pembentangan paasefqgwrgr

8
Atur cara Perbicaraan Kes Jenayah 1.Proses perbicaraan kes jenayah: (a) pihak pendakwa dalam kes jenayah serius terdiri daripada Peguam Negara atau Penolong Kanan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara (b) pendakwa menanggung beban bukti, iaitu terpaksa membukti kan bahawa tertuduh bersalah (membentangkan bukti sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah) (c) pihak penkwa dan peguam bela boleh memanggil saksi untuk memberikan keterangan di mahkamah; saksi pihak pendakwa akan dibimbing oleh pendakwa untuk memberi keterangan (d) saksi akan disoal balas oleh peguam bela (e) peguam bela menggulung hujah dan diikuti pihak pendakwa (f) sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, tertuduh akan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri (g) jika wujud prima facie (bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah), hakim akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri 2. 3 cara tertuduh membela diri: (a) memberikan keterangan di kandang orang bersalah; dia tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa (b) memberikan keterangan bersumpah & dia tertakluk kpd soal siasat pihak pendakwa (c) berdiam diri di mahkamah 3. Jika tertuduh dibela oleh peguam bela, peguam bela akan membimbingnya dlm menjawab soalan atau mengambil keputusan berdiam diri.

Upload: voo-man-cit

Post on 23-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

awreggerg

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan PAasefqgwrgr

Atur cara Perbicaraan Kes Jenayah

1.Proses perbicaraan kes jenayah:

(a) pihak pendakwa dalam kes jenayah serius terdiri daripada Peguam Negara atau Penolong Kanan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara

(b) pendakwa menanggung beban bukti, iaitu terpaksa membukti kan bahawa tertuduh bersalah (membentangkan bukti sehingga tidak ada syak wasangka yang munasabah)

(c) pihak penkwa dan peguam bela boleh memanggil saksi untuk memberikan keterangan di mahkamah; saksi pihak pendakwa akan dibimbing oleh pendakwa untuk memberi keterangan

(d) saksi akan disoal balas oleh peguam bela

(e) peguam bela menggulung hujah dan diikuti pihak pendakwa

(f) sekiranya hakim tidak percaya akan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwa, tertuduh akan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri

(g) jika wujud prima facie (bukti luaran yang jelas bahawa tertuduh bersalah), hakim akan mengarahkan tertuduh untuk membela diri

2. 3 cara tertuduh membela diri:

(a) memberikan keterangan di kandang orang bersalah; dia tidak boleh dikenakan pemeriksaan balas oleh pihak pendakwa

(b) memberikan keterangan bersumpah & dia tertakluk kpd soal siasat pihak pendakwa

(c) berdiam diri di mahkamah

3. Jika tertuduh dibela oleh peguam bela, peguam bela akan membimbingnya dlm menjawab soalan atau mengambil keputusan berdiam diri.

4. Hakim akan mendengar hujah pihak pendakwa & peguam bela, lalu membuat keputusan sama ada tertuduh harus dijatuhi hukuman atau dibebaskan.

5. Sekiranya bukti terhadap tertuduh kurang meyakinkan, tertuduh mesti dibebaskan (kelebihan keraguan diberikan kpd tertuduh)

6. Hakim boleh melarang media massa, peguam bela, dan pihak pendakwa daripada menyentuh sesuatu hal atau menyebarkan sesuatu maklumat.

7. Tindakan, kata-kata dan keputusan hakim ketika mendengar kes tidak boleh menyebabkan hakim didakwa.

Page 2: Pembentangan PAasefqgwrgr

Atur Cara Perbicaraan Kes Sivil

1. Kes sivil boleh dikelaskan spt berikut:

(a) tuntutan ganti rugi

(b) pertikaian hak (cth: harta, anak)

(c) perceraian

(d) mendapatkan perintah dan perisytiharan mahkamah

2. Dlm kes sivil, pihak berkuasa spt polis tidak mendakwa orang yg berkenaan.

3. Pihak terlibat akan mengupah peguam utk mewakili mereka di mahkamah

4. Peguam plaintif bertindak di mahkamah untuk menuntut pampasan, bayaran saran, ataupun meminta mahkamah mengeluarkan perintah serta perisytiharan.

5. Plaintif (pihak yg mentut) akan mengemukakan afidavit di mahkamah & memohon writ mahkamah untuk diserahkan kpd defendan (pihak yg kena tuntut).

6. Penyampaian writ boleh melalui peguam plaintif, bailiff mahkamah atau melalui iklan di surat khabar.

7. Pihak defendan akan membela diri melalui surat guaman “penemuan dokumen”.

8. Semasa perbicaraan di mahkamah, kedua-dua pihak akan membentangkan keterangan masing-masing.

9. Penyelesaian di luar mahkamah boleh dibuat.

10. Perbicaraan adalah terbuka.

11. Pihak yg kalah dlm perbicaraan akan dikehendaki utk membayar kos perbicaraan (kos perbicaraan termasuk kos mengupah peguam, segala perbelanjaan kes).

12. Keputusan mahkamah:

(a) orang yg didapati bersalah akan membayar ganti rugi atau saran kpd orang yg mendakwanya atau kos perbicaraan atau kedua-duanya.

(b) hakim mengeluarkan perintah atau perisytiharan dlm kes-kes rebutan anak, perceraian, hata pusaka, atau tuntutan ganti rugi

(c) sekiranya pihak yg menuntut gagal dlm kes sivilnya, dia boleh dikenakan kos perbicaraan

Page 3: Pembentangan PAasefqgwrgr

Kelayakan Peguam Bela dan Peguam Cara

1. Memperoleh Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dari university tempatan

2. Menjalani latihan dalam syarikat guaman

3. Lulus peperiksaan yg dikendalikan oleh Majlis Peguam Malaysia jika seseorang itu mendapat ijazah undang-undang dari luar Negara

4. Menjadi anggota Majlis Peguam Malaysia

Perkhidmatan Perundangan

Peguam Negara

1. Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

2. Status Peguam Negara sama dengan hakim Mahkamah Persekutuan kerana beliau mempunyai kelayakan spt hakim Mahkamah Persekutuan.

3. Memegang jawatan selama yg diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

4. Boleh letak jawatan pada bila-bila masa tetapi hanya boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.

5. Tugas Peguam Negara:

(a) menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang undang-undang

(b) menasihati Kabinet atau mana-mana menteri tentang undang-undang

(c) menjadi pendakwa raya bagi pihak kerajaan dlm kes jenayah

(d) meninjau laporan siasatan polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan penguatkuasa yg lain; kemudian buat keputusan utk mendakwa orang yg disiasat jika terdapat bukti yg mencukupi

6. Bidang kuasa Peguam Negara:

(a) kuasa budi bicara utk membawa, menjalankan atau memberhentikan sebarang perbicaraan tentang kesalahan di mahkamah

(b) kuasa utk menentukan mahkamah yg beliau akan memulakan pendakwaan kes

(c) kuasa utk menentukan mahkamah sesuatu prosiding dipindahkan

(d) berhak utk didengar dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan

Page 4: Pembentangan PAasefqgwrgr

(e) mempunyai keutamaan yg mengatasi mana-mana orang lain yang hadir di mahkamah atau tribunal

Peguam Cara Negara & Penggubal Undang-Undang Parlimen

1. Peguam Cara membantu Peguam Negara & boleh menjalankan mana-mana fungsi yg boleh dijalankan oleh Peguam Negara.

2. Peguam Cara menggantikan tempat Peguam Negara jika Peguam Negara tidak dapat melaksanakan tugas beliau atas sebab-sebab tertentu.

3. Tugas Penggubal Undang-undang Parlimen:

(a) menyediakan & menyemak draf rang undang-undang yg dimaksudkan untuk Parlimen

(b) menyediakan & menyemak draf perundangan subsidiary yg hendak dibuat di bawah Akta Persekutuan, Ordinan, dan Enakmen.

Jabatan Bantuan Guaman

1. Bdan kerajaan yg memberikan bantuan perundangan dan segi nasihat & juga bantuan guaman dalam perkara yg berkaitan dgn undang kpd orang yg kurang berkemampuan atau tidak mampu melantik peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah.

2. Bidang kuasa:

(a) kes kekeluargaan syariah

(b) kes kekeluargaan sivil

(c) kes sivil

(d) kes jenayah

(e) nasihat guaman dlm semua perkara undang

3. Terdapat 2 kategori orang yg layak dapat bantuan guaman:

(a) Kategori Pertama – Bantuan Guaman Percuma

(b) Kategori Kedua – Bantuan Guaman dengan Sumbangan

Page 5: Pembentangan PAasefqgwrgr

Pesuruhjaya Sumpah

1. Dilantik oleh Suruhanjaya Sumpah Malaysia

2. Merupakan saksi yg sah kpd akuan bersumpah seseorang

3. Menasihati orang yg membuat afidavit atau akuan bersumpah bertulis tentang kesannya jika mereka berbohong (sekiranya memberi akuan palsu dalam afidavitnya, dia boleh dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah)

4. Orang ramai perlu bayar utk mendapatkan khidmat Pesuruhjaya Sumpah

Lembaga Pengampunan

1. Ditubuhkan utk mendengar & mempertimbangkan rayuan pengampunan daripada seseorang yg disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

2. Menasihati Yang di-Pertuan Agong, raja atau Yang di-Pertua Negeri dalam menjalankan kuasa pengampunan

3. Yang di-Pertuan Agong berkuasa untuk mengampunkan & menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung & mengurangkan hukuman yg dijatuhkan oleh

(a) mahkamah awam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

(b) Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak & Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

(c) Mahkamah Tentera

4. Raja berkuasa mengampunkan & menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung & mengurangkan hukuman yg dijatuhkan oleh mahkamah awam & Mahkamah Syariah di negeri baginda.

5. Yang di-Pertua Negeri berkuasa untuk mengampunkan & menangguhkan hukuman atau meremit, menggantung & mengurangkan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah awam di negeri beliau.

Keanggotaan & Proses Lembaga Pengampunan

1.Keanggotaan:

(a) Peguam Negara Persekutuan

(b) Menteri Besar atau Ketua Menteri

(c) tidak lebih daripada 3 anggota lain yg dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri

Page 6: Pembentangan PAasefqgwrgr

2. Berkhidmat selama 3 tahun & boleh dilantik semula, tetapi boleh letak jawatan pada bila-bila masa.

3. Lembaga Pengampunan bermesyuarat di hadapan raja atau Yang di-Pertua Negeri & raja atau Yang di-Pertua Negeri hendak mengetuai mesyuarat ini.

4.Sebelum Lembaga Pengampunan menasihati raja atau Yang di-Pertua Negeri tentang sebarang perkara, lembaga perlu menimbangkan pendapat bertulis yg mungkin diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu.

Istilah Umum Kehakiman

Istilah HuraianAlibi Bukti yg menunjukkan bahawa seseorang tidak berada di tempat

kejadian ketika sesuatu jenayah dilakukanAffidavit Dokumen bersumpah yg mencatatkan kenyataan pengakuan

seseorang tentang sesuatu hal baik dalam kes jenayah ataupun kes sivil; sebarang penipuan dalam affidavit boleh menyebabkan pembuatnya dijatuhi hukuman penjara; dokumen ini akan dibuktikan dalam mahkamah

Certiorari Perintah mahkamah untuk mengetepikan keputusan yg dibuat oleh mahkamah yg lebih rendah

Habeas corpus Perintah mahkamah supaya seseorang dilepaskan daripada tahanan yg tidak mengikut undang-undang

Injunksi Perintah bertulis mahkamah yg menghendaki sesuatu pihak dalam sesuatu tindakan melakukan atau tidak melakukan sesuatu

Mandamus Perintah mahkamah untuk memaksa pelaksanaan suatu kewajipan awam yg tertentu

Prima facie Mempunyai bukti-bukti yg kukuh untuk memulakan pendakwaan sesuatu kes

Waran Perintah yg memberikan kuasa kpd polis atau pihak berkuasa yg lain untuk menangkap orang yg dinamakan dlm waran

Writ - Dokumen yg dikeluarkan oleh mahkamah bagi memerintahkan defendan (pihak yg kena tuntut) dlm kes sivil supaya hadir di mahkamah pada tarikh & masa yg ditetepkan-perintah yg dikeluarkan oleh mahkamah yg menggariskan tindakan-tindakan yg perlu dipatuhi sesuatu pihak atau oleh kedua-dua pihak dlm kes sivil

Page 7: Pembentangan PAasefqgwrgr