pembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna … filepembangunan modul ‘panduan...

22
PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA BAGI REKABENTUK SKRIN DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA DAN LAMAN WEB’ NORNAJIDAH A. RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: danganh

Post on 07-Aug-2019

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA BAGI REKABENTUK SKRIN DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI

MULTIMEDIA DAN LAMAN WEB’

NORNAJIDAH A. RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: PEMBANGUNAN MODUL PANDUAN PEMILIHAN WARNA UNTUK REKABENTUK SKRIN DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA DAN LAMAN WEB

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya : _____ _NORNAJIDAH BINTI A.RAHMAN __________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini di simpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikkan dijalankan) TIDAK TERHAD

______ __________ (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: Lot 2825, Taman Selasih, Kg. Padang Landak, 22000 Jerteh, Terengganu

Tarikh : 30 APRIL 2008 _

Disahkan oleh:

_______ _______ (TANDATANGAN PENYELIA)

EN. SHAHARUDDIN MD. SALLEH

(Nama Penyelia) Tarikh : 30 APRIL 2008__

Page 3: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan : _________ ____________

Nama Penyelia : EN. SHAHARUDDIN MD. SALLEH

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 4: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

iii

PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA BAGI REKABENTUK SKRIN DALAM PEMBANGUNAN APLIKASI MULTIMEDIA

DAN LAMAN WEB’

NORNAJIDAH A. RAHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : _____ _________

Nama Penulis : NORNAJIDAH A. RAHMAN

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 6: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

iii

Buat Ayahanda dan Bonda…

En. A. Rahman Mohd. Ali dan Pn. Fatimah Ishak,

kasih sayangmu yang melaut tidak pernah surut

membuatkan daku sentiasa berjuang

untuk membahagiakan kalian,

Hadiah ini daku dedikasikan khas untuk kalian yang senantiasa mengiringi perjuanganku

dengan doa dan kasih seorang ayah dan ibu kepada anaknya.

Tidak lupa kepada seluruh adik beradikku…

Norhuda, Nornabihah, Ahmad Farid dan Ahmad Faiz,

Terima kasih atas sokongan kalian

Kasih sayang kalian penguat jiwa ini.

Page 7: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

iv

PENGHARGAAN     

Alhamdulillah…segala puji dipanjatkan ke atas Khaliqku, ALLAH S.W.T kerana

mengurniakan nikmat kesihatan dan akal beserta dengan rahmat dan perlindungan-Nya,

maka dapatlah Projek Sarjana Muda ini disiapkan pada masa yang ditetapkan dengan

jayanya.

Sekalung ucapan terima kasih dan penghormatan di atas tunjuk ajar, bimbingan

dan nasihat yang diberikan oleh En. Shaharuddin Md. Salleh selaku Penyelia Projek

Sarjana Muda saya. Semoga ilmu yang diberikan dapat dipanjangkan lagi dengan

penghasilan modul ini. Insya- ALLAH.

Tidak lupa, jutaan aprisiasi buat Pn. Zaleha Abdullah sebagai pencetus idea yang

memulakan langkah awal ke arah pembangunan modul ini. Segala bimbingan dan

nasihat yang diberikan amat saya hargai.

Seterusnya, sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di waktu kebuntuan idea iaitu

Noraini Mohd. Zain, Noor Asmalinda Masrom, Nur Zawani Kamal dan Nor Syafira

Zuhaika, semoga Allah merahmati dan melindungi kalian dengan kasih-sayang-Nya

sepanjang hayat.

Terakhir sekali, buat mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung sepanjang Projek Sarjana Muda ini disiapkan, saya mendedikasikan ucapan

terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang

mampu membalasnya. Amin…

Page 8: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

v

 

ABSTRAK

Modul merupakan satu alternatif pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar

yang berdikari, proaktif, dinamik dan kreatif. Justeru itu, pengkaji telah menghasilkan

sebuah modul yang bertajuk ‘Panduan Pemilihan Kombinasi Warna bagi Rekabentuk

Skrin dalam Pembangunan Aplikasi Multimedia dan Laman Web’ untuk pembangun

aplikasi multimedia dan laman web. Modul ini dihasilkan menggunakan pendekatan

penyelesaian masalah yang bertujuan melibatkan pelajar secara aktif menerusi

permasalahan yang dikemukakan. Modul ini terbahagi kepada empat bab yang terdiri

daripada elemen-elemen rekaan, prinsip-prinsip rekaan, perihal warna, serta penggunaan

