting and relationship of various rock types. Based on the Malaysian Stratigraphic Guide, the Stong Complex is more suitable to be ranked as a suite. The proposed Stong Suite can be divided into three lithodemic units, namely the Noring Granite, Kenerong Leucogranite and Berangkat Tonalite. All this lithodemic units are mappable in the field. Each unit has its own set of rock grouped together in the same intrusive body, probably being emplaced at almost the same time. PENGENALAN Suit Stong meliputi kawasan seluas hampir 240 km persegi di sekitar Jeli, Dabong, Kemubu dan Bertarn (Rajah 1). Pemetaan yang dilakukan oleh Santokh Singh (1984) menandakan sempadan batuan membentuk seperti biji kekacang. Penulis telah membuat kerja lapangan selama harnpir 6 rninggu dan mendapati sempadan yang ditandakan ini adalah bersesuaian dengan kedudukkan batuan yang dinamakan di lapangan. Namun begitu, kebanyakkan cerapan yang dibuat oleh Santokh Singh ( 1984) tertumpu di sepanjang rintisan sungai dan agak berbeza berbanding dengan penulis yang menemui singkapan baru basil pembinaan jalanraya dan pembukaan kuari di kawasan kajian. Lokaliti cerapan terdiri daripada singkapan jalanraya, singkapan kuari, singkapan sungai dan juga singkapan jerarn. Harnpir I 00 stesyen cerapan dibuat melalui singkapan ini. Antara singkapan utama ialah (1) singkapan Jalanraya TNB ke Intake Sg. Long (2) Singkapan di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat (3) singkapan Jalanraya TNB ke Intake Sg. Terang dan Sg. Renyok (4) Jeram di Mini Hidro Sg. Renyok (5) Kuari Kembang Maju (6) Jeram Lubuk Gajah dekat Sg. Terang (7) Kawasan peranginan Gunung Stong (8) Singkapan Sg. Kenerong dan (9) Singkapan Sg. Torin dekat Bertarn di selatan kawasan kajian (Rajah 2). Di antara sembilan singkapan utama ini, singkapan (1), (3), (5) dan (9) merupakan singkapan baru yang belum ditemui oleh pengkaji terdahulu. Kesemua singkapan ini mewakili jenis- jenis batuan yang berbeza di dalarn kajian ini. STATUS KAJIAN Kajian terawal dilakukan oleh Santokh Singh (1963) yang membuat pemetaan topografi helaian 34 bermula tahun 1960 hingga 1963. Beliau telah mengenalpasti ciri utarna Kompleks Stong, iaitu teras granit yang sebahagiannya migmatit yang berasosiasi dengan zenolit batuan metasedimen yang besar. Zenolit ini mengandungi banyak mineral metamorf seperti garnet, silimanit Gelas kelihatan selepas andalusit), diopsid dan homblend. Dalam batuan keliling yang terdiri daripada sedimen dan volcanoklastik, beliau mendapati (barat laut Bertam) jujukan batuan terdiri daripada syis mika dan sempadan sentuhan hornfels pelbagai gred hingga gneiss granit terhibrid, gneis granit dan akhimya granit. Beliau juga mengenalpasti batuan yang tidak termetamorf yang membentuk perlapisan di dalam zenolit antara granit yang boleh dikesan di bahagian timur, selatan dan utara jasad granit. MacDonald ( 1967) telah melawat bahagian timur Kompleks Stong dan membezakan antara campuran sedimen dan volkanik di jalur timur Kompleks Stong dengan zenolit sisipan batuan metarnorf. Elemen granit Kompleks Stong dirujuk sebagai terobosan timur jasad Batolit Granit Banjaran Utama dan dihuraikan. MacDonald (1967) telah menggunakan istilah Tusukan Kompleks bagi stratigrafi kawasan ini. ' Hutchison (1969) membuat pemetaan dan menunjukkan bahawa Kompleks Stong mengandungi gneis asid dan batuan metarnorfbergred tinggi. Beliau membuat anggapan sedemikian dengan menyatakan Kompleks Stong terhasil

Upload: doandat

Post on 11-Mar-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2001 June 2-3 2001, Pangkor Island, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Penamaan semula Kompleks Stong secara stratigrafi kepada unit Suit Stong berdasarkan cerapan lapangan

MoHo Rozi UMoR DAN HAMZAH MoHAMAD

Program Geologi, Pusat Pengajian Sains Sekitaran dan Sumber Alam Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 Bangi, Selangor

