garison taiping 1874 - 1941 - pnm · 2016. 3. 30. · garison taiping 1874 - 1941 nadzan haron....

10
Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN H ARON. Ph .D. Jaba((m Sejllfah Un il'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcr apa aspck. sejarah Taiping mcmpunyai pcrsamaan dcngan seja rah ba ndar·bandar lain ya ng mula wujud scjak pcrkembangan industri pcrl o mbongan bijih timah dalam pc nghujung abad kc se mbilan bclas dahulu. Namun demikian lcrdapal suatu kcunikan yang membczakan Taiping dari scjarah yang dilalui olch bandar-bandar lain scpcrti fpoh, Scrcmban bahk an juga Kuala Lumpur. Walaupun kesemua bandar-bandar ulama ini tclah dibangunkan oleh hasil bijih timahnya, pcmbangunan Taiping bcrkait rapat juga dengan pcranan utamanya sebagai garison {cnlera. Sepanjang pcmcrintahan British di Tanah Mclayu, si mb ol kcpada kcselamatan kuasa kolonial di utara Tanah Melayu tcrlctak di Taipin g. Peranan Taiping sc bag;;li ga ri son tentera banyak mcningga lkan kesan-kesan ya ng merupakan sejarah. Sejarah Taiping lidak dapal dipisahkan dcnga n sejarah ya ng dimainkann ya sc bagai bandar garison. Artikal ini aka" c ub a melihat scjara h Taiping dalam kontcks ya ng demikian sejak be rmulanya usaha Ngah Ibrah im dan Kaplcn Speedy menubuhkan pasukan bersenjata hinggalah melclusnya Pcrang Dunia Kedua. Sebelum tahun 1870 lagi. pedagang Cina dan Eropah telah bcrgiat dalam industri bijih t im ah di kawasan Larut. Larut juga menjadi tumpuan penghijrahan mas uk orang Cina. Pad a tahun 1870 misalnya penduduk Cina di Larut berjuml ah 20000 orang berbanding dengan 3000 orang Melayu, ' Mulai tahun 1860-an telah wujud persa in gan ya ng hebal an lara kOllgsi-kongsi ge lap khususnya antara kumpulan Hai San dan Ghee Hin ya ng bcrsaing unluk monopo li kawa sa n pe rl ornbon ga n. Kc sa n daripada ini menycbabkan tercclusnya tiga peperangan yang sengit di Laru!. Perang yang pertama berlaku pad a tahun 186 1, perang kedua pada tahun 1865 dan per.ng ketiga pada t.hun 1872. Sec.ra tid ak langsung kekacauan itu melibatkan ju ga Pulau Pinang kerana 'headquarters' bagi kongsi- kongsi gelap ini di Pulau Pinan g. 2 Dilaporkan juga bahawa kcsan huru-hara ini rncn yc bab kan pemodal Cina dan Eropah tclah men ga lami ba nyak kerugian. Ketika itu, Larut merupakan satu kawa sa n pcrlombongan dan perdagangan yang penting kepada saudagar da ri Negcri-Negeri Sclat. 3 Saud agar-saud agar ini telah merayu kepada kerajaan Ncgcri-Negeri Sclat supaya campur tangan bagi mewujudkan kcamanan. 4 Ngah Ibrahim dan orang-orangnya tidak bcrupaya mengamankan suasana ya ng bcrgolak mcnycbabkan bcliau terpak sa rncnycbelahi kurnpulan yang pada pcrkiraann ya bolch mcnang. Pad a rnulan ya be li au telah rn cnyokong kumpulan I Frank Swcltenhllm, Brl/isil M(I/u),u (London: George Allen and Unwi n Ltd. 1 9411), him . 11 8. 2 P.L. Bu rns dan C D. Cowan. Sir Frfmk SII'('II(>lIha/ll·.f MIIIII)'IIII JllllflwI1874 ·J876 (London: OUP. 1975) , him . ... i ... . 3 Kimbe rl y 10 Gm'crnor Hu rtY Ord. 10.7. 1873, CO 273{ 67. 4 Petiti on leller rrom Chinese Merchll nlS in PCOlll1g 10 Go ... ernor Harry Ord. CO 273 /63. 38

Upload: others

Post on 29-Nov-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN H ARON. Ph.D.

Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia

Dalam bcbcrapa aspck. sejarah Taiping mcmpunyai pcrsamaan dcngan sejarah bandar·bandar lain yang mula wujud scjak pcrkembangan industri pcrlombongan bijih timah dalam pcnghujung abad kc sembilan bclas dahulu . Namun demikian lcrdapal suatu kcunikan ya ng membczakan Taiping dari scjara h yang dilalui olch bandar-bandar lain scpcrti fpoh, Scrcmban bahkan juga Kuala Lumpur. Walaupun kesemua bandar-bandar ulama ini tclah dibangunkan oleh hasil bijih timahnya, pcmbangunan Taiping bcrkait rapat juga dengan pcranan utamanya sebagai garison {cnlera . Sepanjang pcmcrintahan British di Tanah Mclayu, simbol kcpada kcselamatan kuasa kolonial di utara Tanah Melayu tcrlctak di Taiping. Peranan Taiping scbag;;li ga rison tentera banyak mcningga lkan kesan-kesan yang merupakan sejarah . Sejarah Taiping lidak dapal dipisahkan dcngan sejarah ya ng dimainkannya scbagai bandar garison. Artikal ini aka" cuba melihat scjara h Taiping dalam kontcks yang demikian sejak bermulanya usaha Ngah Ibrahim dan Kaplcn Speedy menubuhkan pasukan bersenjata hinggalah melclusnya Pcrang Dunia Kedua.