dan pemilihan warna. Jawapan kepada permasalahan hanya akan diketahui setelah

pelajar menyelesaikan aktiviti dan membaca nota yang diberi. Penilaian secara tidak

formal telah dijalankan ke atas lima responden yang terdiri daripada pelajar yang

mengambil subjek berkaitan pembangunan aplikasi multimedia dan web dan tiga orang

pakar untuk menilai penerimaan terhadap penggunaan modul ini. Penilaian yang

dijalankan mendapati bahawa para pelajar bersetuju dengan penggunaan modul

pembelajaran ini memberikan implikasi yang positif dalam aspek yang dikaji oleh

penyelidik dan ianya amat membantu pelajar dalam memahami dan memberi

pengetahuan dalam topik ini. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara

yang masih perlu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan modul ini lebih tinggi

kualitinya. Dengan adanya modul ini, diharapkan pelajar memperolehi manfaat serta

menjamin ruang pembelajaran yang lebih selesa bagi memenuhi keperluan pembelajaran

masing-masing. Modul ini juga diharapkan dapat membantu pelajar dalam

mengaplikasikan kombinasi warna yang bersesuaian dalam proses mereka bentuk dan

membangunkan rekabentuk skrin aplikasi multimedia dan halaman web.

Page 9: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

vi

ABSTRACT

A module is a learning alternative that is attempted to form students who are

independent, proactive, dynamic and creative. Therefore, the researcher has composed a

module entitled ‘Guide to Choosing Colours for Screen Design in the Development of

Multimedia Applications and Websites’. This module is created using the technique of

problem solving and is aimed at involving students actively through the problems

presented. This module is divided into four chapters that are Elements of Design,

Principles of Design, About Colours, Using and Choosing Colours. The answers to the

problems put fourth will only be found out by the students after they have completed the

activities and after they have read the notes given. An informal evaluation has been

carried out to five respondents whom are students who take courses involving the

development of multimedia and web based applications and also three expertises to

evaluate the reception towards the use of this module. The evaluation carried out has

given a positive implication in the aspects that are researched and it is very helpful to

students in understanding and imparting knowledge in this topic. However, there are still

a few aspects that need to be improved to increase its quality. With the construction of

this module, it is hoped that students will be able to benefit as well as to create a learning

space that is more comfortable to fulfill the learning needs of each individual. This

module is hoped to help students in applying colour combinations that is fitting in the

process of designing and constructing multimedia software applications and websites.

Page 10: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH x

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Skop/ Batasan Kajian 6

1.7 Definisi Terminologi 6

1.7.1 Modul 6

1.7.2 Panduan 7

1.7.3 Kombinasi 7

Page 11: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

viii

1.7.4 Warna 7

1.7.5 Rekabentuk 7

1.7.6 Skrin 8

1.7.7 Antaramuka Pengguna 8

1.7.8 Penyelesaian Masalah 8

1.8 Penutup 8

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 9

2.2 Modul 9

2.2.1 Sejarah Modul 10

2.2.2 Definisi Modul 11

2.2.3 Objektif Penggunaan Modul 12

2.2.4 Ciri-ciri Modul 13

2.2.5 Prinsip-prinsip Modul 15

2.2.6 Kepentingan Modul dalam Pendidikan 16

2.3 Kesan Penggunaan Warna dalam Perisian dan Web 20

2.4 Pendekatan Penyelesaian Masalah 25

2.5 Penutup 29

III REKA BENTUK MODUL

3.1 Pengenalan 30

3.2 Reka Bentuk Projek 30

3.2.1 Model ADDIE 31

3.2.1.1 Analisis (Analysis) 31

3.2.1.2 Reka Bentuk (Design) 32

3.2.1.3 Pembangunan (Development) 32

3.2.1.4 Pelaksanaan (Implementation) 33

3.2.1.5 Penilaian (Evaluation) 33

3.3 Matlamat Modul 33

3.4 Tajuk Modul 34

Page 12: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

ix

3.5 Objektif Pembelajaran Modul 35

3.6 Pengenalan Modul 35

3.7 Aktiviti Utama Modul 35

3.8 Pemulihan dan Pengayaan 36

3.9 Menilai Kemajuan 36

3.10 Menyediakan Modul 37

3.11 Penilaian Modul 37

3.12 Kritikan dan Semakan 38

3.13 Penutup 38

IV PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN

4.1 Pendahuluan 39

4.2 Pakej Perisian 40

4.3 Kriteria Modul 40

4.3.1 Bab1: Elemen-elemen Rekaan 42

4.3.2 Bab 2: Prinsip-prinsip Rekaan 45

4.3.3 Bab 3: Perihal Warna 49

4.3.4 Bab 4: Penggunaan dan Pemilihan Warna 54

4.4 Penutup 58

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 59

5.2 Perbincangan 59

5.3 Kesimpulan 62

5.4 Cadangan 63

RUJUKAN 65

LAMPIRAN 70

Page 13: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Contoh muka hadapan bab 1 42

2 Contoh situasi bermasalah dalam bab 1 43

3 Contoh masalah yang perlu diselesaikan 43 menggunakan pendekatan berasaskan masalah dalam bab 1

4 Contoh isi pelajaran dan ruangan Ekspresi 44 Minda dalam bab 1

5 Contoh jawapan dan tips kepada aktiviti 44 yang disediakan dalam bab 1

6 Contoh Refleksi Minda yang memerlukan 45

pelajar membuat penilaian tentang hasil yang diperolehi selepas selesai membaca bab 1

7 Contoh muka hadapan bab 2 yang 45 mengandungi kata-kata hikmah yang sama dengan bab 1 kerana.topik yang dibincangkan berkenaan dengan rekabentuk

8 Contoh situasi bermasalah yang merupakan 46 sambungan daripada bab 1

9 Contoh isi pelajaran berkaitan prinsip-prinsip 46 rekaan dan ruangan Ekpresi Minda yang melibatkan pelajar secara aktif dalam bab 2

10 Contoh aktiviti yang disediakan selepas 47 pelajar mempelajari isi pelajaran dalam bab 2.

Page 14: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

xi

11 Contoh tips yang diberi untuk memberi idea 47

tambahan kepada pelajar dalam bab 2

12 Contoh masalah yang diberi 48 mengimplementasikan pendekatan penyelesaian masalah dalam bab 2.

13 Contoh Refleksi Minda yang memerlukan 48 pelajar membuat penilaian tentang hasil yang diperolehi selepas selesai membaca bab 2

14 Contoh muka hadapan bab 3 yang 49

mengandungi kata-kata hikmah berkenaan keistimewaan warna

15 Contoh situasi yang mengandungi sambungan 50 permasalahan daripada bab 2

16 Contoh masalah yang mengimplementasikan 50

pendekatan penyelesaian masalah dalam bab 3 .

17 Ruangan ekspresi minda dalam bab 3 51 memerlukan pelajar mencari jawapan yang hanya akan diperolehi selepas membaca isi pelajaran

18 Contoh kedua isi pelajaran berkaitan warna 51 dalam bab 3

19 Contoh ketiga isi pelajaran berkaitan warna 52 dalam bab 3

20 Contoh peta minda untuk membolehkan 52 pelajar menterjemah kembali tentang warna. berdasarkan prinsip PM

21 Tips berkenaan warna diberi untuk membantu 53 dan memberi idea tambahan kepada pelajar

22 Contoh Refleksi Minda dalam bab 3 yang 53 memerlukan pelajar membuat penilaian tentang hasil yang diperolehi selepas selesai membaca bab 3

23 Contoh muka hadapan bab 4 yang mengandungi 54 kata-kata hikmah berkenaan kepentingan warna

Page 15: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

xii

24 Contoh situasi yang mengandungi sambungan 55 permasalahan daripada bab 3

25 Contoh masalah yang mengimplementasikan 55 pendekatan penyelesaian masalah dalam bab 4.

26 Contoh isi pelajaran bab 4 berkaitan formula 56 Warna yang boleh diaplikasikan dalam membangunkan perisian atau web

27 Ruangan ekspresi minda dalam bab 4 56

memerlukan pelajar menganalisis masalah yang diberikan dan menjawab dengan menggabungkan ilmu yang telah dipelajari sebelumnya

28 Contoh bergambar beserta penerangan dan tips 57 dalam bab 4 diberikan untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah serta membolehkan pelajar lebih memahami isi pelajaran. .

