pembangunan laman web untuk tajuk graf fungsi … · 2013-11-19 · laporan projek ini dikemukakan...

21

Upload: hoanghanh

Post on 05-May-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan
Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan
Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

i

PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI II BAGI

MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN LIMA

MENGGUNAKAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

MOHD RASHIDI BIN AHMAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

( Matematik )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2008

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

ii

Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

iii

Buat Ayahanda Bonda & Adik-beradik ,

Ahmad bin Abdul Manaf

Noriah binti Wahab

Suriati, Suryani,

Mohd Rezuwan, Mohd Rashdan, & Mohd Razin

Restu dan doa kalian

mengiringi kejayaan Pensyarah pembimbing yang dihormati

En Juhazren bin Junaidi

Harapan dan sumbangan membantu kesempurnaan

Faridah Mohamad dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi

Semangat dan dorongan kujadikan sandaran

~ Terima kasih ~

Anak2 sedara ku yang diingati....Lukman Irsyadi & Faris Haikal.

Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan sejuta penghargaan

ikhlas buat penyelia projek, En. Juhazren bin Junaidi yang telah banyak membantu

pembangun dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan dan tunjuk ajar

yang berguna sepanjang tempoh pembangunan ini dijalankan.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang

sentiasa memberi sokongan dan semangat bagi membangunkan Projek Sarjana Muda

ini.

Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Faridah dan rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan

projek ini dengan jayanya.

Semoga Allah memberkati semua.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

v

ABSTRAK

Projek ini dijalankan bertujuan untuk membina laman web bagi tajuk Graf

Fungsi II dalam mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima berdasarkan

huraian sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Ia mengaplikasikan teori behaviorisme sebagai teori pembelajaran dalam

laman web ini di bantu dengan pendekatan pembelajaran masteri. Kumpulan pelajar

tingkatan lima adalah sasaran di samping guru yang mengajar tajuk ini. Laman web

ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan selain buku teks dan merupakan alat

untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah mahupun di

luar sekolah. Proses pembangunan laman web ini berlandaskan model reka bentuk

ADDIE. Microsoft Front Page digunakan sebagai perisian pengarangan dan disokong

oleh beberapa perisian suntingan multimedia yang lain. Dengan pembangunan laman

web ini, diharapkan ia dapat membantu pengguna dalam memahami dan menguasai

tajuk ini

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

vi

ABSTRACT

This project was conducted to develop a website on Graph of Function II

topic for Mathematics KBSM Form Five which satisfies the Ministry of Education

syllabus. It applies the behaviorism theory as learning theory in this website and

supported by mastery learning approach. This website was aimed to Form Five

students as well as teachers as a target group. It can be used as a reference apart from

text books as a tool for teaching and learning process either inside or outside the

school. The development process of this website is based on ADDIE model.

Microsoft Front Page was the authoring language, and supported by several other

multimedia software’s. It is hoped that this website can be utilized to help student’s

master the concept and skills effectively for this topic.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SIMBOL xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Objektif Pembangunan 4

