pembangunan perisian pembelajaran berbantukan …€¦ · salah satu daripada strategi yang...
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
(PBK) DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM
TINGKATAN 4 – IKATAN IONIK
THENMALAR A/P SHUNMUGAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) DALAM MATA PELAJARAN KIMIA KBSM
TINGKATAN 4 – IKATAN IONIK
THENMALAR A/P SHUNMUGAM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : _______________________________
Nama Penulis : THENMALAR A/P SHUNMUGAM
Tarikh : 10 MAC 2004
iii
Specially dedicated to my beloved……
mum, brother and sister
and
not to be forgotten my one and only beloved friend
and
my friends..
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur kepada Tuhan kerana dengan rahmat
dan limpahNya dapat saya sempurnakan projek ini bagi memenuhi syarat mendapat
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).
Dengan ikhlasnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terutamanya kepada penyelia projek,
P.M. Haji Aziz b. Nordin di atas tunjuk ajar, pandangan, bimbingan, perbincangan
dan sokongan dalam segala bentuk sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini.
Jutaan terima kasih dirakamkan kepada guru-guru sekolah dan para pelajar
yang telah memberikan kerjasama dalam membuat penilaian perisian ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan buat pihak keluarga yang banyak
mendoakan kejayaan saya dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu
saya dalam memberikan motivasi dan buah fikiran untuk meneruskan projek ini
sehingga ke akhirnya.
Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
v
ABSTRAK
Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi
menyebabkan pendekatan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) amat
digalakkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pembinaan
perisian PBK yang bertajuk Ikatan Ionik bagi mata pelajaran Kimia KBSM
Tingkatan 4 ini bertujuan untuk menambahkan bahan pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer dalam versi Bahasa Melayu yang menepati sukatan pelajaran
yang terbaru. Perisian ini dapat membantu pelajar dalam menjalani proses
pembelajaran kendiri dan ciri interaktif menggalakkan pelajar terlibat secara aktif
dalam meneroka keseluruhan perisian ini. Penggunaan grafik yang menarik beserta
dengan gabungan antara animasi, audio dan video boleh menarik minat pelajar dan
membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik Ikatan Ionik. Perisian PBK
ini dibangunkan dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.0 sebagai perisian
utama dan perisian-perisian sokongan lain seperti Adobe Photoshop 6.0, Macromedia
Flash 5.0, Adobe Premier 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry Sound Forge 6.0
dan ACD See 32. Perisian ini telah dinilai oleh pelajar dan guru sekolah, hasilnya
didapati bahawa penguasaan pelajar dalam topik Ikatan Ionik adalah lebih baik
selepas menggunakan perisian berbanding sebelum menggunakan perisian.
Manakala, para guru berpendapat bahawa perisian PBK ini sangat sesuai
diaplikasikan di kalangan pelajar memandangkan ia mampu menarik minat pelajar
terhadap mata pelajaran Kimia.
vi
ABSTRACT
The development in Information and Communication Technology (ICT) has
made the Computer Aided Learning (CAL) became a supportive method in teaching
and learning process in school. This CAL software entitled Ionic Bonding for Form
Four Chemistry KBSM is aimed to add the number of computer software in Malay
version that suits the latest syllabus design. It is hoped that this software would help
the students in self access learning, and the interactive element encourages the
students to participate actively in exploring this software. The use of attractive
graphics with the combination of animation, audio and video can attract the students’
interest and help them to understand more on Ionic Bonding. This CAL software is
developed by using an authoring software, which is the Macromedia Authoware 6.0
as the main software and are supported by other software such as Adobe Photoshop
6.0, Macromedia Flash 5.0, Adobe Premier 6.0, Ulead Cool 3D 3.5, Sonic Foundry
Sound Forge 6.0 and ACD See 32. This software has been evaluated by school
students and teachers, as a result the students achievement in Ionic Bonding topic is
better after using this software. Meanwhile, the teachers think that CAL method is
very suitable to be applied among the students since it can attract the students’
interest in Chemistry.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status
Pengesahan Penyelia
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Rajah xi
Senarai Jadual xii
Senarai Lampiran xiii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.4.1 Objektif Projek 5
1.4.2 Objektif Perisian 6
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.6 Kepentingan Projek 7
1.7 Skop Projek 8
viii
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Perisian 9
1.8.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 9
1.8.3 Multimedia 9
1.8.4 Ikatan Ionik 9
BAB II SOROTON PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.2 Pembelajaran Berbantukan Komputer 10
2.2.1 Klasifikasi PBK 12
2.3 Kelebihan Penggunaan Komputer
Dalam Pendidikan 12
2.3.1 Menyokong pembelajaran kendiri
dengan maklum balas yang cepat 12
2.3.2 Komputer dapat membantu
menyelesaikan masalah guru
dalam pengajaran 13
2.3.3 Maklum balas serta-merta 13
2.3.4 Menarik dan menyeronokkan 13
2.3.5 Komputer boleh menangani
ledakan maklumat 14
2.3.6 Mudah alih 14
2.3.7 Pengajaran berulang kali 14
2.3.8 Penglibatan deria yang lebih
daripada satu 14
2.4 Jenis-jenis PBK 15
2.4.1 Tutorial 15
2.4.2 Latih Tubi 15
2.4.3 Simulasi 16
2.4.4 Permainan 16
2.4.5 Penyelesaian Masalah 17
ix
2.5 Kepentingan Penggunaan Perisian
PBK dalam Pendidikan 17
2.6 Takrif Multimedia 18
2.6.1 Elemen-elemen Dalam
Multimedia 19
2.6.1.1 Teks 20
2.6.1.2 Grafik 20
2.6.1.3 Animasi 20
2.6.1.4 Audio 21
2.6.1.5 Video 21
2.7 Pendidikan Melalui Multimedia 21
2.8 Keberkesanan Multimedia Dalam
Pendidikan 23
BAB III METODOLOGI PENGURUSAN PROJEK 25
3.1 Pendahuluan 25
3.2 Fasa Analisis 25
3.2.1 Matlamat Projek 26
3.2.2 Matlamat Perisian 26
3.2.3 Kumpulan Sasaran 26
3.2.4 Pemilihan Topik Pengajaran 27
3.2.5 Pembahagian Isi Pelajaran 27
3.2.6 Pemilihan Perkakasan, Alat
Pengarang Dan Perisian
Sokongan 27
3.2.6.1 Perkakasan 28
3.2.6.2 Alat Pengarang 28
3.2.6.3 Perisian Sokongan 30
3.3 Fasa Rekabentuk 31
3.3.1 Menentukan Cara Perlaksanaan 31
3.3.2 Membina Carta Alir 32
3.4 Fasa Pembangunan dan Perlaksanaan 32
x
3.5 Fasa Penilaian 34
BAB IV HASIL PEMBANGUNAN PERISIAN 36
4.1 Pengenalan 36
4.2 Kaedah Memainkan Perisian 36
4.3 Kandungan Perisian 37
4.3.1 Permulaan Perisian 37
4.3.2 Paparan Menu Utama 38
4.3.3 Modul Pengenalan 39
4.3.4 Modul Tutorial 40
4.3.5 Modul Latihan 41
4.3.5.1 Soalan Objektif 42
4.3.5.2 Soalan Subjektif 43
4.3.6 Paparan Keluar 44
4.4 Penilaian Perisian 45
4.4.1 Penilaian oleh Guru 46
4.4.2 Penilaian oleh Pelajar 47
BAB V PENUTUP 51
5.1 Pengenalan 51
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Pembangunan Perisian 51
5.2.2 Penilaian Perisian 52
5.3 Rumusan 53
5.4 Cadangan 54
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 56
LAMPIRAN 60
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Perisian Macromedia Authoware 6.0 30
3.2 Carta Alir Perisian PBK 33
4.1 Paparan Masukkan Nama 38
4.2 Paparan Selamat Datang 38
4.3 Paparan Objektif Perisian 38
4.4 Paparan Fungsi Ikon 38
4.5 Paparan Menu Utama 39
4.6 Paparan Pengenalan 40
4.7 Paparan Tutorial 41
4.8 Paparan Kandungan Tutorial 41
4.9 Paparan Latihan 42
4.10 Paparan Kandungan Latihan 42
4.11 Paparan Soalan Objektif 43
4.12 Paparan Jawapan Salah 43
4.13 Paparan Jawapan Betul 43
4.14 Paparan Markah 43
4.15 Paparan Soalan Subjektif 44
4.16 Paparan Kepastian Keluar 45
4.17 Paparan Terima Kasih 45
4.18 Paparan Penghargaan 45
4.19 Paparan Pengenalan Pembangun 45
4.20 Perbandingan Keputusan Antara Pre-test 50
dan Pos-test
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Perisian-perisian sokongan yang digunakan
dalam proses pembangunan projek 30
4.1 Jadual menunjukkan peratusan guru yang
memberikan pendapat daripada perisian yang
dinilai 46
4.2 Jadual menunjukkan peratusan pelajar
yang menjawab dengan betul dalam ujian
pre-test 48
4.3 Jadual menunjukkan peratusan pelajar
yang menjawab dengan betul dalam ujian
pos-test 49
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Huraian Sukatan Mata Pelajaran Kimia
KBSM 60
B Soalan Pre-Test 62
C Soalan Pos-Test 67
D Borang Penilaian Guru 71
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains dan teknologi telah menjadi satu aset dalam kemajuan sesebuah negara
dan diberi perhatian umum sejak bermulanya era perkomputeran. Dalam keghairahan
menuju ke era ini, pelbagai ciptaan dan teknologi baru telah dihasilkan di seluruh
dunia. Kemajuan sains dan teknologi menyaksikan segala urusan yang rencam dapat
diselesaikan dengan cepat dan mudah.
Menyedari hakikat ini, banyak negara kini mengalihkan perhatian mereka ke
bidang sains dan teknologi, terutamanya dalam bidang teknologi maklumat dengan
mengambil peluang untuk menjadikan industri teknologi maklumat sebagai enjin
pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh, Singapura telah menetapkan
matlamat IT2000 dengan menjadikan negara tersebut sebagai sebuah Pulau Bistari
atau “intelligent island” menjelang tahun 2000.
Dalam hal ini, Malaysia turut tidak ketinggalan. Pihak kerajaan telah
mengambil banyak inisiatif untuk meningkatkan literasi ICT (Information and
Communications Technologies) di kalangan masyarakat Malaysia (Jonathan, 2002).
Di samping itu, Projek Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor) atau
ringkasnya MSC telah diumumkan oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad semasa
merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1hb. Ogos 1996. Pengumuman ini
secara tidak langsung menunjukkan Malaysia sedang menuju ke arah dunia
multimedia dan pada masa yang sama menyediakan diri dalam menghadapi era
2
teknologi maklumat ini. Pembabitan syarikat-syarikat Malaysia dalam 14 daripada 32
projek yang dilaksanakan di bawah inisiatif e-Asean membuktikan kejayaan dasar
kerajaan ke arah membawa Malaysia serta syarikat tempatan ke era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) (Berita Harian ; 3 Julai 2003).
Lanjutan daripada usaha tersebut, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan
pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai pengupaya menjadi
komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah Bestari
dilaksanakan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh (systematically) dari segi proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi cabaran Zaman Maklumat.
Twigg (1993) menyatakan bahawa,
“if we anticipate a future when more students need more learning, there is
only one way to meet the need without diminishing the quality of the students’
learning experience : We must change the way we deliver education.”
Kini, peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
semakin berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah
eksposisi berubah menjadi pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan
eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang
pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk membolehkan mereka
belajar secara akses sendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan
kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang digunakan oleh guru untuk
menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran ini
ialah mengintegrasikan teknologi multimedia dalam pengajaran (Lai Kim Leong,
2002). Seperti kata Lagowski (1998),
“This new technology promises more than just improvement in educational
productivity ; it has the potential also to change qualitively the nature of
learning itself.”
3
Multimedia dalam pendidikan merupakan satu keperluan dalam era teknologi
maklumat. Ia dianggap sebagai “edutainment” (education entertainment) dan
“infotainment” (information entertainment). Multimedia merupakan rangsangan
kepada perubahan dalam proses pengajaran berbanding dengan kaedah pengajaran
tradisi. Pengajaran boleh berubah menjadi panduan atau mentor dengan maklumbalas
secara interaktif daripada hanya berfungsi sebagai pembekal maklumat asas dan
pemahaman sahaja. Dengan adanya teknologi multimedia, ia berkemungkinan
mencipta sekolah virtual dan sekolah global bagi aplikasi jarak jauh.
1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Whitnell, et al. (1994), kebanyakan bidang Kimia adalah berbentuk
tiga dimensi dan dinamik, di mana ia memerlukan kefahaman yang abstrak. Kedua-
dua ciri ini menyebabkan subjek Kimia agak sukar dipersembahkan dalam buku teks
atau pengajaran guru. Penggunaan kaedah tradisional dalam pengajaran dan
pembelajaran Kimia tidak dapat menjamin pemahaman serta penguasaan para pelajar
dalam bidang Kimia dengan sepenuhnya. Jones dan Smith (1993) menyatakan
bahawa,
“We need teaching techniques that will allow students more control over the
pacing of instruction, require them to participate more actively in the
instruction, give them better feedback on their learning and make more
efficient use of their time.”
Kini, dengan terlaksananya projek Sekolah Bestari, hampir semua sekolah di
Malaysia mula menggunakan komputer sebagai salah satu bahan bantu mengajar
yang utama. Tidak ketinggalan juga pengaplikasian komputer dan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran Kimia. Program-program multimedia yang disediakan
menggunakan komputer dengan gabungan elemen-elemen seperti grafik, audio,
video dan animasi telah menukarkan kaedah pengajaran Kimia ke arah yang lebih
menarik. Para pelajar berpeluang melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
Kimia dengan adanya perisian multimedia yang berbentuk interaktif ini.
4
Walau bagaimanapun, penggunaan PBK (Pembelajaran Berbantukan
Komputer) dalam Kimia masih dalam tahap yang minimum disebabkan kebanyakan
pendidik Kimia lebih berminat untuk menggunakan kaedah pengajaran tradisional.
Ini kerana mereka menganggap penggunaan PBK memerlukan penguasaan yang
tinggi dalam bidang perkomputeran dan penyediaan perisian bagi topik-topik Kimia
mengambil masa yang panjang. Mengikut pendapat Bell et al. (1998),
“CAL won’t replace lectures or lecturers and requires an investment in
hardware and software as well as time.”
Di samping itu, kebanyakan perisian multimedia yang terdapat di pasaran
berbentuk perbincangan secara teori bagi topik-topik dalam Kimia dan kurang
menyediakan aktiviti yang memerlukan penglibatan pelajar, contohnya ruangan
latihan pengukuhan. Ini jelas menunjukkan masih wujud masalah kekurangan
perisian yang serba lengkap dan pembangun-pembangun perisian yang terlibat secara
langsung dalam pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah Penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan di Malaysia telah bermula
dengan pelaksanaan program kelab komputer melalui kegiatan ko-kurikulum di
sekolah-sekolah pada tahun 1980-an. Mulai tahun 1995, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memperkenalkan program Komputer dalam Pendidikan dengan
memberi penekanan kepada empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik. Pendidik-pendidik mata pelajaran berkenaan dilatih
menggunakan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun
1996, Kementerian Pendidikan juga telah mengumumkan untuk menjadikan mata
pelajaran Literasi Komputer sebagai salah satu mata pelajaran dalam pengajian di
peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Lagowski (1998) menyatakan bahawa,
“Many teachers started to develop educationally oriented applications for
courses in the chemistry curriculum, most often general chemistry.”
5
Usaha-usaha ini menunjukkan bahawa pihak sekolah berusaha untuk
mengintegrasikan komputer bukan sahaja dalam pengurusan sekolah, malah dalam
setiap mata pelajaran di sekolah. Bagi merealisasikan hasrat ini, lebih ramai
pembangun perisian yang pakar dan berpengetahuan tinggi diperlukan. Para pendidik
dilatih menggunakan komputer, tetapi agak kurang antara mereka yang menceburkan
diri dalam pembinaan perisian pembelajaran yang berkualiti tinggi.
Projek ini adalah satu usaha ke arah menghasilkan perisian multimedia bagi
mata pelajaran Kimia yang serba lengkap dan bersesuaian dengan sukatan pelajaran
dan kumpulan sasarannya. Topik Ikatan Ionik merupakan suatu topik yang abstrak
dan sukar dilihat. Ia sukar untuk dipelajari terus daripada buku tanpa sebarang
demonstrasi. Maka, PBK ini dapat membantu menjadikan topik Ikatan Ionik lebih
konkrit dan menarik. Di samping itu, ia dapat menambahkan koleksi perisian mata
pelajaran Kimia di pasaran dan pada masa yang sama menambahkan alternatif bahan
bantu mengajar di sekolah.
