pembrontakan taiping

17
JMS 319/3 –Sejarah China Moden Soalan 1: “The Taiping uprising, led by Hong Xiuquan [Hung Hsiu- chuan], was a massive millennial movement that, in its violent rise and fall between 1845 and 1864, cost at least twenty million Chinese their lives.” Jelaskan pernyataan tersebut. PENGENALAN Pemberontakan Taiping (1851 hingga 1864) merupakan merupakan suatu daripada pergerakan revolusioner terbesar dalam sejarah negara China dan dunia. Pemberontakan Taiping yang bermula secara rasmi pada 11 Januari 1851 telah dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan dari keturunan Hakka yang lahir di Kwantung pada Januari 1814, apabila beliau mengasaskan Kerajaan Perdamaian Agung atau Taiping Tien-kuo.11 Propaganda pergerakan ini ialah 'Keamanan, kemakmuran' yang bertujuan menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di negara China. Pada peringkat awalnya Hung Hsiu-chuan menubuhkan agama Shang Ti-hui yang menjadi pelopor kepada pemberontakan. Menurut Hsiao I-shan, seorang sejarawan negara China mengatakan bahawa pemberontakan ini merupakan suatu gerakan reformasi atau pembaharuan nasional dan anti-Manchu.Pergerakan Taiping telah mencapai kejayaan pada 1

Upload: kseven-hv

Post on 09-Aug-2015

85 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pembrontakan Taiping

TRANSCRIPT

Page 1: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Soalan 1: “The Taiping uprising, led by Hong Xiuquan [Hung Hsiu-chuan], was a massive millennial movement that, in its violent rise and fall between 1845 and 1864, cost at least twenty million Chinese their lives.” Jelaskan pernyataan tersebut.

PENGENALAN

Pemberontakan Taiping (1851 hingga 1864) merupakan merupakan suatu daripada pergerakan

revolusioner terbesar dalam sejarah negara China dan dunia. Pemberontakan Taiping yang

bermula secara rasmi pada 11 Januari 1851 telah dipimpin oleh Hung Hsiu-chuan dari keturunan

Hakka yang lahir di Kwantung pada Januari 1814, apabila beliau mengasaskan Kerajaan

Perdamaian Agung atau Taiping Tien-kuo.11

Propaganda pergerakan ini ialah 'Keamanan, kemakmuran' yang bertujuan

menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru di

negara China. Pada peringkat awalnya Hung Hsiu-chuan menubuhkan agama Shang Ti-hui yang

menjadi pelopor kepada pemberontakan. Menurut Hsiao I-shan, seorang sejarawan negara China

mengatakan bahawa pemberontakan ini merupakan suatu gerakan reformasi atau pembaharuan

nasional dan anti-Manchu.Pergerakan Taiping telah mencapai kejayaan pada peringkat awal

ekoran dari rasa tidak puas hati rakyat China terhadap Dinasti Manchu akibat kegagalan China

dalam Perang Candu I dan II. Namun demikian, ia telah mulai merosot selepas tahun 1855 dan

akhirnya tertumpas sama sekali pada tahun 1864

1

Page 2: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

PEMBEROTAKAN TAIPING 1851-1864

Pemberontakan Taiping meletus secara rasminya pada 11 Januari 1951 di Chientien dalam

wilayah Kwangsi. Pada September 1851, mereka berjaya menawan Yung An yang dijadikan

sebagai ibu kota sementara Taiping. Dari Yung An, mereka mara ke Utara dan menawan bandar-

bandar seperti Kweilin, Changhwa, Changsha, Liling, Wuchang, Hankow, Kiukiang, Anking dan

sebagainya. Semakin jauh tentera Taiping bergerak, semakin ramai yang menyertai

pemberontakan kerana terpengaruh dengan janji-janji Hung Hsiu Chuan serta kejayaan-kejayaan

awal Taiping. Antara tahun 1851-1853, mereka berjaya menawan 600 bandar dalam 16 wilayah.

Pada 19 Mac 1853, mereka berjaya menawan Nanking yang dijadikan ibu kota Taiping

menggantikan Yung An. Pada 21 Mac 1853, Hung Hsiu Chuan menubuhkan Kerajaan Taiping

Tien Kao yang bermaksud “Kerajaan Kesyurgaan Aman Damai”. Beliau mengisytiharkan

dirinya sebagai maharaja kesyurgaan bergelar Tien Wang. Selepas menubuhkan Kerajaan

Taiping di Nanking, Hung Hsiu Chuan mula melaksanakan rancangan pembaharuan yang

terkandung dalam dokumen Tien Chou, Tien Mou, Chih Tu.

