kertas kerja kaedah menyelamatkan penyu
TRANSCRIPT
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari
kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.
Pengolahan Alam Hidupan
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya
( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2 Dalam usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian ,
perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau .
1
3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan
habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang
terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan ,
ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .
5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka
adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .
6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya .
contohnya , burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan
yang telah pupus dari permukaan bumi .
7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian
manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak
spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan
makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .
2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden
diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan
yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti
barah , AIDS dan sebagainya .
3 Sumber bahan mentah
( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan
perabot serta membuat kertas .
2
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada
tumbuhan dan haiwan .
4 Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan
keseimbangan alam .
( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu
untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon
diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan
dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan
tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
( e ) Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari ,
langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .
5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat
penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia 6 Rekreasi :
Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk
aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan
menyumbang kepada ekonomi negara .
7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan ,
kayu balak, damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .
KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies
hidupan ini adalah seperti :
3
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga
pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular
sawa )
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2 Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200
ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya
akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk
dagaing dan lemaknya .
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
Penyu Bantu Pulihara Ekosistem Laut
Oleh Intan Norasyikin Mohd Ariffin
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Sebanyak tiga daripada tujuh spesies penyu di dunia,
termasuk yang terbesar, penyu Belimbing (Dermochelys coreacea) mendarat di pesisir pantai
timur negara.
4
Penyu belimbing yang hampir pupus
Dua lagi ialah penyu Agar (Chelonia mydas) dan penyu Karah (Eretmochelys imbricata).
Umum tahu bahawa populasi penyu kini diancam kepupusan terutama penyu Belimbing akibat
faktor semula jadi dan ancaman manusia, namun masih ramai tidak faham kenapa ada pihak
yang beria-ia mahu memelihara spesies ini daripada pupus.
Ketua Pasukan Projek Konservasi penyu Karah di Melaka Lau Min Min berkata penyu juga
seperti haiwan lain memainkan peranan penting dalam memulihara keseimbangan ekologi secara
langsung di lautan.
Pusingan hidup penyu
PEMANGSA UTAMA
Beliau memberi contoh penyu Belimbing yang amat penting dalam proses mengawal populasi
obor-obor. Obor-obor ialah makanan utama penyu ini.
“Corak pemakanan ini, membantu mengurangkan jumlah pemangsa utama kepada anak ikan
iaitu obor-obor.
“Ini bagi memastikan anak ikan dapat membesar lalu membekalkan ikan yang mencukupi bagi
manusia,” kata Lau.
Selain penyu Belimbing, penyu lain juga ada kepentingannya. Antara lain menurut Lau, penyu
Karah berupaya memakan span laut yang terdapat dalam ekosistem terumbu karang. Span laut
ini bersaing dengan terumbu karang lain bagi mendapatkan ruang, malah ia dilindungi oleh duri
spina yang tajam lagi beracun.
5
“Pemakanan penyu Karah ini penting dalam kawalatur ekologi terumbu karang. Ia membolehkan
ikan-ikan memakan span laut yang mana lapisan durinya telah dimakan oleh penyu terlebih
dahulu,” demikian jelas Lau.
Ketiadaan penyu Karah membolehkan span laut membiak lebih agresif lalu menguasai ekosistem
terumbu karang yang juga menyediakan makanan kepada ikan.
PENUNJUK RANTAIAN EKOSISTEM LAUT
Antara peranan penyu terhadap ekosistem ialah bertindak sebagai spesies petunjuk dalam
ekosistem dengan ia menunjukkan sebarang tanda perubahan disebabkan perubahan persekitaran.
Pegawai Projek Penyelidikan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang,
Terengganu Syed Abdullah Syed Abdul Kadir berkata rantaian ekosistem bermaksud rangkaian
yang saling mengikat antara satu sama lain, dan jika satu daripadanya hilang maka ia akan
memusnahkan hidupan laut yang lain juga.
“Ini bermakna kehadiran penyu boleh menunjukkan tanda perubahan dalam bentuk taburan
kehidupan laut dan kelimpahan yang menunjukkan ancaman telah berlaku ke atas keseluruhan
ekosistem,” katanya.
Begitu juga penyu Tempayan yang banyak memakan haiwan invertebrata, khususnya krustasea
(seperti udang galah, ketam laut), obor-obor, span laut dan batu karang lembut yang hidup di
dasar laut. Bentuk pemakanan ini boleh mempengaruhi taburan serta kelimpahan spesies
kawasan ekosistem pantai.
Cengkerang penyu pula menjadi tempat bernaung bukan sahaja bagi haiwan yang lain tetapi juga
tumbuhan laut. Menurut Syed Abdullah sebanyak 100 jenis haiwan dan tumbuhan marin
direkodkan hidup atas cengkerang penyu.
