pembinaan model resiliensi remaja sekolah ibrahim bin taib
TRANSCRIPT
PEMBINAAN MODEL RESILIENSI REMAJA SEKOLAH
IBRAHIM BIN TAIB
TESIS DISERAHKAN
BAGI MEMENUHI KEPERLUAN
IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI MALAYA
KUALA LUMPUR
FEBRUARI 2011
i
ii
Sinopsis
Kajian dijalankan bertujuan untuk membina model resiliensi remaja. Penentuan hubungan
antara sikap resiliensi dengan daya tindak (coping), akulturasi dan faktor protektif juga
dikenalpasti. Sampel kajian yang terlibat adalah seramai 510 orang pelajar awal remaja dari
sekolah-sekolah terkawal (Primier, Elit dan Agama) di negeri Pantai Timur Semenanjung
Malaysia. Pelajar-pelajar ini datang dari keluarga yang sosiekonominya rendah, persekitaran
yang kurang memberangsangkan serta serba kekurangan dan mengalami pelbagai kesulitan dan
kepayahan dalam kehidupan dengan penuh risiko. Mereka telah menunjukkan kecemerlangan
dalam akademik. Tujuan utama kajian ini adalah untuk : (i) Mengenalpasti sikap resiliensi
dikalangan pelajar sekolah terkawal, (ii) Menentukan peranan faktor protektif (keagamaan,
teras kepercayaan dan kerohanian) sebagai moderator antara sikap resiliensi dan daya tindak
serta dapat menjadi pelindung dalam masa tekanan dan kesusahan, (iii) Menentukan hubungan
antara sikap resiliensi dengan daya tindak, akulturasi, dan faktor protektif. Pembinaan model
dengan teknik Model Persamaan Struktural (Structural Equation Modeling) telah di hasilkan
berasaskan data empirikal untuk menunjuk dan menjelaskan perhubungan faktor-faktor yang
dikaji . Kemudiannya, model ini diuji untuk menentukan sama ada model tersebut berpadanan
(fit) dengan data. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik melalui kaedah
penyelidikan tinjauan (survey). Program SPSS digunakan untuk menganalisis data, AMOS
untuk pembinaan model dan SmartPLS untuk menghasilkan moderasi. Hasil kajian ini
menunjukkan bahawa ada hubungan positif yang signifikan antara sikap resilien dengan daya
tindak dan faktor protektf. Sebaliknya hubungan negatif dengan akulturasi. Hasil analisis SEM
menunjukkan model yang dibentuk fit dengan kempat-empat set data pembolehubah yang
dikaji, ( χ² = 110.671, N= 510, P < 0.05, GFI= 0.965, AGFI= 0.939, TLI= 0.943, CFI= 0.961,
RMSEA= 0.054, CMIN/DF= 2.459). Dapatan kajian didapati bahawa faktor protektif adalah
sebagai moderasi antara daya tindak dengan sikap resiliensi. Model yang dibina diuji juga
berdasarkan jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah, hasilnya menunjukkan tidak wujud
perbezaan yang signifikan. Penemuan kajian ini mencadangkan agar satu sokongan intervensi
dapat di hasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran berdaya tindak dan
sikap resiliensi. Keputusan kajian juga menunjukkan ada perkara-perkara penting yang perlu
diambilkira seperti faktor protektif berasaskan keagamaan,teras kepercayaan dan kerohanian
yang dapat mempengaruhi peningkatan sikap resiliensi remaja pelajar . Akhirnya, dapatan
kajian mencadangkan perlu ada semakan dalam item Skala Sikap Resiliensi Remaja,
Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS) dan penumpuan yang lebih perlu ditumpukan
pada analisis psikometrik dan lain-lain skala dalam penyelidikan mengenai resiliensi. Hasil
kajian ini boleh memberi manfaat kepada pelajar, ibu bapa, sekolah, kementerian dan
masyarakat tentang betapa pentingnya memberi perhatian kepada pembangunan dan
kebangkitan semula anak-anak yang pernah mengalami kesusahan dan tekanan baik dari aspek
fizikal dan rohani. Remaja pelajar yang mempunyai sikap resilien dan daya tindak yang tinggi
boleh menjadi generasi yang berilmu, berwibawa, bertakwa dan berketrampilan. Seterusnya,
melahirkan modal insan kelas pertama yang menjadi pemangkin dan peneraju masa depan
negara dalam pelbagai bidang.
