i
PEMBANGUNAN LAMAN WEB UNTUK TAJUK GRAF FUNGSI II BAGI
MATA PELAJARAN MATEMATIK KBSM TINGKATAN LIMA
MENGGUNAKAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
MOHD RASHIDI BIN AHMAD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan
( Matematik )
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2008
ii
iii
Buat Ayahanda Bonda & Adik-beradik ,
Ahmad bin Abdul Manaf
Noriah binti Wahab
Suriati, Suryani,
Mohd Rezuwan, Mohd Rashdan, & Mohd Razin
Restu dan doa kalian
mengiringi kejayaan Pensyarah pembimbing yang dihormati
En Juhazren bin Junaidi
Harapan dan sumbangan membantu kesempurnaan
Faridah Mohamad dan rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi
Semangat dan dorongan kujadikan sandaran
~ Terima kasih ~
Anak2 sedara ku yang diingati....Lukman Irsyadi & Faris Haikal.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya
projek yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah
ditetapkan. Di kesempatan ini, pembangun ingin merakamkan sejuta penghargaan
ikhlas buat penyelia projek, En. Juhazren bin Junaidi yang telah banyak membantu
pembangun dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan dan tunjuk ajar
yang berguna sepanjang tempoh pembangunan ini dijalankan.
Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa tersayang dan juga adik beradik yang
sentiasa memberi sokongan dan semangat bagi membangunkan Projek Sarjana Muda
ini.
Akhir sekali, pembangun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Faridah dan rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyiapkan
projek ini dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati semua.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Projek ini dijalankan bertujuan untuk membina laman web bagi tajuk Graf
Fungsi II dalam mata pelajaran Matematik KBSM Tingkatan Lima berdasarkan
huraian sukatan mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ia mengaplikasikan teori behaviorisme sebagai teori pembelajaran dalam
laman web ini di bantu dengan pendekatan pembelajaran masteri. Kumpulan pelajar
tingkatan lima adalah sasaran di samping guru yang mengajar tajuk ini. Laman web
ini boleh digunakan sebagai bahan rujukan selain buku teks dan merupakan alat
untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah mahupun di
luar sekolah. Proses pembangunan laman web ini berlandaskan model reka bentuk
ADDIE. Microsoft Front Page digunakan sebagai perisian pengarangan dan disokong
oleh beberapa perisian suntingan multimedia yang lain. Dengan pembangunan laman
web ini, diharapkan ia dapat membantu pengguna dalam memahami dan menguasai
tajuk ini
vi
ABSTRACT
This project was conducted to develop a website on Graph of Function II
topic for Mathematics KBSM Form Five which satisfies the Ministry of Education
syllabus. It applies the behaviorism theory as learning theory in this website and
supported by mastery learning approach. This website was aimed to Form Five
students as well as teachers as a target group. It can be used as a reference apart from
text books as a tool for teaching and learning process either inside or outside the
school. The development process of this website is based on ADDIE model.
