pembelajaran berasakan inkuiri

3
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKURI Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatufenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan h a s i l i n k u i r i - penemuan. Pembelajaran secara inkuiri- penemuan berlaku apabila konsep dan prinsips a i n s disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalampemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan.R a m a i pendidik percaya sikap saintifik dan kemahiran saintifik murid dapatdikembangkan apabila murid terlibat dalam inkuiri-penemuan. Selain daripada itu,pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan membolehkan murid menguasai konsep sains dengan berkesan. Bruner (1961) mengatakan bahawa murid yang mengamalkanpembelajaran secara penemuan (discovery learning) akan dapat menguasai kemahiranmemproses data dengan baik, dan boleh menggunakan maklumat dengan berkesanuntuk menyelesaikan masalah. (Sumber: Marimuthu, Jusoh, Ismail) Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca

Upload: shoba-macintyre

Post on 18-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Notes on inquiry based learning

TRANSCRIPT

DEFINISI

PEMBELAJARAN BERASASKAN INKURI

Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatufenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsipsains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri.

Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalampemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan.Ramai pendidik percaya sikap saintifik dan kemahiran saintifik murid dapatdikembangkan apabila murid terlibat dalam inkuiri-penemuan. Selain daripada itu,pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan membolehkan murid menguasai konsep sains dengan berkesan. Bruner (1961) mengatakan bahawa murid yang mengamalkanpembelajaran secara penemuan (discovery learning) akan dapat menguasai kemahiranmemproses data dengan baik, dan boleh menggunakan maklumat dengan berkesanuntuk menyelesaikan masalah. (Sumber: Marimuthu, Jusoh, Ismail)Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam model ini, terdapat lima fasa seperti rajah di bawah:

Rajah 3 Lima Fasa Model InkuiriKETERANGAN MODEL INKUIRI:Fasa 1: Fasa satu, guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada murid. Pembentukan satu kejadian seperti menunjukkan bagaimana sebatang pisau dibuat daripada dua jenis logam yang apabila dipanaskan ia menjadi bengkok, memerlukan murid berfikir. Matlamat akhirnya dalam pengajaran seperti ini adalah bertujuan untuk murid mengalami pembentukan pengetahuan baru. Fasa 2: Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami. Fasa 3: Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain. Di sini murid mungkin bertanya tentang objek dan guru harus peka serta sedar tentang jenis maklumat yang diperlukan dan mengubah corak penyoalan.Fasa 4: Guru meminta murid menyusun data untuk membentuk satu keterangan. Mungkin ada murid yang sukar untuk memahami maklumat dan membentuk pemahaman mengenainya.Fasa 5: Murid diminta menganalisis corak inkuiri mereka. Mereka memerlukan soalan yang berkesan, soalan yang produktif dan memerlukan maklumat lanjut daripada guru.Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Contohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, boleh dijadikan situasi yang membingungkan murid.