Sebelum tahun 1870 lagi. pedagang Cina dan Eropa h telah bcrgiat dalam industri bijih timah di kawasan Larut. Larut juga menjadi tumpuan penghijrahan masuk orang Cina. Pad a tahun 1870 misalnya penduduk Ci na di La rut berjum lah 20000 orang berbanding dengan 3000 orang Melayu, ' Mulai tah un 1860-an telah wujud persaingan yang hebal an lara kOllgsi-kongsi gelap khususnya antara kumpulan Hai San dan Ghee Hin ya ng bcrsaing unluk monopoli kawasan perlornbonga n. Kcsan daripada ini menycbabkan tercclusnya tiga peperangan yang sengit di Laru!. Perang yang pertama berlak u pad a tahun 186 1, perang kedua pada tahun 1865 dan per.ng ketiga pada t.hun 1872. Sec.ra tidak langsung kekacauan itu melibatkan juga Pulau Pinang kerana 'headq uarters' bagi kongsi­kongsi gelap ini di Pulau Pinang. 2 Dilaporkan juga bahawa kcsan huru-hara ini rncnycbabkan pemoda l Cina dan Eropah tclah mengalami ba nyak kerugian. Ketika itu, Larut merupakan satu kawasan pcrlombongan dan perdagangan yang penting kepada saudagar dari Negcri-Negeri Sclat.3 Saud agar-saud agar ini telah merayu kepada kerajaan Ncgcri-Negeri Sclat supaya campur tangan bagi mewujudkan kcamanan. 4 Ngah Ibrahim dan o rang-orangnya tidak bcrupaya mengamankan suasana yang bcrgolak mcnycbabkan bcliau terpaksa rncnycbelahi kurnpulan yang pada pcrkiraannya bolch mcnang. Pad a rnulanya beliau telah rncnyokong kumpulan

I Frank Swcltenhllm, Brl/isil M(I/u),u (London: George Allen and Unwi n Ltd. 19411), him. 11 8. 2 P.L. Burns dan C D. Cowan. Sir Frfmk SII'('II(>lIha/ll·.f MIIIII)'IIII JllllflwI1874·J876 (London: OU P. 1975), him . ... i .... 3 Kimberly 10 Gm'crnor Hu rtY Ord. 10.7.1873, CO 273{67. 4 Petition leller rrom Chinese MerchllnlS in PCOlll1g 10 Go ... ernor Harry Ord. CO 273/63 .

38

Page 2: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

GARISON TAIPING 1874-1941

Hai San yang pada ketika itu merupakan kumpulan yang terkuat di Larut. Kemudiannya Ngah Ibrahim menyokong pula kumpulan Obee Hin apabiJa kumpulan Hai San telah dikalahkan. Keadaan di Larut bertambah buruk pada tahun 1873 menyebabkan Ngah Ibrahim terJiaksa pergi ke Pulau Pi nang untuk mendapatkan bantuan bagi mengatasi masalah keselamatan di Larut. Beliau telah menemui Penguasa Polis Pulau Pinang iaitu Kapten Tristram Charles Sawyer Speedy.' Speedy telah bersetuju bekerja dengan Ngah Ibrahim bagi mewujudkan keamanan dengan syarat beliau akan diberi gaji yang tetap serta bonus sebanyak satu pertiga daripada pendapatan yang akan diperoleh daripada kegiatan perlombongan bijih di Larut"

Setelah meletakkan jawatan yang bergaji sebanyak $2,400 setahun, Speedy telah belayar ke India dengan membawa $15,000 diperoleh daripada Ngah Ibrahim.7

Speedy telah berjaya mengumpulkan dua ratus orang bekas tentera berbangsa Sikh dan Pathan di WiJayah Punjab dengan tawaran perkhidmatan serta gaji yang baik. Speedy bersama orang-orangnya telah ditahan di Calcutta ketika hendak belayar balik ke Pulau Pi nang. Peraturan ketika itu melarang penghijrahan keluar orang­orang Sikh dan Pathan kerana tenaga mereka diperlukan dalam pasukan Tentera India yang pada ketika itu dalam penyusunan semula. Atas keterangan yang diberikan oleh Oabenor Andrew Clarke yang mengatakan suasana di Perak ibarat 'One huge cockpit where nothing but fighting and murder and violence and piracy were going on,;8 Viceroy India telah membenarkan Speedy membawa keluar 110 orang sahaja dari jumlah pemuda Sikh dan Pathan, yang telah dikumpulkan itu.· ApabiJa sampai di Pulau Pi nang senjata telah diperoleh dan dibawa bersama-sama ke Larut.

Dengan bantuan 500 - 600 orang pengikut Ngah Ibrahim, Speedy dan sepoi­sepoinya telah dapat mewujudkan ketenteraman di Larut. Kawasan-kawasan 10m bong yang dikuasai oleh kumpulan Ohee Hin seeara haram telah berjaya dirampas kembali . Beberapa bulan sesudah peristiwa ini, Perjanjian Pangkor telah ditandatangani, dan Kapten Speedy dilantik oleh British sebagai Penolong Residen Larut. Untuk menguatkuasakan undang-undang ketika itu British memerlukan suatu pasukan dwifungsi iaitu polis dan ketenteraan . Gabernor Jervois yang menggantikan Andrew Clarke pada tahun 1875 telah mengarahkan J.W.W. Birch, Residen Perak yang pertama, menubuhkan pasukan bersenjata berkenaan yang terdiri daripada orang-orang Sikh dan Pathan, dengan keanggotaan sebanyak 500 orang. Arahan itu juga menggesa supaya ditubuhkan satu lagi pasukan pengawal yang dianggotai oleh 200 orang Sikh dan Pathan untuk ditugaskan di rumah residen dan pejabat-pejabat kerajaan. 'O

5 Speedy (1836-1910) dilahirkan di India. 8eliau ialah bckas pejawai tentera dl India dan Penguasa Polis Wilayah Oudh scbelum dilantik sebagai Pengua511 Polis Pulau Pinanj pada tahun 1872.

6 John Gullick. 'Captain Speedy of Larut'. JMBRAS. vol. 26. Pan 3. 1953. him. 32. 7. Kimberley to Ord. 9.7.1873. CO 213/67. 8 Minute by Meade. 20.1.1874. CO 273/70; Enlistment-Natives of India by Captain Speedy for service in lurut.

22. 11 ,1873. Straits Settlements Register of Correspondence 1867-1874. 9 Ord to India Omee, 24.9.1873, CO 273/69.

10 Minute by MCllde, 25.11.1876, CO 27]/85.

39

Page 3: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

MALAYSIA DARI SEW SfJARMI

Pembunuhan Birch yang berlaku pad a 2 November 1895, mempercepat penubuhan pasukan ini. Pada 21 Oktober 1876, Residen James Davidson dan pcnolongnya. John Douglas telah mcnerima arahan daripada Gabcnor Jervois untuk menubuhkan satu pasukan yang terdiri daripada 200 orang pengawal, dan 800 lagi anggota bagi satu pasukan bersenjata di Perak. Jervoisjuga mencadangkan nama Lcftenan Swinburne dari pasukan 'Eightieth Regiment' Tentera India sebagai pcgawai pemerintah pasukan para militer polis yang ditubuhkan itu.

Pada kebiasaannya scsuatu pasukan nuklcus. sepcrti ini ditubuhkan di Punjab, dalam erti kata wang dibawa ke Punjab untuk perbelanjaan memilih dan melatih rekru!. Setelah pasukan berkenaan cukup terlatih baharu dibawa ke tanah jajahan berkenaan. Contohnya pasukan Hong Kong Regiment. Pasukan yang dianggotai oleh orang Punjabi ini telah menjalani latihan infantri di Jhelum terlebih dahulu sebelum dibawa ke Hong Kong. Begitujuga pasukan Aden Levies, Yemen Infantry dan beberapa lagi pasukan yang lain. Sebilangan besar anggotanya telah menjalani latihan di India sebelum mereka dibawa ke tanah jajahan yang membiayai pasukan berkenaan. Bagi pasukan yang ditubuhkan di Perak ini pula pemilihan rekrut dibuat di Punjab. Mereka ini tcrus dibawa ke Taiping untuk menjalani latihan rekrut. Jurulatih dan pegawai-pegawai bagi lain-lain pangkat (NCO) bagi pasukan nukleus ini juga didatangkan dari India. Pada awal tahun 1877, terbentuklah suatu pasukan militer polis di Taiping dikenal sebagai Perak Armed Police (PAP) di bawah Leftenan Swinburne dengan kekuatan sejumlah 470 anggota.' , Saki baki pasukan Speedy juga diserapkan ke dalam Perak Armed Police. Di samping itu suatu pasukan pengawal terdiri daripada 200 orang Sikh dan Pathan telah juga ditubuhkan di Taiping. Mereka ini juga menjalani Latihan tentcra di garison Taiping. Dengan ini sejak tahun 1877 Taiping telah mula muncul bukan saja sebagai pusat pemerintahan British di Perak bahkan juga telah memulakan sejarahnya sebagai sebuah bandar garison.

Menjelang tahun 1884, Perak Armed Police telah disusun semula bagi keperluan keselamatan kuasa British di Negeri-negeri Melayu. Anggota yang ada dianggap tidak mencukupi bagi keselamatan dan keamanan Perak. Dalam daerah Larut sahaja terdapat 30000 orang Cina yang kerap menimbulkan kekacauan. Dilaporkan juga daripada 4 797 kes jenayah yang berlaku pada tahun 1882, 3, 527 adalah kes jenayah yang berlaku di sekitar Taiping. 12

Kapten Frowd Walker pemerintah pasukan Perak Armed Police yang kedua telah dihantar ke India pada awal tahun 1883 untuk memilih anggota baru dari pasukan ke-14, ke-15 dan ke-45 Regimen Sikh. Perak Armed Police juga telah disusun semula kepada tiga unit utama iaitu unit infantri. unit artileri dan unit kavalri." Keseluruhan kekuatannya hingga akhir tahun 1883 ialah sebanyak 768 anggota. 14 Dengan ini garison Taiping telah beransur membesar.

II Annual Repon for Perak fot the yellr 1877. SSGG 1878 (Singapore: Government Printing Office. 11184), him , 1095. 12 Annual Report for Perak for the year 18112. SSGG 1883 (Singapore: Government Printing Office. 11184). him. 1095. 13 Report on the State or Perak for the year 1883. ProCt't'dingJ of (he ugis/fllil'e Council of Ihe SlroilJ SCllfemrnts

( PLeSS) /884 (Singapore: Government Printing Office. 1885). him. C69. 14 I SSGG 1883. him. 1095; dan PLCSS /884. him. 562 ,

40

Page 4: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

GARISON TAJPING lK74-1941

Sudah menjadi sualu kebangaan di kalangan penduduk Punjab khasnya masyarakat Sikh ketika itu sekiranya seseorang itu anggota pasukan Regimen Sikh tertentu. Setiap Regimen Sikh itu mcmpunyai tradisinya yang tcrtcnlu. Kcjayaan regimen berkenaan dalam kempen dan lempal-lempal yang lelah dilugaskan menaikkan nama sesuatu regimen berkcnaan dan menjadi suatu kebangaan kepada seseorang yang dapal menganggolainya. Bagi anggola Perak Armed Police yang balik berculi ke Punjab, mereka berasa malu kerana lidak dapal memberikan nombor dan nama regimen mereka apabiJa ditanya tentang pasukan yang mcreka anggolai. Ini lelah menyebabkan anggola Perak Armed Police mendesak Frowd Walker agar pasukan mcreka diberikan suatu nama baru, Mereka menuntut supaya diberikan nombor dan idenlili kelenleraan Sikh kepada pasukan mereka. Walker juga menyedari pcrkara ini apabila dia mendapat sambutan dingin daripada pemuda Punjab ketika mencari rekrut baru di Punjab. Permintaan ini tclah dipersctujui olch Residen Perak dan Gabenor Negeri-negeri Selal. Perak Armed Police lelah diberi nama baru iailu 'Firsl Ballalion Perak Sikhs' (FBPS), manakala gelaran pegawai pcmerintahnya juga ditukar kepada komandan. Nama baru ini mengikut pasukan yang pernah dilubuhkan oleh Syarikal India Timor di Punjab dan menjalankan fungsi yang sarna iaitu polis dan ketenteraan, Pasukan ini mulanya dinamakan '45th Punjab Nalive Infanlry', kemudian lelah dilukar kepada 'Firsl Ballalion of lhe Punjab Police' ,IS Untuk menambahkan kekuatan cawangan polisnya, anak-anak Melayu lurul diambil. Pada lahun 1882 dilaporkan bahawa daripada jumlah 627 orang anggola, 131 orang lerdiri daripada anggola Melayu."

Pada tahun 1884 Taiping memainkan pcranan scbagai garison bagi 'First Battalion Perak Sikh, dengan kekuatan tenlcra seramai 927 orang. 17 Pcrkembangan baru dalam peranan Taiping sebagai bandar garison ini mengharumkan nama Taiping di kalangan penduduk di wilayah Punjab. Manakala di mala penduduk tempatan Perak dan penduduk ncgeri-negcri Melayu yang lain, Taiping sebagai bandar garison mungkin telah memberikan imej yang kurang baik. Oi kalangan orang Cina, Taiping merupakan tempat 'Bengali Kwui' atau 'hantu' kerana keganasan anggota Sikh melaksanakan tindakan keatas mereka, Itl Manakala kepada orang Pahang, Taiping merupakan pusal anggola-anggola Sikh alau 'anjing-anjing kompeni' yang didatangkan untuk menghapuskan pemberontakan 1892.

Peranan Taiping sebagai bandar garison ini telah menarik ramai orang Sikh dari Punjab berhijrah ke Taiping dengan perbelanjaan scndiri kerana ingin berkhidmal dalam pasukan FBPS. Kegialan memilih rekrul di India lclah dihenlikan pada lahun 1885 dan 1886 kerana banyaknya bilangan calon yang datang dengan perbelanjaan sendiri ke Taiping. Bilangan pemuda Punjabi semakin

15 Petition letter from the 'Perak Armed Police' to Captain Walker, 25.1.18114. CO 273/ 126: Walker to Hugh Low. 31.1.1884. CO 273/126. Penukarnn berhubung kclulusan penukurun nllma ini terdllpat dalam surat dlln minit Weld (0 Derby, 25.2.\884, CO 273/126: Minute by Meade. 25.2. IK84. CO 273/ 126: dan Minute by LUC'dS, 26.5.1884. CO 273/ 126.

16 Annual Report for Perak for the year 1882, SSGG 1881. (Singapore: Governmant Printing Office, 1884), him. 1095. 17 Annual Report on the state of Peruk for the year 1884, PGG IHX8 (Tniping: Government Printing OlTice, 1889), him. 12. \8 pl.eSS 1879 (Singapore: Government Printing Office, 1880). hlm . ~"C xxvii .