Microsoft Front Page was the authoring language, and supported by several other
multimedia software’s. It is hoped that this website can be utilized to help student’s
master the concept and skills effectively for this topic.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SIMBOL xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Objektif Pembangunan 4
1.5 Persoalan Pembangunan 5
1.6 Rasional Pembangunan 5
1.7 Kepentingan Pembangunan 5
1.7.1 Pelajar 6
viii
1.7.2 Guru 6
1.7.3 Sekolah 6
1.7.4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 7
1.8 Batasan Pembangunan 7
1.9 Definisi Istilah 7
1.9.1 Pendekatan 7
1.9.2 Pengajaran 8
1.9.3 Pembelajaran 8
1.9.4 Multimedia 9
1.9.5 Pembelajaran Berasaskan Komputer 9
1.9.6 Pembangunan 9
1.9.7 Laman Web 10
1.10 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Penggunaan PBK dalam Pengajaran dan
Pembelajaran 12
2.3 Keberkesanan PBK dalam Pendidikan 13
2.4 Pembelajaran menerusi laman Web 14
2.5 Multimedia 15
2.5.1 Teks 16
2.5.2 Grafik 16
2.5.3 Video 17
2.5.4 Audio 17
2.5.5 Animasi 17
2.5.6 Hipermedia 18
ix
2.6 Penggunaan Multimedia Dalam Pendidikan 18
2.7 Kelebihan Multimedia Dalam Pendidikan 18
2.8 Pendekatan pembelajaran 19
2.8.1 Pembelajaran Masteri 20
2.8.2 Pengertian Pembelajaran Masteri
berdasarkan konsep Bloom (1968) 20
2.9 Teori Pembelajaran 20
2.10 Teori Pembelajaran Behaviorisme 21
2.11 Model ADDIE sebagai Model Reka Bentuk 22
2.12 Penutup 24
BAB 3 METHODOLOGI: REKA BENTUK LAMAN WEB
3.1 Pengenalan 25
3.2 Proses Pembangunan Laman Web 25
3.3 Model ADDIE 26
3.3.1 Fasa Analisis 27
3.3.1.1 Analisis Terhadap Pengguna
(Pelajar) 27
3.3.1.2 Pemilihan Tajuk dan Skop 27
3.3.1.3 Objektif Pengajaran 28
3.3.1.4 Kumpulan Sasaran 28
3.3.1.5 Analisis Terhadap Persekitaran
Pembelajaran 28
3.3.2 Fasa Reka bentuk 29
3.3.2.1 Pemilihan strategi pengajaran 29
3.3.3 Fasa Pembangunan 29
3.3.3.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangunan 29
3.3.3.2 Spesifikasi Perkakasan Mainbalik 30
x
3.3.4 Fasa Pelaksanaan 30
3.3.5 Fasa Penilaian 30
3.4 Pemilihan Perisian 31
3.4.1 Microsoft Front Page 2003 31
3.4.2 Perisian Sokongan 31
3.4.2.1 Adobe Photoshop CS2 31
3.4.2.2 Macromedia Flash MX2004 32
3.4.2.3 Microsoft Office 32
3.4.2.4 Internet Explorer 32
3.5 Carta Alir Laman Web 32
3.6 Penutup 34
BAB 4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 35
4.2 Paparan laman web 35
4.2.1 Paparan muka depan (index) 36
4.2.2 Paparan Objektif (Objectives) 37
4.2.3 Paparan Nota (Notes) 38
4.2.4 Paparan Latihan (Exercises) 43
4.2.5 Paparan Forum 45
4.2.6 Paparan Relak (Relax) 46
4.2.7 Paparan Glosari (Glossary) 47
4.2.8 Paparan Hubungi Saya (Contact Me) 49
4.2.9 Paparan Peta Laman (Site Map) 49
4.2.10 Paparan FAQ 50
4.3 Ciri-ciri Multimedia dalam Laman Web 51
4.3.1 Teks 51
4.3.2 Warna 52
xi
4.3.3 Grafik 52
4.3.4 Animasi 53
4.4 Kesimpulan 53
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 54
5.2 Perbincangan 55
5.3 Masalah-masalah yang dihadapi 56
5.3.1 Pemilihan strategi untuk isi pelajaran 57
5.3.2 Penguasaan isi pelajaran 57
5.3.3 Menghasilkan reka bentuk yang sesuai 57
5.3.4 Mengintegrasikan multimedia yang
lebih efektif 58
5.4 Kelebihan laman web 58
5.5 Kelemahan laman web 59
5.6 Cadangan laman web pada masa hadapan 60
5.6.1 Penambahan audio 60
5.6.2 Bilangan soalan dalam latihan 60
5.6.3 Penggunaan sistem 61
5.6.4 Penghasilan grafik dan animasi yang
lebih menarik 61
5.6.5 Pengujian ke atas laman web kepada
kumpulan sasaran 61
5.7 Kesimpulan 61
RUJUKAN 63
RUJUKAN INTERNET 66
LAMPIRAN 67
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH PERKARA HALAMAN
3.1 Aliran kerja berdasarkan model ADDIE 26
3.2 Rajah simbol perwakilan grafik carta alir 33
4.1 Paparan Muka (index) 37
4.2 Paparan Objektif 38
4.3(a) Paparan Nota 39
4.3(b) Paparan Topik 40
