pemidato penarafan sistem - pidatoperdana.com · terkandung dalam rumus 8 x 3 untuk pengucapan...

10
SISTEM PENARAFAN PEMIDATO KELAB PIDATO PERDANA

Upload: others

Post on 18-Sep-2019

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SISTEM PENARAFAN PEMIDATO

KELAB PIDATO PERDANA

Sistem Penarafan Pemidato

1

Sistem Penarafan Pemidato

(18 Tahun Ke Atas)

Dasar Penarafan

Sistem Penarafan Pemidato dalam Kelab Pidato Perdana adalah

berdasarkan kepada:

1. Kaedah Berpidato / Teknik Pengucapan Awam seperti yang

terkandung dalam Rumus 8 x 3 untuk Pengucapan Awam™. Sila rujuk

buku panduan Anda Bisa Berbicara.

2. Kemahiran menyampaikan pelbagai jenis ucapan seperti yang

terkandung dalam Siri 28 Ucapan™. Sila rujuk buku panduan Pemidato

Versatil.

Tahap-tahap Penarafan

Pemidato Gred 1

Menguasai 8 kaedah tahap 1 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan

tersedia

Pemidato Gred 2

Menguasai 8 kaedah tahap 1 DAN 6 kaedah tahap 2 dalam Rumus 8 x 3,

berdasarkan ucapan tersedia

Pemidato Gred 3

Menguasai 8 kaedah tahap 1 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan

tanpa persediaan

Sistem Penarafan Pemidato

2

Pemidato Gred 4

Menguasai 8 kaedah tahap 1 DAN 4 kaedah tahap 2 dalam Rumus 8 x 3,

berdasarkan ucapan tanpa persediaan

Pemidato Gred 5 (tiada ujian)

Mencapai tahap Pemidato Gred 4 DAN mengumpul 14 mata daripada Siri

28 Ucapan

Pemidato Gred 6

Menguasai 8 kaedah tahap 1, 6 kaedah tahap 2 DAN 4 kaedah tahap 3

dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan tersedia

Pemidato Gred 7

Menguasai 8 kaedah tahap 1, 4 kaedah tahap 2 DAN 2 kaedah tahap 3

dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan tanpa persediaan

Pemidato Gred 8 (tiada ujian)

Mencapai tahap Pemidato Gred 7 DAN mengumpul 28 mata daripada Siri

28 Ucapan. TAMBAHAN KEPADA ITU, calon perlu menyampaikan

ceramah kepada khalayak melebihi 100 orang sebanyak 2 kali dengan

jayanya (setelah mencapai Gred 7).

* Setiap tahap di atas TIDAK boleh dilangkau

** Calon TIDAK dibenarkan untuk menduduki 2 tahap berturut-turut

pada satu sesi Ujian Penarafan

Ucapan tersedia – sebuah ucapan bertajuk bebas yang mengandungi

saranan untuk pendengar

Ucapan tanpa persediaan – 3 tajuk akan dilontarkan berkisar pada i) hal

ehwal peribadi, ii) isu semasa dan iii) peribahasa. Ucapan perlu tepat pada

tajuk. Pencapaian purata diambil kira.

Sistem Penarafan Pemidato

3

Mengumpul mata daripada Siri 28 Ucapan – calon perlu menyampaikan

ucapan dalam pertemuan Kelab Pidato Perdana dan disahkan lulus – 1

ucapan diberi 1 mata tetapi tidak boleh mengumpul lebih daripada 1 mata

daripada jenis ucapan yang sama.

Ujian Penarafan

Jadual

Ujian Penarafan akan diadakan 2 kali setahun di setiap cawangan Kelab

Pidato Perdana. Tarikh-tarikh akan dimaklumkan awal. Ahli-ahli Kelab

Pidato Perdana boleh menduduki Ujian Penarafan yang dianjurkan sebagai

sebahagian daripada kegiatan kelab. Bukan ahli yang mendaftar untuk

Program Dalam Talian juga dibenarkan untuk mengambil Ujian Penarafan

di mana-mana cawangan Kelab Pidato Perdana.

Walau bagaimanapun, bukan ahli boleh mencapai sehingga Gred 4 sahaja

kerana Gred 5 ke atas mewajibkan calon untuk mengumpul mata daripada

Siri 28 Ucapan dalam pertemuan Kelab Pidato Perdana.

Penjagaan Masa

Ucapan tersedia

Gred 1 & 2: 5-8 minit

Loceng dibunyikan sekali pada 5 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 7 minit menandakan ada 1 minit lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 8 minit menandakan waktu tamat. Hujah-

hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Sistem Penarafan Pemidato

4

Gred 6: 7-12 minit

Loceng dibunyikan sekali pada 7 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 10 minit menandakan ada 2 minit lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 12 minit menandakan waktu tamat. Hujah-

hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Ucapan tanpa persediaan

Gred 3 & 4: 2 minit hingga 3 minit 30 saat untuk setiap ucapan

Loceng dibunyikan sekali pada 2 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 3 minit menandakan ada 30 saat lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 3 minit 30 saat menandakan waktu tamat.

Hujah-hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Gred 7: 3 minit hingga 5 minit 30 saat untuk setiap ucapan

Loceng dibunyikan sekali pada 3 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 4 minit 30 saat menandakan ada 1 minit

lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 5 minit 30 saat menandakan waktu tamat.

Hujah-hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Jawatankuasa Penarafan

Bagi setiap sesi Ujian Penarafan, satu Jawatankuasa Penarafan akan

dibentuk; ia terdiri daripada 3 Ahli Jawatankuasa termasuk Ketua

Jawatankuasa.

Syarat-syarat dilantik sebagai AJK Penarafan:

1. Jurulatih Kelab Pidato Perdana

2. Mencapai Gred 2 untuk mengadili calon Gred 1-4 dan Gred 6 untuk

mengadili calon Gred 6-7

Sistem Penarafan Pemidato

5

Sekiranya kuorum 3 AJK Penarafan yang layak tidak dicapai, maka

rakaman video ucapan akan diambil untuk diadili oleh Jawatankuasa yang

layak.

Pemarkahan

Borang pemarkahan akan digunakan. Setiap kaedah ditanda “lulus” atau

“gagal” sahaja. Markah untuk lulus ialah 80%.

Setiap AJK Penarafan akan mendengar ucapan-ucapan yang disampaikan

dan memberi markah secara perseorangan. Seterusnya, Jawatankuasa akan

berunding sebelum mengumumkan keputusan. Untuk suatu kaedah

ditanda “lulus” dalam penilaian bergabung, sekurang-kurangnya 2

daripada 3 AJK mesti menandakan “lulus”.

Sijil

Calon-calon yang lulus dalam Ujian Penarafan akan diberi Sijil Pemidato

yang tertera Gred yang dicapai dan tarikh pencapaian. Nama mereka yang

berjaya juga disenaraikan di laman sesawang Kelab Pidato Perdana.

Sistem Penarafan Pemidato

6

Sistem Penarafan Pemidato Muda

(12-20 Tahun)

Dasar Penarafan

Sistem Penarafan Pemidato Muda adalah berdasarkan kepada:

Kaedah Berpidato / Teknik Pengucapan Awam seperti yang terkandung

dalam Rumus 8 x 3 untuk Pengucapan Awam™

Tahap-tahap Penarafan

Pemidato Muda Gred 1

Menguasai 8 kaedah tahap 1 dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan

tersedia

Pemidato Muda Gred 2

Menguasai 8 kaedah tahap 1 DAN 6 kaedah tahap 2 dalam Rumus 8 x 3,

berdasarkan ucapan tersedia

Pemidato Muda Gred 3

Menguasai 8 kaedah tahap 1, 6 kaedah tahap 2 DAN 4 kaedah tahap 3

dalam Rumus 8 x 3, berdasarkan ucapan tersedia

* Setiap tahap di atas TIDAK boleh dilangkau

Sistem Penarafan Pemidato

7

Ujian Penarafan

Kaedah

Ujian Penarafan untuk remaja dijalankan melalui rakaman video ucapan.

Permohonan perlu dikemukakan menerusi seorang Pengendali Program

Pemidato Muda yang berdaftar dengan Kelab Pidato Perdana.

Butir-butir terperinci berkenaan syarat-syarat rakaman dan langkah-

langkah mengemukakan permohonan akan diberi kepada para pengendali.

Kaedah ini memberi kelonggaran kepada para calon remaja untuk

mencuba lebih daripada sekali, sehingga diyakini ucapan yang dirakam

boleh lulus.

Penjagaan Masa

Penjagaan masa perlu diuruskan sendiri oleh pihak pengendali.

Gred 1 & 2: 5-8 minit

Loceng dibunyikan sekali pada 5 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 7 minit menandakan ada 1 minit lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 8 minit menandakan waktu tamat. Hujah-

hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Gred 3: 7-12 minit

Loceng dibunyikan sekali pada 7 minit menandakan sudah mencapai

waktu minimum.

Loceng dibunyikan 2 kali pada 10 minit menandakan ada 2 minit lagi.

Loceng dibunyikan 3 kali pada 12 minit menandakan waktu tamat. Hujah-

hujah selepas ini tidak diambil dikira.

Sistem Penarafan Pemidato

8

Pengadilan

Bagi setiap permohonan, 2 pengadil akan dilantik untuk menelitinya

sebelum membuat keputusan bersama.

Syarat-syarat bertugas sebagai pengadil:

1. Jurulatih Kelab Pidato Perdana

2. Mencapai Gred 2 untuk mengadili calon Gred 1-2 dan Gred 6 untuk

mengadili calon Gred 3

Sijil

Calon-calon yang lulus dalam Ujian Penarafan akan diberi Sijil Pemidato

Muda yang tertera Gred yang dicapai dan tarikh pencapaian. Nama

mereka yang berjaya juga disenaraikan di laman sesawang Kelab Pidato

Perdana.

Hak cipta @ 2019 Kelab Pidato Perdana www.pidatoperdana.com