“Jelas kita dapat melihat bagaimana masa depan bagi banyak spesies di lautan berkaitan erat
dengan kelangsungan hidup penyu,” kata Syed Abdullah.
Najis penyu juga menjadi baja kepada rumpai laut supaya dapat membiak dan tumbuh dengan
lebih banyak lagi.
Menurut Syed Abdullah, jika penyu pupus di sesuatu zon, rantaian makanan di kawasan itu pasti
terganggu dan membawa kepupusan kepada populasi ikan yang menjadi sumber protein kepada
manusia.
PENYU BELIMBING DI AMBANG KEPUPUSAN
6
Walaupun ramai yang tidak tahu atau tidak mengambil berat betapa pentingnya spesies penyu
dalam alam kehidupan, masih ada yang sayang pada haiwan ini.
Penyelidik Unit Penyu Laut (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu Dr Juanita Joseph berkata
proses pemuliharaan penyu berterusan sejak tahun 1950-an, namun hasilnya belum dapat dilihat
kerana proses kematangan penyu mengambil masa antara 25 dan 50 tahun.
“Kami di Seatru semakin giat menjalankan aktiviti pemuliharaan penyu di Pulau Redang sejak
1993.”
Bagaimanapun, Dr Juanita berkata Malaysia mungkin kehilangan penyu Belimbing.
“Buat masa ini, kita masih lagi mempunyai penyu Agar dan penyu Karah. Persarangan untuk
spesies ini juga menurun jika dibandingkan pada tahun 50-an.
“Negara lain pun menunjukkan penurunan juga. Tapi kita berharap langkah pemuliharaan yang
kita ambil pada masa kini akan mendatangkan hasil,” kata Dr Juanita.
– BERNAMA
Negara kita sudah bergerak seiring dengan negara maju yang lain dari segi
tekonologi dan sains mahupun sektor pelancongan. Banyak lokasi di negara kita yang
berpotensi untuk membuka mata pelancong di samping keindahan flora dan fauna negara
kita yang unik dan menarik. Salah satu destinasi pelancongan yang menarik ialah Pulau
Lankayan yang terletak dalam kawasan SIMCA, di mana pusat pemeliharaan dan
pemuliharaan spesies penyu sedang giat dijalankan.
ESEI 5/5
________________________________________________________________________
___________MEP 19-20 JULAI 2008
akuatik yang lain mahupun daripada kegiatan manusia dan ini mendorong penyu kepada
kepupusan.
Di sebalik ancaman terhadap penyu, terdapat pelbagai cara untuk kita
7
menyelamatkan penyu agar tidak terus pupus ditelan oleh arus pembangunan dan sikap
rakus manusia. Oleh itu, pihak kerajaan sendiri hendaklah menguatkuasakan undangundang
serta mengenakan hukuman dan denda yang setimpal terhadap orang yang
mengambil telur penyu secara haram di samping bersama-sama menjaga laut yang
menjadi habitat penyu daripada sebarang pencemaran. Mewartakan kawasan penyu
bertelur dan membiak sebagai kawasan lindungan juga merupakan salah satu jalan yang
efektif bagi memelihara spesies yang unik ini. Apapun langkah yang diambil dan
dikuatkuasakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan membawa kesan sekiranya
masyarakat tidak memberikan kerjasama. Masyarakat haruslah bersama-sama berganding
bahu bagi menjaga dan menghargai penyu di negara kita.
Disediakan oleh,
Amayalia Losukin & Mansur Kundang
4 Rasional 2008
SMK Sandakan
Julai/Ogos 2008
WWF...PENYU BELIMBING MENGHAMPIRI KEPUPUSAN??
Kuala Lumpur..
1.
8
Perhilitan pantau spesies terancam elak kepupusan manakala
Tapak Ramsar terus dipulihara
KUALA KURAU (Perak): Burung upeh atau nama
saintifiknya `Mycteria cinera' adalah sejenis burung air yang
besar dan taburannya agak terhad di Asia Tenggara.
Di dunia spesies itu yang disenaraikan sebagai `Vulnerable'
semakin terancam dan populasi burung ini dianggarkan kira-
kira 5,550 ekor di seluruh dunia pada 2002.
Sebahagian besar burung itu boleh didapati di Indonesia
dengan populasi yang kecil di Pantai Barat Semenanjung
Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam.
Di Malaysia, Hutan Simpan Paya Bakau Matang, Perak
adalah satu-satunya kawasan yang masih menampung
populasi burung upeh ini, namun sehingga ini hanya ada
enam burung upeh yang dikesan masih hidup liar di Santuari
Burung Kuala Gula, di sini.
Mengikut kajian lampau burung berkenaan pernah
populasi yang ketara dikesan pada awal 1990 sehingga akhir
1999 dengan jumlah tertinggi direkodkan sebanyak 24 ekor.
Bagaimanapun, bagi tempoh sama tidak ada rekod
pemburuan haram atau kematian spesies itu dilaporkan.
Pelbagai usaha dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar melalui Perhilitan, Zoo Negara dan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malaysian Nature
Society (MNS) bagi memastikan spesies burung itu tidak
pupus.
Antara usaha yang jalankan iaitu program pelepasan burung
upeh bagi pembiakan secara semula jadi di habitat asal dan
berdasarkan pengalaman lalu kaedah itu berpotensi
menambah semula bilangan spesies burung itu.
9
direkodkan ada di sepanjang Pantai Barat Semenanjung
hingga ke Johor dan sepanjang 1980-an antara 100 hingga
150 ekor burung upeh direkodkan hidup di sekitar kawasan
paya bakau di Matang.
Di negara ini, populasi burung upeh dipantau dengan rapi
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) sejak akhir 1980-an.
Hasil pemantauan itu menunjukkan populasi burung itu
berkurangan dengan begitu ketara iaitu lebih 90 peratus
dalam masa 20 tahun lalu.
Walaupun ada rekod pembinaan sarang bagi burung
berkenaan daripada 1989 hingga sekarang, tiada kelahiran
anak burung daripada spesies itu direkodkan.
Keadaan itu menunjukkan kegagalan dari segi penambahan
populasi burung itu sejak 1980-an yang berkemungkinan
menyebabkan jumlahnya semakin berkurangan.
Ada pendapat menyatakan kemungkinan burung Upeh itu
berhijrah ke Sumatera, Indonesia untuk membiak walaupun
kebenarannya masih dipersoalkan oleh beberapa pengkaji
burung terbabit.
Pemantauan yang dijalankan oleh Perhilitan secara
berterusan menunjukkan penurunan
opulasi spesies penyu belimbing yang terancam semakin
pupus di Malaysia dan menyebabkan negara itu kehilangan
satu daripada daya tarikan pelancongan yang paling
Laporan itu mendapati ancaman utama kepada penyu
belimbing termasuk kadar kematian dalam industri
perikanan, penuaian telur oleh manusia, pemusnahan telur
10
berkarisma, menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh
Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNEP).
Laporan itu yang mendedahkan nasib spesies penyu di
Lautan Hindi dan rantau Asia Tenggara menyebut Malaysia
merupakan satu daripada contoh yang paling dramatik,
mendokumentasi dengan baik penurunan dalam populasi
penyu laut yang membuat sarang.
"Sedangkan sarang penyu belimbing di sepanjang garisan
pantai Terengganu pernah berjumlah sehingga beribu-ribu
buah pada 1960-an, dalam beberapa tahun kebelakangan
hanya sedikit sahaja telur tidak subur yang diperoleh," kata
UNEP, merujuk kepada laporan 166 muka surat yang
disediakan untuk Memorandum Persefahaman mengenai
Pemuliharaan dan Pengurusan Penyu Laut di Lautan Hindi
dan Asia Tenggara.
Laporan itu menimbulkan kebimbangan bahawa haiwan laut
prasejarah itu yang boleh membesar sehingga 700kg atau
lebih, semakin berkurangan.
oleh babi dan anjing serta kehilangan habitat kritikal -
terutamanya pantai yang diperlukan untuk membuat sarang.
Mengenai kesan tsunami Disember 2004 terhadap penyu laut
dan habitat mereka, sebuah laporan iringan menyebut
bahawa tsunami mengakibatkan kerosakan setempat kepada
habitat penyu di 11 negara.
Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar
. Adakah kita hanya perlu berdiam diri dan menyerahkan segalanya kepada Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar, atau pihak-pihak berkaitan untuk menangani isu-isu tersebut?
Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah
dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar,
kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat
11
penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke
dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Tahniah kepada kerajaan Melaka
yang berjaya memulihkan kebersihan sungai Melaka. Namun, usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula
dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam
sekitar yang berterusan.
Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar
dalam proses kesemulajadian yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya
tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan apabila
pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Di tahun-tahun
kebelakangan ini kita menghadapi masalah kemarau yang menyebab air terpaksa dicatu.
Sehubungan itu kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam
masa yang sekejap, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandaraya Kuala
Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai
pemeliharaan dan pemuliharaan.
Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih
rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan
hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan pohonan
hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus
menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih
memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang
diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak
secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar akibat
perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi di sini kelalaian
atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung kepada manusia. Secara
keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga.
Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat
dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air
batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut
12
dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya
mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan
kesemulajadian pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar
dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto
yang berkuatkuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan
perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas
rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara.
Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut:
1. Memahami persekitaran dan keperluannya.
2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan
pemuliharaan
3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di
peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa.
4. Mengetat dan menguatkuasa undang-undang berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam.
5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.
. Dengan kuasa majoriti yang terdiri daripada pelbagai lapisan kemanusiaan, koperasi mampu
menggembleng semangat “jaga alam sekitar” secara tekal dan membawa hasil yang konkrit. Ia
berselaras dengan Matlamat Ketujuh UN Millennium Development Goals yang menggariskan
tiga perkara utama iaitu:
1. Menyepadukan prinsip pembangunan mapan dalam dasar dan program setiap negara;
untuk mengekang kehilangan sumber persekitaran.
2. Mengurangkan hingga ke separuh anggaran manusia yang sukar memperoleh sumber air
yang selamat untuk diminum dan digunakan.
3. Meningkatkan pencapaian hidup bermakna bagi 100 juta manusia yang menghuni tempat
sesak dan pengap selewat-lewatnya sehingga tahun 2020.
13
Kenyataan Jati Diri Koperasi yang diisytihar di Manchester pada 24 September 1995, secara
jelas mengetengah isu-isu kemanusiaan dan persekitaran yang perlu dipupuk secara jujur oleh
masyarakat anggota koperasi. Sekiranya kesedaran berkoperasi dihayati secara tepat dan
diterjemah dalam setiap kegiatan koperasi, pastinya persoalan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar berkaitan dengan alam kemanusiaan, alam tumbuhan dan alam binatang dapat
ditangani dengan baik dan mudah.
Isu-isu besar persekitaran ditangani melalui kesedaran yang digiatkan oleh gerakan koperasi,
dengan menggalakkan pembangunan yang mapan. Gerakan koperasi perlu menjadi suara besar
dalam meluhurkan kewujudan sahsiah kemanusiaan yang sebenarnya. Nasib masyarakat orang
asli, kemandirian orang Penan di Sarawak, pupusnya haiwan dalam perlindungan, pencerobohan
tanah hutan dan paya yang berterusan dan anak-anak gelandangan tanpa rumah perlu diberi
perhatian serius. Keprihatinan koperasi bersesuaian dengan perumpamaan, “Seorang manusia
yang baik tidak akan minum air gula yang manis apabila orang di sebelahnya terketar lapar dan
dahaga tanpa perlindungan”. Dunia yang baik lahir dari kemanusiaan yang baik. Kemanusiaan
yang baik mencipta alam sekitar yang baik. Segalanya bermula dari kita; manusia. Manusia yang
boleh bercakap dan berfikir melalui isi hati.
Pemeliharaan dan pemuliharaan bukanlah isu bersifat sementara tetapi bersifat sejagat. Ia berlaku
kini dan akan terus berlaku. Jadi kita perlu sedar dan bertanggungjawab untuk pelbagai peristiwa
ini. Hubungan langsung anggota koperasi dan pertubuhan koperasi dengan alam sekitar terbukti
jelas kerana di mana-mana pun, kita tidak boleh lepas dari pengaruh alam sekitar, bahkan kitalah
perencana baik buruknya. Jadi koperasi dan anggota koperasi serta masyarakat manusia
keseluruhannya perlu mengambil peranan sebagai pembela alam sekitar yang murni. Ayuh!
Marilah membela alam sekitar demi kelangsungan generasi mulia anak-anak dan cucu-cicit kita.
Pendidikan Alam Sekitar secara formal telah pun dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia secara merentas kurikulum
dan disepadukan dalam semua mata pelajaran yang diajar. Melalui pendekatan ini, elemen
pendidikan alam sekitar dapat diterapkan di kalangan pelajar secara tidak langsung dengan
14
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai alam sewaktu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah.
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sekolah sebagai pusat kecemerlangan alam sekitar,
Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar diperkenalkan bertujuan untuk membentuk satu
persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dari
aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah. Penglibatan warga
sekolah dalam aktiviti-aktiviti sekolah lestari akan memberi peluang kepada mereka untuk
mengamalkan ciri-ciri mesra alam di persekitaran rumah, masyarakat dan negara.
Usaha ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah Wawasan 2020 untuk menjadikan
Malaysia sebagai negara maju dan masyarakat yang mementingkan kualiti alam sekitar.
Diharapkan
program Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar akan memperkasakan sekolah sebagai
pemangkin
kepada proses pembentukan generasi yang bertanggungjawab dan sayangkan alam sekitar.
Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan
penyertaan masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana
ia akan menjadi faktor penentu ke arah amalan cara hidup yang mesra
alam pada masa akan datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk
15
kesedaran tentang alam sekitar adalah melalui institusi pendidikan
terutamanya sekolah. Definisi Pendidikan Alam Sekitar ialah:
“pembelajaran untuk memahami interaksi manusia dengan alam
sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan bijaksana
dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi.
Proses ini melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui
alam sekitar dan untuk alam sekitar”.
16
17