4.3(c) Paparan Pertama dalam Subtopik 41
4.3(d) Paparan Subtopik (Salah) 42
4.3(e) Paparan Subtopik (Betul) 42
4.3(f) Paparan Kedua dalam Subtopik 43
4.4(a) Paparan Latihan 44
4.4(b) Paparan Latihan 1 44
4.4(c) Paparan Latihan 2 45
4.5 Paparan Forum 46
4.6 Paparan Relaks 47
4.7(a) Paparan Pertama Glosari 48
4.7(b) Paparan Kedua Glosari 48
4.8 Paparan Hubungi Saya 49
4.9 Paparan Peta Laman 50
4.10 Paparan FAQ 51
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA HALAMAN
A Carta Alir Utama 66
B Carta Alir Nota 67
C Carta Alir Latihan 68
xiv
SENARAI SIMBOL
HTML ~ Hypertext Markup Language
ICT ~ Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KBSM ~ Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM ~ Kementerian Pelajaran Malaysia
SPM ~ Sijil Pelajaran Malaysia
WEB ~ Jaringan Internet
PPK ~ Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P ~ Pengajaran dan Pembelajaran
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam arus pembangunan negara kini, perkembangan teknologi tidak
ketinggalan dalam mengikut arus tersebut kerana perkembangan teknologi sering
mempengaruhi kehidupan manusia daripada aspek komunikasi, gaya hidup dan
sebagainya. Perkembangan teknologi dapat memberi banyak perubahan kepada
masyarakat terutamanya di sekolah. Antara alatan teknologi yang selalu digunakan di
sekolah adalah komputer. Komputer adalah alatan yang terpenting dalam zaman ini
kerana komputer adalah alat perantaraan bagi setiap urusan masyarakat dunia pada
masa kini termasuklah urusan di sekolah.
Teknologi multimedia banyak digabungkan di dalam bidang pendidikan dan
ini akan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik
berbanding dengan pembelajaran dan pengajaran tradisional. Dengan ini, multimedia
boleh digunakan dengan pelbagai cara penyampaian agar mendatangkan kesan yang
mendalam pada proses pembelajaran dan ia juga boleh dijadikan sebagai media
pendidikan yang berkesan dipetik dari Ismail (2002) dalam Kamaruddin (2003).
Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang
umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus
kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan
kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan
2
masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis 1992; KPM
1988).
Kurikulum sekolah yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (sekarang kementerian Pelajaran Malaysia) telah digabungkan dengan
aspek teknologi sebagai satu daya usaha ke arah untuk menyemai dan memupuk
serta menarik minat pelajar dan sekali gus membentuk sikap yang positif terhadap
perkembangan teknologi masa kini (Tengku Zawawi, 1999).
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Matematik merupakan suatu
cabaran bagi semua pelajar dan ramai di kalangan mereka beranggapan bahawa
subjek tersebut amat menakutkan dan kurang menyeronokkan. Oleh itu, para guru
hendaklah mengambil inisiatif baru supaya semua pelajar tidak beranggapan bahawa
Matematik itu adalah susah malah amat menyeronokkan sekali gus ia dapat
menafikan pandangan mereka selama ini terhadap subjek tersebut. (Nor Idayu
Syhida, 2007).
Ciri matematik yang kebanyakannya mempunyai konsep yang saling
berkaitan secara berhierarki, di mana pemahaman konsep adalah bersandarkan
pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain adalah antara punca pelajar
menghadapi masalah kesukaran memahami matematik. (Maznah, 2000).
Menurut Maznah (2000), pelajar yang lemah biasanya sukar memahami
konsep dan kurang menguasai kemahiran matematik, menyebabkan mereka tidak
boleh menyelesaikan masalah matematik dengan baik. Mereka ini juga sering
melakukan kesilapan kerana kurang memahami konsep walaupun pada peringkat
asasnya, selain daripada kesilapan menentukan rumus yang sesuai dan kesilapan
dalam pengiraan.