1.5 Persoalan Pembangunan 5

1.6 Rasional Pembangunan 5

1.7 Kepentingan Pembangunan 5

1.7.1 Pelajar 6

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

viii

1.7.2 Guru 6

1.7.3 Sekolah 6

1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 7

1.8 Batasan Pembangunan 7

1.9 Definisi Istilah 7

1.9.1 Pendekatan 7

1.9.2 Pengajaran 8

1.9.3 Pembelajaran 8

1.9.4 Multimedia 9

1.9.5 Pembelajaran Berasaskan Komputer 9

1.9.6 Pembangunan 9

1.9.7 Laman Web 10

1.10 Penutup 10

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 12

2.3 Keberkesanan PBK dalam Pendidikan 13

2.4 Pembelajaran menerusi laman Web 14

2.5 Multimedia 15

2.5.1 Teks 16

2.5.2 Grafik 16

2.5.3 Video 17

2.5.4 Audio 17

2.5.5 Animasi 17

2.5.6 Hipermedia 18

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

ix

2.6 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 18

2.7 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 18

2.8 Pendekatan pembelajaran 19

2.8.1 Pembelajaran Masteri 20

2.8.2 Pengertian Pembelajaran Masteri

berdasarkan konsep Bloom (1968) 20

2.9 Teori Pembelajaran 20

2.10 Teori Pembelajaran Behaviorisme 21

2.11 Model ADDIE sebagai Model Reka Bentuk 22

2.12 Penutup 24

BAB 3 METHODOLOGI: REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 25

3.2 Proses Pembangunan Laman Web 25

3.3 Model ADDIE 26

3.3.1 Fasa Analisis 27

3.3.1.1 Analisis Terhadap Pengguna

(Pelajar) 27

3.3.1.2 Pemilihan Tajuk dan Skop 27

3.3.1.3 Objektif Pengajaran 28

3.3.1.4 Kumpulan Sasaran 28

3.3.1.5 Analisis Terhadap Persekitaran

Pembelajaran 28

3.3.2 Fasa Reka bentuk 29

3.3.2.1 Pemilihan strategi pengajaran 29

3.3.3 Fasa Pembangunan 29

3.3.3.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan 29

3.3.3.2 Spesifikasi Perkakasan Mainbalik 30

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

x

3.3.4 Fasa Pelaksanaan 30

3.3.5 Fasa Penilaian 30

3.4 Pemilihan Perisian 31

3.4.1 Microsoft Front Page 2003 31

3.4.2 Perisian Sokongan 31

3.4.2.1 Adobe Photoshop CS2 31

3.4.2.2 Macromedia Flash MX2004 32

3.4.2.3 Microsoft Office 32

3.4.2.4 Internet Explorer 32

3.5 Carta Alir Laman Web 32

3.6 Penutup 34

BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 35

4.2 Paparan laman web 35

4.2.1 Paparan muka depan (index) 36

4.2.2 Paparan Objektif (Objectives) 37

4.2.3 Paparan Nota (Notes) 38

4.2.4 Paparan Latihan (Exercises) 43

4.2.5 Paparan Forum 45

4.2.6 Paparan Relak (Relax) 46

4.2.7 Paparan Glosari (Glossary) 47

4.2.8 Paparan Hubungi Saya (Contact Me) 49

4.2.9 Paparan Peta Laman (Site Map) 49

4.2.10 Paparan FAQ 50

4.3 Ciri-ciri Multimedia dalam Laman Web 51

4.3.1 Teks 51

4.3.2 Warna 52

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

xi

4.3.3 Grafik 52

4.3.4 Animasi 53

4.4 Kesimpulan 53

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan 55

5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 56

5.3.1 Pemilihan strategi untuk isi pelajaran 57

5.3.2 Penguasaan isi pelajaran 57

5.3.3 Menghasilkan reka bentuk yang sesuai 57

5.3.4 Mengintegrasikan multimedia yang

lebih efektif 58

5.4 Kelebihan laman web 58

5.5 Kelemahan laman web 59

5.6 Cadangan laman web pada masa hadapan 60

5.6.1 Penambahan audio 60

5.6.2 Bilangan soalan dalam latihan 60

5.6.3 Penggunaan sistem 61

5.6.4 Penghasilan grafik dan animasi yang

lebih menarik 61

5.6.5 Pengujian ke atas laman web kepada

kumpulan sasaran 61

5.7 Kesimpulan 61

RUJUKAN 63

RUJUKAN INTERNET 66

LAMPIRAN 67

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH PERKARA HALAMAN

3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 26

3.2 Rajah simbol perwakilan grafik carta alir 33

4.1 Paparan Muka (index) 37

4.2 Paparan Objektif 38

4.3(a) Paparan Nota 39

4.3(b) Paparan Topik 40

4.3(c) Paparan Pertama dalam Subtopik 41

