pemberontakan boxer 1900 · pdf filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap...

7
PEMBERONTAKAN BOXER 1900 A) PENGENALAN a) Tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa-kuasa asing. Ia disifatkan sebagai satu percubaan nekad bagi menyelamatkan negara China daripada pencerobohan asing dengan cara menghalau keluar orang-orang asing dan membunuh orang-orang Cina Kristian. b) Disertai oleh golongan petani yang buta huruf – dianggap kebangkitan golongan petani untuk menamatkan krisis kehidupan masyarakat. c) Tujuan asal menggulingkan Manchu kemudiannya berjaya diselewengkan oleh Maharani Dowager Tzu Hsi apabila pemberontak menukar slogan dari “Gulingkan Kerajaan Manchu dan hancurkan orang asing” kepada “Selamatkan Kerajaan Manchu dan hapuskan orang asing”. d) Dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan Teratai Putih (White Lotus Society), Persatuan Hung Meng, Persatuan Dunia dan Akhirat (Heaven Earth Society), Persatuan Pedang Besar ( Big Sword Society). Mereka bergabung untuk membentuk I Ho Chuan ( Society of Harmonious). e) Boxer ialah nama yang diberikan oleh orang Barat kepada ahli Kongsi gelap I Ho Chuan yang mengamalkan sejenis tinju timur yang menggunakan ilmu sihir untuk menentang peluru barat. f) Orang asing merujuk kepada orang-orang Barat, Jepun, Cina Kristian dan pengguna barangan asing yang dianggap pembelot kerana mengkhianati negara dan bangsa sendiri. B) SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER 1. POLITIK a) Wujudnya Sentimen Anti Asing Di Kalangan Orang Cina Sentimen anti asing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke -17 lagi apabila orang asing telah mula memasuki China Kekalahan orang Negara China dalam Perang Candu Pertama(1839-1842) dan Perang Candu kedua ditangan Inggeris dan kekalahan di tangan Jepun menceroboh Negara China sewenang- wenangnya untuk merebut konsesi. Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan Negara China akan dibelah bahagikan sesame kuasa Barat. Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar dari Negara China. b) Wujudnya Semangat Anti Asing Di Kalangan Pihak Istana Sentimen anti asing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan Maharani Dowager atau balu Tzu His, Putera Chunang dan Kang-I. Maharani Dowager atau Tzu His merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898 telah meneruskan dasar anti asing. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak wilayah asing yang diberikan kepada orang asing di Negara China. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager menolak permintaan Itali untuk mendapatkan San May Bay di Chikiang.

Upload: phunganh

Post on 09-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

PEMBERONTAKAN BOXER 1900

A) PENGENALAN

a) Tindak balas orang Cina secara militan terhadap tekanan kuasa-kuasa asing. Ia disifatkan sebagai satu

percubaan nekad bagi menyelamatkan negara China daripada pencerobohan asing dengan cara menghalau

keluar orang-orang asing dan membunuh orang-orang Cina Kristian.

b) Disertai oleh golongan petani yang buta huruf – dianggap kebangkitan golongan petani untuk menamatkan

krisis kehidupan masyarakat.

c) Tujuan asal menggulingkan Manchu kemudiannya berjaya diselewengkan oleh Maharani Dowager Tzu Hsi

apabila pemberontak menukar slogan dari “Gulingkan Kerajaan Manchu dan hancurkan orang asing” kepada

“Selamatkan Kerajaan Manchu dan hapuskan orang asing”.

d) Dipimpin oleh Kongsi Gelap seperti Persatuan Teratai Putih (White Lotus Society), Persatuan Hung Meng,

Persatuan Dunia dan Akhirat (Heaven Earth Society), Persatuan Pedang Besar ( Big Sword Society). Mereka

bergabung untuk membentuk I Ho Chuan ( Society of Harmonious).

e) Boxer ialah nama yang diberikan oleh orang Barat kepada ahli Kongsi gelap I Ho Chuan yang mengamalkan

sejenis tinju timur yang menggunakan ilmu sihir untuk menentang peluru barat.

f) Orang asing‖ merujuk kepada orang-orang Barat, Jepun, Cina Kristian dan pengguna barangan asing yang

dianggap pembelot kerana mengkhianati negara dan bangsa sendiri.

B) SEBAB-SEBAB TERCETUSNYA PEMBERONTAKAN BOXER

1. POLITIK

a) Wujudnya Sentimen Anti Asing Di Kalangan Orang Cina

Sentimen anti asing dalam kalangan orang Cina telah bermula sejak awal abad ke -17 lagi apabila orang asing

telah mula memasuki China

Kekalahan orang Negara China dalam Perang Candu Pertama(1839-1842) dan Perang Candu kedua ditangan

Inggeris dan kekalahan di tangan Jepun menceroboh Negara China sewenang- wenangnya untuk merebut

konsesi.

Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan Negara China akan dibelah bahagikan

sesame kuasa Barat.

Justeru itu adalah menjadi tanggungjawab orang-orang Cina mengusir orang asing keluar dari Negara China.

b) Wujudnya Semangat Anti Asing Di Kalangan Pihak Istana

Sentimen anti asing ini juga wujud dalam kalangan sarjana ningrat, pembesar istana dan Maharani Dowager

atau balu Tzu His, Putera Chunang dan Kang-I.

Maharani Dowager atau Tzu His merampas kuasa daripada Kuang Hsu pada tahun 1898 telah meneruskan

dasar anti asing. Baginda berhasrat untuk menamatkan hak-hak wilayah asing yang diberikan kepada orang

asing di Negara China. Ini dapat dilihat apabila Maharani Dowager menolak permintaan Itali untuk

mendapatkan San May Bay di Chikiang.

Page 2: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

Perasaan anti asing ini juga timbul dalam kalangan pegawai istana dan Maharani Dowager juga wujud

kerana pihak Inggeris telah membuat bantuan kepada Kang Yi-Wei dan Liang Chih- Chao melarikan diri ke

Hong Kong. Kerajaan Jepun juga memberi perlindungan kepada mereka dan memberi kebenaran kepada

mereka meneruskan kegiatan mereka mementang kerajaan Manchu melalui akhbar-akhbar yang diterbitkan

oleh Jepun.

Maharani Dowager telah mengarahkan tentera pemimpin Tung Fuhshing membantu Pemberontakan Boxer.

Sementara pembesar-pembesar China telah memberi bantuan senjata kepada anggota-anggota gerakan

Boxer.

c) Sentimen Anti- Kristian

Perkembangan agama Kristian yang pesat di China pada tahun 1890an iaitu selepas perjanjian Whampao

(1844) dan persidangan Peking (1860) telah menambahkan lagi sentiment orang asing di kalangan orang

China. Melalui kedua-dua perjanjian ini Mubaligh Kristian diberi perlindungan dan dibenarkan menjalankan

kegiatan mereka di Negara China. Perkembangan agama Kristian ini dianggap sebagai satu penghinaan

terhadap kepercayaan dan falsafah orang- orang China yang berasaskan Confucianisme.

Sentimen anti Kristian dalam kalangan orang Cina juga wujud disebabkan oleh sikap orang- orang Cina yang

menganut agama Kristian. Mereka tidak lagi menghormati ajaran Confucianisme, enggan menyembah

berhala dan enggan membayar wang perbelanjaan untuk membiayai perayaan dan hiburan di peringkat

kampong atas alasan amalan ini bertentangan dengan amalan Kristian.

Orang Cina Kristian menyifatkan mereka sebagai kelas sosial yang berdarjat tinggi. Anggapan ini dianggap

sebagai satu penghinaan bagi orang Cina.

Orang Cina menuduh mereka murt

Sentiment anti Kristian ini juga wujud disebabkan tindakan mubaligh –mubaligh Kristian menggunakan cara

yang sangsi untuk menarik minat orang Cina menganut agama Kristian. Selain menuntut hak-hak istimewa

bagi penganut-penganut Kristian. Mereka juga beri bantuan kewangan dan campur tangan menyebelahi

penganut Kristian dalam kes-

mubaligh campur tangan dalam hal-hal tempatan dianggap keterlaluan dan mencabar kedaulatan undang-

undang dan sistem kehakiman Negara China.

Sentimen anti Kristian juga wujud apabila tersebarnya khabar-khabar angin bahawa mubaligh Kristian juga

melakukan perbuatan ganjil dan tidak berperikemanusiaan iaitu mencungkil mata kanak-kanak di kawasan

pendalaman.

Oleh itu, orang Cina Kristian dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mereka telah diperalatkan oleh

orang-orang asing. Orang China berpendapat agama Kristianlah yang bertanggungjawab ke atas perpecahan

masyarakat China.

Page 3: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

2. EKONOMI

a) Penguasaan Ekonomi Negara China Oleh Orang Asing

Penguasaan ekonomi negara China oleh orang asing selepas pembukaan Negara China kepada kuasa-kuasa

barat telah menambahkan lagi sentiment orang asing dalam kalangan orang China. Penguasaan ekonomi

China akibat kemasukan barang-barang asing secara berleluasa selepas Perang Candu Pertama. Ianya

mengancam barang-barang tempatan kerana barang asing jauh lebih bermutu dan murah. Contohnya :

kapas dari luar 1/3 lebih murah dari kapas tempatan. Oleh itu, industri tekstil dan pertukangan tangan

tempatan terjejas.

Akibat Negara China menghadapi imbangan perdagangan yang deficit sebanyak 69 juta tael pada tahun

1899.

Syarikat asing dan pelaburan perusahaan semakin berkembang di Negara China. Akibat pengusaha-

pengusaha tempatan menjadi muflis dan pekerja-pekerja menghadapi pengangguran.

b) Kekurangan Wang Di Negara Asing

Kerajaan China tidak dapat menyelesaikan masalah ekonominya kerana kekurangan wang yang disebabkan

banyak wang untuk membayar ganti rugi perang.

Akibatnya kerajaan China terpaksa meminjam wang dari negara luar. Tindakan ini menyebabkan modal

asing mencurah-curah masuk ke Negara China. Dengan ini punca-punca ekonomi dan pasaran tempatan

dikuasai oleh orang asing.

Kemerosotan syarikat-syarikat tempatan dan kekayaan yang dieksploitasikan oleh pihak asing

menambahkan rasa benci orang cina terhadap orang asing.

3. SOSIAL

a) Perkembangan teknologi moden dalam bidang pengangkutan

Kemasukan membawa kepada kemajuan dalam bidang pengangkutan di Negara China. Ia telah menjejaskan

mata pencarian rakyat China yang bergantung kepada pengangkutan tradisional.

Contohnya : penggunaan jalan kereta api dan kapal wap moden secara meluas menjejaskan pencarian orang

Cina terutamanya mereka yang mengendalikan pengangkutan kuno seperti kereta lembu, kereta kuda serta

tongkang dan sampan.

Dalam keadan pendapatan yang berkurangan, kehidupan mereka semakin sulit kerana terpaksa

menanggung keluarga dan membayar cukai tinggi serta cukai baru yang diperkenalkan oleh kerajaan

Manchu.

b) Bencana Alam

Penderitaan orang cina semakin bertambah akibat kejadian-kejadian bencana alam seperti banjir di wilayah

sekitar Sungai Yangtze dan Sungai Hwang Ho seperti di Shangtung, Szechuan, Kiangsi dan Ahwei pada tahun

1898.

Kemarau juga berlaku di China Utara pada tahun 1900.

Bencana alam ini menyebabkan kebuluran, kesengsaraan dan kemusnahan harta benda. Dalam hal ini,

timbul kongsi-kongsi gelap dan kumpulan –kumpulan perompak melakukan jenayah.

Orang Cina serta pegawai konservatif menyalahkan orang asing atas bencana alam yang terjadi.

Page 4: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

Pendapatan mereka penerokaan tanah bagi tujuan perlombongan, pembinaan jalan kereta api oleh orang

asing menyinggung perasaan dewa dewi kerana telah merosakkan tempat kediaman mereka. Malah mereka

percaya pengembangan agama Kristian juga mengganggu roh pendeta. Oleh itu berlaku bencana alam

sebagai balasan.

Kerja pembangunan tersebut merupakan kerja berdosa dan mengacau keharmonian alam semesta serta

merosakkan ketenangan bumi.

Untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku orang asing harus diusir.

C) PROSES PEMBERONTAKAN BOXER

a) Pemberontakan mula meletus di wilayah Shangtung pada tahun 1897 apabila dua orang mubaligh

Kristian Jerman dibunuh. Jerman jadikan peristiwa ini sebagai alasan mendapatkan Kiaochow.

b) Pada bulan September 1899, ahli-ahli Boxer yang dipelopori kumpulan I Ho Chuan mula melakukan

keganasan di Shangtung. Sasaran mereka ialah menyerang orang Cina Kristian, membinasakan rumah dan

harta benda dan memaksa meninggalkan agama Kristian. Gabenor Shangtung iaitu Yu Hsian yang anti-barat

tidak mengambil sebarang tindakan.

c) Orang Barat memaksa kerajaan Manchu memecat Yu Hsian. Yuan Shih Kai yang anti keganasan memecat

Yu Hsian diganti dengan Yu Shian dan mengenakan tindakan tegas kepada pemberontak.

d) Pemberontakan merebak ke wilayah Chihli. Gabenor Yu Lu memberi bantuan senjata kepada

pemberontak. Dibantu oleh askar-askar Manchu yang bersubahat membunuh orang Cina Kristian,

membakar tempat kumpulan paderi bangsa Eropah, menyerang dan membunuh jurutera asing di landasan

kereta api, memusnahkan pondok telefon, pos dll.

e) Pada bulan Jun 1900 pemberontakan merebak ke Peking dan Tienstin. Semakin ganas apabila serang

orang awam serta Pejabat Perwakilan Asing. Tentera antarabangsa bawah pimpinan Penasihat British

Seymour dihantar tetapi gagal.

f) Ahli-ahli Boxer bertambah bersemangat. Tambahan pula kerajaan Manchu memberi sokongan padu.

Mereka semakin liar dan membakar Kedutaan British di Peking 11 Jun 1900. Membunuh Canselor Kedutaan

Jepun iaitu Sugiyama dan menteri Jerman Clemens Von Kettler.

g) Bagi menentang Pemberontakan Boxer, Setiausaha Negara Amerika iaitu John Hays membentuk satu

pasukan tentera bersekutu terdiri daripada Jepun, Jerman, Amerika, Perancis, British dan Rusia untuk

menamatkan kebangkitan Boxer.

h) Pada bulan Ogos 1900, sejumlah 20 000 orang tentera antarabangsa dihantar ke Peking dan Tientsin.

Selepas tiga minggu bandar Tientsin ditawan. Berjaya menguasai Peking selepas bertempur kira-kira 100

hari. Anggota Boxer bersama Maharani Dowager dan Maharaja Kuang Hsu melarikan diri ke Sian melalui

Shansi.

i) Gabenor Shangtung iaitu Yuan Shih Kai dan Gabenor Canton iaitu Li Hung Chang bersetuju mengadakan

rundingan dengan kuasa Barat. Akhirnya 7 September 1901 Protokol Boxer ditandatangani antara Li Hung

Chang dan Putera Ching yang mewakili kerajaan China bersama 11 orang duta kuasa asing.

Page 5: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

D) SYARAT-SYARAT PROTOKOL BOXER 1901

a) Negara China bersetuju meminta maaf kepada Jerman dan Jepun di atas kejadian pembunuhan menteri

Jerman, Clemens Von Kettler dan Canselor Jepun, Sugiyama. Tugu peringatan untuk duta Jerman dan Jepun

akan didirikan di tempat pembunuhan tersebut.

b) Kerajaan Manchu dikehendaki menjatuhkan hukuman mati ke atas pegawai-pegawai Cina yang terlibat

dengan pemberontakan, menyerang dan membunuh orang asing.

c) Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negara China akan dihentikan selama 5 tahun di 45 buah

bandar yang terlibat dalam Pemberontakan meliputi tempat orang asing dibunuh dan menerima layanan

buruk.

d) Negara China dikehendaki menjelaskan ganti rugi sebanyak 450 juta tael atau 67.2 juta paun sterling

kepada kuasa-kuasa asing dalam tempoh 40 tahun dengan kadar faedah 4% setahun.

e) Kubu Taku yang menghalang perhubungan antara Peking dan laut dimusnahkan.

f) Kuasa-kuasa asing memperoleh hak untuk menduduki 13 buah tempat yang akan ditentukan antara

mereka dan China juga bersetuju untuk mengadakan perubahan dalam perjanjian perdagangan serta satu

Kementerian Hal Ehwal Luar akan ditubuhkan.

g) Sistem perundangan negara China diperketatkan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang lagi.

h) China bersetuju mengadakan perwakilan asing di peking dan kuasa-kuasa asing dibenarkan mengawal

kedutaan masing-masing.

i) China dilarang mengimport senjata dan alat-alat yang digunakan untuk mengeluarkan kelengkapan senjata

dari luar selama 2 tahun.

j) Kerajaan China membenarkan kuasa-kuasa asing menempatkan tentera mereka di tempat- tempat

strategik dari Peking ke laut.

k) Kerajaan China menaikkan taraf hubungan dengan negara-negara asing ke taraf kedutaan.

Page 6: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

SEBAB-SEBAB KEGAGALAN PEMBERONTAKAN BOXER

Page 7: PEMBERONTAKAN BOXER 1900 · PDF filekeluar orang-orang asing dan membunuh orang ... dianggap kebangkitan golongan petani ... Perebutan konsesi ini menimbulkan kebimbangan kemungkinan

F IMPLIKASI PEMBERONTAKAN BOXER