29 Contoh Refleksi Minda yang 57 memerlukan pelajar membuat penilaian tentang hasil yang diperolehi selepas selesai membaca bab 4

Page 16: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

xiii

SENARAI SINGKATAN

PM - Penyelesaian Masalah

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang soal selidik mengenai Pemilihan 70

Kombinasi Warna bagi Rekabentuk

Skirn dalam Pembangunan Aplikasi

Multimedia dan Laman Web

B Borang Penilaian Rakan untuk Modul 71

Panduan Pemilihan Warna bagi

Rekabentuk Skrin dalam Pembangunan

Aplikasi Multimedia dan Laman Web

C Borang Penilaian Pakar untuk Modul 73

Panduan Pemilihan Warna bagi

Rekabentuk Skrin dalam Pembangunan

Aplikasi Multimedia dan Laman Web

Page 18: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

16

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia sedang memasuki era transisi ke arah negara berteknologi tinggi

dalam pelbagai sektor. Antaranya adalah aplikasi teknologi dalam sistem maklumat,

telekomunikasi dan multimedia. Teknologi multimedia kini telah digunakan secara

meluas dalam pelbagai bidang seperti bidang perniagaan, pendidikan, kiosk, hiburan,

sumber rekreasi, pemasaran, di rumah mahupun juga di tempat-tempat awam

(Jamalludin Harun, 2000).

Multimedia didefinisikan oleh Vaughan (1996) sebagai sebarang gabungan

elemen-elemen teks, grafik, bunyi, animasi dan video yang dipersembahkan melalui

komputer atau alat elektronik yang lain. Lima elemen utama ini yang juga dipanggil

media mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan

informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin Harun, 2000).

Untuk mewujudkan satu persembahan informasi yang berkesan, antaramuka

pengguna yang dibangunkan oleh pembangun perisian atau web perlu menarik dan

meninggalkan kesan kepada pengguna. Antaramuka pengguna bertindak sebagai

penghubung antara pengguna dengan maklumat yang ingin dicapai. Ia memudahkan

pengguna dan mewujudkan rasa ingin tahu melalui cara dan bentuk yang merangsang

pengguna untuk menerokai maklumat. Ia memberi kesan kepada pengguna tentang

gambaran, pemahaman dan arahan yang terdapat pada skrin komputer (Baharuddin

Aris, 2002). Oleh yang demikian, pembangun perisian seharusnya peka dan mampu

Page 19: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

17

menghasilkan antaramuka yang mampu menarik minat dan meninggalkan impak

yang baik kepada pengguna.

Dalam proses menghasilkan reka bentuk skrin, pemilihan warna yang sesuai

adalah sangat penting. Ini kerana, menurut Baharuddin Aris (2002), pemilihan

warna yang tepat dapat membantu komunikasi, tetapi jika sebaliknya ia boleh

mencacatkan paparan. Justeru, pemilihan kombinasi warna yang baik menjadi faktor

penting dalam membangunkan sesuatu perisian multimedia atau web.

Kini, penggunaan modul telah digunakan secara meluas di institusi pengajian

tinggi dan juga sekolah. Ini menunjukkan penggunaan modul dalam situasi

pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukanlah satu perkara yang baru. Selain dapat

menambahkan lagi strategi P&P ia juga dapat memupuk sikap berdikari dikalangan

pelajar.

Dalam proses P&P, tenaga pelajar mengalami masalah apabila terdapat

pelbagai perbezaan individu dikalangan pelajar atau pengguna. Salah satu cara yang

sesuai ialah dengan mengindividukan pengajaran dengan cara mengubahsuai bahan

pengajaran. Bahan pengajaran diubah tanpa mengubah pendekatan sistem yang

diamalkan dengan harapan ianya akan dapat meningkatkan lagi perkembangan

pembelajaran para pelajar mengikut keperluan dan kebolehan mereka.

Modul pembelajaran merupakan satu bahan pengajaran yang menitik

beratkan pembelajaran secara individu dengan mengambil kira perbezaan

latarbelakang, minat, gaya belajar, nilai, motivasi dan lain-lain. Pelajar-pelajar yang

terdiri daripada individu yang berbeza antara satu sama lain. Ia bukan sahaja dapat

membantu pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi

penguasaan terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Oleh itu,

penggunaan modul pembelajaran adalah sesuai digunakan oleh pelajar yang

mempunyai kecerdasan sederhana dan tinggi. (Shaharom & Yap, 1993)

Page 20: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

18

1.2 Latar Belakang Masalah

Kini telah menjadi trend kepada guru-guru di sekolah menggunakan perisian

pembelajaran berbantukan komputer sebagai alat bantu mengajar. Terdapat banyak

perisian pembelajaran di pasaran mahupun yang dikeluarkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia. Namun, sejauh manakah perisian-perisian ini dapat berfungsi

sebagai alat bantu mengajar yang berkesan? Apakah ciri-ciri yang sepatutnya ada

pada sesuatu perisian pembelajaran supaya objektif yang diinginkan akan tercapai?