Dari Nanking, satu pasukan tentera seramai 60-70 ribu orang di bawah pimpinan Lin

Feng Hsing dan Li Kai Feng telah dihantar ke Utara untuk menawan ibu kota Peking. Walau

bagaimanapun, pasukan ini berjaya dihancurkan oleh tentera Manchu di Tientsin. Satu lagi

pasukan tentera seramai 50 ribu orang di bawah Lo Ta Kang dihantar ke Barat China. Pasukan

ini juga tidak banyak mencapai kejayaan. Pemimpin-pemimpin Taiping selain dari Hung Hsiu

2

Page 3: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Chuan ialah Yang Hsiu Ching, Li Hsiu Cheng, Shih Ta Kai, Wei Chang Hui, Hsiao Chao Kuei,

Hung Ta Chuan, Hung Jen Fa, Hung Jen Kao dan sebagainya.

Kerajaan Taiping kekal sehingga 19 Julai 1864 di mana ia ditumpaskan oleh tentera

Manchu pimpinan Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang dan Li Hung Chang yang

mendapat bantuan daripada tentera upahan Barat yang dikenali sebagai “Ever Victorious Army”

di bawah pimpinan Frederick T. Ward dan Charles George Gordon.

PUNCA-PUNCA UTAMA BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN TAIPING

Wolfgang Franke dalam bukunya “ A Century of Chinese Revolution 1851-1949” mendakwa

semangat kebangsaan khususnya perasaan anti Manchu merupakan faktor utama yang

mengakibatkan meletusnya Pemberontakan Taiping pada tahun 1851. Manchu merupakan dinasti

asing dari Manchuria yang memerintah negeri China sejak tahun 1644. Akibatnya pemerintahan

Manchu tidak disukai oleh orang-orang Cina terutamanya penduduk wilayah Selatan seperti

Kwangtung, Kwangsi dan Fukien. Dalam usaha untuk menentang Kerajaan Manchu mereka

menubuhkan kongsi gelap seperti White Lotus Society, Heaven and Earth Society, Big Sword

Society, Small Sword Society, Long Hair Bandits, Eight Diagrams dan sebagainya. Mereka

melakukan rompakan dan serangan hendap ke atas tentera Manchu dalam usaha untuk

melemahkan Kerajaan Manchu. Bila Hung Hsiu Chuan mencadangkan satu pemberontakan

menentang Manchu, cadangan tersebut mendapat sokongan ramai orang Cina yang

sememangnya anti Manchu. Akibatnya, didapati banyak kongsi gelap menyertai Taiping dalam

usaha menumpaskan Manchu. (Wolgang, Franke:1980).

3

Page 4: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Kesengsaraan ekonomi dan sosial juga merupakan faktor penting mengakibatkan

meletusnya Pemberontakan Taiping. Antara tahun 1826-1850, berlaku pelbagai bencana alam

seperti banjir, kemarau dan gempa bumi yang telah merosakkan tanaman. Pada tahun 1840-an,

banjir besar berlaku di sekitar Sungai Tangtze dan kemarau panjang di wilayah Hunan. Selain

itu, penduduk Kwangsi mengalami kebuluran. Pertambahan penduduk yang tidak seimbang

dengan pertambahan tanah pertanian telah menambahkan penderitaan rakyat China. Penduduk

China yang berjumlah 181 juta pada tahun 1751 telah meningkat menjadi 432 juta pada tahun

1851. Keadaan ini sudah tentu mengakibatkan kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup. Ramai

petani kehilangan tanah kerana gagal membayar cukai yang tinggi. Pada pertengahan abad ke-19,

kira-kira 60-90% petani tidak memiliki tanah. Kemarahan orang China terhadap Kerajaan

Manchu disebabkan Menchu tidak berusaha untuk membantu orang-orang China terutamanya

mangsa-mangsa bencana alam. Selain itu, orang-orang China menganggap bencana alam yang

berlaku menandakan Tuhan telah menarik balik mandat yang diberikan kepada Dinasti Manchu

untuk memerintah negeri China.

Sun Yu Teng dalam bukunya “New Light on the History of the Taiping Rebellion”

menganggap korupsi politik menjadi punca Pemberontakan Taiping. Sejak akhir abad ke-18,

terdapat kemerosotan sistem pentadbiran Manchu akibat perbuatan rasuah, penyelewengan serta

ketidakcekapan dalam pentadbiran. Ramai pegawai mengamalkan rasuah untuk kepentingan diri.