1.4 Objektif 1.4.1 Objektif Projek
i. Menghasilkan sebuah perisian PBK multimedia bagi topik Ikatan
Ionik dalam Bab Ikatan Kimia, mata pelajaran Kimia Tingkatan 4
mengikut sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) yang terbaru.
ii. Menjalankan penilaian ke atas perisian yang dihasilkan bagi
mengetahui kesesuaian perisian dari persepsi guru dan juga pelajar-
pelajar Tingkatan 4.
6
1.4.2 Objektif Perisian
i. Mendedahkan konsep Ikatan Ionik kepada pelajar dengan kaedah
yang lebih menarik bagi menambahkan minat pelajar terhadap topik
ini.
ii. Menunjukkan mekanisme pembentukan ikatan ionik dengan bantuan
elemen animasi bagi memudahkan pemahaman pelajar.
iii. Memberikan peluang kepada pelajar untuk menguji kefahaman
mereka terhadap topik yang diperbincangkan dalam perisian menerusi
modul Latihan yang disediakan.
iv. Menyediakan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan interaktif
bagi menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif dalam
pembelajaran.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Ikatan Kimia merupakan salah satu bab dalam mata pelajaran Kimia, di mana
penguasaan bab ini memerlukan daya imaginasi dan pemahaman yang tinggi. Hal ini
disebabkan dalam topik Ikatan Ionik, ia melibatkan kefahaman yang abstrak seperti
pergerakan elektron dari satu struktur atom ke struktur atom yang lain. Tindak balas
yang terlibat turut melibatkan perubahan dari segi struktur atom. Sekiranya para
pendidik menggunakan kaedah penerangan atau kaedah pengajaran secara tradisional
untuk menjelaskan perubahan ini, berkemungkinan besar pelajar tidak dapat
memahami konsep pemindahan elektron dengan jelas.
Maka, dengan terbinanya perisian PBK ini, para pelajar berpeluang untuk
mendalami konsep dan pembentukan ikatan ionik dengan lebih mudah dan menarik.
Lebih-lebih lagi, perisian PBK yang dibangunkan ini membincangkan topik Ikatan
Ionik secara khusus. Perisian ini akan memberikan penjelasan yang mendalam
tentang konsep dan pembentukan ikatan ionik, yang mana dapat membantu pelajar
dalam pembelajaran mereka. Para pelajar dapat melihat dengan sendiri bagaimanakah
proses pergerakan elektron dan perubahan struktur atom berlaku dalam pembentukan
7
ikatan ionik memandangkan perisian multimedia yang dihasilkan ini turut
menggabungkan elemen animasi. Sekiranya pelajar masih tidak dapat menguasai
pelajaran yang disampaikan daripada perisian, mereka berpeluang untuk
mempelajarinya sekali lagi, dengan cara memainkan perisian ini semula.
1.6 Kepentingan Projek Projek ini bertujuan untuk merekabentuk satu perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) yang berasaskan kepada ciri-ciri multimedia, mesra
pengguna (user friendly), mempunyai aspek nilai-nilai murni dan sesuai digunakan
bagi pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang mengambil mata pelajaran Kimia. Perisian ini
merangkumi topik Ikatan Ionik di dalam Bab Ikatan Kimia, berpandukan sukatan
pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Diharapkan pengaplikasian perisian PBK ini dalam pembelajaran topik Ikatan
Ionik dapat meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan adanya gabungan unsur-unsur animasi, grafik, audio, teks dan video dalam
perisian ini, pemahaman terhadap topik yang diperbincangkan dapat diperkukuhkan.
Penggabungan lima unsur ini bukan sahaja menjadikan perisian multimedia lebih
interaktif, malah melibatkan penggunaan deria yang lebih dari satu. Menurut
Baharuddin, Rio dan Manimegalai (2001), penggunaan deria yang lebih daripada
satu boleh memastikan bahawa pelajaran yang dipelajari dapat diingati dan tidak
menjemukan. Tambahan pula, perisian ini dapat memberikan pengalaman dan
suasana pembelajaran yang baru kepada para pelajar, di mana ia dapat meningkatkan
minat pelajar terhadap topik Ikatan Ionik.
1.7 Skop Projek Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang dihasilkan ini
memberikan fokus kepada topik Ikatan Ionik, yang mana merupakan subtopik
daripada Bab Ikatan Kimia dalam mata pelajaran Kimia Tingkatan 4 mengikut