3
Proses pembelajaran amat dipengaruhi oleh motivasi diri di kalangan pelajar
sekolah. Penggunaan animasi berkomputer dapat membantu para pelajar memahami
konsep-konsep yang abstrak di dalam Matematik terutamanya. Secara tidak
langsung, animasi berkomputer akan memotivasikan diri pelajar untuk mempelajari
subjek Matematik melalui kemudahan komputer kerana komputer akan melakukan
aktiviti pembelajaran secara berulang-ulang sekiranya pengguna masih tidak
memahami konsep yang disampaikan, pelajar boleh meminta komputer mengulang
kembali pelajaran tersebut. (Rieber, 1990; dalam Tan, 2000).
1.3 Pernyataan Masalah
Salah satu faktor yang menyebabkan para pelajar tercicir dan mengalami
kesulitan serta kesusahan terhadap pembelajaran matematik ialah kerana mereka
tidak memahami konsep dan kaedah matematik itu sendiri yang di anggap susah.
(Adam,1977).
Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang dapat melahirkan generasi
yang berfikir secara mantik dan sistematik. Namun, matlamat ini tidak tercapai
sekiranya pelajar menghadapi masalah dan kesukaran pembelajaran dalam
matematik. Sering kali pelajar sukar untuk memahami konsep matematik yang
abstrak dan memerlukan daya taakulan beraras tinggi, mengakibatkan kewujudan
salah konsep dalam pembelajaran. Penggunaan teknologi komputer dalam bidang
pendidikan bukanlah sesuatu yang baru. Ia telah lama diperkenalkan di negara-
negara maju seperti Amerika dan Eropah. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam
menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks
pendidikan ia bukan hanya mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan
pentadbiran tetapi berpotensi sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran
pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. (Hidayah,2007).
4
Graf adalah salah satu cabang matematik yang dapat digunakan dalam
menyelesaikan masalah melibatkan pengiraan yang kompleks. (Seminar Kebangsaan
Sains Matematik ke XIII 2005, 31 Mei-2 Jun 2005, UUM). Menurut Saradha dan
Nirmala Devi (2005) dalam kajiannya, antara masalah-masalah yang selalu pelajar
hadapi semasa membina graf adalah:-
i Tidak tahu memilih graf yang sesuai berkaitan dengan soalan
yang diberi.
ii Tidak tahu memilih skala yang sesuai.
iii Tidak boleh plotkan graf daripada data yang diberi.
iv Tidak tahu mencari kecerunan.
v Tidak dapat mengkaitkan hubungan di antara pemboleh ubah
dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas dari graf
yang dilukis.
Daripada faktor-faktor yang diperoleh di atas, maka pembangun berminat
untuk membangunkan laman web ini supaya ia dapat membantu pelajar tingkatan
lima yang mana mereka akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Secara tidak langsung, para pelajar sedikit sebanyak dapat memahami konsep
dalam graf fungsi secara mendalam.
1.4 Objektif Pembangunan
Berikut adalah objektif pembangunan yang akan dicapai oleh pembangun.
Antara adalah :-
1. Mereka bentuk dan membangunkan laman web untuk tajuk Graf
Fungsi II bagi mata pelajaran matematik tingkatan lima.
5
2. Membangunkan laman web berlandaskan teori behaviorisme
menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.
1.5 Persoalan Pembangunan
1. Bagaimanakah tajuk Graf Fungsi II bagi mata pelajaran matematik
tingkatan lima dapat dibangunkan?
2. Bagaimanakah pembangunan laman web berlandaskan teori
behaviorisme menggunakan pendekatan pembelajaran masteri dapat
diaplikasikan?
1.6 Rasional Pembangunan
Rasional pembangunan laman web ini adalah web ini dapat memberi
gambaran dengan lebih jelas tentang konsep yang terdapat dalam tajuk graf fungsi II
ini. Dengan adanya teori dan pendekatan yang digunakan dalam web ini, maka guru
dan pelajar dapat menggunakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran
mereka.. Pembinaan laman web ini juga berdasarkan pengalaman pembangun dalam
melihat permasalahan tajuk ini semasa pelajar menjawab di dalam peperiksaan.
1.7 Kepentingan Pembangunan
Terdapat beberapa kepentingan pembangunan yang dapat diketengahkan.
Antaranya ialah: