pembentangan 25 julai

12
TAJUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KATA SENDI NAMA “di” MELALUI KAEDAH * KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN OLEH: SAHILAH BINTI HASAN BM 02 / KOHORT 2 SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II, KUALA KANGSAR, PERAK “A, Di- NA3”

Upload: joseph-eaton

Post on 13-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

pembentangan edu emosi murid

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTANGAN 25 JULAI

TAJUK

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KATA SENDI NAMA “di”

MELALUI KAEDAH

* KERTAS CADANGANPENYELIDIKAN TINDAKAN

OLEH:SAHILAH BINTI HASAN

BM 02 / KOHORT 2SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN IDRIS II,

KUALA KANGSAR, PERAK

“A, Di-NA3”

Page 2: PEMBENTANGAN 25 JULAI

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENULISAN KATA SENDI NAMA “di” MELALUI KAEDAH “A, Di-NA3”

PENDAHULUAN

PENGENALAN

REFLEKSI PENGALAMAN LALU

FOKUS/ISU KAJIAN

TINJAUAN LITERATUR

OBJEKTIF KAJIAN

KUMPULAN SASARANMODEL KAJIAN PILIHAN

Page 3: PEMBENTANGAN 25 JULAI

PENGENALAN

Tatabahasa Bahasa Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang: a) Morfologi b) SintaksisMorfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan.Sintaksis merupakan kajian tentang pembentukan ayat.

Page 4: PEMBENTANGAN 25 JULAI

Kata Sendi Nama adalah salah satu unit yang terkandung dalam bidang tatabahasa.Kata Sendi Nama terkandung dalam bidang Morfologi di bawah bab Kata Tugas.

Kata Sendi Nama bertugas sebagai sendi yang merangkai frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan frasa nama.

Konsep penggunaan tatabahasa ialah penggunaan bahasa yang betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan kata-kata yang dibentuk perlu menggunakan formula atau peraturan tertentu.

PENGENALAN

Page 5: PEMBENTANGAN 25 JULAI

REFLEKSI PENGALAMANLALU

Pengalaman mengajar hampir 22 tahun di enam buah sekolah termasuk sebuah sekolah jenis kebangsaan tamil telah menemui pelbagai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid.

Murid-murid dari bangsa Melayu dan India mengalami masalah yang hampir sama.

Masalah yang sering ditemui dalam kalangan murid ialah mereka gagal mengenal pasti sama ada “di” yang digunakan dalam penulisan tersebut ‘kata sendi nama’ atau ‘imbuhan’.

Murid-murid biasanya menulis kata sendi nama “di” dirapatkan dengan kata arah dan kata nama bagi tempat yang mengikutinya manakala imbuhan “di-” pula ditulis jarak dengan kata kerja yang mengikutinya.

Page 6: PEMBENTANGAN 25 JULAI

* TINJAUAN LITERATUR

Embaki Anak Nyaeng (2010)Pengetahuan tentang hukum tatabahasa amat penting dalam penulisan. Data yang diperoleh menunjukkan 75% responden menyatakan bahawa adalah sangat penting untuk mereka mengetahui hukum-hukum tatabahasa kerana pengetahuan yang mendalam tentang tatabahasa khasnya kata sendi nama dapat membantu meningkatkan mutu penulisan khasnya karangan.Mohd. Ashraf Abdul Wahab (2007)Kata sendi nama bertugas sebagai sendi yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata yang lain seperti kata kerja, kata arah dan sebagainya. Kata sendi nama memerlukan kata arah untuk membentuk frasa sendi nama supaya dapat berfungsi sebagai predikat ayat.Kata sendi nama ialah pembelajaran tatabahasa yang penting supaya murid dapat membina ayat dengan betul.Murid sering melakukan kesilapan dalam penggunaan kata sendi nama dengan betul .

Page 7: PEMBENTANGAN 25 JULAI

TINJAUAN LITERATUR

Awang Sariyan (1984)Beliau banyak menjalankan kajian tentang kesalahan tatabahasa.“Analisis Kesalahan Bahasa Yang Lazim Dilakukan Dalam Karangan Pelajar Tingkatan Enam SMK Stamin” menerangkan tentang penggunaan kata sendi nama “di” dan “ke” yang terdapat dalam karangan pelajar-pelajar tersebut.Beliau mendapati para pelajar tersebut keliru bagi membezakan fungsi “di” dan “ke” tersebut sama ada sebagai kata sendi nama atau sebagai imbuhan.Nor Bahiyah (2003)Kajian beliau yang bertajuk ‘Kajian Penguasaan Bahasa Melayu Dalam Penulisan Karangan di Kalangan Pelajar Tingkatan 4’ menyatakan bahawa sebayak 590 (7.3%) kesalahan telah dilakukan .Pecahan dari kesalahan tersebut ialah: kesalahan kata imbuhan = 166 (28.2%) kesalahan kata ganda = 32 (5.4 %) kesalahan kata jamak = 20 (3.4%) kesalahan kata hubung = 55 (9.3%) kesalahan kata sendi nama = 15 (2.5%) kesalahan kata tidak sesuai = 302 (51.2%)

Page 8: PEMBENTANGAN 25 JULAI

TINJAUAN LITERATUR

Koh Bon Boon (1995)Beliau menyatakan bahawa pengabaian penggunaan kata sendi nama dan kata arah yang dicantumkan umpamanya “ke pasar” biasanya ditulis sebagai “kepasar” dan “di dalam” ditulis sebagai “didalam”.Beliau mengemukakan satu model untuk menggolongkan kesalahan bahasa Melayu bagi pelajar kelas peralihan.Model penjenisan ini bertujuan untuk memberikan satu klasifikasi yang sempurna tentang kesalahan bahasa Melayu pelajar peralihan khususnya dalam pembinaan bahan-bahan pemulihan.Koh Bon Boon (1996)Kajian beliau yang bertajuk ‘Dapatan dan Aplikasi Kajian Tentang Kebolehan Pelajar Tingkatan Enam Rendah Dalam Penulisan Karangan’ menunjukkan dua masalah pelajar yang serius dalam karangan iaitu: perbendaharaan kata = 35.8% aspek mekanis = 23.3%Keadaan ini menunjukkan kesalahan dari sudut tatabahasa yang dilakukan oleh pelajar adalah sebanyak 50%.

Page 9: PEMBENTANGAN 25 JULAI

FOKUS/ISU KAJIAN

Cara menulis kata sendi nama ‘di’

-Kata sendi nama ‘di’ perlu ditulis jarak dengan kata yang mengikutinya.

- Kata bagi kata sendi nama ‘di’ perlu diikuti dengan kata arah dan kata nama bagi tempat sama ada kata nama am atau kata nama khas.

Page 10: PEMBENTANGAN 25 JULAI

*OBJEKTIF KAJIAN1. Untuk mengenal penggunaan Kaedah “A, Di-NA3” dapat meningkatkan kemahiran murid menulis kata sendi nama “di” bagi menunjukkan tempat.

2. Untuk meningkatkan kemahiran murid bagi memisahkan penulisan kata sendi nama “di” daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya melalui Kaedah “A, Di-NA3”.3. Untuk meningkatkan markah ujian pos berbanding ujian pra dalam penulisan kata sendi nama “di” bagi 3 orang murid tahun 4 Cempaka menggunakan Kaedah “A, Di-NA3”.

Page 11: PEMBENTANGAN 25 JULAI

*KUMPULAN SASARAN

3 orang murid tahun 4 Cempaka

di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak.

Page 12: PEMBENTANGAN 25 JULAI

MODEL KAJIAN PILIHAN

MODEL KAJIAN TINDAKAN STEPHEN KEMMIS DAN MC

TAGGART (1988)