pembelajaran abad 21

3
PENDIDIKAN ABAD KE-21 PEMBINA INSAN Pendidikan abad ke-21 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014, sebagai projek rintis, dan diteruskan pada tahun ini, 2015, ke seluruh negara, diharapkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita, ke arah melahirkan insan yang seimbang dan holistik, selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pendidikan abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan tiga kemahiran yang perlu dikuasai bagi mencapai matlamat yang telah digariskan. Tiga kemahiran tersebut adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan kemahiran hidup dan kerjaya. Ketiga-tiga kemahiran ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam penulisan ini. Dalam kemahiran pertama, kemahiran pembelajaran dan inovasi, golongan pendidik diharapkan dapat menyediakan para pelajar dengan kebolehan dan kemampuan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, melalui sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini dapat membantu para pelajar menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian secara kreatif dan inovatif, melalui komunikasi dan kolaborasi yang dijalankan semasa proses penyelesaian masalah dilalui, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak lain. Apabila kemahiran pembelajaran dan inovasi ini dapat dikuasai oleh para pelajar, proses pembentukan individu yang seimbang dan

Upload: ainol

Post on 28-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ringkasan Abad 21

TRANSCRIPT

Page 1: Pembelajaran abad 21

PENDIDIKAN ABAD KE-21 PEMBINA INSAN

Pendidikan abad ke-21 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia pada tahun 2014, sebagai projek rintis, dan diteruskan pada tahun ini,

2015, ke seluruh negara, diharapkan dapat meningkatkan kualiti pendidikan di

negara kita, ke arah melahirkan insan yang seimbang dan holistik, selari dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam pendidikan abad ke-21, Kementerian

Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan tiga kemahiran yang perlu dikuasai bagi

mencapai matlamat yang telah digariskan. Tiga kemahiran tersebut adalah

kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi,

dan kemahiran hidup dan kerjaya. Ketiga-tiga kemahiran ini akan dibincangkan

dengan lebih lanjut dalam penulisan ini.

Dalam kemahiran pertama, kemahiran pembelajaran dan inovasi, golongan

pendidik diharapkan dapat menyediakan para pelajar dengan kebolehan dan

kemampuan untuk berfikir secara kritis dan kreatif, melalui sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dilaksanakan. Hal ini dapat membantu para pelajar

menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian secara kreatif dan

inovatif, melalui komunikasi dan kolaborasi yang dijalankan semasa proses

penyelesaian masalah dilalui, tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak lain.

Apabila kemahiran pembelajaran dan inovasi ini dapat dikuasai oleh para pelajar,

proses pembentukan individu yang seimbang dan holistik dapat diteruskan lagi

usahanya, seperti mana digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam kemahiran kedua pula iaitu kemahiran maklumat, media dan teknologi,

para pendidik bertanggungjawab menyediakan para pelajar dengan kemahiran

mencari, meneroka dan menggunakan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada

pelbagai sumber dengan lebih bertanggungjawab. Selain itu, para pelajar juga

sewajarnya dididik dengan kesedaran dan kepentingan menilai dan menganalisis

maklumat-maklumat yang dikumpul dan diperoleh. Pelbagai maklumat yang diterima

para pelajar seharusnya dapat dinilai sejauh mana kebenarannya, sebelum boleh

diguna pakai dan disebarkan kepada masyarakat sekeliling. Hal sedemikian rupa

dapat membantu sistem pendidikan di negara kita, ke arah melahirkan insan yang

seimbang dan holistik, dari segi pengetahuan dan nilai murninya.

Page 2: Pembelajaran abad 21

Dalam kemahiran ketiga, kemahiran hidup dan kerjaya, para pelajar perlu

dididik dan dikembangkan potensi mereka, agar para pelajar berkeupayaan hidup

berdikari dalam kehidupan dunia yang semakin mencabar dewasa ini. Kemahiran

hidup dan kerjaya seharusnya mampu menyediakan para pelajar di Malaysia

dengan sikap kebolehsuaian dan fleksibel, para pelajar yang mempunyai inisiatif dan

terarah kendiri, dan mempunyai kemahiran sosial dan antara budaya yang baik.

Disamping itu, melalui kemahiran ini, para pelajar sewajarnya memiliki nilai

produktiviti dan akauntabiliti, dalam masa yang sama, bertanggungjawab dan

berkepimpinan dalam setiap perkara yang dilakukan.

Kesimpulannya, melalui ketiga-tiga kemahiran yang diperkenalkan dalam

pendidikan abad ke-21 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, kemahiran

pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi, dan

kemahiran hidup dan kerjaya; diharapkan segala cita-cita yang disenaraikan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan dengan jayanya, terutamanya

dalam proses melahirkan dan membina insan yang seimbang dan holistik dari setiap

sudut kehidupannya. Namun, hal ini memerlukan kerjasama dan komitmen setiap

pihak dalam masyarakat Malaysia ke arah menjadikannya suatu kenyataan.

AINOL HAMIDAH BINTI AHMAD SARIMIN

P82043