iii
Synopsis
The purpose of the study was to construct an adolescent resiliency model. The determinants in
the relationship of resilience to coping skills, acculturation and protective factors were also
identified. A sample of 510 adolescent students from government-aided schools (premier, elite,
religious) in east coast state in the Peninsular Malaysia participated in the study. The students
were from low socio-economic background, living in challenging conditions deficient in
modern facilities, and exposed to adversity and risks. In spite of that, these students have shown
academic excellence. The main objectives of this study were: (1) to identify resiliency among
students in government-aided schools, (ii) to determine the role of protective factors (religion,
core convictions, and spirituality) as moderators between resiliency and coping skills as well as
protection against stress and difficulty, (iii) to determine the relationship between resiliency and
coping skills, acculturation, and protective factors. A model was constructed through Structure
Equation Modeling (SEM) based on empirical data to show and clarify the relationships among
the factors under study. The model was later tested to determine if there was a fit with the data.
Data were collected using questionnaires through survey methodology. SPSS programme was
used to analyze the data, AMOS for model construction, and SmartPLS to generate moderation.
The findings of the study indicate that there was a positive and significant relationship between
resiliency and coping skills as well as protective factors. On the other hand, there was a
negative relationship between resiliency and acculturation. The resulting analysis of SEM
indicates that the model has a fit with all the four sets of independent variables ( χ² = 110.671,
N= 510, P < 0.05, GFI= 0.965, AGFI= 0.939, TLI= 0.943, CFI= 0.961, RMSEA= 0.054,
CMIN/DF= 2.459). The findings of the study also indicate that the protective factors were
moderating coping skills and resiliency. The model which was also tested on gender and school
types and locations shows that these differences were not significant. The findings of this study
suggest that an intervention programme can be incorporated in the teaching and learning
activities based on coping skills and resiliency. The outcome of the study also indicates that
there are some important issues to be considered such as protective factors based on religion,
core beliefs and spirituality which could enhance resiliency amongst adolescent students.
Finally, the results of this study suggest that there should be a revision of items in the
Adolescent Resiliency Attitude Scale (ARAS), and focus should be directed on psychometric
analysis and other scales in research on resiliency. The findings from this study benefit
students, parents, schools, the Ministry of Education, and society at large with regards to the
importance of focusing on development and revival of children who have been exposed
physically and emotionally to adversity and stressful situations. Adolescent students who
possess high resiliency and coping skills are able to become knowledgeable generation with
conviction, sincerity, and self-confident. Consequently, the nation will be able to generate first
class human capital who will be the driving forces and leaders of the future in various
disciplines.
iv
PENGHARGAAN
بسم اهلل الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah, selawat dan
salam ke atas junjungan kita nabi Muhammad s.a.w., serta berbanyak kesyukuran ke hadrat IlIahi
di atas segala limpah kurniaNya, maka penyelidikan dan tesis ini dapat disiapkan. Justeru, saya
ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia yang menaja
pengajian serta peluang untuk cuti belajar bagi mencari dan meneroka ilmu untuk kesejahteraan
negarabangsa.
Saya mengambil peluang dan kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan kepada
keluarga yang sentiasa memberikan semangat dan peransang serta mendoakan kejayaan saya
Setinggi-tinggi penghargaan disampaikan kepada penyelia saya Dr. Shahril bin Jamaludin dan
Prof Dr. Zulkifli bin Ab.Manaf yang begitu perihatin dan sabar dalam membimbing saya untuk
menyiapkan tesis ini. Tanpa galakan, sokongan dan panduan beliau tentu penyeIidikan dan tesis ini
tidak dapat dihasilkan.
Saya juga ingin memanjangkan penghargaan ini kepada panel vetting yang banyak
memberikan komen yang membina terhadap cadangan penyeIidikan, iaitu, Prof Dr. Khadijah
Rohani binti Mohd Yunus , Dr. Sharil Lim bin Abdullah dan Prof. Madya Dr. Wan Hasmah
binti Wan Mamat,
Penghargaan juga ditujukan kepada individu-individu yang turut menyumbang bantuan
dan galakan dalam proses membina dan menyiapkan tesis ini secara langsung atau pun tidak
langsung, khususnya kepada Prof. Dr. Kamariah binti Abu Bakar, Dr. Samsilah binti Roslan
(UPM), dan Dr. Noraein binti Mansor (UMT).
Penghargaan juga diberikan kepada semua responden yang telah sudi memberikan
kerjasama dalam menyertai penyeIidikan ini. Akhir sekali penghargaan ditujukan kepada semua
pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan dan
tesis ini,.
Semoga sumbangan semua pihak mendapat ganjaran sewajarnya daripada Allah s.w.t.
v
DAFTAR KANDUNGAN
Kandungan
Muka
Surat
Peakuan Keaslian Penulisan i
Sinopsis ii
Synopsis iii
Penghargaan iv
Jadual Kandungan v
Senarai Jadual viii
Senarai Rajah
Senarai Singkatan
ix
x
BAB 1 : PENDAHULUAN
Latar Belakang Kajian 1
Pernyataan Masalah 4
Model Kerangka Teori 9
Objektif Kajian 26
Soalan Kajian 27
Kepentingan Kajian 29
Batasan Kajian 31
Definisi Operasional 31
BAB 2 : SOROTON KAJIAN
Pengenalan 37
Tinjauan literatur resilien 38
Mengapa minat tentang resilien meningkat 40
Kritikan utama bagi literatur resilien 41
Resilien dan Faktor Protektif 47
Resilien pelajar 49
Daya Tindak, Budaya dan Teori Daya Tindak 51
Penilaian Terhadap Penyelidikan Keatas Resilien Pendidikan 62
Isu-isu dalam mendefinisikan resiliensi 65
Penyelidikan Resilien Klasik 69
Penyelidikan Keatas Resilien Pendidikan 73
Implikasi amalan resiliensi dalam pendidikan 90
Sokongan Guru dan harapan pelajar 93
Menggalakkan resilien di sekolah 96
Implikasi kajian mengenai resilien 102
Kesimpulan 104
vi
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan 106
Reka bentuk penyelidikan 107
Populasi dan sampel kajian 108
Instrumentasi 111
Prosedur Kajian 144
Analisis Data 144
Model Persamaan Struktural 148
BAB 4 : DAPATAN KAJIAN
Pengenalan 162
Latar Belakang Sampel 164
Dapatan Secara Deskriptif 165
Analisis Model Persamaan Struktural 168
Analisis Model Cadangan 170
Uji Konformatori antara Konstruk Endogen 173
Estimasi Persamaan full Model 178
Normaliti 179
Analisis Model Fit Model cadangan 181
Membandingkan Kaedah Anggaran Menggunalkan Bootstraping 182
Trianggulasi 184
Bollin-Stine Bootstraping 184
Modifikasi Model 185
Analisis model fit Modifikasi model 187
Model parsimoni 188
Analisis model fit model Parsimoni 189
Pengujian Soalan-Soalan Kajian 189
Analisis Menyeluruh model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari
Sekolah Lokasi Bandar dan Luar Bandar
190
Analisis Menyeluruh model Fit mengikut jantina Lelaki dan
Perempuan
192
Analisis Menyeluruh Model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari
Tempat Tinggal Kawasan Bandar dan Luar Bandar
194
Analisis Menyeluruh model Fit mengikut Kumpulan Pelajar dari
Sekolah Elit,Primier dan Agama
195
SEM dengan hubungan moderasi 196
SEM dengan estimasi Bayesian 202
Kesimpulan 206
vii
BAB 5 : RINGKASAN, PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN
PENUTUP
Pengenalan 207
Kesimpulan 211
Perbincangan dan Ulasan Keputusan 217
Implikasi kajian 228
Implikasi Praktikal 233
Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan 238
Rumusan dan Penutup 239
RUJUKAN 243
LAMPIRAN
Lampiran A: Surat Kebenaran Kajian
Lampiran B: Instrumen Kajian
Lampiran C: Model Kajian
viii
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Konstruk dan Indikator Model Sikap Resiliensi Pelajar 25
Jadual 2 Populasi dan Persampelan Sekolah Kawalan 109
Jadual 3 Instrumen dan konstruk kajian 112
Jadual 4 Model CFA bagi Konstruk Sikap Resilien 131
Jadual 5 Model CFA bagi Konstruk Sikap Resilien 133
Jadual 6 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Sikap Resilien 133
Jadual 7 Model CFA bagi Konstruk Faktor Protektif 135
Jadual 8 Goodness of fit Konstruk faktor Protektif 136
Jadual 9 perbezaan Goodness of fit model Konstruk Faktor
protektif
136
Jadual 10 Model CFA bagi Konstruk Daya Tindak 139
Jadual 11 Goodness of fit Konstruk Daya Tindak 140
Jadual 12 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Daya tindak 140
Jadual 13 Model CFA bagi Konstruk Akulturasi 142
Jadual 14 Goodness of fit Konstruk Akulturasi 143
Jadual 15 Perbezaan Goodness of fit model Konstruk Daya Tindak 143
Jadual 16 Profil Pelajar Mengikut Jantina, Tempat Tinggal, Lokasi
dan Jenis Sekolah
164
Jadual 17 Sikap resiliensi pelajar di sekolah primier,elit dan agama 165
Jadual 18 Tahap Daya Tindak (coping) di sekolah Elit, primier dan
Agama.
166
Jadual 19 Tahap Akulturasi Pelajar di sekolah Elit, Primier dan
Agama
167
Jadual 20 Tahap faktor protektif pelajar di sekolah primier, elit dan
agama
168
ix
Jadual 21 Pemboleh ubah-Pemboleh ubah Model Cadangan 171
Jadual 22 Regression weights untuk CFA 174
Jadual 23 Standardized Regression weights untuk CFA 174
Jadual 24 Estimasi Regression weights untuk CFA 176
Jadual 25 Estimasi Standardized Regression weights untuk CFA 177
Jadual 26 Normaliti Pemboleh ubah 180
Jadual 27 Model Cadangan Menggunakan Penganggar Bootsrapping 181
Jadual 28 Goodness of Fit Model Cadangan 184
Jadual 29 Bollen-Stine Bootsrapping Model Cadangan 184
Jadual 30 Modification Indices Terhadap Model Cadangan 186
Jadual 31 Model Ubahsuai Menggunakan Penganggar Bootsrapping 187
Jadual 32 Goodness of Fit Model ubahsuai 188
Jadual 33 Bollen-Stine Bootsrapping Model Cadangan 188
Jadual 34 Goodness of Fit Model Parsimoni 189
Jadual35 Goodness of Fit Model ubahsuai 190
Jadual 36 Goodness of Fit Model Cadangan 191
Jadual 37 Goodness of Fit Model mengikut jantina 193
Jadual 38 Goodness of Fit Model ubahsuai Pelajar Bandar dan Luar
bandar
194
Jadual 39 Goodness of Fit Model Mengikut Jenis Sekolah 195
Jadual 40 Kebolehpercayaan komposit (Composite Reliability) 200
Jadual 41 R Square 201
Jadual 42 Kovarian Daya Tindak dengan sikap Resiliensi dengan
estimasi maximum likelihood
204
Jadual 43 Kovarian Daya Tindak dengan sikap Resiliensi dengan
estimasi Bayesian
204
x
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Adaptasi dari kerangka resiliensi oleh kumpfer 22
Rajah 2 Langkah pendekatan model persamaan struktural 23
Rajah 3 Kerangka model kajian 24
Rajah 4 Ringkasan analisis kebolehpercayaan instrumen 130
Rajah 5 Model pengukuran konstruk Sikap Resilien bagi
ujian rintis
132
Rajah 6 Model pengukuran bagi konstruk faktor protektif 134
Rajah 7 Model pengukuran bagi konstruk Daya Tindak 137
Rajah 8 Model pengukuran bagi konstruk Daya Tindak
ubahsuai
138
Rajah 9 Model pengukuran bagi konstruk Akulturasi 141
Rajah 10 Model cadangan sikap resiliensi pelajar 169
Rajah 11 Model asal ujian konfirmatori antara konstruk
endogen
173
Rajah 12 Model ubahsuai ujian konfirmatori antara konstruk
endogen
176
Rajah 13 Full model struktural 178
Rajah 14 Model modifikasi 185
Rajah 15 Model Moderasi 197
Rajah 16 Pengujian kovarian 203
Rajah 17 Posterrior distribusi kovarian daya tindak dengan
sikap resiliensi
205
Rajah 18 Bayesian plot trace kovarian daya tindak dengan
sikap resiliensi
206
Rajah 19 Skema yang di terokai dalam kajian 231
xi
SENARAI SINGKATAN
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
ARAS - Adolescent Resiliency Attitude Sc ale
SEM - Structural Equation Modeling
SPSS - Statistical Package for Social Science
AK - Akulturasi
SR - Sikap Resilien
DT - Daya Tindak
CCS - Core convintion scale
MRS - Multidimensionality of Religiosity Scale,
RCAS - Religious Coping Activities Scale
SES - Socio Economic Status
CFA - Comfirmatory Factor analisis
AMOS - A Moment Structural
ML - Maximum Likelihood
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
OLS - ordinary least square
RMSEA - Root Mean Square Error of Approximation
GFI - Goodness of Fit Index AGFI - Adjusted goodness-of-fit
CPI - Comparative Fit Index
TLI - Tucker-Lewis Index
CFI - Confirmatory Fit Index
WLS - weighted least squares
GLS - generalized least squares
ADF - asymptotically distribution free
LISREL - LInear Struktural RELations
NNFI - Nonnormed fit index
NFI - Normed Fit Index
PNFI - Parsimonious normal fit index
PGFI - Parsimonious goodness-of-fit index
CR - Critical Value
MSl - metode successive interval
KRK - Kelas Rancangan Khas