4.3(d) Paparan Subtopik (Salah) 42

4.3(e) Paparan Subtopik (Betul) 42

4.3(f) Paparan Kedua dalam Subtopik 43

4.4(a) Paparan Latihan 44

4.4(b) Paparan Latihan 1 44

4.4(c) Paparan Latihan 2 45

4.5 Paparan Forum 46

4.6 Paparan Relaks 47

4.7(a) Paparan Pertama Glosari 48

4.7(b) Paparan Kedua Glosari 48

4.8 Paparan Hubungi Saya 49

4.9 Paparan Peta Laman 50

4.10 Paparan FAQ 51

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA HALAMAN

A Carta Alir Utama 66

B Carta Alir Nota 67

C Carta Alir Latihan 68

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

xiv

SENARAI SIMBOL

HTML ~ Hypertext Markup Language

ICT ~ Teknologi Maklumat dan Komunikasi

KBSM ~ Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM ~ Kementerian Pelajaran Malaysia

SPM ~ Sijil Pelajaran Malaysia

WEB ~ Jaringan Internet

PPK ~ Pusat Perkembangan Kurikulum

P&P ~ Pengajaran dan Pembelajaran

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam arus pembangunan negara kini, perkembangan teknologi tidak

ketinggalan dalam mengikut arus tersebut kerana perkembangan teknologi sering

mempengaruhi kehidupan manusia daripada aspek komunikasi, gaya hidup dan

sebagainya. Perkembangan teknologi dapat memberi banyak perubahan kepada

masyarakat terutamanya di sekolah. Antara alatan teknologi yang selalu digunakan di

sekolah adalah komputer. Komputer adalah alatan yang terpenting dalam zaman ini

kerana komputer adalah alat perantaraan bagi setiap urusan masyarakat dunia pada

masa kini termasuklah urusan di sekolah.

Teknologi multimedia banyak digabungkan di dalam bidang pendidikan dan

ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik

berbanding dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional. Dengan ini, multimedia

boleh digunakan dengan pelbagai cara penyampaian agar mendatangkan kesan yang

mendalam pada proses pembelajaran dan ia juga boleh dijadikan sebagai media

pendidikan yang berkesan dipetik dari Ismail (2002) dalam Kamaruddin (2003).

Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang

umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus

kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan

kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

2

masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1992; KPM

1988).

Kurikulum sekolah yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia (sekarang kementerian Pelajaran Malaysia) telah digabungkan dengan

aspek teknologi sebagai satu daya usaha ke arah untuk menyemai dan memupuk

serta menarik minat pelajar dan sekali gus membentuk sikap yang positif terhadap

perkembangan teknologi masa kini (Tengku Zawawi, 1999).

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Matematik merupakan suatu

cabaran bagi semua pelajar dan ramai di kalangan mereka beranggapan bahawa

subjek tersebut amat menakutkan dan kurang menyeronokkan. Oleh itu, para guru

hendaklah mengambil inisiatif baru supaya semua pelajar tidak beranggapan bahawa

Matematik itu adalah susah malah amat menyeronokkan sekali gus ia dapat

menafikan pandangan mereka selama ini terhadap subjek tersebut. (Nor Idayu

Syhida, 2007).

Ciri matematik yang kebanyakannya mempunyai konsep yang saling

berkaitan secara berhierarki, di mana pemahaman konsep adalah bersandarkan

pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar

menghadapi masalah kesukaran memahami matematik. (Maznah, 2000).

Menurut Maznah (2000), pelajar yang lemah biasanya sukar memahami

konsep dan kurang menguasai kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak

boleh menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Mereka ini juga sering

melakukan kesilapan kerana kurang memahami konsep walaupun pada peringkat

asasnya, selain daripada kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan

dalam pengiraan.

