dr. hamzah flj. taib (1900-1956) -...

16
Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) Oleh - RAMLAH BT. ADAM, Ph .D.' SYNOPSIS Dr . Hamzah Haji Taih was a prominent political figure in JollOre. He started as a political aetil'ist in Muar in the 192IJs and 1930s he/ore venlUring ill/o political po- lemic in the JollOre state. His opposition to the leadership 0/ DalO ann Jaa/ar in Johore and U M NO was very interesting. He represented Muar at the grass-root level to question the appointment 0/ Dato ann as the Menteri Besar 0/ Johore. He even lVent beyond that, when he demanded the Sultan 0/ Johore ami Data ann to justify their actions in taking JollOre ill/o the Federation 0/ Malaya in 1948. He el'en joined PUTERA-AMCJA in the anti-Federation Movement. Though he and his association, Le"'haga Kesatuan Melayu Johor ( LKMJ) /ailed 10 gain the support 0/ the majority 0/ the Johore people, his struggle .Ii" pOll'er is importall/ in understanding the com- plexity 0/ Malay politics at the state amlfederalleve!. Dr . Hamzah ialah seorang lokoh yang penling di dalam sejarah polilik Muar . kerana lerlibal di dalam gerakan nasionalisme peringkal daerah. negeri dan per- sekuluan secara cergas. rwalaupun beliau seorang doktor perubatan, tela pi minat politiknya telah menyebabkan beliau menghabiskan masa dan wang ringgilnya bagi menubuhkan persatuan sosiopolilik daerah Muar dan melibatkan persatuan-per- satuannya di dalam gerakan politik Tanah Melayu. Beliau bekerjasama dcngan Parti Kebangsaan Mclayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO dan Per- sekutuan 1948. Beliau ialah seorang pembangkang politik yang terkenal di Johor . Beliau dilahirkan sekitar tahun 1900, di Muar. Ayahnya Hj. Taib bin Talib. ialah Timbalan Pesuruhjaya Pcrdagangan dan Kaslam Muar Johor pada zaman pentadbiran Sultan Abu Bakar. Kcturunannya bcrasal dari Sulawesi dan datang ke Johor dari Pahang pada awal abad 19. Ibu Dr. Hamzah. Hajjah Halimah Taib juga berketurunan Bugis. I Dr. Hamzah mendapal pcndidikan awal di sekolah Mclayu scbelum ke 'Eng- lish Government School' Muar. Sclepas lulus 'Senior Cambridge" beliau menuntut di 'Medical College King Edward VII' di Singapura dengan perbelanjaan sendiri dan kerajaan Johor. Ijazah yang diterimanya pada lahun 1923. mcnjadikan beliau anak Muar yang pertama mendapat kelulusan yang begitu tinggi. Pcnulis ialah Prof Madya di Jabalan Sejarah. Univcrsili Malaya . I Mohammad Diah Hj. Wahari. ' Dokt or Ham7 .a h. Patulkah Scliau Dilupakan', Lellihan Ilmiah. Un;· vcrsiti Malaya . 1984/ 85. him . I - 2. Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: dodung

Post on 29-Aug-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) Oleh

- RAMLAH BT. ADAM, Ph.D.'

SYNOPSIS

Dr. Hamzah Haji Taih was a prominent political figure in JollOre. He started as a political aetil'ist in Muar in the 192IJs and 1930s he/ore venlUring ill/o political po­lemic in the JollOre state. His opposition to the leadership 0/ DalO ann Jaa/ar in Johore and U M NO was very interesting. He represented Muar at the grass-root level to question the appointment 0/ Dato ann as the Menteri Besar 0/ Johore. He even lVent beyond that, when he demanded the Sultan 0/ Johore ami Data ann to justify their actions in taking JollOre ill/o the Federation 0/ Malaya in 1948. He el'en joined PUTERA-AMCJA in the anti-Federation Movement. Though he and his association, Le"'haga Kesatuan Melayu Johor ( LKMJ) /ailed 10 gain the support 0/ the majority 0/ the Johore people, his struggle .Ii" pOll'er is importall/ in understanding the com­plexity 0/ Malay politics at the state amlfederalleve!.

Dr. Hamzah ialah seorang lokoh yang penling di dalam sejarah polilik Muar. kerana lerlibal di dalam gerakan nasionalisme peringkal daerah. negeri dan per­sekuluan secara cergas. rwalaupun beliau seorang doktor perubatan, tela pi minat politiknya telah menyebabkan beliau menghabiskan masa dan wang ringgilnya bagi menubuhkan persatuan sosiopolilik daerah Muar dan melibatkan persatuan-per­satuannya di dalam gerakan politik Tanah Melayu. Beliau bekerjasama dcngan Parti Kebangsaan Mclayu Malaya (PKMM) untuk menentang UMNO dan Per­sekutuan 1948. Beliau ialah seorang pembangkang politik yang terkenal di Johor.

Beliau dilahirkan sekitar tahun 1900, di Muar. Ayahnya Hj. Taib bin Talib. ialah Timbalan Pesuruhjaya Pcrdagangan dan Kaslam Muar Johor pada zaman pentadbiran Sultan Abu Bakar. Kcturunannya bcrasal dari Sulawesi dan datang ke Johor dari Pahang pada awal abad 19. Ibu Dr. Hamzah. Hajjah Halimah Taib juga berketurunan Bugis. I

Dr. Hamzah mendapal pcndidikan awal di sekolah Mclayu scbelum ke 'Eng­lish Government School' Muar. Sclepas lulus 'Senior Cambridge" beliau menuntut di 'Medical College King Edward VII' di Singapura dengan perbelanjaan sendiri dan kerajaan Johor. Ijazah yang diterimanya pada lahun 1923. mcnjadikan beliau anak Muar yang pertama mendapat kelulusan yang begitu tinggi.

• Pcnulis ialah Prof Madya di Jabalan Sejarah. Univcrsili Malaya. I Mohammad Diah Hj. Wahari. 'Doktor Ham7.ah. Patulkah Scliau Dilupakan', Lellihan Ilmiah. Un;·

vcrsiti Malaya. 1984/85. him. I - 2.

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA DARI SEGI SEIARAH

Seperti bapanya, Dr. Hamzah menjadi pegawai kerajaan Johor. Beliau di­terima sebagai 'Assistant Surgeon' di Hospital Johor Baharu pada bulan Jun 1923.2

Beliau kemudian berpindah ke Muar pada bulan September 1923, dan ke Mersing pada tahun 1924.' Perpindahan yang kerap ini menunjukkan keperluan seorang doktor perubatan adalah sangat menonjol, terutama di kawasan pedalaman seperti Mersing.

Pada bulan November 1925, Dr. Hamzah meletakkan jawatannya secara mengejut. Sebabnya, beliau tidak puas hati dengan layanan pilih kasih British ter­hadap pegawai tempatan. Johor, walaupun tidak ditakluk secara langsung oleh British seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. namun Sultan Ibrahim telah ber­setuju mengambil penasihat British pada tahun 1914, walaupun ditentang oleh pembesar-pembesar Melayu.4 Dengan itu. kemasukan pegawai-pegawai Inggeris bagi mengetuai jabatan-jabatan kerajaan. menjadi perkara yang lumrah.s Sikap Sultan Ibrahim yang memberi layanan yang istimewa kepada pegawai Inggeris ini seperti rumah, elaun dan gaji, menjadikan keadaan lebih buruk lagi.' Pegawai­pegawai Inggeris ini kadangkala bersikap terlalu menekan kepada pegawai Melayu seperti yang dialami oleh Dr. Hamzah' dan beberapa pegawai Melayu yang lain.'

Dr. Hamzah membuka kliniknya sendiri. Dengan kekurangan doktor yang bertauliah di kalangan orang Melayu, beliau percaya. kliniknya akan mendapat sambutan yang baik. Kliniknya yang dinamakan 'Malay State Pharmacy', merupa­kan klinik bumiputera yang pertama dibuka di Muar dan di Johor. Ia mendapat sambutan ramai; oleh sebab itu cawangannya dibuka di Kulai. Sinai, Kluang, Se­gamat, Johor Bahru dan Tampin.9

Tindakannya bekerja sendiri membolehkan beliau bergiat di bidang politik yang memang diminatinya sejak zaman persekolahannya. Pada waktu itu beliau bergiat di dalam 'Muslim Debating Association' (M .D.A.). M.D.A. yang ditubuh­kan pad a tahun 1914 oleh Abdullah Esa. Ketua Pos Muar, merupakan badan

Territorial Medical Report for the year 1923. Government Printing Office. 1924. him. 7. MDF451f1925.

.. Seperti Dato Jaafar Mohamad. Mcntcri Besar dan Dato Sri Amar Diraja. Ab. Rahman Andak. Li­hat Fauzi Basri dan Hasrom Haron. S("jamh Jolwr Maden 1885 - 1940. Mur.ium Neg-Ara. Kuala Lumpur. 1989. him. 201. 60 - 67.

~ Scbelum 1914. ada bcbcrapa pegawai Inggeris yang diJantik olch Sultan Ibrahim sebagai pelcngkap kepada sistcm birokrasi Johor. (CTutama di dalam jahalan yang kekurangan pegawai tadbir Melayu yang berst"suaian. scperti penasihat Undang-Undang Johor. R9nald Braddell, Tetapi sclepas 1914. D.G. Campbell mcmasukan lebih ramai pegawai Inggeris. scperti H.S. Sirom sebagai Pesuruhjaya Kastam Johor. W.Y.B. Draper sebagai yang Oipertua Lembaga Johor Bahru. C.S. Alexander. Pe­suruhjaya Kcwangan Johor. J. Griffin scbagai 'Commissioner or Land. Mines and Survey', J.V. Thomp~on sehagai Pegawai Pelajaran Inggeris Johor. c.P. Cueaden. Pcsuruhjaya Besar Polis. Lihat Ahmad Fawzi (a] Mohd. Ahmad Pawazi bin M\lhd. Basri . .Tohor 1855 - 1917: Perkembangan Dalam Pcntadbirannya. M.A. University Malaya. 1982/83. him. 187 - 194.

6 Warlll Malaya, 23/1 /30. M OF 159/23 - Beliau dinafikan rumah kcrajaan. claun dan sewa rumah.

M Onn Jaarar. searang kakitangan kcrajaan Johor mcngalami keadaan yang sarna. Oi dalam tahun 1924. scwaktu memcgang jawatan Penolong Pemungut Hasil Batu Pahat. elaun perkhidmatan $200.00 sctahun tclah dipotong olch Penasihat Am British: Onn lerpaksa mcndapalkan perinlah Sultan Ibrahim di dalam Majlis Mcsyuarat Negeri Johor untuk mcndapatkan haknya.

9 Pila Rakaman Tcmu Bual Khadijah Sidck dengan Pcgawai Arkib Ncgara. Kuala Lumpur.

2

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HI . TAIB

untuk eerdik pandai bertukar IIkiran mengenai hal-ehwal orang-orang Melayu. Fikiran mereka disalurkan di majalah Lidah Teruna. yang sangat popular di Muar di dalam tahun I 920-an . M.D.A juga membual desakan-dcsakan terus kcpada ke­rajaan mengcnai soal-soal kebajikan orang Melayu . Badan ini bolehlah dianggap sebagai reformis dan 'pressure group' eerdik pandai Melayu di Muar.

Sekembalinya ke M uar. pada lahun 1923. Dr. Hamzah menghidupkan scmula M.D.A. Walaupun beliau lidak menjadi keluanya.'u tela pi telah menjadi juru­eakapnya yang berkesan. Seliap desakan M.D.A. disampaikannya kepada keraja­an. Keberaniannya dan tarafnya yang bebas daripada perkhidmatan kerajaan. me­mudahkan beliau bersuara dan bertindak. Cara lindakannya sangal sistematik. Beliau menulis lerus kepada Menteri Besar. Setiausaha negeri Johor. 'Stale Com­missioner' Muar. Pengarah Pcndidikan dan sesiapa sahaja yang bcrtanggung-jawab terhadap hallersebut. Malah . Sultan Johor juga didesaknya melalui surat-suratnya.

Antara perkara yang dibangkilkan ialah soal kchajikan orang-orang Melayu seperti kekllrangan bekalan makanan." kckurangan lempat dan kemudahan be­lajar bagi anak-anak Melayu." mcminla pcrpustakaan dan dewan orang ramai di Muar. " mendesak kerajaan membaiki skim gaji guru-guru sekola h Mclayu. '4 mcn­desak bantuan susu percuma bagi rakyat miskin.15 dan banyak lagi.

Salu cadangannya ya ng sangal bernas bagi mengalasi kemiskinan orang Melayu ialah penubuhan Bank Pertanian . Melalui bank ini. pinjaman-pinjaman dengan faedah yang berpatutan bagi petani-petani menjalan kegiatan pertanian mereka . Ini dapal membanlu kehidupan pelani-pelani yang terlalu miskin. Bank ini juga dapat menjadikan !Hnah hutan yang terbiar itu kepada ladang-Iadang ternak­an lembu dan ayam oleh petani-petani . Pengeluaran yang banyak boleh menyedia­kan Johor dengan bekalan makanan jika berlaku peperangan.'· Namun kcrajaan Johor tidak melihalnya sebagai penting unluk masa ilu. Dasar memajukan per­lanian luar bandar lidak pernah dipenlingkan sebelum merdeka. oleh kerajaan Johor.

Desakannya di dalam soal penladbiran dan polilik lebih kenls lagi . Beliau mendesak supaya anak-anak Mclayu dibcri jawalan penling yang dipegang oleh pegawai-pegawai Inggeris di Johor. Bagi beliau. sebagai sebuah negeri Melayu. orang-orang Melayu mesli diberi keu!Hmaan. lambahan pula mercka mempunyai kelayakan yang selaraf dengan pegawai-pegawai Illar ilu." Demi kepenlingan anak-anak Melayu di masa depan. Dr. Hamzah mendesak supaya kemasukkan orang-orang Cina di Johor dikurangkan. walaupun di alas kcperluan Icnaga kcrja. Ini kerana jumlah mereka yang ramai telah mcnycbabkan pergaduhan sesama

10 KClUanya ialah AtxJuliah I-Ij . Taib. "dik Dr. '·lanmth, bcli.tU mcndapat rcndidikan Inggcris dim pcndidik<ln ug .. ma di Beirut. Beliau pcrnah rncnj.ldi Pcgawai Dacmh Muar.

II 55540/02 sunil Dr. Hamz,th kcpada Sctiuus:.lha Ncgcri Kcrajaan. hcrlarik 6/7/1 932. I~ SCM44/48 Suwl Dr. Hamz:.th kcpada Slate COlli missioner Muaf. hcrl.uikh 11'1 /101'1. IJ MB202/3K. sura l Dr. Hmnzah kcpada Sultan Ibrahim 28/ _"3M. '" 555003/39. sura l Dr. H,lmzuh kcpada Sctiausaha Kcrajaan Ncgeri . bcrlarikh 24/2/39. IS MB202/38. sura l Dr. Ham:wh kcpada Sultan Johor. 2K/30 X. If) 55J6087/38. Sunil Ham7.ah kcpOIda SCliausaha Kcrajaan Ncgcri. 12/1 2{3!t 11 5S4653/38 sural Dr. I-Iamzah kcp:lda Sl'tiausaha Kcraja'lIl Ncgcri . 14/9/38.

3

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALA YStA DARt SEGI SEJARAH

mereka, bertambahnya jenayah/dan perkauman." Beliau mendesak supaya 'Alien Enactment' di negeri-negeri Melayu digunakan di Johor." Beliau juga bersetuju supaya syarat-syarat kemasukan buruh-buruh India diperketatkan bagi mengurangkan pengangguran di kalangan orang Melayu.'" Isu ini menjadi per­hatiannya kerana kerajaan menganggap Muar sebagai kawasan yang tidak penting. Muar bukanlah pusat pentadbiran dan ekonomi Johor. Muar ialah salah salu kawasan pedalaman Johor. Oleh itu layanan terhadap perkara tersebut tidak ada langsung. Ini menyebabk;IO mereka kekal di dalam keadaan miskin dan dair. Tanpa pelajaran yang cukup, yang boleh menjadi agen perubahan sosial orang Melayu. keadaan penduduk luar bandar tidak akan berubah langsung. Dr. Ham­zah, dengan itu menjadi rerormis masyarakat Melayu M uar yang lantang.

Desakan-desakan Dr. Hamzah ini lidak jauh berbeza daripada desakan re­rormis dan nasionalis-nasionalis yang terkenal seperti ann Jaarar. Rahim Kajai , Eunos Abdullah dan lain-lain lagi yang bekerja sebagai wartawan di akhbar-akhbar yang penting di Singapura dan Kuala Lumpur. Hanya yang berbeza ialah suara Dr. Hamzah berkumandang di peringkal Muar sahaja. sedangkan suara tokoh-tokoh yang lain itu lebih luas di serata Semenanjung. Ini bererti kesedaran kebangsaan orang-orang Melayu di dalam tahun 1920-an hingga 1930-an itu bukan sahaja ber­laku di peringkal kebangsaan. tela pi juga di peringkal daerah oleh lokoh-tokoh dan persMtuan-persatuan daerah. Ini bukan bermakna mereka tidak penting. la se­benarnya satu penyempurnaan kepada salU pusingan bulalan kegialan nasion a­lisme Melayu ilU sendiri . Di sinilah kepentingan Dr. Hamzah dan M.D.A.

Dari peringkal daerah, Dr. Hamzah cuba menjadi pemimpin negeri Johor. Beliau lelah memasuki pilihanraya memilih wakil rakyal Melayu bukan pegawai di dalam Majlis Mesyuaral Negeri Johor (M MNJ) pad a lahun 1931. Idea untuk me­milih calon ini disuarakan oleh Onn Jaarar di dalam War/a Malaya (WM) pada bulan Mac 1930. Walaupun ada penyelidik yang mengalakan Dr. Hamzah ialah orang yang memulakan idea ini /' tetapi Onn Jaafar. yang menjadi pcngarang Warta Malaya di Singapura. lelah membangkilkan hal ini sebanyak liga belas kali di dalam rencana-reneana pengarangnya di sepanjang lahun 1930. Beliau dapali suara orang-orang Melayu di dalam kerajaan ataupun di dalam masyarakal sangal berkurangan. Tidak lerdapal seorang pun ahli-ahli MMNJ yang boleh mewakili pendapat orang ramai kerana semua pegawai Melayu yang ada. lebih mewakili ke­pentingan pentadbiran kerajaan." Mereka juga tidak berupaya membangkilkan perkara-perkara yang mementingkan nasib orang awam kerana bimbang ke­dudukan mereka lerancam B Keadaan menjadi lebih menyulilkan lagi apabila

I~ Ini tcrjadi di dalam tahun 1931t apabila scorang pcmandu Mclayu tclah discrang olch sckumpulan pemuda Cina. Beberapa orang polis Mclayu tc\ah dicedcrak'lI1 dcngan botol dan balu bala di dalam pergaduhan di pckan Muar. S51527/38. surat Dr. Hamzah kcpada State Commissioner Muar. 19/9/38.

,., MBJ542/38. sural Dr. Hamlah kcpada Mcntcri 8esar. 19/ 10/38. 1U SS1375/39. sural Dr. Ham7..ah kepada Setiausaha Kcrajaan Ncgcri. 11 / 1/39. ~ I Mohammad Diah Haji Wahari: Doktor Hamzah. Palulkah dilupakan?: him. 22 - 24 " Warla Malaya, 13/ 12/30. B Warla Malaya. 3/ 1/30 dan 17/ 10/30.

4

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ. TAIB

laksa Pendamai yang dilantik hanya terdiri daripada orang-orang Cina sahaja. 24

Oleh itu menurut Onn, orang awam Melayu tidak ada tempat untuk bergantung, maka pelantikan ahli tidak rasmi di kalangan orang Melayu adalah sangat mustahak.

Dr. Hamzah terpengaruh dengan cadangan itu melalui bacaannya dan per­bincangan dengan rakan-rakannya. Mereka, seperti orang Melayu lain sedar akan kepentingan cadangan itu. Dr. Hamzah yang biasa menulis surat kepada Setia­usaha negeri mengenai perkara-perkara yang tidak memuaskan hatinya, mengambil cara yang sarna, pada 2 Februari 1931.21 Caranya ini bersifat birokra-tik yang berbeza daripada Onn laafar.

Hasil daripada kempen pelbagai pihak itu, kerajaan lahar, bersetuju mene­rima seorang wakil pegawai Melayu bukan kerajaan pada bulan Oktober 1930." [ni ialah satu kejayaan yang sangat penting bagi rakyat Melayu lahar. Suara mereka telah didengar oleh kerajaan lahar. Kebebasan bersuara telah dilaksana­kan di lahar.

Penduduk Melayu lahar dengan itu telah mengadakan satu jawatan kuasa pemilih yang diketuai oleh Penghulu Yusof Abdullah, dan setiausahanya ialah Dr. Hamzah sendiri. Dr. Hamzah telah menggunakan kelab Gubahan Setia Muar, untuk menjadi pusat operasi jawatankuasa itu."

Orang ramai telah memilih dua orang calon iaitu Onn laafar dan Dr. Hamzah Hj. Taib." Pencalonan ini dibuat kerana penglibatan mereka di dalam menyuarakan kepentingan orang ramai secara terbuka dan bersungguh-sungguh. Mereka ialah reformis masyarakat Melayu lahar yang dikenali umum.

Pemilihan wakil rakyat ini dilakukan dengan cara yang sistemetik dan ber­landaskan ciri-ciri pilihanraya umum. Tiap-tiap undi yang diberi dilakukan secara sulit; hanya penghulu-penghulu sahaja yang mengetahui pemilihan itu. Mereka pula menyampaikannya kepada jawatankuasa di Muar. '" Scbanyak 24 buah kam­pung telab menghantar pili han mercka, bermula dari Kcsang sehingga ke Mersing dan lahar Bahru. JI)

24 War/a Malara. 1913/30. " SSJ2674/YJO. 26 W(lrta MCl/(I)'Cl. 17/ 10/30. 27 Warta MalaY'a. 6/3/31. 2S MS2694/ 1930 - surat Mohd. Taha bin Banut. seorang ahli lawatankuasa pcmilihan. kcpada Selia­

usaha Kcraja.m Ncgcri. 11 /4/32. ~ SS2674/Y30 - sural Or. Han17..ah kcpacta SS.2/3/31. JO Kampung.-kampung ilu termasuklah:

I. Paril Pccah 2. lahar Sahru 3. Paril Samsu 4. Gcrsck 5. Bukil Ganlang 6. Kundang 7. Pagah 8. Sg. Kluang. Satu Pahat 9. Ponlian Kecil

10. Kukub

Warta Molalla. 6/3/31 .

II. Panlian Hcsar 12. Endau 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

Kuala Pagoh Segamal Kuala Scrkam Kuala Buloh Kasap S.mdar lohar Bahru Sg. Mali Kesang Tasik Mcrsing Lcnga

5

21. Paril Raja 22. Kcsang 23. Scgamal

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA DARJ SEGJ SEJARAH

Pemilihan ini sangat menarik. Inilah kali pertama sebuah negeri Melayu menjalankan satu 'pilihanraya' secara urn urn bagi seluruh negeri Johor. Konsep 'moden' pilihanraya yang bertujuan untuk mencari seorang wakil bagi menyam­paikan kehendak dan masalah orang ramai, nyata sekali menjadi dasar pemilihan ini. Maka, di dalam hal ini, Johor telah memulakan satu ciri 'moden' di dalam pen­tadbirannya, walaupun ia mengamalkan sistem kerajaan monarki.

Di dalam pemilihan itu, Dr. Hamzah dikalahkan oleh Onn dengan kelebihan undi sebanyak 1,484.'1 Dr. Hamzah hanya mendapat 516 undi sedangkan Onn mendapat 2,000 undi u Kemenangan Onn ini tidak begitu memeranjatkan. Ini ke­rana Onn, di dalam banyak hal, lebih dikenali umum. Sebagai seorang pengarang akhbar WM yang merupakan akhbar yang sangat terkenal di Johor dan Singapura, Onn melalui tulisan-tulisannya dapat menemui pembaca-pembaca secara terus. Per­kara-perkara yang dibangkitkan t~rutama mengenai Johor. ialah soal-soal ber­kaitan dengan kehidupan mereka sendiri. Bidasan-bidasan terhadap dasar kerajaan Johor di dalam soal-soal memberi pelajaran, biasiswa negeri. pelantikan Menteri Besar, layanan buruk kepada pegawai-pegawai Melayu dan lain-lain." memberi pengetahuan yang bukan sedikit kepada mereka. Ini dapat mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar pentadbiran Johor. Onn Jaafar. dengan itu. telah menjadi jurucakap dan pembela mercka sejak tahun 1930. Maka tidak hairanlah mereka memilih Onn Jaafar.

Latar belakang Onn sebagai seorang anak angkat Sultan Ibrahim dan anak Menteri Besar Johor" juga tidak kurang mempengaruhi pemilihan itu. Onn Jaafar. dilihat sebagai 'anak orang besar' dan berkedudukan mulia kerana latar belakang itu. Bagi sebuah masyarakat yang masih mempunyai nilai-nilai tradisional Melayu. penduduk Johor melihat Onn Jaafar lebih sesuai mewakili mereka, kerana kedudukan sosial yang lebih tinggi daripada Dr. Hamzah. Walaupun faktor ini tidak begitu penting. namun. ia adalah pelengkap kepada pemilihan itu."

Kekalahan itu tidak mematahkan semangat politik Dr. Hamzah. Pada tahun 1939. beliau bersama beberapa orang kawannya telah menubuhkan Kesatuan Melayu Johor (K MJ). Penubuhan pertubuhan sosiopolitik ini memang menjadi

) 1 Ctlon 3. Mohamad bin Yahya dapal I undi. Warta Malaya. 6/3/31. )2 Sural Mohd. Taha kcpadi' Mentcri Besar. mcngalakan kelebihan undi ialah 1.500 angka ini agak

diragukan kcranu bdiau mcnulis hal ini sclahun kcmudian. scdangkan laporan WM cuma scminggu lebih lambat iaitu 6/3/31.

J) Lihat Wurta Malaya. di dalam lahun 1930 dilO 1931. .lI Onn dijadikan unak angkal kerana kakaknya. Che Dara (lnchc Tcngku) bcrkahwin dengan Sultan

Ibrahim dan mcndilpat scomng anak Iclaki bernum,t Tcngku Ahmitd. Beliau digelar scbag,li Tcngku Tcmcnggong Johor. Onn dihunlar kc England belajar bersama-sama Pulcr,,-Pulcra Sultan Ibrahim iailu Tengku Ismail. Tengku Abu Bakar. Tengku Bendahara dan Tengku Ahnmd. Wan Kadir (001 to) juga dihantar bersum.t. Onn adalah anak Dato laafar Muhamad. Menleri Besar lohor yimg I. Abang Onn iaitu Dato Abdullah dan Dalo Mustafa juga menjadi Mentcri Besar. Kemudiannya Onn pula mcnjadi Menteri Besar Johor di dalam tahun 1946 - 1949 .

. " Walaupun Onn J,liIfilr tdah dipilih. tela pi kerajaan Johor tidak mcncrima pcmilihan itu . Onn tidak ditcrima kerana kegialan-kegiatannya membidas kcmjaan lohor. Maka. pcmilihan orang ramai Icr­hadap Onn. tidak bcrjahlll serta mcrlu. Hanya limu tahun kcmudian. iailu pada bulan Oklobcr 1936. melalui sokongan duri Tengku Mahkota. Tcngku Ismail. Onn dilllntik mcnjadi anggola MMNJ. Onn dilantik schingga 1944. sebc1um dil:mtik mcnjadi Pcgawai Dacrah Batu Pahat. MBJ 26/39.

6

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ . TAIB

minat cerdik pandai negeri-negeri Melayu. Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Perak, dan Persatuan Melayu Negeri Sembilah ditubuhkan di sekitar tahun 1939 dengan tujuan untuk mengadakan kegiatan-kegiatan sosial dan berbau politik bagi golongan pegawai tadbir dan masyarakat Melayu umumnya. Penubuhan per­satuan-persatuan ini, termasuk Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Haji Yaakob (IBHY) yang kemudian menjadi seorang nasionalis lantang pada za­man pendudukan Jepun (1942-1945), adalah permulaan kepada kegiatan politik se­cara persatuan di kalangan orang-orang Melayu.

Dr. Hamzah dan cerdik pandai Muar tidak ketinggalan. Beliau dan bapanya, Hj. Taib telah mengumpulkan mereka yang berminat dan melancarkan pertubuhan KMJ di Muar pada pertengahan tahun 1939. Dr. Hamzah di lantik sebagai Tim­balan Yang Dipertua (YDPl menakala ayahnya sebagai YDP. Penaungnya ialah Timbalan Menteri Besar, Tengku Ahmad . Pelantikan kedua-dua anak beranak ini menunjukkan kepimpinan mereka di iktirar oleh cerdik pandai Muar. yang ke­banyakan ialah pegawai tadbir dan guru sekolah.

Di dalam mendrar tujuan-tujuannya Dr. Hamzah dan ahli jawatankuasa KMJ telah meletakkan tujuh tujuan penting. yang meliputi usaha-usaha untuk menyatukan, mengga lakkan perusahaan, mengadakan hubungan baik dengan ke­rajaan dan raja, menggalakkan peningkatan pelajaran, mengekalkan adat istiadat yang berguna dan taat setia kepada Raja Johor." Tujuan ini tidak lari daripada dasar persatuan Melayu di Negeri-negeri Mclayu yang lain. Walaupun Dr. Hamzah mengatakan. KMJ bukan merupakan satu ikut-ikutan. dan tidak cetek tujuannyaJ7

namun daripada perbandingan yang dibuat. ia adalah scrupa dengan persatuan­persatuan Melayu yang lain. K MJ juga lahir di dalam situasi, struktur dan corak kepimpinan yang sarna""

Dr. Hamzah dan KMJ cuba menjadi persatuan yang berkesan kepada masyarakat Muar. Beberapa perkara tclah didesak dari kerajaan Johor. Antaranya mendesak kerajaan Johor menangguhkan pelaksanaan cukai tanah kerana harga getah yang jatuh terlalu teruk akibat kemelesetan yang berlaku di seluruh dunia. " KMJ juga mendesak supaya orang-orang Melayu yang tidak bertanah diberi tanah­tanah kerajaan.'· Desakan ini. walaupun gagal dipenuhi oleh kerajaan Johor, na­mun ia memperlihatkan KMJ telah herusaha untuk membela o rang Melayu Muar. Pembelaannya ini memperlihatkan kepentingan K MJ sebagai jurucakap masyara­kat umum.

Pendudukan Jepun di seluruh Tanah Melayu pada tahun 1942. mcngganggu kegiatan politik setengah-setengah golongan seperti Dr. Hamzah dan K MJ . Ia adalah peluang untuk KMM pimpinan IBHY menonjolkan kepentingannya. Ini kerana kumpulan inilah yang telah membantu Jepun menyerang Tanah Melayu. Sebagai balasannya , Jepun memberi ' kebebasan' kepada pcmimpin-pemimpin KMM menjadi wakil orang-orang Melayu di dalam politik dan pentadbiran Jepun .

" MBJ675/39. n Lembaga Malaya. 13/5/40. 111 lihat W.R. Roff. Thl' Orif.:im of Mulay NarimUlli.wII. hIm. 235 - 247 . .l9 MBJlI /40. sunil bcrlarikh 26/6/40. 40 MBJ675/39. sural berl;:lrikh 25/4/40.

7

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA DARl SEGI SEJARAH

Maka. golongan-golongan lain yang tidak menyokong kemasukan Jepun. tidak bebas bergerak dan berpolitik. Pentadbiran tentera Jepun juga menghalang ke­bebasan ini."

Penglibatan Dr. Hamzah di dalam politik Johor tidak begitu jelas di zaman penduduk Jepun. Tidak terdapat catatan-catatan mengenai penglibatannya di dalam kegiatan golongan kiri Melayu yang mendapat tempat di dalam pentadbiran Jepun pada masa itu. Beliau tidak menjadi anggota pertubuhan politik yang direstui oleh Jepun scperti PETA" atau KRIS" atau sebagainya. Bagaimanapun beliau pernah dipenjara oleh Jepun kerana merawat seorang anggota MPAJA di kliniknya di Pancur. Beliau di penjara 10 hari. dan dibebaskan atas pertolongan seorang Jepun beragama Islam.44 Peristiwa ini tidak boleh dikatakan satu bukti kerjasama Dr. Hamzah dengan Parti Komunis Malaya. kerana tidak ada bukti-bukti selepasnya yang menunjukan hubungan itu. la bolehlah dikatakan satu tindakan professio­nalnya scbagai seorang doktor. Inilah juga kegiatannya di sepanjang pendudukan Jepun di Johor.

Sebaik-baik sahaja British mengambil alih Tanah Melayu pada tahun 1946. Dr. Hamzah menubuhkan pula Lembaga Kesatuan Melayu Johor (LKMJ). Ini ialah untuk menghidupkan semula KMJ yang terbantut di zaman Jepun. Di dalam LKMJ. Dr. Hamzah sckali lagi menjadi Naib YDP. manakala adiknya Abdullah Hj. Mohd. Taib. pegawai daerah Muar. menjadi YDP. Walaupun begitu. Dr. Hamzah lebih dikenali sebagai pemimpin LKMJ kerana kecergasannya.

Dr. Hamzah dan LKMJ terlibat di dalam usaha orang-orang Melayu me­nentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada I April 1946. MU adalah sebuah kerajaan kesatuan yang menghapuskan segala sempadaan negeri­negeri Melayu dengan menjadikannya daerah-daerah . Kerajaan MU ini diketuai oleh seorang gabenor yang terletak di bawah kuasa Ratu England dan Wales. Ini bermakna Raja-Raja Melayu dilucutkan kedudukan. kedaulatan dan kekuasaan­nya; mereka hanya di lantik sebagai anggota Majlis Penasihat yang diketuai oleh Gabenor. Kerakyatan M U terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di negeri­negeri jajahan British. Mereka yang telah tinggal 3 tahun di Tanah Melayu dan Singapura juga layak menjadi rakyat MU."

" I Untuk keterangan lanjut lihat Cheah Boon Khcng. R('t/ SlOr Ol't'r Malaya. SUP. Singapore. 1983. him. 101 - 123.

42 PETA ialah singkatan b.igi Pcmbcla Tanah Air. yang ditubuhkan olch Jepun scbagai badan lentent yang bertujuan untuk mcmbcbaskan Tanah Mclayu dari pcnjajahan British. Ia dipimpin olch Ibrahim Haji Yaakob (lBHY). yang diterima oleh Jepun scbagai Pcmimpin politik Mclayu y.mg utama.

41 KRIS pula adalah singkatan dan Kcsatuan Rakyat Indonesia Scmcnanjung. iaitu pertubuhan yang ditubuhkan oleh Jepun di bawah pimpinan IBHY. untuk bergerak kepada kcmcrdckuan Tanuh Me­layu bersama-sama Indonesia. la ditubuhkan di dalam lahun 1945. letapi gagal mendapitlkan ke­merdekaan ilu. kcrana Indonesia tclah mengistiharkan kcmerdekaannya lebih awal schari. dari tankh yang ditetapkan. 17 Julai 1945. Untuk keterangan lanjul mengcnai kcdua-dua pcrtubuhan ini lihat Cheah Boon Kheng. Red Star Ol'('r Malaya. hIm. 101 - 123 .

./.4 Mohamad Diah Haji Wahari. Doktor Hamzah. PaLutkah bcliau Dilupakan him. 59 . ·u {Hal ini banyak diperkatakan oleh para sarjana. Untuk keterangan lanjut beber.lpa buah buku

utama dicadangkan iailu: A.J. StockWell. Briti:.h Policy and Malay Polilic.f DurinK the Malayan Union Experiment 194} - /9481. MBRAS. Kuala Lumpur. 1978. K. J. Ratnam. Pallant Perkuum{m Dun Prose.f PoJilik t/i Mulal'a. terjcmahan. Kassim Ahmad. UMP. Kuala Lumpur. 1969.

8

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ. TAIB

Ini bermakna British menjadikan Tanah Melayu sebagai jajahan takluknya seperti Singapura, Hong Kong dan lain-lain lagi. Dengan itu, British telah menafi­kan sejarah Kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu yang telah wujud sejak kurun 7 Masehi"

Orang-orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu telah menentang pelaksanaan MU. Mereka, sama ada secara perseorangan, persatuan-persatuan negeri, daerah dan badan-badan agama Islam, telah menghantar surat, telegram dan memo kepada Pejabat Tanah Jajah;m" Di Alor Star, Kota Bahru dan Johor Bahru mereka mengadakan tunjuk perasaan, menjadi alat menyebarkan perasaan anti-MU dikalangan umat Melayu." Ia merupakan satu penentangan yang aman, tetapi bahangnya meresap di setiap sudut hati masyarakat Melayu.

Dr. Hamzah dan LK MJ tidak menghantar memorandum, tetapi mereka telah mengadakan satu rapat umum di Johor Bahru menentang MU. Ia disokong oleh persatuan Melayu Johor, pimpinan Dato Ab. Rahman Mohd Yassin, seorang pegawai kanan kerajaan Johor. Demonstrasi itu diadakan pad a bulan Disember 1945. Ia merupakan .demonstrasi, yang paling awal di Tanah Melayu, kerana kedudukan mereka yang berhampiran dengan Singapura, membolehkan mereka mendapat salinan kertas putih Malayan Union lebih awal daripada mana-mana negeri. Kertas putih itu telah di bakar dengan disambut oleh sorakan orang ramai. 4Y

Walaupun kesedaran politik Dr. Hamzah dan LKMJ begitu ketara dan lebih awal, namun kepimpinan untuk menentang MU tidak jatuh ke tangannya. Sekali lagi Onn Jaafar yang kini menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat dan Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung Johor, menerajui kepimpinan itu. Onn telah diminta oleh beberapa ahli-ahli LKMJ dan PMJ untuk berbuat sesuatu bagi orang Melayu. 5O Mereka, nampaknya Icbih mempercayai kebolehan Onn daripada Dr. Harnzah, pemimpin mereka. Ini kcrana imcj Onn selama ini sebagai scorang yang berani menentang sesiapa sahaja yang tidak berlaku adil. termasuk Sultan Johor sendiri sangat menonjol. Onn membidas Sultan Ibrahim kerana memberi layanan buruk kepada askar Timb"lan Setia yang menjadi buruh paksa membina padang lumba kuda, ladang-Iadang getah dan tebu di Pasir Pelangi dan Tasik Utara. Onn telah dibuang negeri selama 10 tahun kerana bidasannya itu. Latar belakang ini menyakinkan mereka tentang ketokohan Onn sebagai seorang pemimpin.

<I() Mcngikut rckod China. Kcrajaan Srivijaya. kcrajaan agung di Pclcmbang Sumalr<!. tclah 'mcnakluk' tcmpat-tcmpat yang dianggap pcnting dcmi untuk mcngawal jalan pcrdagangan di Sclat Mclaka. Salah satu tcmpat itu ial'lh K£·dllh. yang dikilwal olch Srivijaya sckurang-kumngnya pada 695. Ini menunjukkan Iclah ada scbuah kcrajaan 'Mclayu' di Scmcnanjung Tanah Mclayu di Kurun 7.0.G. E.Hall. A Hi,~lUry o/Soud,eusl A,I'iu. Macmillan London. 1966. him.

" C0537/ 1556. 1553. 1540. "II Utu,l'Ul/ MelaYII, Majlis. Warta Nt·gara adalah akhbar-ilkhbar yang cukup gial. Lihal misalnY'1

Ahmad bin Masjidin. 'Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Wart" Ncgara' Mal{ly,~it1 Vi '~('Xi Sejarah, JPSM. Kuala Lumpur. No.8, 1979. him. 24 - 44 .

• 9 Utusan Melayu. 1/1 /46. so Uluslln Melayu. 6/2/46.

9

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Dr. Hamzah dan LKMJ telah sarna-sarna berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada I - 4 Mei 1946 di bawah pimpinan Data" Onn Jaafar. Pengerusi Kongres 1946. untuk meneari kata sepakat. Dr. Hamzah dan Haji Mohamad bin Hj. Hassan yang menjadi wakil LKMJ. telah menurunkan tanda­tangan bersama-sama dengan 105 orang wakil persatuan-persatuan negeri Melayu yang lain bagi membentuk Piagam UMNO 1946. Piagam 1946 ini ialah rang undang tubuh UMNO yang pertama. Melalui Piagam 1946 ini. bagi kali pertama­nya. orang-orang Melayu seluruh Semenanjung mendapat kata scplIkat menentang penjajahan mutlak British ke atas Tanah Melayu. Makll kepentingan Dr. Hamzah dan LKMJ bukanlah keeil di dalam sejarah perjuangan kebangsaan dan politik Melayu Semenanjung.

Penguasaan Data Onn di dalam politik Johor dan Semenanjung Tanah Melayu memberi kesan kepada Dr. Hamzah. Beliau tidak darat menerima Data Onn kerana di segi pendidikan. Dr. Hamzah lebih berwihawa . Dari segi kesedaran politik pula. beliau juga tidak kalah daripada Data Onl1 . Han ya yan g membezakan beliau ialah Illtar belakllng aristokrat Dato Onn. Ini bagi Dr. Hamlah lidak boleh dijadiklln alasan kerana ia adlliah di IUllr kemampuann ya. Olch itu. walaupun kerjasama LKMJ diberikan kepada UMNO. namun Dr. Hamzah dan LKMJ men· jadi 'duri daillm daging' kepada Dato Onn dan UMNO. Dr. HamzlIh walaupun bukan Presidcn LK MJ. tctapi paling IlIntang bersuara mcmhangkitkan perkara· perkara yllng menentang UMMO dan Dato Onn. Beliau juga mCl1jadi penganjur dan jurueakap LKMJ di dalam rapat-rapat umum dlln memhuat kenyataan­kenyataan akhbllr menentang Dato Onn dlln UMNO.

Dr. HlImzah telah menggunakan pelantikan Dato Onn schagai Menteri Besar pad a bulan September 1947. sebagai isu penentangannya yang pertama. Dato Onn dilantik menggantiklln Ungku Aziz yang bersara. Hagi Dr. Hamzah. pelan· tikan Dato Onn itu tidak adil kerana Dato Onn bukanlah s.orang yang tinggi pengalamannya di dalam pentadbiran kerajaan Johor scperti Dato Ab. Rahman Md. Yassin . Dr. Hamzah juga menolak kuasa Suitan Johor melantik Dato Onn kerana di dalam struktur kerajaan Malayan Uni on. semua kuasa ek­sekutif negeri Melayu terserah kepada Gabenor Malayan Union. Dengan itu pe· lantikan Dato Onn dikatakanny'a tidllk sah."

Satu perhimpunan umum dilldllklln di Johor Bahru pacia 12 Disember 1946 dengan dihadiri oleh wakil dari 17 bUllh persatuan kecil yang rncncntang UMNO-" Sural bantahan lelah dibuat kepada Gabenor Malayan Union. Setiausaha Negeri Johor dan Dato Onn scndiri. LKMJ jugll meminta untuk herhincang dengan Sultan Ibrahim tctapi tidak dilayan.54 Walaupun bantahan Dr. Harnzah dan LKMJ tidak berkesan. tetapi ia memperlihatkan soal peribadi telah menguasi isu politik Johor.

SI Gclaran Dato didapatinya sccara tidak rasmi daripada orang Mclayu kcrana kcpimpinannya me­ncnlang MU . Gclaran Dato sccara sah hanya dibcrik.tn olch Sultan Ih ra him di d:llam tahun IH47. UMNO/SG t.l7/47.

52 Sill/day Tim('.~. Singapore. 21 /9/47. q Malaya Trih/lf/('. Kuala lumpur. 13/1 2/46. S4 SII//(/a,l' Tilllt's. Singapore. 21 }9/47.

10

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH H1. TAIB

Sebenarnya. Dr. Hamzah sedar mengapa Dalo Onn dilanlik. Hubungan peribadi Dalo Onn dengan Sultan Ibrahim yang rapal bukanlah perkara baru. Sudah menjadi kcbiasaan Sullan Ibrahim melanlik seorang Menteri Besar dari kalangan mereka yang rapal dan disukainya; soal mempunyai pengalaman yang baik, bukanlah faklor yang begilU penling.

Keduanya, lindakan Dato Ab. Rahman mengeluai K umpulan Tujuh men­jaluhkan Sullan Ibrahim kerana menandalangani Perjanjian MacMichael 1946. li­dak dapal diampunkan oleh baginda. Dalo Ab. Rahman yang mengeluai Persaluan Melayu 10hor (PM1)" lelah mengadakan salu rapal umum di Masjid Sullan Abu Bakar pad a bulan Februari 1946, bagi membanlah dan menggulingkan Sui Ian Ibrahim yang lelah me1anggar Fasal 15 dan 16 Undang-Undang Tubuh 10hor 1985. Di dalam kedua-dua fasal ilU, secara legas menghalang Sullan 10hor menye­rahkan atau menggadaikan sebarang tanah atau kawasan 10hor dan jajahan tak­luknya. lika mcrcka bertindak sebaliknya, mereka boleh dilurunkan dari tahta. '·

Satu resolusi lelah dibuat dan ditandatangani oleh tujuh orang pegawai ke­rajaan. Mereka lerdiri daripada Dalo Ab. Rahman, Haji Kosai, Haji Hassan Yunus, Sapiah Sulaiman. Abdullah Sulaiman dan Sulaiman DalO Ab. Rahman. Resolusi ini dihalllar ke Pejabat Tanah lajahan." Walaupun ia tidak ber­kesan, namun ia mcninggalkan parul kepada Sultan Ibrahim. Baginda menge­tepikan Dato Ab. Rahman, pegawai kanan 10hor yang telah berkhidmat sejak Dalo Onn dilahirkan. iailu 1895.

Sultan Ibrahim juga 'terhutang budi' dengan Dato Onn. kerana, beliau tidak menyokong rancangan K umpulan. Tujuh menggulingkan baginda. Dalo Onn yang

~s la berpusat di Johor 11:lhru .. hill ditubuhkan pada tahun 1939. Anggotanya tcrdiri daripada pcgawai kcrajaan di sekilar Jl.lhnr Bahru. Ja merupakan 'platform' bagi keluarga Dato Ab. Rahman di da­lam sosio politik Johor. B<lgaimanapun. ia tidak begitu mcnonjol scperti LKMJ. Ini kcrana pegawai kerajaan tidak bcbas hcrsuara.

~ Fasal 15 dan 16 llndang-Undang Tubuh Johor 1!:S95 mcngalakan:-

IS. Raja Ilu Ilada S\.·ka li-kali balch mcnycrahkan atau bcrbuat sebarang perjanjian atau ikhtiar hcmJ,.k mcny~rahkan akan ncgcri atau suatu bahagian daripada negeri dan Kcrajilan J{,hor ilu h·p.Lda scbarang kcraj:Lan atau kuasa bangsa Eropah atau scbarang lain kcrajaan al~LU bang~a sama ada olch kcrana pada fikirannya susah atau kcbcratan padanya mcnjadi Raja alilu olch kCr'<ma tiada suka dia mcmerintah atau olch kcrana hcndak mcn­dapal mcngamhil dan Il1cllcrima sebarang bayaran atau pencen daripada bangsa atau kc­rajaan I.lin dan dcmildan juga ada 1~'r:Lng d:1O Iclahan ini Icrlctak dan Icrhukum di atas segala dan liap-liap Sl'orang daripada waris dan kcrabat raja .

Maka jikalau dilalui .. tau dicuba lalui larangan tcgahan ini jika raja sendiri disifatkanlah dia ber-dosa mcm(,l'ahkan amanat yang dilctakkan Tuhan .Hasnya dan dcmikhm tiada di­wajibkan rakyat ncg('ri mcianjutkan sclia lagi padanya dan jib kcrabat raja durhaka iil kcpada raja dan kcmjaan dan dcmikian bolchlah dihukumkan dengan scbarang hukuman yang ditimbangkan pal ui.

16. MCfllcri-lllcntcri dan Jcmaah Pangkuan Kerajaan liada juga bolch sckali-kali her­ikhtiar ittau hcrhuat scharang pcrjanjian dcngan sebarang kuasa atau kcrajaan Eropah atau lainnya dcngan maksud hcndak mcnycrahkan ncgcri dan kcrajaan Johor. Muku jikaiuu di­langgar atai.! dicuhanya hcndak melanggar akan tcgahan ini lerjatuhlah ia pada hukuman orang yang uurhaka kcpada Raja dan Kcrajaan ....

Sumber: Arkib Nq,;ara Cawangan Sciatan. Johor Bahru. 57 CO 537/2145. memorandum 11)' I)MJ.

11

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ. TAIB

Dr. Hamzah dan LKMJ sehaluan dengan PKMM dan AMCJA di dalam menentang UMNO. Bagi Dr. Hamzah dan persatuan-persatuan tersebut, pemben­tukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan perjanjian 1948 tidak memberi ke­dudukan yang berdaulat kepada Raja Melayu. British masih tetap menguasai pen­tadbiran Tanah Melayu dan Raja Melayu tetap menjadi boneka." Apa yang di­tuntut ialah satu kemerdekaan yang penuh bagi Tanah Melayu. Beliau tidak setuju dengan pendapat UMNO yang mengatakan orang-orang Melayu masih belum layak merdeka. Ini baginya adalah satu penghinaan yang tidak terhingga kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.""

Pembelaan Dr. Hamzah kepada orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ini se­benarnya tidak tetap dan jelas. Apakah beliau melihat kemerdekaan yang ditun­tutnya dengan segera itu akan menjamin kedudukan yang baik bagi Raja Melayu dan rakyatnya di Tanah Melayu? Ini kerana, di dalam masa yang sama beliau dan persatuannya juga menyokong cadangan AMCJA mengenai kerakyatan jus soli ke­pada orang-orang bukan Melayu dan pembetukan sebuah kerajaan melalui pili­hanraya. yang tidak dapat tidak akan memberi tckanan politik dan ekonomi ke­pada masyarakat Melayu. Tambahan pula un sur kominisme sangat ketara di dalam AMCJA yang disokong oleh Parti Kominis Malaya. Malah PKMM juga mendapat bimbingan daripada PKM 6 l

Faktor-faktor ini telah menyebabkan Dr. Hamzah dan LKMJ dipandang se­rong di dalam UMNO. Bantahannya terhadap draf perlembagaan Persekutuan 1948 di dalam persidangan agung UMNO di Alor Star dan Seremban." tidak di­hiraukan . Ahli-ahli UMNO secara 'majoriti' menyokong draf itu. Walaupun LKMJ sekali lagi cuba membangkitkannya di dalam persidangan UMNO di Kota Bharu pad a bulan Mei 1947, tetapi ia tetap ditolak. Ini menyebabkan Dr. Hamzah dan LKMJ keluar dari UMNO secara rasmi pad a II Mei 1947. Dengan penarikan ini, LKMJ dan Dr. Hamzah secara terbuka menentang UMNO dan Dato Onn.

Kali ini isu yang dibangkitkan pula ialah kemerdekaan Johor yang lerhapus kerana kemasukan Johor di dalam Persekutuan 1948. Mengikut Dr. Hamzah dan LKMJ, di dalam undang-undang tubuh Johor 1985. Johor diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka . Raja Johor dan keturunannya serta pembesar-pembesar ti­dak boleh menyerahkan alau menjualkannya kepada mana-mana pihak atau kuasa luar. Maka dengan tindakan Dato Onn dan Sultan Ibrahim. menandatangani Per­janjian Perseketuan 1948. mercka telah menghilangkan kemerdekaan 1895 itu."

6J Sillgapor(' Pre(' Pn'.~.\ .. 16/5/47. 64 Malaya Trihwl('.lpoh. 6/1 /47; 16/4/47. 65 PKM pada nmsa itu bclum diharambn. la hanya dihanlmkan pada bul.to lu1ai 1940. PKM yang

membantu British di zOlman pendudukan Jepundibcbaskan bcrgerak: persatuan-pcrsatuan pemuda­nya dan persatuan-pcrsatuan buruh yang merupakan cawangan-cawangannya bcrgabung di dalam AMCJA. PKMM (Parti Kebangsaan Mclayu Malaya) pula mendapat kcrjasama daripada pc­mimpin-pcmimpin PKM. Tan Malab, seorang ahli PKI Indonesia juga kemp membcri ceramah kep.lda pcmimpin-pcmimpin PKM. Pcnycrapan ide kominisme di dalam PKMM di­kalakan satu masalah bcsar yang terpaksa dihadapi olch Dr. Burhanuddin. yang me­mimpin PKMM. Lihat AJ. Stockwell. British Policy and Malay Politics During Malay Union Experiment 1942 - 1948. him. 137 - 138.

66 Singapore Fre(' Pn'.u. 16/5/47. 117 Malay Mail. 29/ 12/47.

13

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 13: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA OARI SEQI SFJARAH

LKMJ di banlu sarna oleh PMJ. Kedua-duanya lelah berganding bahu me­nulis sural banlahan kepada Sullan Ibrahim. Tiga orang wakil lerdiri daripada Dr. Hamza h, Dalo Ab. Rahman Mohd. Yassin dan Ungku Abdullah Omar lelah dilugaskan umuk berbincang dengan Sultan Ibrahim." Namun ulusan ini dilolak. Sui Ian Ibrahim enggan berjumpa dengan mereka kerana hal ini boleh disampaikan kepada Menleri Besar."

Penolakan Sullan Ibrahim ini membawa pengerlian yang paling penling kepada kedudukan polilik LKMJ, PMJ dan Dr. Hamzah sendiri. Arahan Sultan Ibrahim ilu bukan sahaja mengikul peraluran pemadbiran, lelapi ia dengan sen­dirinya, lelah meletakkan kedudukan Dato Onn lebih tinggi daripada pemimpin­pemimpin LKMJ dan PMJ. Hanya dengan budibicara Dato Onn sahaja mereka boleh dibenarkan berjumpa dengan Sultan atau sebaliknya. Seperli yang telah di­duga oleh mereka, Dalo Onn lidak fnelihal banlahan mereka ilU perlu dilayan, kerana Dato Onn sendiri lerlibal di dalam rancangan ilu. Ini bermakna keduduk­annya sebagai Menleri Besar mengalasi suara persaluan-persatuan ilu dan pe­mimpin-pemimpinnya.

Ini lidak memalahkan semangal Dr. Hamzah. Salu mesyuaral urn urn lelah diadakan di Johor Bahru pad a 26 Januari 1948, sebagai usaha lcrakhir menenlang Sui Ian Johor dan Dato Onn. la berlujuan unluk mencari langkah-Iangkah yang dapal menahan pelaksanaan Persekutuan 1948. Anlara langkah yang lelah di­pUluskan, ialah meminla Raja-Raja Melayu, Menleri-Menleri Besar dan Ahli-ahli MajJis Mesyuaral Negeri supaya lidak menandalangani perjanjian lersebul.'· Ini bermakna persaluan ini lidak sahaja melihal kesilapan Johor, lela pi juga negeri­negeri Melayu yang lain. Walaupun sural-sural mereka lidak dihiraukan, lelapi percubaan mereka menghalang Raja-Raja Melayu lain bukanlah kebiasaan rakyal Melayu yang beraja.

Pada 27 Januari 1948, Sullan Ibrahim menandalangani Perjanjian Perse­kUluan di ISlana Pasir Pelangi dengan disaksikan olch Dato Onn dan A.T. New­boult, Seliausaha Persekutuan.71 Sebelum ilU, pada sebelah paginya, 8 orang Raja Melayu dengan diiringi oleh Menleri Besar mereka, telah menandalangai Perjanjian 1948 di King's House, Kuala Lumpur. Dengan ilU, banlahan ilU LKMJ lidak bcr­kesan . Dr. Hamzah gagal menyekal kemasukan Johor ke dalam Persekuluan 1948.

Walaupun usaha ini gagal, lelapi ia membawa salU makna yang penling ke­pada sejarah Tanah Melayu. Banlahan LKMJ ilU merupakan salU lindakan awal dari negeri Johor kepada salU pemusalan kuasa dan penladbiran yang berpusal di Tanah Melayu . Selama ini , Johor sebenarnya bebas dari Kuala Lumpur. Walaupun lerdapal pegawai-pegawai Brilish di dalam penladbirannya, lelapi Sultan Johor mempunyai kuasa penuh ke atas mereka. Johor juga mempunyai sistem pentad­biran dan sistem perlahanan (askar Timbalan Setia Johor) yang tersendiri dan sistem ekonomi yang lebih terbuka dengan Singapura. Tetapi dengan kemasukan-

611 Simiis Echo. 3/2/48. 69 Timeso/Malay .17/ 1O/47. 70 Malaya Tribu"e. Singapore. 27/1/48. 71 MBJ 27/48. The Signing or Federation Agreement 1948.

14

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 14: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ. TAIB

nya ke dalam Persekutuan 1948. 'Kebebasan' Johor itu, walaupuu tidak sepenuh­nya hilang, tetapi di segi struktur dan organisasi tertakluk kepada kerajaan pusat di Kuala Lumpur. Maka, bantahan Dr. Hamzah LKMJ dan PMJ itu ada benar­nya.

Sehingga 1952, kegiatan politik Dr. Hamzah tidak begitu cergas. Beliau lebih banyak menumpukan perhatian kepada klinik-kliniknya. Pada masa ini, beliau te­lahpun berkahwin dengan Khadijah Sidek, seorang perlarian politik Indonesia yang kemudian memasuki UMNO dan menjadi Ketua Kaum Ibu UMNO pada tahun 1952. Mereka telah dikurniakan tiga orang anak. Isteri pertama Dr. Hamzah. Hajjah Safiah masih bersamanya.

Suasana politik Tanah Melayu di dalam tempoh ini telah berubah. Kini, ke­giatan politik lebih bertumpu ke arah berkerajaan sendiri dan mencapai kemerde­kaan. Pilihanraya tempatan dan banda ran telah mula diadakan sejak 1951. Parti politik juga telah mengubah 'orientasi' mereka ke arah kemerdekaan, 'Sistem Ahli' diperkenalkan." Kesemuanya ini berlaku kerana adanya kegiatan-kegiatan Parti Komunis Malaya yang cuba mengambil alih pentadbiran dan politik Tanah Melayu secara kekerasan bersenjataH Untuk mengatasi pengaruh PKM ini. British mengadakan perubahan pentadbiran yang boleh memindahkan kuasa secara ber­ansur-ansur kepada penduduk Tanah Melayu. Dengan cara ini. PKM tidak dapat menggunakan penjajahan British ke atas Tanah Melayu sebagai alasan penentangan mereka. Maka. akibat kegiatan-kegiatan pentadbiran British itu, 'mood' politik tempatan bergerak ke arah kemerdekaan.

Dr. Hamzah dan LKMJ tidak ketinggalan. Sebagai seorang yang sedar dan berminat dengan kegiatan politik orang Melayu. beliau telah mengadakan satu persidangan di Muar. Pada 13 April 1952. Dr. Hamzah dan LKMJ telah meng­adakan satu persidangan di Muar bagi membincangkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Dr. Harnzah menjadi Pengerusi Persidangan yang dihadiri oleh Persatuan Melayu Semenanjung (PEMAS)". pimpinan Hashim Ghani dan beberapa orang

12 Sistcm Ahli dipcrkcnalkan pada I.thun 1951 schingga 1955. 101 bcrtujuan unluk mcmberi pcngalanmn rcntadbiran kcpada beberap" pcmimpin lempalan. scbclum pilihanraya umum rmda tahun 1955 di­adakan. bagi mcmilih parti yang memtlcntuk kcmj.tall . Oi d.tliUn sistcm ini. 5 ontng tcmp.ltan di­lantik mcmcgang jawatan 'Menten' di bawah pimpinan Pcsuruhjaya Tinggi liritish. Mercka' ialah:­Dato Onn Jaafar Dato Mahmod Mat Tunku Yaakob ibni Suilull Ab. Ilamid Dr. Lee Ti :mg K hcng

- Ahti Dalam Negeri . - Ahli Tanah. Perlombongan dan Pcrhubungan. - Ahh I)ertanmll dun Pcrhul.tnan.

- Ahli Kcsihatar.. Dato EE.C. Thuraisinglmm - Ahli Pclaiamn.

71 Hal ini banyak J ipc rkalak :m olch ahli -ahli Sarj<tllil Scjarah. Anlaranya L.W. Pye. Guerrilla COli/­Imm;.tm till/om MO/llm: /h Sodalllllli P"U';m{. MC'lIn;II)!. Princeton. New Jersey. 1956. Anthony Short. Communism a;ld thc Emcrj.!cncy. in \Van~ Gang WII. (ed.). M(lI".r.~i(l. Melbourne. 1964.

1. PEMAS tclah ditubuhkan pad:t t:lhun 11J50 olch Hashim Ghuni. bekas <lhh Singilporc Progfi._'Sslvc Party . " cliall van~ hcrasal dari Mclak:t dan bckcria di Sil1j.!>tpura Idah mCllubuhkan PEMAS hi.lJ,!i memhanlah tindak ;m Dato Unll Jaal;,r Illcmhuka kcrakvalan nC~Cfl I'bl. tsdJalI ha)!.lIll1anapun ga~al. tcta,." III kck;:ll scbtlf,!:ll satu pertuhuhan pohtik Mclayu ya nj.! mcnJ!.ambtl Daha~mUl tit dahlin membincllll~kan hal-hal scpcrli lI, "tas.

15

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 15: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

MALAYSIA DAR) SEGI SEJARAH

wakil dari Singapura, dan Kuala Lumpur. Keputusan-keputusan persidangan itu memperlihatkan kesedaran Dr. Hamzah dan rakannya mengenai peruntukan Atlantik Charter yang mendesak kemerdekaan diberikan kepada tanah jajahan. Ia juga berusaha membentuk satu perlembagaan bagi Tanah Melayu merdeka dan langkah-Iangkah untuk mencapainya.71

Persidangan itu sangat penting kerana ia diadakan lebih awal dari UMNO, parti politik utama orang Melayu. UMNO di masa itu di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, sedang berusaha mengukuhkan partinya yang menjadi lemah kerana tindakan Dato Onn keluar daripada UMNO pada akhir 1951. Peng­undurannya itu menarik sarna para pengikutnya dan penyokongnya di peringkat UMNO pusat, bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu." UMNO juga masih bel urn membentuk Parti Perikatan, kerana MCA dan MIC masih lagi menjadi penyokong IMP (Independence of Malaya Party) pimpinan Dato Onn laafar. IMP pula, walaupun telah meletakkan dasar untuk merdeka dalam masa 10 tahun, tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana kegagalannya di dalam pilihanraya banda ran Kuala Lumpur 1952 telah melemahkan per­paduannnya, sehingga dibubarkan pada 1954.77

Walaupun begitu persidangan LKMl itu tidak berkesan kerana ia tidak di­sokong oleh parti-parti yang penting seperti UMNO dan IMP. Pemimpinnya juga, iaitu Dr. Hamzah dan Hashim Ghani juga tidaklah begitu terkenal seperti Dato Onn atau Dr. Burhanuddin. Ia juga diadakan terlalu awal kerana penduduk Tanah Melayu terutama orang Melayu sendiri masih buta huruf dan tidak bersatu. Na­mun begitu, ia adalah satu manifestasi kepada keinginan sebahagian kecil orang Melayu yang cuba menuntut kemerderkaan tanah airnya.

Pada tahun 1953, sekali lagi diadakan satu persidangan yang digelar 'Per­sidangan Meja Bulat Bangsa Melayu' di Muar oleh persatuan dan tokoh yang sarna. Kali ini kehadirannya juga tidak memuaskan iaitu 14 orang sahaja dengan seorang wakil sahaja dari Pulau Pi nang. Ketetapan yang dibuat juga sarna seperti tahun 1952. Bagaimanapun kali ini Singapura dimasukkan ke dalam Tanah Melayu kerana hubungan sejarah dan kedudukannya. Rapat-rapat urn urn pula dicadang­kan sebagai langkah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan penduduk Tanah Melayu.18

Walaupun kesannya tidak ada namun beberapa kesimpulan boleh dibuat di sini. Nampaknya Dr. Hamzah Hj. Taib cuba menjadikan LKMl sebagai satu per­tubuhan yang dapat diterima sebagai parti politik yang penting di kalangan orang­orang Melayu lohor dan Persekutuan Tanah Melayu. la seolah-olah mahu menjadi jurucakap dan saluran kegiatan politik mereka untuk sarna-sarna terlibat di dalam kegiatan-kegiatan bangsa Melayu di dalam menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Ia dengan bersungguh-sungguh cuba mengatasi pengaruh UMNO yang kuat di

1l Majlis,8/4/52, 15/4/52. 76 Ibrahim Mahmud. Sejarah Perjuanxan Banf{.ra Melayu. Pustaka Antara. Kuala Lumpur. 1981. him.

JJ5. 71 MCA keluar dari IMP pada tahun 1953. dan MIC pada tahun akhir tahun 1953. 71 Majlis, 25/4/53.

16

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 16: Dr. Hamzah flj. Taib (1900-1956) - myrepositori.pnm.gov.mymyrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3522/1/MDSS_1991_Bil.19_1.pdf · DR. HAMZAH HI. TAIB untuk eerdik pandai bertukar

DR. HAMZAH HJ . TAIB

Johor. Keduanya, Muar cuba ditonjolkan sebagai pusat kegiatan nasionalisme Melayu Johor. [a cuba mengatasi Johor Bahru, yang menjadi pusat kegiatan politik Johor. Di sinilah persidangan UMNO kerap diadakan. Muar yang merupakan daerah yang paling tua di Johor, yang telah wujud sebelum Kesultanan Melaka,79 dan mempunyai ramai cerdik pandai, telah dilupakan semata-mata kerana pusat pentadbiran dan politik Johor terletak di Johor Bahru. Maka, usaha Dr. Hamzah dan LKMJ ini cuba memberi peranan kepada Muar sebagai pusat kegiatan nasio­nalisme Melayu Johor yang juga sama penting dengan Johor Bahru.

Dengan persidangan-persidangan itu, juga Dr. Hamzah cuba menonjolkan diri sebagai pemimpin penting politik Melayu khasnya kepada negeri Johor. Beliau seboleh-bolehnya cuba mengatasi kepentingan Dato Onn Jaarar, musuh politiknya sejak tahun 1931 , sebagai pemimpin yang dikenali di Johor dan Persekutuan Tanah Melayu. Langkah demi langkah dibuatnya bagi mendapatkan kemasyhuran yang sama; apa sahaja yang dapat menunjukkan kelemahan Dato Onn di dalam UMNO dan di Johor digunakannya.

Walaupun beliau gaga:1 mencapainya, namun sedikit sebanyak beliau dapat mengalehkan perhatian akhbar dan pemerhati-pemerhati politik zamannya kepada ketokohannya. Malaya Tribune, iaitu sebuah akhbar [nggeris di Singapura, kerap sekali memasukkan berita-berita mengenai beliau dan kegiatannya. Pemerhatian akhbar ini menunjukkan ada kesan kepada ketokohannya. Beliau dilihat oleh akhbar itu sebagai penentang Dato Onn yang cergas di Johor. Kerjasama PUTERA­AMCJA dengannya menunjukkan penentangnya kepada UMNO tidak bersen­dirian. [a memperlihatkan sedikit sebanyak kelemahan UMNO dan Dato Onn.

Beliau meninggal dunia pada tahun 1956 setelah sakit tenat di Hospital Besar Johor Bahru. Beliau yang juga berusaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu, tidak sempat melihat kemerdekaan itu sendiri. Namun ini tidak mengurangkan ke­pentingannya sebagai salah seorang tokoh nasionalis negeri yang telah memainkan peranannya, yang walaupun kedl, tetapi telah menjadikan kegiatan nasionalisme Melayu itu lebih menarik lagi.

79 Oi dalam Neger; Kalagama. telah disebut Muar ialah salah satu jajahan takluk Majapahit. kerajaan agung Hindu di Jawa.

17

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1991 – Persatuan Sejarah Malaysia