pemeliharaan dan pemuliharaan penyu di malaysia

10
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN PENYU DI MALAYSIA Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya ( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2 meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya

Upload: zaharin-nordin

Post on 30-Nov-2015

851 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

UNTUK PPG

TRANSCRIPT

Page 1: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN PENYU DI MALAYSIA

Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai 

sezaman dengan zaman dinasour . Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas

reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-

kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik, bernafas

melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran, bertelur dan

adalah haiwan marin. Walaupun ia boleh menyelam dan berada dalam air untuk

sekian lama, tetapi ia mestilah timbul kepermukaan air untuk bernafas.  Penyu

merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50

tahun untuk matang mengikut spesies.  Kini ke empat-empat spesies penyu ini

adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan.

Penyu Belimbing ialah spesies penyu yang terbesar di antara jenis-jenis

penyu yang terdapat di dunia. Kini spesies penyu ini semakin kepupusan. Inilah

satu-satunya jenis penyu yang tidak bertempurung keras, di mana karapasnya

( cengkerang) adalah lembut dengan mempunyai tujuh jaluran panjang yang

memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor. Ia boleh membesar sepanjang 2

meter dan mencapai berat sehingga 600kg. Penyu ini menghabiskan hampir

keseluruhan hayatnya di dalam laut lepas dan berkebolehan untuk menyelam

sedalam 400m hingga 1,200m. Penyu ini mudah dikenali kerana cengkerangnya

yang menyerupai seperti buah belimbing. Warna badannya adalah kehitaman dan

bertompok-tompok putih. Bahagian atas mulutnya yang melengkung adalah untuk

memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya. Ianya

menghasilkan telur antara 60 – 120 biji pada suatu masa. Musim bertelurnya adalah

Mac hingga Ogos. Di Malaysia , tempat utama penyu ini naik ke pantai untuk

bertelur adalah di Rantau Abang, Terengganu dan terdapat juga Paka, Pahang

untuk bertelur. Telurnya berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis

pusat 5 – 6.5 sm.

Page 2: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

Penyu Agar juga dikenali sebagai “ penyu hijau “ mengikut warna lemak dalam

badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau

coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter

dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai

laut dan rumpair. Musim bertelurnya adalah di antara April – September dan

menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Penyu ini terdapat di Negeri

Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Telurnya

adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garis pusat lebih kurang

5.0 sm.

Penyu Karah juga dikenali sebagai penyu sisik. Ianya mempunyai karapas

yang keras dan nampak seperti sisik-sisik yang bertindih. Warna badannya adalah

coklat , bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 sm dengan berat

badannya di antara 35 – 75 kg. Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh

helang. Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di

kawasan terumbu karang. Spesies penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan

terumbu karang .Musim bertelurnya adalah Mac – Jun dengan purata bertelur

sehingga 130 biji. Penyu ini terdapat di negeri Terengganu, Pahang, Melaka , Johor,

Sabah dan Sarawak. Telurnya adalah berwarna putih dengan kulit yang lembik dan

berukuran garispusat lebih kurang 5.0 sm.

Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara empat jenis penyu yang

terdapat di Malaysia. Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 sm dengan berat

yang biasanya di antara 35 – 50 kg. Warna badannya adalah gelap atau coklat buah

zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih. Makanan utamanya adalah

udang,obor-obor, ketam dan siput. Musim bertelurnya adalah dari Mac – Jun dan

menghasilkan purata telur 100 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna

putih , berkulit lembik dan bergarispusat lebihkurang 4.0 sm. Penyu ini terdapat di

Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu. Kini bilangan spesies penyu ini yang

mendarat untuk bertelur di pantai-pantai Malaysia adalah semakin berkurangan dan

diancam kepupusan.

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina

akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu

betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa

bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 – 3 jam.

Page 3: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang

jauh. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim

bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain

ialah 8 – 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun,

penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat

ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur

yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina

anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas

( 30°C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 –

278°C ) menghasilkan anak penyu jantan.

Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada

jenis penyu dan suhu pengeraman.Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari

sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada

peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses “ imprinting ” yang

membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya

apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000

telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan

dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50

tahun.

Penetasan telur penyu secara in-situ. Penetasan cara ini adalah dimana telur-

telur penyu dibiarkan didalam sarang yang asal tanpa diganggu , tetapi sarang-

sarang ini ditanda bagi tujuan digali sarang tersebut apabila semua telur-telur dalam

sarang itu telah menetas. Sarang ini digali untuk mendapatkan maklumat jumlah

telur yang menetas dan tidak menetas serta sebab-sebab telur tidak menetas.

Daripada kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan didapati kaedah ini adalah

yang paling baik kerana telur-telur menetas dalam keadan semuladadi tanpa

gangguan kepada telur-telur di dalam sarang.

Penetasan secara ex-situ /kaedah hatcheri Kaedah penetasan ini adalah

dimana telur-telur dalam sarang diambil dan ditanamkan semula untuk tujuan

penetasan di tempat penetasan yang dibuat oleh manusia. Kaedah penetasan

banyak dilaksanakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Kaedah ini dilaksanakan

untuk memudahkan pihak Jabatan membuat pemantauan di samping untuk

Page 4: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

mengelakkan daripada kecurian telur. Kini,tempat penetasan/hatchery tempat

penetasan telur penyu cara ini adalah secara terbuka dan tertutup

Penetasan dalam kotak strofoam Kaedah ini dijalankan dengan cara

mengambil telur-telur dari tempat penetasan dan dimasukkan ke dalam kotak

strofoam yang diperbuat daripada gabus dan dimasukkan pasir pantai. Kotak

strofoam disimpan ditempat yang selamat dan terlindung daripada pancaran

matahari dan hujan. Selepas sebulan , telur-telur dalam kotak strofoam ini

dipindahkan ke tempat penetasan untuk penetasan. Terdapat juga telur-telur penyu

dibiarkan menetas dalam kota strofoam.

Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri yang

mempunyai pendaratan penyu untuk bertelur telah membina pusat-pusat

penerangan dan pengurusan penyu . Pusat penerangan dan pengurusan penyu ini

berfungsi untuk melaksanakan program-program publisiti, menjalankan penyelidikan,

penetasan dan pengurusan penyu di negeri berkenaan. Pusat-pusat penerangan

dan pengurusan yang telah dibina dan masih beroperasi sehingga kini adalah

sepertimana berikut:-

Pusat Penyu Dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu

Pusat Santuari Penyu Ma’Daerah, Kemaman, Terengganu

Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Pengkalan

Balak, Melaka

Pusat Pengurusan Penyu Segari, Perak

Pusat Pengurusan & Penerangan Penyu Cherating, Pahang

Pusat penetasan Penyu Kerachut, Pulau Pinang.

Dalam melaksanakan pengurusan dan pemuliharaan penyu, pihak Jabatan

dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi tempatan dan luar negeri, badan

Bukan kerajaan ( NGO ), pakar-pakar dari dalam dan luar negara dan orang

perseorangan dalam menjalankan pelbagai penyelidikan dan kajian terhadap penyu

seperti;

Page 5: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

Penandaan terhadap penyu

Kajian kecergasan anak penyu

Kajian genetik anak penyu

Kajian kesan suhu terhadap jantina penyu

Kajian teknik penetasan dan hatchery terhadap anak penyu

Kajian penghijrahan penyu kaedah pengesanan satelit

Kajian kesan cahaya terhadap anak penyu

Program pemuliharaan dan perlindungan penyu yang dilaksanakan oleh pihak

Jabatan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa sokongan dan kerjasama

daripada orangramai. Pelbagai program telah dilaksanakan dan diatur sepanjang

tahun oleh pihak Jabatan Perikanan seperti mengadakan pertandingan-pertandingan

melukis, mewarna untuk peringkat pelajar sekolah, mengadakan ceramah dan

perkhemahan di pusat-pusat penyu untuk pelajar-pelajar sekolah , kakitangan

kerajaan, pihak swasta serta nelayan dalam menerapkan kesedaran kepada

golongan ini.Dalam meningkatkan kesedaran dan pendidikan mengenai penyu

kepada orang ramai , pihak Jabatan telah mencetak risalah atau pamphlet untuk

edaran serta penerbitan dalam bentuk video dan sebagainya.

Dalam menangani masalah kepupusan populasi penyu di Malaysia , di setiap

negeri telah mempunyai peraturan atau enakmen yang tersendiri dalam

menjalankan penguatkusaan mengenai penyu di negeri masing-masing. Akta dan

Enakmen-Enakman yang berhubung dengan perlindungan dan pengurusan penyu

laut dan tuntong di Malaysia.

Negeri/

PersekutuanPerlembagaan

Persekutuan Akta Perikanan 1985 ( pindaan 1993 )

Terengganu Enakmen Penyu 1951 ( pindaan 1989 )

KelantanPeraturan-peraturan Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu )

1978

Pahang Enakmen Perikanan 1937

Page 6: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

Kaedah-kaedah Perikanan ( Penyu dan Telur Penyu ) 1996

Johor Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1984

Melaka Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1989

Negeri Sembilan Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan telur Penyu ) 1976

PerakKaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1998

- perlembagaan dalam tindakan

KedahEnakmen Penyu 1972

Kaedah-Kaedah Penyu 1975

Pulau Pinang Kaedah-Kaedah Perikanan ( Penyu Dan Telur Penyu ) 1999

SabahOrdinan Hidupan Liar 1997

Peraturan Hidupan Liar 1998

SarawakOrdinan Perlindungan Hidupan Liar 1990

Ordinan Amanah Penyu 1957

Di samping itu, dalam menangani ancaman terhadap penyu terdapat alat-alat

menangkap ikan yang telah diharamkan yang mana peralatan ini boleh membunuh

penyu seperti pukat pari.

Ancaman – ancaman terhadap penyu yang boleh menyebabkannya

mengalami kepupusan di antaranya adalalah seperti berikut :-

a) Eksploitasi Penyu Dan Telur Penyu

Telur penyu dijadikan bahan makanan dan sumber pendapatan , daging

dijadikan makanan dan cengkerang dijadikan perhiasan untuk dijual.

b) Terperangkap Dalam Peralatan Menangkap Ikan

Penyu juga mungkin mati apabila terperangkap dalam pukat tunda, pukat hanyut

dan peralatan menangkap ikan yang lain. Yang dioperasikan oleh nelayan

c) Kemusnahan Habitat

Terdapat banyak kawasan pantai tempat pendaratan penyu untuk bertelur telah

musnah akibat dijadikan kawasan pembangunan untuk hotel, tempat peranginan,

Page 7: Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Penyu Di Malaysia

perumahan, kawasan perindustrian, hakisan dan disamping itu disebabkan oleh

keadaan semulajadi seperti hakisan

d) Aktiviti Pelancongan

Disebabkan oleh aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang dilakukan oleh pelancong

seperti memasang ungun api, membuat bising, menganggu penyu yang

mendarat untuk bertelur dan aktiviti-aktiviti yang boleh menganggu penyu.

e) Pencemaran

Disebabkan oleh tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap , dan bahan-

bahan buangan industri yang membahayakan penyu

f) Limpahan Cahaya

Pancaran cahaya lampu atau cahaya api yang menerangi sehingga ke kawasan

pantai tempat penyu bertelur akan menganggu penyu-penyu yang hendak naik

ke pantai tersebut untuk bertelur. Ini adalah kerana penyu amat sensitif kepada

cahaya yang terang.

g) Pemangsaan

Anak-anak penyu yang baru menetas semasa menuju ke laut akan menjadi

mangsa ketam, anjing, burung dan biawak manakala semasa berada dalam air

menjadi makanan kepada ikan-ikan yang lebih besar

Oleh yang demikian menjadi satu tanggungjawab semua pihak supaya

sama-sama berganding bahu bagi memastikan segala usaha untuk

memastikan spesis penyu terus wujud di perairan kita dan dapat diwarisi

kepada generasi akan datang.