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

3

Proses pembelajaran amat dipengaruhi oleh motivasi diri di kalangan pelajar

sekolah. Penggunaan animasi berkomputer dapat membantu para pelajar memahami

konsep-konsep yang abstrak di dalam Matematik terutamanya. Secara tidak

langsung, animasi berkomputer akan memotivasikan diri pelajar untuk mempelajari

subjek Matematik melalui kemudahan komputer kerana komputer akan melakukan

aktiviti pembelajaran secara berulang-ulang sekiranya pengguna masih tidak

memahami konsep yang disampaikan, pelajar boleh meminta komputer mengulang

kembali pelajaran tersebut. (Rieber, 1990; dalam Tan, 2000).

1.3 Pernyataan Masalah

Salah satu faktor yang menyebabkan para pelajar tercicir dan mengalami

kesulitan serta kesusahan terhadap pembelajaran matematik ialah kerana mereka

tidak memahami konsep dan kaedah matematik itu sendiri yang di anggap susah.

(Adam,1977).

Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang dapat melahirkan generasi

yang berfikir secara mantik dan sistematik. Namun, matlamat ini tidak tercapai

sekiranya pelajar menghadapi masalah dan kesukaran pembelajaran dalam

matematik. Sering kali pelajar sukar untuk memahami konsep matematik yang

abstrak dan memerlukan daya taakulan beraras tinggi, mengakibatkan kewujudan

salah konsep dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang

pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah lama diperkenalkan di negara-

negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam

menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks

pendidikan ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan

pentadbiran tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran

pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. (Hidayah,2007).

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

4

Graf adalah salah satu cabang matematik yang dapat digunakan dalam

menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan yang kompleks. (Seminar Kebangsaan

Sains Matematik ke XIII 2005, 31 Mei-2 Jun 2005, UUM). Menurut Saradha dan

Nirmala Devi (2005) dalam kajiannya, antara masalah-masalah yang selalu pelajar

hadapi semasa membina graf adalah:-

i Tidak tahu memilih graf yang sesuai berkaitan dengan soalan

yang diberi.

ii Tidak tahu memilih skala yang sesuai.

iii Tidak boleh plotkan graf daripada data yang diberi.

iv Tidak tahu mencari kecerunan.

v Tidak dapat mengkaitkan hubungan di antara pemboleh ubah

dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas dari graf

yang dilukis.

Daripada faktor-faktor yang diperoleh di atas, maka pembangun berminat

untuk membangunkan laman web ini supaya ia dapat membantu pelajar tingkatan

lima yang mana mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Secara tidak langsung, para pelajar sedikit sebanyak dapat memahami konsep

dalam graf fungsi secara mendalam.

1.4 Objektif Pembangunan

Berikut adalah objektif pembangunan yang akan dicapai oleh pembangun.

Antara adalah :-

1. Mereka bentuk dan membangunkan laman web untuk tajuk Graf

Fungsi II bagi mata pelajaran matematik tingkatan lima.

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI … · 2013-11-19 · Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ... ini boleh digunakan sebagai bahan

5

2. Membangunkan laman web berlandaskan teori behaviorisme

menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.

1.5 Persoalan Pembangunan

1. Bagaimanakah tajuk Graf Fungsi II bagi mata pelajaran matematik

tingkatan lima dapat dibangunkan?

2. Bagaimanakah pembangunan laman web berlandaskan teori

behaviorisme menggunakan pendekatan pembelajaran masteri dapat

diaplikasikan?

1.6 Rasional Pembangunan

Rasional pembangunan laman web ini adalah web ini dapat memberi

gambaran dengan lebih jelas tentang konsep yang terdapat dalam tajuk graf fungsi II

ini. Dengan adanya teori dan pendekatan yang digunakan dalam web ini, maka guru

dan pelajar dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran

mereka.. Pembinaan laman web ini juga berdasarkan pengalaman pembangun dalam

melihat permasalahan tajuk ini semasa pelajar menjawab di dalam peperiksaan.

1.7 Kepentingan Pembangunan

Terdapat beberapa kepentingan pembangunan yang dapat diketengahkan.

Antaranya ialah: