pembangunan laman web bagi tajuk garam, kimia · pdf filepembangunan laman web bagi tajuk...

21
PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truongtu

Post on 31-Jan-2018

285 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM,

KIMIA TINGKATAN 4

MOHD SYAZRIE BIN ROMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai
Page 3: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM,

KIMIA TINGKATAN 4

MOHD SYAZRIE BIN ROMLI

Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

Page 4: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai
Page 5: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai
Page 6: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat…

Ayahanda dan Bonda tersayang…

Romli Bin Hassan dan Zaiton Binti Hussin

Rakan-rakan seperjuangan…

Terima kasih atas semangat, nasihat, dorongan yang anda semua berikan…

Page 7: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

v

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersukur kehadrat Illahi atas limpah dan kurnianya. Segala

puji bagi Allah S.W.T serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad

S.A.W kerana dengan taufik dan hidayahnya, saya diberikan kekuatan, kesihatan

dan kesempatan untuk menyiapkan projek sarjana muda ini.

Saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang

tidak terhingga khas buat pensyarah pembimbing projek sarjana muda saya iaitu

En Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria di atas bimbingan, tunjuk ajar,

perbincangan, pandangan dan masa yang diluangkan sepanjang proses saya

melaksanakan projek sarjana muda ini.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada kepada semua

pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Sains di atas semua

bimbingan dan kata-kata nasihat di sepanjang pengajian saya di Universiti

Teknologi Malaysia.

Penghargaan yang tidak terhingga kepada kedua ibu dan ayah Romli Bin

Hassan dan Zaiton Binti Hussin yang sentiasa menyokong saya sepanjang saya

melaksanakan projek sarjana muda ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan, terima

kasih atas bantuan dan motivasi di sepanjang proses perlaksanaan projek ini

dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T membalas segala jasa baik kalian.

Sekian, Terima Kasih.

Page 8: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

vi

ABSTRAK

Pembangunan laman web bagi subjek kimia tingkatan 4 ini adalah

bertujuan menggalakkan penggunaan internet sebagai salah satu bahan bantu

mengajar di sekolah. Laman web yang di bina ini adalah dalam versi bahasa

inggeris kerana bahasa ini telah digunakan di sekolah sebagai bahasa pengantar

untuk subjek kimia. Kumpulan sasaran bagi pembangunan laman web ini adalah

pelajar-pelajar yang mengambil subjek kimia, guru-guru yang mengajar subjek

kimia dan penyelidik-penyelidik dalam bidang pendidikan. Teori pembelajaran

yang digunakan dalam pembangunan laman web ini adalah Teori Konstruktivis, di

mana elemen pembelajaran secara inkuiri telah diaplikasikan ke dalam laman web

ini. Pembangunan laman web ini adalah menggunakan Moodle 1.9.11+ dan

XAMPP 1.7 yang mengandungi Apache dan MySQL sebagai platform. Selain itu

laman web ini juga disokong oleh perisian lain seperti Adobe Photoshop CS4 dan

Macromedia Flash 5. Adalah diharapkan laman web ini dapat membantu pelajar

dalam mempelajari tajuk berkaitan garam.

Page 9: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

vii

ABSTRACT

The purpose of this website development is to encourage the usage of

internet as one of the teaching aids in school. This website has been developed by

using English language because of it is a medium for teaching chemistry in school.

The target user for this website is the students who learned chemistry, chemistry

teacher and educational researcher. The theory of learning that has been applied in

this website is a Constructivist Theory of learning, where the element of inquiry

has been used in this website. This website was developed by using Moodle

version 1.9.11+ and XAMPP 1.7 consists of Apache and MySQL as platform. This

website also use others software like Adobe Photoshop CS4 and Macromedia

Flash 5. Hopefully, this website will help students to learn the topic of salt.

Page 10: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS i

JUDUL ii

PENGESAHAN PENYELIA iii

PENGAKUAN iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI RAJAH xiii

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 0bjektif Pembangunan 5

1.5 Kepentingan Pembangunan 5

1.6 Rasional Pemilihan Pembangunan 8

1.7 Skop Pembangunan 8

1.8 Batasan Pembangunan 9

1.9 Terminologi 10

1.10 Penutup 11

Page 11: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

x

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Pengenalan Teori Konstruktivis 13

2.3 Pengenalan Pembelajaran Berasaskan Laman

Web

14

2.4 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri

2.4.1 Bentuk-bentuk Elemen Inkuiri

2.4.2 Model Inkuiri

16

18

20

2.5 Aplikasi Teori Pembelajaran Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

21

2.6 Implikasi Penggunaan Laman Web

Dalam Bidang Pendidikan

22

2.7 Penutup 25

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 26

3.2 Model Rekabentuk Pengajaran Dalam

Pembangunan Laman Web

3.2.1 Fasa Analisis Keperluan

3.2.1.1 Analisis Terhadap Kumpulan

Sasaran

3.2.1.2 Analisis Terhadap Kandungan

Pembelajaran

3.2.1.3 Analisis Terhadap Strategi

Pembelajaran

3.2.1.4 Analisis Terhadap Keperluan

Teknikal

27

27

27

28

29

29

Page 12: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

xi

3.2.2 Fasa Rekabentuk Laman Web

3.2.2.1 Rekabentuk Informasi

3.2.2.2 Rekabentuk Interaksi

3.2.3 Fasa Pembangunan Laman Web

3.2.4 Fasa Perlaksanaan

3.2.5 Fasa Penilaian

32

32

33

37

40

40

3.3 Penutup 41

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pendahuluan 42

4.2 Penggunaan Moodle dalam Pembangunan

Laman Web

43

4.3 Paparan Hasil Pembangunan Laman Web

4.3.1 Database Pengguna

4.3.2 Paparan Tajuk Pembelajaran sebelum

Pengguna Mendaftar Masuk

4.3.3 Paparan Daftar Masuk

4.3.4 Paparan Setelah Mendaftar Masuk

4.3.5 Paparan Objektif Pengajaran

4.3.6 Paparan Isi Pelajaran

4.3.7 Paparan Lain-lain Menu dalam

Laman Web

4.3.7.1 Paparan Menu sebelah kanan

Laman Web

4.3.7.2 Paparan Menu sebelah kiri

Laman Web

44

44

45

46

47

47

48

49

49

50

4.4 Paparan Isi Pelajaran 51

4.5 Carta Alir Pembelajaran 57

4.6 Penutup 58

Page 13: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

xii

BAB 5 PERBINCANGAN, MASALAH DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 59

5.2 Perbincangan Hasil Pembangunan Laman

Web

60

5.3 Masalah Dalam Proses Pembangunan

Laman Web

63

5.4 Kelebihan dan Kelemahan Pembangunan

Laman Web Menggunakan Moodle

5.4.1 Kelebihan Pembangunan

Laman Web Menggunakan Moodle

5.4.2 Kelemahan Pembangunan

Laman Web Menggunakan Moodle

65

65

67

5.5 Implikasi Pembangunan Laman Web 68

5.6 Cadangan

5.6.1 Cadangan Kepada Penyelidik-

penyelidik lain

5.6.2 Cadangan terhadap Pembangunan

Sistem

70

70

71

5.7 Penutup 72

RUJUKAN

Rujukan A-Y 73

Page 14: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Inkuiri Model 20

2 Struktur Akses Informasi 34

3 Struktur Tutorial 39

4 Database Pengguna 45

5 Paparan Tajuk Utama Laman Web 46

6 Paparan Daftar Masuk Pertama 46

7 Paparan Daftar Masuk Kedua 47

8 Paparan setelah Pengguna Mendaftar

Masuk

47

9 Paparan Objektif Pembelajaran 48

10 Paparan Isi Pelajaran 49

11 Paparan Menu Sebelah Kanan Laman

Web

50

12 Paparan Menu Sebelah Kiri Laman Web 51

13 Paparan Definisi Garam 52

14 Paparan Forum 53

15 Paparan Sifat Fizikal Garam 54

16 Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 1 54

17 Paparan Prosedur Aktiviti Makmal 2 55

18 Paparan Soalan Aneka Pilihan Jawapan 56

19 Paparan Soalan Jenis Betul/Salah 56

20 Carta Alir Pembelajaran 57

Page 15: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bidang pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai evolusi hasil

inovasi manusia. Jika dahulu hanya menggunakan kapur, OHP dan sebagainya, kini

elemen-elemen multimedia serta penggunaan komputer dan internet di Malaysia

telah berkembang dengan pesatnya. Menurut Weiss (2001) dalam Nor Hazidah

(2005), penggunaan internet dan komputer mampu mengubah banyak aspek dalam

pendidikan di mana guru-guru akan menjadi golongan penting yang akan membantu

pelajar dalam usaha pengajaran secara berbantukan komputer. Ini menunjukkan

bahawa penggunaan internet dalam bidang pendidikan amat bertepatan selaras

dengan Malaysia yang bakal menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.

Sesebuah Negara maju haruslah mempunyai sistem pendidikan yang mantap serta

menggunakan elemen-elemen teknologi sebagai salah satu bahan bantu mengajar.

Aktiviti-aktiviti pencarian maklumat secara menyeluruh oleh pelajar haruslah

diterapkan supaya pelajar-pelajar menjadi individu yang aktif dalam pembelajaran.

Page 16: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

2

Pembinaan laman-laman web berasaskan pembelajaran banyak dibangunkan

bertujuan sebagai alat bantu mengajar di sekolah. Jadi pembinaan laman-laman web

ini mampu membantu guru-guru mahupun pelajar mencari sesuatu maklumat

berkaitan pembelajaran serta digunakan sebagai medium penyampaian maklumat

yang interaktif hasil penggabungan pelbagai media. Untuk itu, kerajaan Malaysia

melalui Kementerian Pelajaran telah mengorak langkah memenuhi hasrat pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer dan internet melalui pembinaan makmal-

makmal komputer di sekolah-sekolah serta menaiktaraf subjek komputer di sekolah.

Bukan itu sahaja, sejak diperkenalkan pengajaran dan pembelajaran sains dan

matematik dalam bahasa inggeris pada tahun 2003, penggunaan komputer semakin

meningkat. Guru-guru sains dan matematik serta bahasa inggeris diwajibkan

mengikuti kursus-kursus penggunaan komputer dalam pembelajaran. Justeru itu,

penggunaan internet dalam kalangan guru khususnya guru-guru sains, matematik dan

bahasa inggeris bukanlah perkara asing lagi.

Pengajaran yang menarik adalah pengajaran yang melibatkan interaksi antara

guru dan pelajar. Pengajaran seperti ini adalah melibatkan pelajar dalam berkongsi

idea dan pendapat tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan subjek yang di ajar.

Pengajaran yang hanya melibatkan guru memberi maklumat sahaja menjadikan bilik

darjah dan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut bosan serta isi pelajaran

tidak dapat disampaikan dengan baik. Menurut Sajap Maswan, guru-guru boleh

menggunakan internet-internet ataupun laman-laman web sebagai bahan bantu

mengajar ataupun guru-guru boleh membina laman web sendiri untuk digunakan

dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini akan mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan bukan lagi pengajaran yang berpusatkan

guru. Dalam hal ini guru akan menjadi fasilitator untuk membantu pelajar-pelajar

memahami sesuatu konsep pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembelajaran adalah satu proses penyampaian maklumat. Penyampaian

sesuatu maklumat dalam pelbagai bentuk serta tidak tertumpu kepada satu bentuk

atau kaedah pengajaran adalah amat digalakkan bagi mengelakkan pelajar merasa

cepat bosan dengan sesuatu pembelajaran terutama pembelajaran subjek yang

kompleks seperti subjek kimia yang memerlukan guru-guru kreatif dalam

menyampaikan subjek ini. Subjek kimia merupakan salah satu subjek aliran sains

selain fizik dan biologi. Merupakan subjek yang melibatkan konsep, pengiraan dan

kefahaman sesuatu perkara dengan mendalam. Menurut (Garnett et al., 1995;

Nakhlek & Krajkik, 1993) dalam Tan Kheng Theng (2007) pelajar-pelajar

mempunyai masalah dari segi Keseimbangan kimia, tindak balas stoikiometri,

konsep mol serta pengoksidaan dan penurunan serta acid dan bes. Jika mereka tidak

memahami konsep ini maka bagi konsep garam juga mereka akan mempunyai

masalah untuk memahaminya. Masalah yang berlaku kepada pelajar pada masa kini

adalah untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran dan penggunaannya dalam

kehidupan seharian. Kebanyakan guru-guru yang mengajar hanya menumpukan

perhatian kepada fakta-fakta kimia tanpa menghubungkan apa yang dipelajari dengan

kehidupan sebenar menyebabkan pelajar belajar hanya untuk peperiksaan semata-

mata sedangkan kimia adalah melibatkan kehidupan kita seharian.