Abstrak: Penamaan semula Kompleks Stong kepada unit Suit Stong dicadangkan berdasarkan kajian lapangan dengan melihat jenis-jenis batuan, kedudukan setiap batuan di lapangan dan kaitan antara batuan. Berpandukan Malaysian Stratigraphic Guide, Kompleks Stong didapati lebih sesuai ditarafkan sebagai Suit Stong. Suit Stong ini boleh dibahagikan kepada tiga unit litodemik, iaitu Granit Noring, Leukogranit Kenerong dan Tonalit Berangkat. Ketiga-tiga unit litodemik ini boleh dipetakan di lapangan. Masing-masing mempunyai beberapa jenis batuan yang dikelompokkan di dalam jasad terobosan yang sama dan mungkin terbentuk pada masa yang hampir sama.

Abstract: The reassignment of Stong Complex to Stong Suite proposed here is based on field observations on the setting and relationship of various rock types. Based on the Malaysian Stratigraphic Guide, the Stong Complex is more suitable to be ranked as a suite. The proposed Stong Suite can be divided into three lithodemic units, namely the Noring Granite, Kenerong Leucogranite and Berangkat Tonalite. All this lithodemic units are mappable in the field. Each unit has its own set of rock grouped together in the same intrusive body, probably being emplaced at almost the same time.

PENGENALAN

Suit Stong meliputi kawasan seluas hampir 240 km persegi di sekitar Jeli, Dabong, Kemubu dan Bertarn (Rajah 1). Pemetaan yang dilakukan oleh Santokh Singh (1984) menandakan sempadan batuan membentuk seperti biji kekacang. Penulis telah membuat kerja lapangan selama harnpir 6 rninggu dan mendapati sempadan yang ditandakan ini adalah bersesuaian dengan kedudukkan batuan yang dinamakan di lapangan. Namun begitu, kebanyakkan cerapan yang dibuat oleh Santokh Singh ( 1984) tertumpu di sepanjang rintisan sungai dan agak berbeza berbanding dengan penulis yang menemui singkapan baru basil pembinaan jalanraya dan pembukaan kuari di kawasan kajian.

Lokaliti cerapan terdiri daripada singkapan jalanraya, singkapan kuari, singkapan sungai dan juga singkapan jerarn. Harnpir I 00 stesyen cerapan dibuat melalui singkapan ini. Antara singkapan utama ialah (1) singkapan Jalanraya TNB ke Intake Sg. Long (2) Singkapan di sepanjang Lebuh Raya Timur Barat (3) singkapan Jalanraya TNB ke Intake Sg. Terang dan Sg. Renyok (4) Jeram di Mini Hidro Sg. Renyok (5) Kuari Kembang Maju (6) Jeram Lubuk Gajah dekat Sg. Terang (7) Kawasan peranginan Gunung Stong (8) Singkapan Sg. Kenerong dan (9) Singkapan Sg. Torin dekat Bertarn di selatan kawasan kajian (Rajah 2). Di antara sembilan singkapan utama ini, singkapan (1), (3), (5) dan (9) merupakan singkapan baru yang belum ditemui oleh pengkaji terdahulu. Kesemua singkapan ini mewakili jenis­jenis batuan yang berbeza di dalarn kajian ini.

STATUS KAJIAN

Kajian terawal dilakukan oleh Santokh Singh (1963) yang membuat pemetaan topografi helaian 34 bermula tahun 1960 hingga 1963. Beliau telah mengenalpasti ciri utarna Kompleks Stong, iaitu teras granit yang sebahagiannya migmatit yang berasosiasi dengan zenolit batuan metasedimen yang besar. Zenolit ini mengandungi banyak mineral metamorf seperti garnet, silimanit Gelas kelihatan selepas andalusit), diopsid dan homblend. Dalam batuan keliling yang terdiri daripada sedimen dan volcanoklastik, beliau mendapati (barat laut Bertam) jujukan batuan terdiri daripada syis mika dan sempadan sentuhan hornfels pelbagai gred hingga gneiss granit terhibrid, gneis granit dan akhimya granit. Beliau juga mengenalpasti batuan yang tidak termetamorf yang membentuk perlapisan di dalam zenolit antara granit yang boleh dikesan di bahagian timur, selatan dan utara jasad granit.

