pembangunan sumber manusia - upm edutrain … · web viewtugasan anda dikehendaki menyediakan satu...

6
Teori dan Amalan Pembangunan Sumber Manusia DCE 3102 Program Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia) 1. Pengenalan Penulis Modul: Profesor Dr. Aminah Ahmad 2. Biodata Penulis Profesor Dr. Aminah Ahmad Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400UPM Serdang Selangor Darul Ehsan No. Telefon : (03) 89468225 (telefon pejabat) Fax : (03) 89450455 E-Mail : [email protected] Masa berhubung : Rabu petang 3. Tujuan Modul Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang teori dan amalan pembangunan sumber manusia bagi pemajuan staf dan pembangunan organisasi. Secara khususnya pelajar akan dapat memahami pembangunan sumber manusia daripada segi fungsi dan peranan pembangunan sumber manusia, motivasi dan tingkah laku pekerja, pembelajaran dan pengajaran, 1

Upload: vantu

Post on 09-Sep-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah

Teori dan Amalan Pembangunan Sumber Manusia

DCE 3102Program Bacelor Sains (Pembangunan Sumber Manusia)

1. Pengenalan

Penulis Modul:

Profesor Dr. Aminah Ahmad

2. Biodata Penulis

Profesor Dr. Aminah AhmadJabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan LanjutanFakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia43400UPM SerdangSelangor Darul Ehsan

No. Telefon : (03) 89468225 (telefon pejabat)Fax : (03) 89450455E-Mail : [email protected] berhubung : Rabu petang

3. Tujuan Modul

Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pelajar tentang teori dan amalan pembangunan sumber manusia bagi pemajuan staf dan pembangunan organisasi.

Secara khususnya pelajar akan dapat memahami pembangunan sumber manusia daripada segi fungsi dan peranan pembangunan sumber manusia, motivasi dan tingkah laku pekerja, pembelajaran dan pengajaran, latihan dan pembangunan, kepemimpinan, pemajuan kerja serta bimbingan dan kaunseling, pembangunan organisasi dan penilaian program pembangunan sumber manusia.

1

Page 2: Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah

4. Pengisian Unit

Modul ini terdiri daripada 8 unit. Unit-unit dan jumlah minggu untuk anda menyelesaikan unit adalah seperti berikut:

Unit Tajuk Jumlah Minggu

1. Pengenalan Kepada Pembangunan Sumber Manusia 12. Pengaruh Terhadap Tingkah Laku Pekerja 23. Teori Pembelajaran dan Pembangunan Sumber Manusia 24. Latihan dan Pembangunan 25. Bimbingan, Kaunseling dan Pemajuan Kerjaya 26. Kepimpinan Dalam Pengurusan Sumber Manusia 27. Pembangunan Organisasi 28. Penilaian Program Pembangunan Sumber Manusia 1

5. Buku Rujukan

1. Harris, D.M. & Desimone, R.L. (2012). Human Resource Development (6th ed.). Font Worth: The Dryden Press.

2. Ibrahim Mamat (1996). Reka Bentuk dan Pengurusan Latihan Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Poon, J.M.L. (1994). Pengurusan Sumber Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Razali Mat Zin (1996). Kepimpinan Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

5. Thomson, R. & Mabey, C. (1994). Developing Human Resources. Oxford: Butterworth-Heineman.

6. Zuraidah Abdul Rahman (1999). Pengenalan Kaunseling Kelompok. Petaling Jaya: IBS. Buku Sdn. Bhd.

6. Penilaian

Anda akan dinilai dan menilai diri sendiri melalui:

A. Aktiviti-aktiviti dalam teks yang berbentuk soalan, perbincangan dan bacaan tambahan.

Anda tidak perlu menghantar jawapan anda bagi aktiviti yang diberi.

2

Page 3: Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah

Jawapan bagi soalan yang dikemukakan memang sedia ada dalam teks dan di dalam bacaan.

B. Ujian Objektif

Ujian ini berasaskan modul dan bacaan tambahan yang telah diberi dan berbentuk objektif.

Ada 2 ujian

Ujian Pertama : Akan ditentukan oleh UPMET (tarikh, masa dan tempat), Nilainya: 30%Unit-unit yang diuji: Unit 1 - 4Bilangan Soalan: 40 - 50Masa: 1½ jam

Peperiksaan Akhir : Akan ditentukan oleh UPMET,Nilainya: 40%Unit yang diuji: Unit 5 - 8Bilangan Soalan: 50 - 60Masa: 2 jam

C. Tugasan

Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah organisasi. Persamaan dan perbezaan amalan pembangunan sumber manusia di organisasi dengan teori yang telah anda pelajari perlu dibincangkan. Keterangan lanjut mengenai tugasan ini terdapat di halaman. Nilai tugasan ini adalah 30%.

7. Panduan bagi Ujian Objektif

1. Soalan bagi ujian objektif berasaskan unit-unit dan bacaan yang ditetapkan bagi tiap-tiap unit.

2. Soalan lazimnya berbentuk `multiple choice’ dan ‘salah betul’.

8. Panduan Membuat Tugasan

I. Tugasan (30%)

Anda diperlukan untuk mengumpul maklumat berkenaan perkara berikut daripada sebuah organisasi dengan memberi tumpuan kepada bahagian pembangunan sumber manusia.

3

Page 4: Pembangunan Sumber Manusia - UPM EduTrain … · Web viewTugasan Anda dikehendaki menyediakan satu penulisan berdasarkan maklumat berkenaan amalan pembangunan sumber manusia di sebuah

Maklumat yang diperlukan::

1. Matlamat organisasi.2. Struktur organisasi.3. Struktur, fungsi dan peranan Bahagian Sumber Manusia.4. Penerangan berkenaan pekerjaan (spesifikasi tugas

pengurus/pentadbir di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia).5. Latihan yang dikendalikan:

Tajuk latihan.Jenis (dikendalikan di dalam atau di luar organisasi).Objektif latihan.

6. Pemajuan kerjaya – aktiviti Pengurusan Kerjaya (Perancangan Kerjaya dan Bimbingan dan Kaunseling).

7. Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Organisasi (penstrukturan semula, “desentralisasi”, “downsizing”, ‘penggabungan”).

Sila buat satu laporan yang mengandungi 15 – 20 muka surat berdasarkan format berikut:

II. Format penulisan:

1. Pendahuluan.2. Kandungan.3. Perbincangan (Perkaitan antara teori yang dipelajari dengan

amalan organisasi dari segi pembangunan sumber manusia).4. Kesimpulan.

III. Penyerahan Tugasan

Sila hantar tugasan anda kepada UPMET selewatnya-lewatnya dua minggu sebelum peperiksaan akhir. Tugasan yang lambat dihantar tidak akan diambilkira untuk penggredan.

Universiti Putra Malaysia

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian modulIni dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, salinan foto, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan Jarak Jauh Pembelajaran (UPMET).

4