pembuktian hp sosial

11
HHHC9101 KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN NUR’ AMIRA BINTI AMINULLAH A146272 TEAM BUILDING & STRATEGIC PLANNING (NUMOSS) PUAN HAZILAH MOHD AMIN

Upload: mia-amin

Post on 17-Jul-2015

92 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembuktian HP Sosial

HHHC9101

KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN

NUR’ AMIRA BINTI AMINULLAH

A146272

TEAM BUILDING & STRATEGIC PLANNING (NUMOSS)

PUAN HAZILAH MOHD AMIN

Page 2: Pembuktian HP Sosial

PENGENALAN

Pada hari Ahad bersamaan 21 Disember 2014 Persatuan NUMOSS (KST) telah

mengadakan satu program yang diberi nama sebagai NUMOSS Strategic Planning and Team

Building bertempat di sekitar kawasan Dewan Kuliah Fakulti Teknologi Sains & Maklumat

(FTSM). Program ini telah melibatkan seramai 20 orang AJK serta 30 orang peserta yang terdiri

daripada ahli kelab tersebut. Program ini berlangsung pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada

pukul 4.00 petang.

Antara tujuan program ini berlangsung adalah untuk melahirkan ahli KST yang proaktif

dan progresif. Di samping itu, dapat membina serta merapatkan hubungan silaturrahim antara

ahli KST. Sepanjang program ini berlangsung, saya telah diamanahkan untuk menjadi sebagai

AJK Dokumentasi. Tugas yang perlu dilakukan sebagai AJK Dokumentasi adalah seperti

mengambil gambar, merakam video dan membuat video sepanjang program dijalankan

untuk pembuktian kokurikulum.

Aktiviti yang telah diadakan selepas senaman pagi dan “Ice Breaking” adalah seperti

berikut:

AKTIVITI DAN TUJUAN AKTIVITI

1. Mengangkat tin dengan menggunakan getah

Tujuan: Untuk memperlihatkan kerjasama dan cara berkomunikasi di antara ahli kumpulan.

2. Si buta

Tujuan: Dalam aktiviti ini, ketua memainkan peranan penting kerana ketua dikehendaki

memberi arahan yang telah diberitahu oleh para fasilitator dan ahli-ahlinya perlu

mempercayai setiap kata arahan yang telah dikeluarkan oleh ketua.

3. Baling belon air sambil tutup mata

Tujuan: Setiap ahli haruslah mempunyai pendengaran yang baik ketika bermain aktiviti ini

kerana ahli dikehendaki membaling belon yang berisi air sambil mata

tertutup dan pada masa yang sama mendengar arahan dari

ketua. Fasilitator memainkan peranan untuk mengganggu setiap kumpulan.

Page 3: Pembuktian HP Sosial

HASIL DAN IMPLIKASI

Dengan adanya program sebegini, saya dapat mempelajari sesuatu yang baru seperti

cara untuk bersosial dengan lebih ramai orang lagi. Sepanjang program berlangsung, saya telah

diberi tanggungjawab untuk mengambil gambar para peserta dan ahli AJK yang lain.Semasa

saya menjalankan tugas saya, saya telah dapat mengaplikasikan kemahiran sosial dan

kebertanggungjawaban. Saya amat bertanggungjawab dan berdedikasi dalam menjalankan

tugas saya sebagai AJK Dokumentasi. Saya telah mempelajari pelbagai gaya dan etika sebagai

seorang jurugambar. Antaranya ialah mengambil gambar dalam pelbagai angle dan saya tidak

boleh mengambil gambar yang boleh memalukan seseorang itu. Selain itu, saya juga

mendapati beberapa nilai dan tema yang dapat saya peroleh. Antaranya ialah, kerjasama

sesama ahli AJK, saling bantu membantu, hormat menghormati, tolong menolong antara satu

sama lain dan lain-lain.

KESIMPULAN

Akhir sekali, semua aktiviti dapat dijalankan dengan lancar walaupun mempunyai

bilangan ahli peserta yang kurang serta terdapat beberapa masalah yang dapat diatasi oleh

AJK-AJK program. Selain itu, program ini juga dapat membantu mengubah sifat pasif ahli

program dan ahli-ahli kelab NUMOSS agar lebih banyak menglibatkan diri dalam pelbagai

aktiviti yang akan diadakan kemudian.

Konklusinya, penglibatan saya dalam program i ini telah meningkatkan kemahiran

sosial dan kebertanggungjawaban saya melalui aktiviti -aktiviti yang dijalankan dan juga tugas

saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasatugas tugas khas. Matlamat dan objektif program

ini adalah untuk melahirkan ahli KST yang proaktif dan agresif dan untuk merapatkan

hubungan silaturrahim antara ahli KST baru dan yang lama. Di samping membina sahsiah,

semangat berpasukan dan muhibbah dalam kalangan pelajar telah dapat dicapai dengan

kerjasama yang baik dalam kalangan ahli-ahli kelab dengan ahli jawatankuasa. Program

seperti ini harus diteruskan pada masa yang akan datang agar dapat membentuk pelajar yang

berkualiti dan mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi kerana pelajar yang juga remaja

masa kini adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan negara yang maju demi

mencapai Wawasan 2020.

Page 4: Pembuktian HP Sosial

GAMBAR-GAMBAR SEBELUM DAN KETIKA PROGRAM BERLANGSUNG

GAMBAR KETIKA MESYUARAT PERTAMA

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEDUA

Page 5: Pembuktian HP Sosial

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KETIGA

GAMBAR KETIKA MESYUARAT KEEMPAT

GAMBAR PERSIAPAN UNTUK HARI KEJADIAN PROGRAM BERLANGSUNG

Page 6: Pembuktian HP Sosial

GAMBAR SENAMROBIK BERSAMA PARA PESERTA (SELEPAS PENDAFTARAN)

Page 7: Pembuktian HP Sosial

GAMBAR KETIKA ICE-BREAKING

Page 8: Pembuktian HP Sosial

AKTIVITI 1:

Page 9: Pembuktian HP Sosial

AKTIVITI 2:

Page 10: Pembuktian HP Sosial

AKTIVITI 3:

Page 11: Pembuktian HP Sosial