MacDonald ( 1967) telah melawat bahagian timur Kompleks Stong dan membezakan antara campuran sedimen dan volkanik di jalur timur Kompleks Stong dengan zenolit sisipan batuan metarnorf. Elemen granit Kompleks Stong dirujuk sebagai terobosan timur jasad Batolit Granit Banjaran Utama dan dihuraikan. MacDonald (1967) telah menggunakan istilah Tusukan Kompleks bagi stratigrafi kawasan ini. '

Hutchison (1969) membuat pemetaan dan menunjukkan bahawa Kompleks Stong mengandungi gneis asid dan batuan metarnorfbergred tinggi. Beliau membuat anggapan sedemikian dengan menyatakan Kompleks Stong terhasil

170 MOHO ROZI UMOR DAN HAMZAH MOHAMAD

10 5 0 10

km LEGEND

20

m Barqka!Tonallle

D 0111er rock types •. undille18111ia!ed

Rajah 1. Kedudukan Suit Stong dengan sempadan batuan mengikut Santokh Singh (1984).

daripadajujukan sedimen yang dominan dengan batu pasir arenit dengan sedikit argilit dan zon berkapur. Tabii batu pasir arenit adalah sesuai untuk peleburan penuh walaupun berskala besar semasa proses metamorf katazon. Tetapi kemudiannya menyatakan zenolit metasedimen adalah dominan dengan pelitik dan batuan berkapur (calcareous) dengan minor batu pasir arenit dan fasies piroklastik. Lajur timur Kompleks Stong dikatakan tersesar terhadap batuan fasies syis hijau Formasi Gua Musang. Tiada disebut usia batuan, cuma di dalam rajah ditunjukkan sebagai batuan metamorf bergred tinggi dengan usia belum ditentukan tetapi kemungkinan berusia Palaeozoik Awal atau lebih tua. Berbeza dengan MacDonald ( 1967), Hutchison ( 1969) menyatakan elemen granit Kompleks Stong berbeza dengan batolith granit Banjaran Utama.

Bahagian barat Kompleks Stong sukar dikaji. Kajian melalui sungai cuma dilakukan oleh Chu (1973), tetapi kawasan ini ditutup pada 1974. Oleh itu, Chu (1973) tidak mempunyai data yang lengkap di bahagian barat Kompleks Stong.

Santokh Singh (1984) telah membuat kajian bagi

10 5

102 lXI

Gunung

5empadan Kompleks Stong

Sempadan negoro

~ 0 10. 20

Rajah 2. Taburan lokaliti cerapan di Suit Stong, Jeli, Kelantan.

menentukan Kompleks Stong sebagai lapisan Palaeozoik Awal atau Batuan dasar Pre-Kambria dengan membuat survei aeromagnetic dan data spektrometri. Dalam kajian ini, Santokh Singh ( 1984) membahagikan Kompleks Stong kepada unit Tonalit Berangkat, Leukogranit Kenerong dan Granit Noring.

Abd. Halim Hamzah (1990) dan Azman Ghani (1998, 2000) masih mengekalkan penggunaan unit stratigrafi sebagai Kompleks Stong bagi menjelaskan Granit Noring yang dikaji oleh mereka.

Berdasarkan penamaan stratigrafi pengkaji terdahulu ini dan dibandingkan dengan Panduan Stratigrafi Malaysia (MSNC, 1997) menunjukkan sekiranya penamaan stratigrafi digunakan sebagiu Kompleks Stong, maka unit Tonalit Berangkat, Leukogranit Kenerong dan Granit Noring akan dikelaskan sebagai Supersuit. Manakala unit batuan di dalam Supersuit Tonalit Berangkat, Leukogranit Kenerong dan Granit Noring boleh dikelaskan lagi kepada unit-unit Suit dan Litodem. Namun begitu, setiap unit stratigrafi seperti

Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2001

PENAMAAN SEMULA K OMPLEKS STONG SECARA STRATIGRAFI KEPADA UNIT SUIT STONG BERDASARKAN CERAPAN LAPANGAN 171

Kompleks, Supersuit, Suit dan Litodemik mempunyai eiri­eiri tertentu dan apabi la kaj ian dilakukan didapati Kompleks Stong kurang menepati eirian bagi meletakkannya sebagai tarafKompleks Stong, apatah lagi bagi menamakan Tonalit Berangkat, Granit Noring dan Leukogranit Kenerong sebagai taraf Supersuit. Atas dasar ini , penulis iogin meneadangkan agar Kompleks Stong ditarafkan sebagai Suit Stong sahaj a berdasarkan Panduan Stratigrafi Malaysia (MSNC, 1997).

RAGAM KEWUJUDAN BATUAN

Litodemik Tonal it Berangkat

Tonalit Berangkat yang paling tua (S ingh, 1984) diwakili oleh dua jenis batuan iaitu granit berpenjajaran dan granit berfenokris rawak. Granit berpenjajaran ilijumpai di hilir Sg. Torin, berwarna kelabu gelap dan bersifat mesokratik . Ia mempunyai fenokris feldspar alkali berjulat saiz 1.5 -2.5 em panjang dan 0.5- 1.5 em Iebar (Rajah 3a). Mineral mafik seperti biotit dan hornblend membentuk pengaturan yang baik. Berbeza dengan grani t berfenokris rawak yang berwarna kelabu eerah dan mempunyai fe nokri s yang lebih besar, iaitu berjulat saiz dari 2 .0 - 3.5 em panjang dan 1.5 - 3.0 em Iebar (Rajah 3b). Unit ini boleh ditem ui di hulu Sg. Torin dan di bahag ian hilir, ia dijumpai sebagai bongkah-bongkah angkutan dari hulu sahaja.

Lokaliti tip yang dieadangkan bag i litodemik Tonali t Berangkat ialah di sepanjang Sg. Torin dan Sg. Lah yang terdapat di Gunung Berangkat. Batuan Tonali t Berangkat ini boleh dipetakan bersesuaian dengan Santokh Singh (1984). Namun begitu, sempadan antara Litodemik Tonalit Berangkat dengan Litodemik Leukogranit Kenerong tidak dij umpai di lapangan.

Litodemik Granit Noring

Litodemik Granit Noring terdiri daripacla 3 jenis batuan iaitu granit porfiri berpenjajaran, granit porfiri rawak dan mikrogranit kelabu gelap.

Granit porfiri berpenjajarao dijumpai di sepanjang jalan in take Sg . Terang Pumping Station dan lokali ti tip

Rajah 3a. Granit parfiri berpenjajaran bagi Litademik Tanali t Berangkat yang dijumpai di hilir Sg. Ta rin .

June 2-3 2001, Pangkor Island, Malays ia

dieadangkan bagi batuan ini aclalah di sepanjang j alan ini . Ia berwarna kelabu merah jambu. Warna merah jambu disumbangkan oleh feldspar alkali yang menjadi fenokris berjulat saiz antara 2 .0-2.5 em panj ang dan 1.0 - 1.5 Iebar. Ciri utama ialah fe nokris feldspar alkali membentuk penjajaran yang baik (Rajah 4a) . Di dalam batuan ini mineral mafik didominasi oleh biotit yang membentuk struktur sy lieren, sementara kehad iran horn blend euma dalam kuantiti yang sedi.kit clan hanya cl ieerap di bawah mikroskop. Menuru t Santokh Singh (1984), batuan ini dinamakan sebagai fas ies Terang. D i dalam grani t ini banyak clijumpai zenolit metaseclimen batuan keliling yang berwana lebih gelap dalam pelbagai sa iz dari 20 em panjang kepada beberapa meter (Rajah 4b).

Granit pmiiri rawak pula diju mpai di Jalan In take Sg. Long dan cli eadangkan lokaliti tip bagi uni t ini ialah di sepanj angjalan ini. Ia berwana kelabu merah jambu dengan fe nokris feldspar alkali yang berjulat saiz antara 3- 4 em panj ang dan 1 - 2.5 em Iebar yang seear·a relatif lebih besar berbanding fenokris feldspar alkali eli dalam granit porfiri berpenj~ ar·an (Rajal1 4e) . Selain dar·ipacla saiz fe nokris, gran it porfiri rawakj uga kaya dengan hornblend disamping bioti t sebagai minera l mafik. Santokh S ing_h (1984) menamakan unit ini sebagai fas ies Belimbing.

Mikrogranit kelabu gelap dijumpai di bahagian bar·at Sg. Terang. Batuan ini tidak c! Uumpai oleh Santokh Si ngh (1984). Ia merupakan unit batuan yang lebih mucla dar·i grani t porfiri berpenj aj aran kerana clijumpai zenoli t grani t porfiri berpenjaj aran eli dalam batuan ini (Rajah 4cl) .

Didapati ketiga-tiga jen is batuan di dalam Litodemik Granit Noring ini boleh dibezakan denganjelas eli lapangan be rclasa rkan eir ian tekstur da n minera log i. Pe nuli s mendapati Litoclemik Gran it Noring boleh cl ipetakan, walaupun sempadan an tara Litodemik Granit Noring dengan L itodemik Leukograni t Kenerong ticlak dijumpai tetapi sempadan nya didapati selar·as dengan eadangan yang dibuat oleh Santokh Singh (1984 ).

Litodemik Leukogranit Kenerong

Litoclemik Leukogranit Kenerong terdiri claripada 3 jen is batuan, iaitu grani t berbuti r sederhana, juj ukan selang

Rajah 3b. Granit parfiri rawak bagi Litademik Tanali t Berangkat yang dijumpai sebagai bangkah angkutan di hili r Sg. Tari n.

172 MoHo Roz1 UMOR DAN HAMZAH MoHAMAD

Rajah 4 . a) Granit porfrri berpenjajaran bagi Litodemik Gran it Noring dijumpai dj sepanjang jalan Intake Sg. Terang Pumping Station. b ) Zeno]jt rnetasedimen yang dijumplli di dalam gran it pmfiri berpenjajaran Granit Noring di jalan Intake Sg. Terang Pumping Station. c ) Granit pmfiri rawak bagi Litodemik Gran it Noring dijumplli di sepanjangjalan Intake Sg. Long. Berbeza dengan grarnt berpenjajaran, ia mempunyai rruneral hornblend dan berfenokris lebih besar. d) Zenolit granit porfiri berpenjajaran di dalam mikrogranit kelabu gelap di jumpai di lokaliti terakhir jalan intake Sg. Terang Pumping Station menunjukkan mikrograni.t berusia lebih muda daripada grani l berpenjajaran.

lapis telerang dan metasedimen, dan mikrogranit kelabu gelap.

Granit berbutir sederhana boleh dijumpai di Gunung Stong dan bahagian hilir Sg. Renyok. Ia berwarna kelabu cerah bersifat leukokratik dengan komposisi mineral yang dominan dengan kuarza. Unjt ini ada yang berfoliasi dan mengandungi garnet yang dijumpai di hilir Sg. Renyok (Rajah Sa). Dipercayai granit di hilir Sg. Renyok ini telah termetamorf kerana singkapanya cum a berketebalan hampi.r 20m dan berdekatan dengan batuan keliling, sementara di bahagian hulu dijumpai unit telerang yang berselang lapis dengan metasedimen yang menunjukkan ci.rian metamoii yangjelas. Namun begitu, di Gunung Stong dijumpai gran it berbutir sederhana ini yang tidak termetamorf, Ia tidak menunjnkkan foliasi dan singkapanya adalah cukup besar. Di dalam granit ini boleh dijumpai sisipan metasedimen yang memanjang hampir 5 hingga 6 meter dan sesetengahnya telah terubah menjadi struktur sylieren (Rajah 5b).

Urut batuan metasedimen yang berselang lapis dengan telerang dijumpai di Sg. Renyok dan Sg. Kenerong. Di Sg. Kenerong, didapati ketebalan metasedimen yang berselang

lapis dengan telerang hampir sama tebal. Oleh itu, ia mewujudkan perlapisan yang baik yang mana telerang menerobos selari dengan arah foliasi metasedimen (Rajah 5c) . Sementara di Sg. Kenerong, didapati secara umumnya ketebalan telerang lebih kecil berbanding metasedimen dan keujudan telerang tersebut berbentuk kercau yang disebu t sebagai ptigmatit oleh MacDonald (1967). Di Sg. Renyok, telerang yang dijumpai berselang lapis dengan metasedimen ini mempnnyai beberapa generasi. Kebanyakkan telerang adalah jenis pegmatit dengan ketebalan an tara 5 em hi.ngga 1 meter. Struktur boudin telerang boleh dijumpai dengan baik di Sg. Renyok.

Mikrogranit kelabu gelap pula dijumpai dijalan ke Sg. Kenerong. Ia berwarna kelabu gelap dandijumpai enclaves metasedimen bersamanya. Batuan ini dipercayai lebi.h mud.1 berbanding jujukan selang lapis telerang dan metasedimen kerana dijumpai sempadan terobosan mikrogranit ini ke dalam jujukan selang lapis telerang dan metasedimen Sg. Kenerong (Rajah 5d)

Ketiga-tiga unit batuan ini boleh dijumpai di St::. Renyok. Oleh itu, lokaliti tip yang dicadangkan adalah Empangan Mini Hidro di Sg. Renyok.

Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 200 1

PENAMAAN SEMULA KOMPLEKS STONG SECARA STRATIGRAFI KEPADA UNIT SUIT STONG BERDASARKAN CERAPAN LAPANGAN 173

Rajah 5. a) Gran it berbutir sederhana yang dijumpai di hilir Sg. Renyokyang menunjukkan satah foliasi yangjelas. 5) Sisipan metasedimen d1 dalam gram~ berbut1r sederhana d1 Gunung Sto~g. c) Selang lapis metasedimen dan telerang menunjukkan jujukan yang baik dengan telerang mene10bos meng1kut arah fohas1 metased1men. d) Sempadan an tara mikrogranit dan selang lapis metasedimen dan telerang yang menunjukkan m1krogramt leb1h muda kerana menunjukkan penerobosan di sempadan batuan .

PERBINCANGAN

Pengelasan stratigrafi dibahagikan kepada tiga, Iaitu litostratigrafi , biostratigrafi dan kronostratigrafi. Litostratigrafi merujuk kepada pengelasan unit stratigrafi batuan berdasarkan ciri-c iri batuan atau litologi itu sendiri . Biostratigrafi pula merupakan unit stratigrafi dibuat berdasarkan kandungan fosil, sementara kronostratigrafi merupakan unit stratigrafi yang dibuat berdasarkan hubungan usia anta.ra batuan (Rajah 6). Namun begitu , kebanyakkan penamaan stratigrafi batuan di Semenanjung Malaysia dibuat secara litostratigrafi.

Bagi penamaan secara litostratigrafi , unit-unit yang digunakan bagi batuan sedimen berbeza dengan unit batuan igneus dan metamorf. Unit terkecil bagi batuan sedimen ialah Lapisan diikuti Ahli, Formasi, Kumpulan dan Superkumpulan . Sedangkan unit terkecil bagi batuan igneus dan metamorf pula ialah Litodem yang setara dengan Fmmasi bagi batuan sedimen. Ia diikuti oleh Suit, Supersuit dan gabungan beberapa Suit dan Supersuit dikelaskan sebagai Kompleks (Rajah 6). Setiap unit stratigrafi ini mempunyai 3 ciri utama iaitu, (1) boleh dikenalpasti dan didefinisi, (2) Mempunyai lokaliti tip atau lokaliti petunjuk dan (3) bebas daripada kaitan sejarah geologi.

Jun e 2-3 2001, Pangkor Island, Malaysia

Unit Litodemik

Ia merupakan unit terkecil di dalam pengelasan yang terdiri daripada satu jasad intrusif, volkanik atau metamorf yang kurang struktur primer. Berbanding batuan sedimen, unit ini adalah setara dengan unit Formasi. Unit Litodemik ini dicirikan oleh beberapa jenis batuan yang boleh dibezakan dengan unit batuan berdekatannya. Tiga perkara ditekankan dalam menjelaskan unit ini ialah (!) kandungan batuan (2) ciri an litologi dan (3) kebolehan memetakan batuan tersebut.

Unit Suit

Suit ialah unit lebih besar berbanding litodemik di dalam pengelasan stratigrafi. Ia mengandungi 2 atau lebih litodemik yang berada dalam kelas yang sama contohnya suit pluton, suit metamorf atau suit intrusif. Ia boleh disetarakan dengan Kumpulan bagi batuan sedimen .

Unit Supersuit

Supersuit ialah unit yang lebih besar berbanding sui~ di dalam pengelasan stratigrafi. Ia mengandungi dua atau lebih suit yang boleh berbeza kelas batuan tetapi mempunyai hubungan secara semulajadi antara satu sama lain secara

174 MoHo Roz1 UMOR DAN HAMZAH MOHAMAD

Stral1giaph!c P!1ncipal EquNo!enl

calegol1es SlrotlgrophJc geochoronollogl unlt-1errns unn

5upe!group ! Supemuttes E Group (Suites) 8

l.ltfl0stro11grphlc

l (llthodemlc) Fomlollon (Uihodeme)

Member

Bed(s)

•. - -

t BioZones lnfeNol zones

0 Range zones

i Blo6tral!gl0phlc

==zones Uneage zones Abundance zones

~ Eonothem Eon if EIQ!hem Era

Ctuonostro1lgrc SVstem Pe!IOd Series Epoch

Siege N;Je Chronozone Cll!on

Other sfiOtlgrophlc Zone cotegortes (..tth appiOpi10ie prefiX)

Rajah 6. Ringkasan prinsip pembahagian kategori dan istilah dalam pengelasan stratigrafi (di petik dari MSNC, 1997)

menegak atau mendatar. Ia boleh disetarakan sebagai Superkumpulan bagi batuan sedimen.