Dalam menghasilkan perisian yang bermutu dan menepati kehendak

kumpulan sasaran, banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranya adalah reka

bentuk skrin. Reka bentuk skrin menurut Baharuddin Aris (2002) adalah merupakan

layout di dalam skrin komputer. Pemilihan teks, warna, grafik, animasi, video dan

audio yang tepat akan menjadikan paparan skrin menarik dan menimbulkan mood

yang baik kepada pengguna.

Warna memainkan peranan yang penting dalam mereka bentuk skrin. Warna

yang tepat akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pengguna perisian.

Deborah T. Sharpe (1974) dalam bukunya yang bertajuk The Psychology of Color

and Design menyatakan bahawa:

“ People attach all kinds of different meanings to colors. In general,

laymen tend to think that there are strong relationships between the

colors a person prefer for his clothing, home furnishings, the objects

that surround him, and the traits of his personality”

Ini menunjukkan bahawa warna sememangnya memberikan definisi

tersendiri dalam kehidupan kita. Apatah lagi apabila warna diimplementasikan ke

dalam perisian multimedia. Ia akan mempengaruhi mood pengguna. Menurut John

DiMarco (2006) dalam bukunya Web Portfolio Design and Application:

Page 21: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

19

“Colors change user perceptions because they make significant

emotional impression on the user. Bright vibrant colors give users

the impression of excitement or maybe even youth. Conversely,

bright colors may be seen as loud or immature, or uncultured by

some users who are from different backgrounds or diciplines. Muted

or dull colors may be seen as conservative or posibly be viewed as

boring to a certain user population”

Malah, warna menurut Baharuddin Aris (2002) adalah lebih berkuasa untuk

menonjolkan sesuatu maklumat berbanding bentuk. Penggunaan warna terhadap

teks dan latar belakang terlalu kontras juga boleh menyebabkan pengguna sukar

untuk membaca dan boleh menyebabkan pening apabila terlalu lama memandang.

Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan warna memberi kesan yang amat

mendalam di dalam pembangunan sesebuah perisian.

Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 120 pelajar-

pelajar tahun akhir yang telah mengambil matapelajaran SPM 2303 (Teknologi

Grafik, Animasi, Audio dan Video Digital), didapati bahawa 76.7 peratus daripada

pelajar tersebut menghadapi masalah dalam memilih kombinasi warna dalam

merekabentuk antaramuka perisian dan web. Manakala, hampir keseluruhan pelajar

iaitu sebanyak 94.2 peratus bersetuju supaya modul berkenaan pemilihan kombinasi

warna dibangunkan supaya dapat dijadikan rujukan dalam menghasilkan antaramuka

yang menarik dan efektif.

Justeru, penghasilan modul berkenaan pemilihan kombinasi warna yang tepat

adalah penting kepada pembangun perisian atau web dalam menghasilkan

rekabentuk skrin yang menarik dan memberikan impak yang baik kepada pengguna.

Modul yang akan dibangunkan ini menggunakan penyelesaian masalah.

Page 22: PEMBANGUNAN MODUL ‘PANDUAN PEMILIHAN KOMBINASI WARNA … filepembangunan modul ‘panduan pemilihan kombinasi warna bagi rekabentuk skrin dalam pembangunan aplikasi multimedia dan

20

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, warna

memainkan peranan yang sangat penting apabila sesuatu perisian ingin dihasilkan.

Manakala, tidak banyak modul yang memberi panduan berkaitan dengan pemilihan

kombinasi warna yang sesuai untuk reka bentuk skrin perisian diterbitkan di pasaran.

Dan kebanyakan pelajar yang telah mengambil matapelajaran berkaitan pembangunan

aplikasi multimedia dan web pula mengalami masalah dalam memilih kombinasi yang

bersesuaian. Justeru, modul ini dibangunkan bagi membantu pembangun perisian

multimedia dalam memilih kombinasi warna yang bersesuaian untuk skrin perisian

atau web.

1.4 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini adalah:

i. membina satu modul bertajuk ‘Panduan Pemilihan Kombinasi

Warna untuk Rekabentuk Skrin dalam Pembangunan Aplikasi

Multimedia dan Laman Web’ dengan menggunakan pendekatan

penyelesaian masalah.