pembentukan perkembangan kerohanian & moral peringkat awal kanak-kanak

7
Nurul Diyana Suliman TAJUK : PEMBENTUKAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN & MORAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK PENDAHULUAN Tujuan pembentukan kerohanian dan moral peringkat awal kanak-kanak : 1. kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 2. Membentuk akhlak yang terpuji sejak dari awal selaras dengan kecemerlangan akademik. SOAL JAWAB Contoh : Guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan / cerita tersebut? Pasti murid-murid akan memberikan pelbagai jawapan. Soal jawab adalah sejenis kaedah interaksi P&P antara guru dengan murid. Bertujuan untuk meransang pemikiran, menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan ataupun pemahaman. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran; peringkat awal, tengah ataupun akhir P&P. Kanak-kanak akan menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati. Soalan bertumpu & soalan bercapah PERBINCANGAN/PERBUALAN Contoh : Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Islam dan rukun Iman. Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang murid tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan. Ia juga bertujuan menggalakkan perkembangan mental murid-murid.

Upload: yana-suliman

Post on 29-Dec-2014

473 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

PRA 3108

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Perkembangan Kerohanian & Moral Peringkat Awal Kanak-Kanak

Nurul Diyana Suliman

TAJUK : PEMBENTUKAN PERKEMBANGAN KEROHANIAN & MORAL PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK

PENDAHULUAN

Tujuan pembentukan kerohanian dan moral peringkat awal kanak-kanak :

1. kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.2. Membentuk akhlak yang terpuji sejak dari awal selaras dengan kecemerlangan akademik.

SOAL JAWAB

Contoh :Guru menyoal murid : Apakah mesej yang ingin disampaikan dalam tayangan / cerita tersebut? Pasti murid-murid akan memberikan pelbagai jawapan.

Soal jawab adalah sejenis kaedah interaksi P&P antara guru dengan murid. Bertujuan untuk meransang pemikiran, menguji dan menilai tahap kognitif pengetahuan

ataupun pemahaman. Soal jawab dapat dilakukan sepanjang masa pengajaran; peringkat awal, tengah ataupun akhir

P&P. Kanak-kanak akan menumpukan perhatian dan fikiran tentang apa yang diingati. Soalan bertumpu & soalan bercapah

PERBINCANGAN/PERBUALAN

Contoh :Murid diminta berbincang dalam kumpulan dan menyenaraikan rukun Islam dan rukun Iman.

Kaedah ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang murid tentang sesuatu topik yang sudah ditentukan.

Ia juga bertujuan menggalakkan perkembangan mental murid-murid. Strategi :

a. Tujuan perbincangan hendaklah jelas.b. Guru perlu memberitahu pada murid sebelum memulakan perbincangan supaya murid

dapat membuat persediaan dan matlamat perbincangan dapat dicapai. c. Kemudian guru mengemukakan tajuk. d. Peranan guru adalah merancang atau menentukan semua topik.

Kesan :a. Dapat memupuk semangat kerjasama dalam diri murid. b. Perkongsian dan pertambahan idea secara aktif dapat berlangsung di kalangan murid.c. Guru perlu memastikan setiap murid berpeluang memberikan pendapat ataupun

mengemukakan soalan.

Page 2: Pembentukan Perkembangan Kerohanian & Moral Peringkat Awal Kanak-Kanak

Nurul Diyana Suliman

TUNJUK CARA

• Kaedah ini mengutamakan pemerhatian murid secara langsung terhadap sesuatu objek atau proses, seterusnya membuat kesimpulan tertentu.

• Kaedah ini memerlukan penglibatan kedua-dua belah pihak iaitu guru dan pelajar melalui pengajaran yang disampaikan secara praktikal.

• Kaedah ini membolehkan pelajar mencontohi sesuatu dengan lebih mudah dan tepat.

• Ia juga dapat menarik minat pelajar di samping berpeluang untuk belajar bukan sahaja secara teori tetapi juga melakukan sesuatu secara praktikal.

• Guru akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar pada murid sepanjang pengajaran melalui kaedah ini.

• Mereka akan membuat sendiri kesimpulan di sebalik kerja itu, sama ada yang membawa kepada peningkatan pengetahuan ataupun kemahiran.

• Kaedah ini dapat membantu pelajar bagi mengukuhkan ingatan mereka pada pengajaran yang disampaikan kerana mereka sendiri sudah melihat dan mengikuti segala proses, peristiwa dan fenomena yang dialami.

• Kaedah ini dapat memberikan pelajar-pelajar peluang untuk berinteraksi secara terus dengan isi dan situasi pembelajaran. Mereka akan memperoleh pengalaman langsung dalam memperoleh kemahiran, pengetahuan, kesimpulan dan celik akal dalam unit-unit pembelajaran berkenaan.

• Tujuan kaedah ini juga adalah untuk membolehkan para pelajar melihat dan mengikuti satu siri langkah, peristiwa atau fenomena dalam keadaan-keadaan yang tidak memungkinkan pelajar-pelajar mendapatkan maklumat tanpa penglibatan guru.

HAFAZAN

Al-Quran adalah satu elemen yang terpenting di dalam kehidupan umat Islam. Matlamat terpenting pendidikan al-Quran ialah mendidik manusia supaya mengabdikan diri

kepada Allah. S.W.T. Dalam masyarakat yang dilanda arus globalisasi, pembelajaran al-Quran secara hafazan mampu

menjadi pemangkin ke arah membentuk minda fotografi yang bakal melahirkan generasi yang hafiz, alim, dai`e dan profesional sekaligus memenuhi matlamat pendidikan al-Quran

Menghafaz adalah salah satu kaedah yang penting di dalam mendalami ilmu al-Quran. Hafazan adalah proses yang digunakan untuk menyimpan pengetahuan .

Menghafaz memerlukan suatu kekuatan fikiran pada orang yang melakukannya.

Page 3: Pembentukan Perkembangan Kerohanian & Moral Peringkat Awal Kanak-Kanak

Nurul Diyana Suliman

Sementara menghafaz sesuatu yang dipelajari dan mengasah ingatan melalui hafazan adalah cara yang paling baik untuk mengekalkan ingatan dan kecerdasan otak.

“Kaedah Hafazan" bermaksud satu sistem atau cara bersistematik dan berkesan yang digunakan oleh para hafiz dalam proses penghafazan al-Quran.

Kaedah tersebut digunakan samaada kaedah semasa menghafaz, kaedah mengulang-ulang hafazan dan kaedah mengekalan hafazan.

Hafazan boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu hafazan serta merta, hafazan jangka pendek dan hafazan jangka panjang.

Hafazan serta merta boleh kekal dalam dua saat atau kurang daripada itu, hafazan jangka pendek boleh kekal dalam beberapa minit, jam dan hari sementara hafazan jangka panjang boleh menyimpan semua maklumat yang telah dialami semenjak lahir lagi

Contoh Aktiviti : Memperdengarkan ayat Al-Quran Murid menghafaz secara individu Murid membaca secara beramai-ramai Talaqqi dan Musyafahah Murid menghafaz dalam kumpulan Murid menghafaz secara pasangan Latih tubi menghafaz

PENJELAJAHAN

Melibatkan proses inkuiri dimana guru memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menerokai sendiri sesuatu topik tetapi masih dalam pantauan dan bimbingan.

Contohnya: Nilai menghargai alam sekitar. Bergantung kepada kreativiti guru untuk menarik minat kanak-kanak agar menghayati nilai

menghargai alam sekitar. Projek sains-kebun

LAWATAN

Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan murid memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar

Murid dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.

Ciri-ciri :a. Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman

secara langsung b. Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan

kepada pembelajaran

Page 4: Pembentukan Perkembangan Kerohanian & Moral Peringkat Awal Kanak-Kanak

Nurul Diyana Suliman

c. Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada murid untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku

d. Kaedah ini juga menggalakkan murid untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan disekolah

e. Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.

f. Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang murid mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan murid terhadap perkara-perkara yang diajar

MAIN PERANAN

Beri peluang penerokaan dan murid-murid dilatih menjadi lebih peka terhadap perasaan oranag lain.

Dapat mencurahkan perasaan sebenar. Berfikir, merasa dan bertindak balas seperti orang lain melalui dialog. Mengajar murid-murid menyelesaikan masalah. Mempelajari tingkah laku sosial Mengajar murid-murid merasa, berfikir, melakon Situasi main peranan

Sampaikan konflik sebenar yang dihadapi oleh watak. Melibatkan lebih dari satu isu. Menghasilkan ketidaksetujuan di antara murid sebagai satu penyelesaian yang sesuai.

BELAJAR MELALUI BERMAIN

Permainan berlaku dalam pelbagai bentuk.

Guru hendaklah mengubahsuai permaina spontan supaya ada nilai-nilai pendidikan.

Jenis permainan

- manipulatif - main guna alat kecil spt puzzle- fizikal – mlibatkn tindak bls otot2 besar- drama/dramatik – main peranan, situasi, xformal- permainan ( games) – ada peraturan khas, strategi brmain diperlukn.

SUMBANGSARAN

Bertujuan menjana sebanyak idea yang boleh.

Page 5: Pembentukan Perkembangan Kerohanian & Moral Peringkat Awal Kanak-Kanak

Nurul Diyana Suliman

Tidak kira idea itu sesuai atau tidak. Cara ini untuk mengelakkan berfokus kepada satu cara penyelesaian sahaja. Apabila semua percambahan idea sudah dibuat maka barulah dibuat penilaian, perbincangan

dan kritikan.

BERCERITA

Boleh mengembangkan penghargaan dan keseronokan. Mengembang kemahiran mendengar. Langkah bercerita: Sebelum :

Persekitaran yang selesa, murid-murid mengelilingi pencerita. Pastikan cerita dapat didengar oleh semua murid. Pastikan murid dapat lihat pencerita. Bercerita dengan jelas dengan ekspresi suara. Kalau guru tak mahu diganggu semasa bercerita, beritahu murid terlebih dahulu. Pastikan semua murid beri perhatian sebelum bercerita.

Semasa: Murid diberi peluang mencatat nota. Pastikan murid beri perhatian. Guru mesti bertentang mata dengan murid.

Selepas Beri peluang kepada murid untuk buat rumusan. Meminta murid berkongsikan nilai yang telah diajar.

LAKONAN/DRAMA

untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Murid bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

SIMULASI

sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing .