pemprosesan maklumat

Upload: ford-katim

Post on 05-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    1/6

    Sabtu, 29 Ogos 2009

    Tajuk : Model Pemprosesan Maklumat Dalam Memori Jangka Pendek dan Memori Jangka Panjang

    Masalah utama : Kefahaman atlit dalam membuat perbezaan memori jangka pendek dan memori jangka

    panjang tidak ditahap optimum

    Pengenalan

    Model pemprosesan maklumat amat penting dalam bidang pembelajaran motor. Melalui model ini,

    jurulatih atau guru dapat melakukan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan terhadap atlit

    dan pelajarnya. Apabila mengikuti model ini, jelaslah sekali bahawa ianya amat berkait rapat dengan

    memori jangka pendek dan memori jangka panjang. Tumpuan utama dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran ialah bagi mengekalkan ingatan pelajar kepada tahap yang paling maksimum iaitu ingatan

    jangka masa panjang. Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat.

    1) Pengkodan ('Encoding')

    Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria,

    ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan

    pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara

    demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar.

    2) Penyimpanan ('Storage')

    Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor

    memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau

    pelajar itu.

    3) Mengingat Kembali ('Retrieval')

    Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka

    pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses

    penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa

    sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada

    kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan.

    4) Lupaan ('forgetting')

    Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan

    jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang.Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan

    sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan

    baik.

    http://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-maklumat-dalam.htmlhttp://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-maklumat-dalam.htmlhttp://nasran-rushdi.blogspot.com/2009/08/tajuk-model-pemprosesan-maklumat-dalam.html
  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    2/6

    Working Memory

    Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka

    pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: seorang kawan telah memberikan

    nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kita mengulang nombor itu supaya

    tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kita tidak ulang

    nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

    Komponen fungsi dalam struktur memori yang beroperasi untuk menyimpan sementara dan

    menggunakan info yang baru diterima. Ia juga memberikan ruang kerja sementara untuk

    mengintergrasikan info yang baru dengan info yang dipulihkan daripada long term memory untuk

    selesaikan masalah, buat keputusan dan aktiviti persediaan tindakan.

    Ingatan Jangka Pendek ('Short Term Memory')

    Pemindahan ke ingatan jangka pendek berlaku apabila kita memberi perhatian kepada bahagian

    maklumat yang disalurkan ke ingatan jangka pendek melalui tumpuan terpilih ('selective attention').

    Maklumat yang pada asalnya tidak bermakna dikenal pasti berdasarkan pola-pola yang sedia ada dan

    dipindah ke ingatan jangka pendek.

    Kapasiti ingatan jangka pendek menurut Miller (1956) ialah 7 + 2 (7 campur-tolak 2) 'chunks' dan

    kemudian dicadangkan oleh Simon (1974) sebagai 5 + 2 (5 campur-tolak 2) 'chunks'. Sesuatu 'chunk'

    tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan satu huruf /angka, satu perkataan, satu ayat atau

    pun satu perenggan, tertakluk kepada kebolehan seseorang menyimpan butir maklumat dan oleh itu

    berbeza antara individu. Kita mencari maklumat daripada ingatan jangka pendek secara 'scanning'

    bersiri (satu demi satu) atau 'scanning' selari (serentak).

    Ingatan Jangka Panjang ('Long Term Memory')

    Satu komponen dalam struktur memori yang menyediakan gudang atau stor penyimpanan yang kekal

    segala maklumat. Memori jangka panjang adalah lebih kekal penyimpanan maklumatnya. William James

    (1980) mengatakan bahawa memori jangka panjang sebagai kesempurnaan memori. Ia adalah

    komponen memori yang mengandungi info tentang peristiwa lepas yang spesifik termasuk pengetahuan

    am tentang dunia. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara

    maklumat dikod, disimpan, diingat kembali dan lupa. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan

    bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Ini jelas sekali

    apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna

    maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali. Ingatan jangka panjang sebenarnya melibatkan

    gelombang otak semasa sesuatu proses kemasukan maklumat itu berlaku. Bagaimana atlit dapat

    menyimpan memori dalam jangka masa panjang?

    Seseorang atlit itu perlu memahami mengenai gelombang otak. Terdapat empat jenis gelombang otak

    1. Beta () gelombang otak sedar berlaku semasa jaga, menumpu perhatian, alert,

    berfikir dan aktif belajar.

    2. Alfa () gelombang ini berlaku semasa otak relax tetapi alert, berzikir (meditation),

    Berkhayal (day-dream).

  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    3/6

    3. Teta () gelombang otak ini berlaku semasa awal tidur (twilight zone), dimana otak

    Memproses maklumat hari itu dan terbayang sesuatu inspirasi.

    4. Delta () gelombang otak ini berlaku semasa tidur nyenyak (deep sleep,dreamless

    Sleep).

    Selain itu, atlit perlu mengetahui bahawa, persekitaran adalah sesuatu yang penting untuk pembelajaran

    secara optimum. Melalui persekitaran visual, sebanyak 80 hingga 90 % maklumat yang diserap oleh otak

    ialah dalam bentuk visual (Jensen,2000). Mata boleh menerima atau mendaftar 36,000 mesej visual

    sejam. Oleh itu pendekatan demonstrasi oleh guru atau jurulatih adalah satu kaedah yang sesuai dalam

    urusan pengukuhan proses ingatan seseorang atlit.

    Seseorang atlit itu juga perlu menyedari bahawa proses ingatan sentiasa dikukuhkan melalui pembinaan

    sinaps yang baru. Apabila sinaps berhubungan ia menjadi lebih kompleks seumpama hutan rimba.

    Jalinan atau rangkaian neurons ini dibentuk hasil pengalaman yang dialami oleh pelajar. Perhubungan

    antara sel neuron membina struktur pemahaman (skema). Skema ini sentiasa berubah kerana sifat

    plasticity otak kita. Apabila kukuh ia menjadi ingatan iaitu memori.

    Kepentingan pendekatan pemprosesan maklumat bagi menentukan tindakan dalam aktiviti sukan

    Dalam aktiviti sukan, setiap pergerakkan didorong oleh persoalan tentang apa yang akan dilakukan

    dalam keadaan tertentu dan seterusnya menjurus kepada keputusan yang perlu dibuat. Keputusan ini

    perlu dibuat segera. Pengumpulan maklumat prestasi sukan pada peringkat awal melibatkan tiga proses

    penting, iaitu mengenal pasti rangsangan, memilih tindakan dan memprogramkan tindakan.

    1. Mengenal pasti rangsangan

    Pada peringkat ini, berbagai-bagai deria iaitu penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan kinestesis

    digunakan untuk mengesan sesuatu rangsangan. Rangsangan ini akan wujud dalam keadaan pelbagai

    dimensi seperti bentuk (bulat, bujur), arah dan kelajuan (static atau bergerak. Contohnya seorang

    pemain hoki ingin menahan bola hoki. Dia akan melihat dari mana arah bola hoki itu dating, anggaran

    kelajuan.

    2. Memilih tindakan

    Selepas menerima maklumat, pemain hoki itu akan menilai dan membuat keputusan untuk bertindak.

    Kepantasan pergerakan pemain menahan bola hoki adalah bergantung kepada maklumat yang diterima

    olehnya.

    3. Memprogramkan tindakan.

    Selepas menerima rangsanagn itu, satu program tindakan akan diwujudkan. Pemain hoki mungkin

    merendahkan badanya untuk mencari kesesuaian untuk menahan bola hoki yang yang bergerak

    berdasarkan kelajuan, ketinggian dan kedudukan bola hoki itu. Program ini membolehkan otot dikerah

    dan digerakan mengikut urutan bagi menghasilkan tindakan yang diingini.

    Pengkodan Maklumat dalam Ingatan Jangka Panjang

  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    4/6

    (Encoding Information in Long Term Memory)

    Apakah yang dimaksudkan dengan 'pengkodan'? Pengkodan ialah proses memori yang melibatkan

    transformasi (pembentukan) maklumat untuk diingat kepada bentuk yang boleh disimpan dalam

    memori. Pengkodan ialah cara maklumat dikenal pasti, dikod dan diletakkan dalam memori. Mula-mula

    maklumat di kenal pasti dan kemudian dikod. Pelbagai eksperimen telah dijalankan untuk mengkaji

    bagaimana manusia mengkod maklumat yang diterima. Salah satu sebab lupaan berlaku ialah kerana

    maklumat itu tidak dikod dengan baik atau berkesan. Walau pun maklumat itu berada diingatan jangka

    pendek, selagi kita tidak melakukan sesuatu seperti pengulangan elaborasi ('elaborative rehearsal'),

    maklumat itu tidak akan dipindahkan ke ingatan jangka panjang.

    Kajian-kajian menunjukkan bahawa individu yang mengkod maklumat pada peringkat MAKSUD

    ('meaning level') berjaya memindahkan maklumat itu ke ingatan jangka panjang dengan lebih berkesan

    dan seterusnya membantu proses mengingat kembali maklumat berkenaan. Ini terbukti dengan

    eksperimen yang dijalankan oleh Craik & Lockhart pada 1972.

    Prinsip penentuan pengkodan (encoding)

    Prinsip memori yang menunjukan perkaitan rapat antara encoding dan proses pemulihan memori yang

    menetapkan bahawa pencapaian dalam ujian memori secara tidak langsung berkait dengan jumlah

    persamaan antara praktis dan konteks ujian. Contohnya, lebih banyak persamaan, lebih baik pencapaian

    dalam ujian tersebut.