Contohnya, Ho Shen seorang pegawai tinggi kerajaan semasa pemerintahan Maharaja Chien

Lung (1736-1796) telah berjaya mengumpul harta sebanyak 800 juta taels. Jumlah tersebut

merupakan separuh daripada pendapatan negeri China dalam tempoh 20 tahun. Selain itu,

berlaku penyelewengan dalam jabatan-jabatan kerajaan di mana peruntukan telah

4

Page 5: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

disalahgunakan untuk kepentingan pegawai. Antara jabatan yang terlibat ialah “Yellow River

Conservancy” dan “ Grand Canal Administration”. (Teng, Ssu-yu: 1966)

KEGAGALAN PEMBEROTAKAN TAIPING 1851-1864

Kegagalan Taiping berpunca daripada ketiadaan sokongan golongan sarjana ningrat. Malah

wolfgang Franke dalam bukunya “A Century of Chinese Revolution 1851-1949” dan Fairbank

dalam bukunya “East Asia: Modern Transformation” menegaskan Kerajaan Manchu telah

diselamatkan daripada Pemberontakan Taiping oleh golongan sarjana ningrat. Golongan ini amat

berpengaruh dalam masyarakat China tradisional. Mereka menentang Taiping kerana ideologi

Taiping mengandungi konsep Kristian dan juga kerana Taiping menentang birokrasi Confucius

yang dianggap sebagai korup. Selain itu, sistem pentadbiran Taiping mengancam susunan sosial

tradisional di mana golongan sarjana ningrat mempunyai kedudukan yang tinggi dan menikmati

pelbagai keistimewaan. Akibatnya, ramai sarjana ningrat menyokong Kerajaan Manchu untuk

menumpaskan Taiping. Antara mereka ialah Tseng Kao Fan, Tseng Kao Chuan, Tso Tsung Tang

dan Li Hung Chang. Tseng Kao Fan telah menubuhkan pasukan tentera moden dan handal di

Hunan. Beliau berjaya menawan kawasan Yangtze tengah termasuk Hupei dan Hanyang

daripada Pemberontakan Taiping. Li Hung Chang pula telah menubuhkan pasukan tentera yang

moden dan dilengkapkan dengan senjata Barat di Anhwei. Dengan bantuan orang-orang Barat,

beliau berjaya menawan kawasan Yangtze hilir daripada Taiping. Malah keruntuhan sebenar

Kerajaan Taiping berpunca daripada tindakan golongan sarjana ningrat. Pada 19 Julai 1864,

Tseng Kao Chuan telah berjaya menawan Nanking yang merupakan ibu kota dan kubu terakhir

5

Page 6: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Taiping. Pengganti Hung Hsiu Chuan, iaitu Hung Fu ditawan dan dibunuh. (Shih, Vincent,

Y.C :1967)

Korupsi politik juga merupakan faktor penting yang menggagalkan perjuangan Taiping.

Selepas tertubuhnya Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853, pemimpin-pemimpin

Taiping mula melakukan amalan-amalan yang bertentangan dengan ideologi. Mereka menjadi

malas, boros, mengamalkan kehidupan mewah dan melakukan perbuatan maksiat seperti

perjudian, menghisap candu, menghisap tembakau, mengambil minuman keras dan sebagainya.

Walaupun poligami diharamkan, tetapi terdapat pemimpin Taiping yang mengamalkannya.

Sebagai contoh, Hung Hsiu Chuan mempunyai 300 orang isteri selain daripada gundik-gundik.

Ramai di antara mereka menyimpan gundik dan menyimpan harta untuk kepentingan diri

sedangkan ia bertentangan dengan ideologi. Cara hidup yang sedemikian telah mengakibatkan

kemerosotan pengaruh serta disiplin pemimpin dan menghilangkan keyakinan pengikut terhadap

perjuangan Taiping. (Wolgang, Franke:1980).

Kelemahan pemimpin juga mengakibatkan kegagalan Taiping. Mereka berkebolehan

dalam menyusun strategi peperangan, tetapi mereka tidak berkebolehan dalam pentadbiran.

Sebagai contoh, Hung Hsiu Chuan sendiri gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai

sarjana. Akibatnya, selepas tertubuh Kerajaan Taiping di Nanking pada tahun 1853, pentadbiran

yang berkesan tidak dapat dijalankan. Mereka bukan sahaja tidak melaksanakan rancangan

pembaharuan, tetapi juga melakukan kesilapan ketenteraan. Selepas tahun 1856, Taiping telah

kehilangan pemimpin-pemimpin yang berkebolehan seperti Feng Yun Shan, Yang Hsiu Ching,

Li Hsiu Cheng, Wei Chang Hui, Hsia Chao Kuei, Lin Feng Hsing, Li Kai Feng, Lo Ta Kang dan

sebagainya kerana terbunuh dalam pertempuran dengan Manchu, terbunuh dalam pertempuran

sesama Taiping atau membunuh diri. Tanpa pemimpin-pemimpin yang berkebolehan telah

6

Page 7: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

mempercepatkan kehancuran Kerajaan Taiping. Hung Hsiu Chuan merupakan seorang yang

degil dan tidak akan menerima nasihat orang lain. Beliau mengamalkan nepotisme di mana

jawatan-jawatan penting diserahkan kepada kaum keluarganya. Beliau telah melantik saudara-

saudaranya menjadi pemerintah wilayah-wilayah yang ditawan oleh Taiping. Malah beliau telah

memecat seorang pemimpin yang berjasa, iaitu Shih Ta Kai dan digantikan dengan adik-adiknya

iaitu Hung Jen Fa dan Hung Jen Kao. Tindakan Hung Hsiu Chuan menyebabkan ramai

pemimpin dan pengikut meninggalkan perjuangan Taiping. Terdapat sebahagian mereka

menyebelahi Manchu untuk menentang Taiping. (Wolgang, Franke:1980).

KESAN-KESAN PEMBEROTAKAN TAIPING 1851-1864

Pemberontakan Taiping telah mengakibatkan kemusnahan banyak harta benda dan nyawa. Ahli-

ahli sejarah telah menganggarkan sebanyak 20 juta hingga 40 juta orang yang terkorban dalam

tempoh pemberontakan selama 11 tahun. Pemberontakan Taiping juga menimbulkan kesulitan

ekonomi disebabkan berlakunya kemusnahan tanaman. Akibatnya, kehidupan rakyat China

semakin terhimpit menyebabkan mereka terlibat dalam kongsi gelap serta melakukan pelbagai

jenayah seperti merompak, mencuri, memeras ugut dan sebagainya. (Teng, Ssu-yu: 1966)

Banyak tempat bersejarah juga musnah dalam Pemberontakan Taiping. Antaranya ialah

Pagoda Tembikar yang mempunyai ketinggian sebanyak 260 kaki yang berada di Nanking,

perpustakaan-perpustakaan, rumah-rumah ibadat dan sebagainya. Pemusnahan tersebut telah

menyebabkan pihak China kehilangan banyak benda yang berharga terutamanya buku-buku dan

karya yang bernilai. Selepas Pemberontakan Taiping, ramai rakyat China mula berhijrah ke

seberang laut, terutamanya ke Asia Tenggara. Penghijrahan rakyat China semakin hebat apabila

British menjalankan perdagangan kuli bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di Asia Tenggara.

7

Page 8: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Orang-orang China sanggup berhijrah kerana mereka telah hilang keyakinan terhadap Kerajaan

Manchu serta untuk melarikan diri daripada penderitaan di negeri China. Bekas-bekas pengikut

Taiping pula berhijrah ke seberang laut untuk melarikan hukuman Kerajaan Manchu.

Pemberontakan Taiping telah menambahkan perasaan anti asing di kalangan rakyat

China. Mereka telah menjalankan kegiatan menentang kegiatan orang Barat serta pengaruh

mereka di China. Misalnya pada 21 Jun 1870, mereka telah menyerang rumah kanak-kanak

yatim Kristian di Tientsin menyebabkan 20 orang terbunuh termasuk 10 orang rahib. Pada tahun

1875, Raymond Margary serta 5 orang China yang menjadi pengikutnya telah dibunuh semasa

menjalankan penyelidikan untuk mencari jalan darat dari Burma ke China.

Sejak tahun 1861, ramai orang Barat terlibat dalam hal-ehwal pentadbiran orang China.

Mereka dilantik untuk membantu China memodenkan pentadbiran mengikut sistem pentadbiran

Barat. Semasa perlaksanaan “Gerakan Memperkuatkan Diri” pihak China telah mengambil ramai

pegawai Barat untuk memodenkan China dari segi politik, ekonomi dan sosial. Antara mereka

ialah Robert Hart, Horatio N. Lay dan W.A.P. Martin.

Pemberontakan Taiping turut mempengaruhi kepada berlakunya pemberontakan-

pemberontakan lain di China. Misalnya Pemberontakan Nien 1853-1868, Pemberontakan

Muslim 1855-1872 dan Revolusi 1911 yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen untuk

menggulingkan Kerajaan Manchu. Karl Marx telah menganggap pemberontakan ini sebagai

kebangkitan rakyat yang tertindas menentang Kerajaan Manchu yang kejam. Mao Tze Tung pula

menggunakan strategi Pemberontakan Taiping untuk menjayakan perjuangan Parti Komunis

China (PKC). Ahli-ahli sejarah menganggap Pemberontakan Taiping sebagai permulaan

komunis yang berbentuk primitif. Pendapat ini disebabkan terdapat persamaan antara perjuangan

8

Page 9: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

Taiping dengan komunisme. Misalnya dari segi strategi peperangan, mereka memulakan usaha

penawanan wilayah dengan menguasai kawasan di mana kawalan kerajaan pusat adalah lemah.

Dari segi struktur sosial pula mereka mengamalkan dasar hak milik bersama dalam soal harta

serta mengharamkan hak milik persendirian. (Wolgang, Franke:1980).

Kesan daripada Pemberontakan Taiping, Kerajaan Manchu mula memberi perhatian kepada

orang Cina di mana mereka diberi peluang yang lebih luas untuk memegang jawatan-jawatan

dalam pentadbiran. Tindakan Manchu bukan sahaja ingin mengenang jasa orang China kerana

membentu menumpaskan Pemberontakan Taiping, malah juga bertujuan untuk mengelakkan

kebangkitan Cina bagi menggulingkan Manchu. Akibatnya, bilangan orang Cina yang

memegang jawatan pentadbiran bertambah. Misalnya, antara 1861-1894, seramai 34 orang Cina

dilantik sebagai Gabenor Jeneral dan 104 orang sebagai Gabenor. Pemberontakan Taiping juga

menjejaskan ekonomi China. Dalam menghadapi pemberontakan, China terpaksa mengeluarkan

perbelanjaan yang banyak. Selain itu, pihak China juga kehilangan hasil cukai kerana tidak dapat

memungut cukai di wilayah-wilayah Selatan yang dikuasai oleh Taiping selama 11 tahun.

Kemusnahan tanaman akibat daripada pemberontakan telah menjejaskan lagi ekonomi China.

9

Page 10: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

KESIMPULAN

Secara ringkasnya, pola perkembangan Pergerakan Taiping yang bermula dari 11 Januari 1851

telah memuncak pada tahun 1853 hingga pesat pada peringkat awalnya sehinggalah tahun 1855

sebelum merosot dan tumpas pada tahun 1864. Pergerakan Taiping berjaya dihancurkan apabila

Kerajaan Manchu mendapat bantuan tentera dan senjata dari British dan Perancis melalui

Perjanjian Tientsin 1858 serta faktor penyelewengan Hung Hsiu-chuan sendiri.Namun sesuatu

yang tersirat, Pergerakan Taiping adalah manifestasi penentangan hebat orang-orang Cina

terhadap pemerintahan Dinasti Manchu yang menjatuhkan maruah dan melemahkan kuasanya.

Kesimpulanya, Pemberontakan Taiping telah membawa kemusnahan dan kesengsaraan

kepada 17 wilayah China dan mengorbankan 20 juta jiwa. Kerajaan Ching mengalami kerugian

besar dan tidak lagi berupaya menguasai negeri China dengan berkesan. NamunMenurut Paul

M.A. Linebarger ;

" It was a many resperts, the pilot which illuminated and lit the flames of modern Chinese revolusion"

Kepentingannya ialah sebagai sumber inpirasi gerakan revolusioner yang baru seperti Revolusi

1911 dan mencorakkan perkembangan politik, ekonomi dan sosial di China.

10

Page 11: Pembrontakan Taiping

JMS 319/3 –Sejarah China Moden

BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria Ghazali (et.al), (2000).Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur. Fajar bakti, Shah Alam.

Gilbert Khoo dan Dorothy Loo, (1981)Asia Dalam Perubahan- Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia, Heinemann Education Books (Asia) Singapura.

Hsu,Immanuel C.Y, The Rise of Modern China

Linebarger, Paul M.A, (et.al) (1967)Far Eastern Governments and Politics, D. Van Nostrand Co. Princeton,..

Shih, Vincent, Y.C (1967) The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle,.

MacAleavy, Henry. (1977)The Modern History of China, Weidenfeld and Nicholson, London,.

Michael, Franz, (1966) The Taiping Rebellion History and Documents, Seattle and London, University of Washington,

Shih, Vincent, Y.C (1967) The Taiping Ideology, University of Washington Press, Seattle,.

Teng, Ssu-yu, (1966) New Light on the History of the Taiping Rebellion, Russell New York..

Wolgang, Franke, (1980).A Century of Chinese Revolution 1851- 1949, University of South Carolina Press, Colombia.

11