41

Page 5: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

MALAYSIA DARI SEGI SFJARAH

bertambah pada tahun-tahun 1887, 1889 dan 1890 apabila didapati ramai antara calon yang datang dengan perbclanjaan sendiri ini kurang memenuhi kriteria yang dikehendaki. Mereka datang ke Taiping setelah gagal dalam pemilihan bagi pasukan dalam Tentera India, Tidak kurang pula yang mempunyai rekod jenayah dan ada antara mereka merupakan 'army deserters'. Kehadiran golongan ini dalam pasukan FBPS telah menjejaskan prestasi dan disiplin pasukan. Dilaporkan dalam tahun 1885 sahaja terdapat 374 kes melanggar disiplin yang berlaku dalam FBPS.19 Pada tahun 1887, 15 anggota telah disingkirkan kerana kerap melakukan kesalahan tatatertib. Maka itu demi untuk mendapatkan rekrut-rekrut yang baik amalan pemilihan di Punjab dihidupkan semula pada tahun-tahun berikutnya disamping pemilihan di Taiping sendiri seperti digambarkan dalam statistik berikut:

ORANG StKH YANG MEMOHON UNTUK MEMASUKI LATIHAN REKRUT FBPS

Tahun Bil. Pemohon Pengambilan Perak Pcrak Punjab

188S 2S1 82 1886 148 41 1887 221 113 SO 1888 364 129 1889 306 119 SO 1890 376 112 49 1891 328 114 1894 439 187

Sumber: SSGG 1886-1887; dan POG 1888-1893; dan Annual Report of Sikhs for the year 1893. by Commandant Walker. PGG' /894 (Taiping: Government Printing Office. 1895). him. 332.

Amalan pemilihan rekrut bagi FBPS di India telah dihentikan semula mulai pada tahun 1891 kerana masalah kewangan yang dihadapi . Pemberhentian ini menyebabkan lebih banyak pemuda Sikh yang datang dengan perbelanjaan sendiri ke Taiping untuk memohon menjadi rekrut tentera dalam FBPS.

Beberapa jawatan kepolisan dalam pasukan FBPS memerlukan tenaga Melayu. Orang Melayu lebih sesuai menjalankan fungsi polis khasnya di balai­balai yang terletak dalam kawasan penduduk Melayu. Manakala anggota Sikh lebih sesuai menjalankan fungsi tentera dan fungsi polis bagi kawasan penduduk Cina. Maka itu pengambilan anggota Melayu juga semakin bertambah. Pengambilan anggota Melayu yang terbanyak ialah pada tahun 1890 iaitu 102 orang. Sehingga akhir tahun 1893 anggota Melayu dalam pasukan FBPS yang bermula dengan 147 orang dari keseluruhan anggota seramai 810 orang dalam tahun 1884 telah meningkat kepada 266 orang daripada keseluruhan kekuatan FBPS sebanyak 951

19 Annual Report for Perak for the Yellr 1885. SSGG UUJ6. him. 918.

42

Page 6: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

GARISON TAIPING 1874-- 194 1

orang.20 Dcngan ini dapat dikatakan Taiping bukan saja menjadi tumpuan pemuda Sikhs dari Punjab bahkan juga tumpuan pemuda Melayu . Keadaan ini brkckalan schingga tahun 1895 apabi la Taiping telah mcmbcrhentikan pcranannya sebagai sebuah depoh polis yang ulung. Walau bagaimanapun peranan Taiping kekal sebagai sebuah bandar garison tentera .

Peranan Taiping scbagai bandar garison seeara tidak langsung merugikan kewangan Perak. Sebahagian .besar pendapatan ncgeri Perak telah digunakan bagi perbelanjaan mcnampung garison tentera di Taiping scpcrti tertera dalam statistik berikut:

PENDAPATAN NEGERI PERAK DAN J UM LAH PERBELANJAAN PASUKAN F8PS DARI TAH UN 1884- 1890

Tahun Pendaputan ($) Perbelunjaan FRPS ($)

18114 I 532497.00 127 490.9 1 1885 I 5220114.00 138 178.95 1886 I 688276.00 137757.20 1887 I 827476.00 150 557.00 18!!1I 2016240.00 154427.17 1889 2776583.00 171 108.00 1890 2504 116.00 184008.00

Sumber: States or Pcrak: Eslimale.f of Rel'f'nUt'S and Expendilllrt.'.f lHH1·1H9(} (Taiping: Government Printing Office, 1891), him. 13.

Garison ini menclan belanja yang agak besar bagi menampung segala keperluan satu batalion pasukan. Segala kewangan yang diperlukan datang dari perbendaharaan negeri Perak. Sebaliknya sebahagian saja daripada anggota pasukan yang diperlukan menjaga keselamatan di Perak. Manakala scbahagian besar ditugaskan di Pulau Pinang dan sejumlah 360 orang ditugaskan di Singapura.21 Dalam pada itu anggota garison Taiping adalah untuk keg una an British di Tanah Melayu bagi menghapuskan scbarang kekacauan yang timbul di seluruh Semenanjung. Misalnya, dalam pembcrontakan Pahang yang bermula pada akhir Disember 1891. British mcnggunakan dengan pcrcuma pasukan garison Taiping ini bagi mcnghapuskan pemberontakan berkenoan schingga tahun 1894. Seeara tidak langsung peranan Taiping sebagai garison tentera membcri insuran yang percuma kepada kerajaan Negeri-Negcri Selat apabila diperlukan. Fungsi ini lebih jelas lagi apabila Perjanjian Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ditandalangani pada tahun 1895. Perjanjian ini memaksakan negeri-negeri Melayu. Perak, Sclangor, Negeri Sembilan dan Pahang membuat pengakuan untuk membcri bantuan anggota, wang dan keperluan lain dan berjanji andainya peperangan

20 Annual Report ofPerak Sik.hs for the year 1893. by Commandant Walk.er. PGG 1894 (Taiping: Government Printing Office. 189S). him. 332.

21 Minute by Lord Orsloll/. 26.S.1887. CO S31/46: Hugh Low to Cecil Smith. 1.S. 11181. CO 213/152; dan Commandant F. Cardew 10 Cecil Smith. 21.10. 1988. CO 213/ ISS.

43

Page 7: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

meletus antara kerajaan Baginda Queen dengan kuasa asing, Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan menghantar bila dipinta olch Gabenor, satu pasukan bersenjata 'Indian Troops' yang lengkap untuk berkhidmat di Negeri-Negeri Selal.22

Untuk memenuhi luntutan perjanjian ini Negeri-negeri Melayu terpaksa menyediakan perbelanjaan bagi satu batalion pasukan tentera yang terdiri daripada orang India. Pasukan FBPS telah dibubarkan, anggota-anggota Melayu dan juga Sikh diserapkan ke dalam pasukan polis, 'Perak Police Force' dan kemudiannya ke dalam pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu apabila pasukan berkenaan ditubuhkan .23 Manakala sebilangan anggota Sikh FBPS diserapkan ke dalam pasukan tentera yang dibentuk iaitu Malaya States Guides (MSG). Untuk melengkapkan kekuatan satu batalion anggota-anggota Sikh dan Pathan dari pasukan Polis Sungai Ujong dan pasukan Polis Selangor turut diambil. Pasukan ini disusun mengikut organisasi batalion tentera kolonial di India sarna ada dari segi keanggotaan, kepegawaian, unit dan juga bcntuk struklur perintah 'command structure,.24

Dari segi organisasi pasukan MSG menepati doktrin organisasi ketenteraan kolonial seperti dalam kebanyakan unit tentera India itu sendiri. Pasukan MSG mempunyai em pat kompeni Sikh dan dua kompeni Punjabi Muslim dan Pathan. Unit-unitnya tcrdiri daripada infantri, art!leri tetapi tidak mcmpunyai unit kavalri seperti pasukan Guides di ulara India. Unit kalvari kurang sesuai dalam suasana di negeri-negeri Melayu. Berlainan dengan keadaan 'Northwest Frontier' India apabila pasukan Guides ditugaskan. Terdapat juga dua kategori kepegawaian iaitu pegawai India yang lebih dikenali sebagai 'native officers' dan pegawai British yang lebih dikenali deng,n 'King's commissioned officers'. Nama bagi pangkat-pangkat dalam kedua-dua kategori ini juga berbeza apabila pegawai British mengekalkan pangkat­pangkat seperti yang terdapat dalam regimen British, manakala 'native officers' menggunakan pangkat dalam Tentera India iaitu, naik, havildar,jemadar, subahdar dan sebagainya. Perbezaan ini menentukan kuasa perintah 'power of command' sesuatu kalegori itu. Dari segi struktur perintahnya juga seperti pasukan tentera kolonial British yang lain, iaitu di bawah kuasa Gabenor Negeri-Negeri Selat dan juga General Officer Commanding (GOC) Negeri-Negeri Selal.

Kedudukan Taiping sebagai bandar garison terus kekal dengan pembinaan kemudahan-kemudahan seperti berek tentera, kelab ' pegawai, hospital dan keperluan atau kemudahan lain yang biasa diberi kepada anggota dan pegawai tentera. Taiping merupakan ibu pejabat dan depot rekrut bagi pasukan MSG. Sebahagian besar anggota MSG berada di Taiping manakala beberapa kontinjen ditempatkan pula di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan satu kontinjen lagi ditugaskan di Kuala Kangsar bagi tugas-tugas 'ceremonial'.

22 Treaty of Federation 1895. encl. Clementi to Cunliffe-Lister, 4.12.1932. Co 717/94/ 13312. 23 Annual Report of Perak Sikhs, PGG 1897. h. 614-615. 24 Untuk keterangan lanjut lihat Nad7.an Haron ·Colonial Defence: British approach to the Problem in Malaya'

Modern As/un Studies, Number 24.2.1990: 275-295: dan Nadzan Haran, ·British Defence Policy in Malaya 185(). 1919', K.M de Silva, Sirima Kiribamune dan C. R. de Silva (cds.) As/an Panorama: Essays in As;WI History Past (JIId Pr~sent . (New Delhi: Vikas Publishing House, 1990): 436-455.

44

Page 8: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

GARISON TAIPING 1874-1941

Apabila Perang Dunia Pertama meletus, pasukan MSG telah ditcmpatkan di Singapura bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh regimen British yang diarahkan ke medan perang. Semasa di Singapura timbul isu apabila pasukan ini telah membantah suatu arahan dari London untuk bersiap sedia ke medan perang. Perkara ini menimbulkan kemarahan Kolonel Lee, komandan MSG, dan juga pegawai-pegawai Inggeris yang lain. Ekoran peristiwa bantahan ini pasukan MSG telah diperintahkan balik ke Taiping. Selang beberapa hari sesudah itu berlaku pula pemberontakan pasukan Fifth Light Infantri.2' Beberapa anggota unit Mountain Battery MSG yang masih berada di Singapura dikatakan terlibal. Perkembangan ini menjejaskan reputasi pasukan MSG dan perbincangan tentang pembubarannya berlaku antara pihak tentera di Singapura dengan Pejabat Perang di London. Oleh sebab masalah ketenteraan yang dihadapi oleh British agak serius, Pejabat Perang telah mengarahkan supaya pembubaran ditangguhkan sehingga peperangan tarnal. Sementara itu suatu kekacauan telah berlaku di Kelantan dan 200 orang anggota MSG dari Taiping telah dikerahkan dua minggu kemudian.

Selang beberapa minggu sesudah itu pula garison Taiping menjdi lengang dengan pemergian keseluruhan pasukan MSG ke Aden. Pasukan ini telah mengalami kekalahan dan gagal menunjukkan taraf profesionalismenya. Walaupun keanggotaannya sentiasa ditambah bagi menggantikan mereka yang terkorban sepanjang peperangan itu. Terdapat cum a 400 anggota saja yang masih hidup pada tahun 1918. Kematian yang begitu besar menyebabkan pembubarannya ketika masih berada di Aden.

Pembubaran MSG mengosongkan garison Taiping. Pihak berkuasa British di Tanah Melayu telah meminta Pejabat Perang supaya satu batalion tentera British dihantar untuk mengambil tempat di garison Taiping. Apabila ini tidak diperoleh mereka meminta pula batalion Gurkha sebagai pilihan. Apabila batalion Gurkha juga tidak diperoleh timbul cadangan supaya pas uk an regimen Mclayu ditubuhkan. Pihak berkuasa British di Tanah Melayu menolak sebarang penempatan apa juga pasukan yang terdiri daripada orang India. Alasan yang diberi adalah kehadiran tentera Sikh dan Punjab Islam ini tidak menjamin keselamatan kerana laat setia orang India utara ini diragukan. Mereka juga memberi alasan bahawa kehadiran orang Sikh mendatangkan kesan sosial yang buruk kepada masyarakat tempatan. Didapati ramai anggota Sikh dalam pasukan FBPS dan MSG dahulu terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang dengan kadar facdah setinggi sepuluh peratus sebulan. Hasil siasatan yang dibuat an tara sebab mengapa sebilangan besar anggota Sikh dalam MSG membantah perintah perkhidmatan di medan perang pada tahun 1914 dahulu adalah kerana keterlibatan mereka dalam peminjaman wang kepada masyarakat tempatan. Mereka kuatir dengan pemergian mereka pokok yang dipinjamkan serta bunga yang diperolehi setiap bulan akan hang us.

25 Untuk keterangan lanjut berhubung dengan bantahan yang dikemukakan oleh pasukan MSG dan pemberontakan 5th lightlnfantry,lihat Nadzan Haron. 'The Oassie ingredients of Mutiny m the Indian Army: The Case of the 5th Light Infantry', JEBAT JUrnal Jabalan sejarah, UKM, 17 (1889): 3-16; dan juga Nadzan Haron, 'The Raising of Volunteer Corps in Malaya'. Nik Hassan dU. (ed.) Sumhangsih: Kumpufan Esei Sejarah ( Bang;: Jaba/an &jarah. UKM . /988) ; 28-39.

4S

Page 9: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Pejabat Perang akhirnya telah mengarahkan supaya pasuk_n Burma Rifles dari Tentera India mengisi kekosongan garison Taiping, Pihak tcntera memberikan pandangan yang negatif terhadap cadangan pembentukan regimen Melayu. Pertama, terdapat anggapan orang Melayu tidak sesuai menjadi anggota tentera Kedua, daripada perkiraan sains ketenteraan pasukan yang statik adalah pasukan yang tidak berguna kccuali bagi fungsi-fungsi upacara.'" Prestasi MSG di medon perang menjadi contoh, Perkembangan sesudah Perang Dunia Pertama memerlukan suatu pasukan yang kuat bagi menghadapi masalah keselamatan dalam negeri dan masalah ancaman luar. Bagi menjamin keselamatan dalam negeri sebarang tindakan ke atas kekacauan yang mungkin ditimbulkan lebih berkesan sekiranya pasukan itu terdiri daripada orang luar. Maka ilu desakan penubuhan pasukan regimen Melayu telah ditolak oleh Pejabat Perang walaupun mendapat sokongan daripada Gabenor dan GOC Melayu sendiri.

Mulai tahun 1919 garison Taiping telah diisi semula tetapi kali ini anggotanya terdiri daripada orang Chin dan Kachin iaitu suku dari perbatasan Bunna. Sejak tahun 1919 sehingga tahun 1939 pasukan Burma Rifles telah ditempatkan di Taiping. Batalion Burma Rifles dari India bertukar ganti setiap dua atau tiga tahun menduduki garison Taiping. Dari rekod yang diperoleh pasukan Burma Rifles ini menelan belanja yang begitu banyak. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bukan sahaja terpaksa menanggung perbelanjaan di Taiping bahkan juga segala perbelanjaan pengangkutan, per~utian, sumbangan kepada tabung bonus dan pencen, dan perbelanjaan bagi pemilihan dan latihan rekrut. Masalah perbelanjaan yang terlalu besar ini merupakan antara beberapa faktor yang membawa kepada penubuhan regimen Melayu pada tahun 1932. Dari peraneangan ketika itu regimen Melayu akan mengambilalih garison Taiping pada tahun 1938." Perkembangan politik dunia sejak tahun 1938 menyebabkan Taiping kemudiannya telah digunakan oleh pasukan luar bagi persediaan strategi pertahanan menentang Jepun di utara Tanah Melayu.

Mengapa Taiping dijadikan dan dikekalkan sebagai bandar garison mungkin boleh ditinjau dari beberapa segi keadaan keselamatan di Larut memang memerlukan kehadiran sepasukan polis tentera yang mencukupi bagi menjaga keamanan khasnya bagi mengawal rusuhan orang Cina yang sering berlaku. Penubuhan pusat pemerintahan bagi negeri Perak di Taiping menghendaki juga jaminan keselamatan. Oleh itu, Taiping dijadikan pusat pasukan keselamatan yang ditubuhkan. Taiping dikekalkan sebagai garison tentera ·setelah pembentukan Negeri-Negeri Melayu bersekutu atas pertimbangan strategi keselamatan sarna ada keselamatan dalam negeri ataupun dari serangan luar bagi kawasan utara. Lokasi Taiping sangat sesuai bagi menempatkan pasukan tentera yang menjamin keselamatan Pulau Pi nang dan wilayah-wilayah British yang lain. Dari Taiping tentera akan senang dikejarkan ke mana-mana bahagian terancam. Ini dimudahkan lagi dengan adanya sistem perhubungan yang baik iaitu landasan keretapi dan jalan raya yang baik antara Taiping dengan bahagian di seluruh Tanah Melayu.

26 Viscount Milner's Secret Ttlegram, 13.3.1919, CO 273/486. 27 Minute by G.E. Gent, 19.3.1935, CO 717/110/51543.

46

Page 10: Garison Taiping 1874 - 1941 - PNM · 2016. 3. 30. · Garison Taiping 1874 - 1941 NADZAN HARON. Ph.D. Jaba((m Sejllfah Unil'ersiri Kebangsaan Malaysia Dalam bcbcrapa aspck. sejarah

GARISON TAIPING 1874-1941

Kedudukan Taiping juga tidak begitu jauh dari sempadan Siam. Penempatan satu batalion di Taiping merupakan simbol kekuasaan British di negeri-negeri Melayu .

Dalam sistem pertahanan British di Tanah Melayu sistem 'two-power standard' sebelum 1915 atau 'one-power standard' sesudah Perang Dunia Pertama, tugas pasukan tentera yang ada hanyalah uotuk bertahan sehingga bantuan tiba." Pusat pertahanan British di rantau ini terletak di Singapura. Oleh itu kawasan utara memerlukan penempatan pasukan tentera, dalam hal ini kedudukan Taiping adalah strategik dan mempunyai kemudahan. Maka itu juga bandar-bandar lain tidak dipilih bagi penempatan pasukan MSG dan kemudiannya Burma Rifles. Bahkan apabila pasukan Askar Melayu ditubuhkan, Taiping memang hendak dijadikan pusat latihannya. Oleh sebab kehadiran batalion Burma, latihan rekrut bagi pasukan Askar Melayu dijalankan di Port Dickson. .

Memang tidak dapat dinafikan bahawa peranan Taiping sebagai bandar garison telah ban yak menioggalkan kesan-kesan yang boleh dianggap sebagai sebahagian sejarah Taiping. Pembangunan bandar Taiping selari dengan pemban­gunan garison itu sendiri. Pembangunan ekonomi memerlukan iklim yang stabil. Dalam hal ini garison Taiping telah memainkan peranan mewujudkan kestabilan bukan saja bagi Taiping sendiri, bahkan juga keseluruhan negeri Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri Melayu yang lain.

Peranan Taiping sebagai bandar garison juga turut meninggalkan kesan-kesan sosial khasnya kepada penduduk Perak sendiri. Sehingga tahun 1914 Taiping menjadi tumpuan penghijrahan orang dari India utara khasnya komuniti Sikh di Perak hari ini. Sejarah orang Sikh di negara ini tidak dapat dipisahkan dari sejarah ganson Taiping, Interaksi sosial antara anggota garison yang beragama Islam dengan wanita Melayu Perak telah menghasilkan generasi Melayu yang berketurun­an Punjabi dan Pathan.

28 Untuk bacaan lanjul lihat James Ncidpalh, The Singapore Na~a' Brue and the defence of Britain's Eastern Empire /919·/941 (Oxford: Clarendon Press, 1981).

47