    Penyimpanan (atau 'Perwakilan') Pengetahuan dalam Ingatan Jangka Panjang

    (Storage or 'Representation' of Knowledge in Long Term Memory)

    Maklumat yang kita simpan atau mewakili dalam ingatan jangka panjang boleh merupakan pengalaman

    beberapa minit yang lampau atau pengalaman berpuluh tahun yang lampau (seperti memori kita

    semasa kita kanak-kanak lagi). Berdasarkan apa diketahui pada masa kini, maklumat disimpan dalam

    Ingatan Jangka Panjang terbahagi kepada 3 bentuk utama:

    1) Pengetahuan Deklaratif

    a) Memori Semantik

    b) Memori Episodik.

    2) Pengetahuan Prosedural

    3) Imageri

    Pengetahuan Deklaratif ialah semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, hukum

    yang dipanggil Memori Semantik, manakala segala peristiwa yang telah berlaku kepada diri kita

    dipanggil Memori Episodik.

    Contoh:

    Memori semantik

    Ciri-ciri hari akan hujan dan tidak sesuai untuk meneruskan permainan

    Memori episodic

    Saya tercedera semasa bermain hoki semalam

    Collins & Quillian (1969) mencadangkanModel TLCyang menerangkan bagaimana manusia menyimpan

    atau mewakili maklumat dalam ingatan jangka panjang. Model ini mencadangkan bahawa kita

    menyimpan maklumat sebagai suatu hiraki yang berjaringan ('network hierarchy structure'). Maklumat

    http://www.furman.edu/~einstein/general/memorydemo/semmem.htmhttp://www.furman.edu/~einstein/general/memorydemo/semmem.htmhttp://www.furman.edu/~einstein/general/memorydemo/semmem.htmhttp://www.furman.edu/~einstein/general/memorydemo/semmem.htm
  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    5/6

    yang disimpan berdekatan lebih cepat diingat kembali berbanding dengan maklumat yang terletak jauh.

    Pengetahuan Prosedural ialah semua maklumat berkenaan cara, kaedah atau prosedur melakukan

    sesuatu. Contoh: Saya tahu menukarkan mentol yang terbakar.

    Imageri ialah perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang mengenai sesuatu objek atau peristiwa.

    Berapakah bilangan bola yang ada dalam simpanan? Secara tidak langsung seseorang itu akan cuba

    membayangkan dirinya berada di stor peralatan sukan dan melihat kea rah bola tersebut. Ini bermakna

    kita mempunyai imej mental ('mental image') keadaan stor sukan yang disimpan dalam ingatan jangka

    panjang.

    Mengingat Kembali

    Apabila kita cuba mengingat kembali maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang, beberapa

    perkara berlaku seperti kita menambahkan maklumat dan kita meninggalkan maklumat. Terdapat 3

    fenomena yang mendorong kita berbuat demikian:

    1) Inferens

    Contohnya, seseorang penjaga gol cedera di kepala semasa perlawanan bola sepak. Dalam pada masa

    yang sama tidak pula dinyatakan bagaimana kepala penjaga itu boleh tercedera. Mungkin terkena kaki

    pemain lawan, mungkin juga terhantuk pada tiang gol atau sebagainya.

    2) Stereotaip

    Stereotaip ialah butir maklumat / pengetahuan berkenaan ciri-ciri personaliti atau atribut fizikal yang

    kita andaikan sebagai benar bagi suatu kumpulan orang. Bermaksud kita hanya mengandaikan sahaja

    mengenai orang itu.

    3) Skema

    Skema ialah struktur kognitif dalam ingatan jangka panjang yang merupakan perwakilan abstrak

    mengenai sesuatu objek, perkara atau peristiwa yang kita telah mengalami dalam dunia sebenar.

    Lupaan

    Lupaan ialah kegagalan mengingat kembali sesuatu butir maklumat dengan tepat. Tiga teori diutarakan

    bagi menerangkan lupaan.

    1) Teori Reputan ('Decay Theory')

    Maklumat menjadi pudar atau reput disebabkan oleh masa.

    2) Teori Ingat Kembali ('Retrieval Theory')

    Maklumat itu ada terdapat tetapi tidak dapat dicari kerana kiu ('cue') yang sesuai tidak ada untuk

    mengeluarkan maklumat itu.

    3) Teori Gangguan ('Interference Theory')

    Maklumat lain menggangu maklumat yang hendak diingat

  • 7/31/2019 pemprosesan maklumat

    6/6

    a) Gangguan Proaktif ('Proactive Interference')

    Kumpulan Belajar Belajar Ujian

    A S-T S-U S-U

    B --- S-U S-U

    Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat lama (S-T)

    menggangu mengingat kembali maklumat baru (S-U)

    b) Gangguan Retroaktif ('Retroaktif Interference')

    Kumpulan Belajar Belajar Ujian

    A S-T S-U S-T

    B S-T ---- S-T

    Kumpulan B mengingat lebih banyak maklumat daripada Kumpulan A kerana maklumat baru (S-U)

    menggangu mengingat kembali maklumat lama (S-T).