Unit Kompleks

Ia merupakan unit yang terbesar di dalam pengelasan stratigrafi. Asas pengelasannya ialah unit ini merupakan kumpulan atau campuran dua atau lebih kelas batuan yang berlainan genetik seperti igneus, metamorf atau sedimen yang mengandungi struktur yang rurnit Ia digunakan apabila kerja memetakan jenis batuan di dalam kawasan tersebut tidak praktikal pacta skala yang biasa digunakan.

KESIMPULAN Berdasarkan cerapan lapangan terhadap jenis-jenis

batuan yang terdapat di dalam kawasan kajian, penulis dapati kesemua jenis batuan boleh dipetakan, walaupun terdapat sedikit kerurnitan di dalam memetakan unit selang lapis metasedimen dan telerang.

Setiap unit batuan mempunyai lokaliti tip yang tersendiri. Oleh itu, penulis mencadangkan Tonalit Berangkat, Granit Noring dan leukogranit Kenerong diberi

penamaan stratigrafi sebagai litodemik. Lokaliti tip bagi Tonalit Berangkat dicadangkan di Sg. Torin dan Sg. Lah, semen tara lokaliti tip bagi Granit Noring pula di sepanjang jalan intake Sg. Terang "Pumping Station" danjalan intake Sg. Long. Penulis mencadangkan lokaliti tip bagi Leukogranit Kenerong pula adalah di Empangan Mini Hidro Sg. Renyok. Atas dasar lokaliti tip ini berada jauh dari Sungai Kenerong, kemungkinan penamaan litodemik Leukogranit Kenerong boleh dicadangkan sebagai Leukogranit Renyok.

Penulis mencadangkan bahawa gabungan ketiga-tiga unit litodemik ini akan memberikan penamaan stratigrafi sebagai Suit Stong. Penamaan ini adalah lebih sesua1 berbanding penamaan sebagai Komplek Stong.

PENGHARGAAN Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada: Projek

UKM S/2/2000 bertajuk Kompleks Stong: Pendekatan baru secara geokimia unsur-unsur surih bagi memastikan semula petrogenesis batuan. Terima kasih juga kepada Randam Shah Bacha, Suraya Tulot dan Nur Huda Mohd Jamin yang membantu kerja-kerja di lapangan.

RUJUKAN AsouLliALIM HAMZAH, 1990. Survei geokimia tinjauan bagi kawasan

Kuala Gris, Syit 34, Kelantan. Jabatan Penyiasatan Kajibum.' Malaysia. Laporan projek No. 411990

AzMAN A. GHANI, 1998. Microscopic observation of mantle feldspar from Noring granite, Stong Complex, Kelantan. Warta Geologi. 24(3): 1-4

AzMAN A. GHANI, 2000. Hornblende chemistry and its application to geobarometry ofNoring Pluton, Stong Complex, Kelantan. Geological Society ofMalaysiaAnnual Geological Conference 2000, ms. 81-85

CHu, L.H., 1973. Geological Survey Malaysia field record, Vol::: (unpublished)

HuTCHISON, C.S., 1969. Some notes on the Stong Metamorphic Complex. Newsletter Geol. Soc. Malaysia 21:8-11

MAcDoNALD, S., 1967. The geology and mineral resources of North Kelantan and North Terengganu. Geol. Surv. Malaysia, Distric! Memoir 10, 202 ms.

MSNC (MALAYSIAN STRATIGRAPHIC NOMENCLATURE COMMITTEE). 1997. Malaysian Stratigraphic Guide. Persatuan Geologi Malaysia, Kuala Lumpur, 30 ms.

SINGH, S.D., 1963. Progress report on geological survey work done in the area of sheet 34 in Kelantan. Geol. Surv. Malaysia. Prof Paper E-63, 2-G, 13-17

SANTOKH SINGH, D., 1984. The Stong Complex: A reassessment. Geol. Soc. Malaysia. Bull. 17:61-77.

Geological Society of Malaysia Annual Geological Conference 2001