Menurut kurikulum bersepadu kimia tingkatan 4 (2005), penggunaaan

teknologi seperti komputer, laman web, simulasi berkomputer dan sebagainya adalah

bahan bantu mengajar yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains

dan terutamnya pengajaran subjek kimia. Kebanyakan guru-guru di sekolah masih

lagi menggunakan cara mengajar secara tradisional iaitu dengan menggunakan kapur

dan menerangkan sesuatu perkara secara lisan tanpa menerangkan bagaimana sesuatu

proses itu berlaku. Menurut Johari, Nor Hasniza dan Mohamad Yusof (2006)

pengajaran kimia haruslah pada aras mikroskopik, makroskopik dan simbol sesuatu

bahan kimia dan pembinaan bahan bantu mengajar haruslah mempunyai aras-aras ini

tetapi ia sukar dihasilkan. Begitu juga dengan pembangunan laman web sebagai

bahan bantu mengajar memerlukan masa yang lama untuk dibangunkan serta

memerlukan tenaga pakar yang mahir. Perkara ini akan menyebabkan guru-guru

Page 18: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

4

sukar membangunkannya dan hanya tertumpu kepada satu kaedah pengajaran iaitu

secara konvensional.

Pengajaran topik kimia dengan menggunakan laman web amat bertepatan

kerana ia akan membantu guru-guru dan pelajar-pelajar untuk memahami beberapa

konsep pengajaran dan pembelajaran kimia yang sukar seperti yang melibatkan

stoikiometri kimia, persamaan kimia dan sebagainya yang merupakan asas kepada

sesuatu kimia. Bagi mengatasi masalah ini juga, teori konstruktivisme akan

disepadukan dalam pembangunan laman web ini. Menurut Johari, Nor Hasniza dan

Mohamad Yusof (2006) lagi pembelajaran secara konstrutivis menekankan dua

aktiviti yang berkait iaitu yang melibatkan tingkahlaku pelajar serta yang melibatkan

aktiviti mental secara aktif. Ini akan membantu pelajar memahami dengan lebih

mendalam tentang sesuatu perkara melalui pengalaman mereka sendiri.

1.3 Pernyataan Masalah

Penguasaan konsep garam adalah amat penting oleh pelajar supaya pelajar

dapat menganalisis sesuatu garam. Menurut Hanafi(2004) dalam Tan Kheng

Theng(2007) sesuatu konsep pengajaran adalah tidak bermakna dan menjadi hafalan

jika sesuatu konsep itu tidak difahami. Ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu

pengajaran itu perlu dikuasai bukannya dihafal. Jika ia difahami maka pelajar akan

mudah untuk mempelajari sesuatu topic terutamanya topik garam pada aras yang

lebih tinggi, tetapi jika pelajar mengamalkan konsep hafalan, sukar untuk mereka

menjawab pelbagai soalan yang ditanyakan sama ada oleh guru mahupun dalam

peperiksaan.

Walaupun pelajar dapat menguasai sesuatu konsep kimia, tetapi tidak semua

dapat mengekalkan konsep tersebut pada aras soalan yang berbeza Tan Kheng

Theng(2007). Keadaan ini menimbulkan beberapa persoalan dalam usaha mengatasi

masalah ini secara pembangunan laman web iaitu : adakah rekabentuk laman web

boleh membantu pelajar memahami konsep garam dan seterusnya digunakan untuk

Page 19: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

5

menjawab soalan dalam pelbagai aras yang berbeza. Sejauh manakah pembangunan

laman web ini mampu membentuk pelajar menjadi pelajar yang aktif untuk mencari

maklumat berkaitan garam dan seterusnya mengaplikasikan konsep garam dalam

kehidupan seharian. Justeru itu satu pembangunan laman web berasaskan

pembelajaran harus dibangunkan bertujuan membantu pelajar-pelajar untuk

menguasai konsep pembelajaran garam dan seterusnya mampu mengaplikasikan

konsep tersebut dalam pelbagai situasi.

1.4 Objektif Pembangunan

Secara khususnya pembangunan laman web ini adalah untuk:

i. Merekabentuk satu laman web yang lengkap berkaitan tajuk garam bagi

subjek kimia tingkatan 4 menggabungkan elemen-elemen multimedia

serta interaktif untuk menarik perhatian pelajar.

ii. Membangunkan sebuah laman web yang mudah digunakan oleh guru-

guru dan pelajar-pelajar mengikut silibus kimia tingkatan 4, kurikulum

bersepadu sekolah menengah (KBSM).

1.5 Kepentingan Pembangunan

Setiap pembangunan laman web mempunyai tujuan serta kepentingan yang

tersendiri. Bagi pembinaan laman web untuk topik garam bagi subjek kimia

tingkatan 4, ia mempunyai kepentingan-kepentingan kepada individu-individu

mahupun kepada organisasi termasuklah kepada guru-guru yang mengajar subjek

kimia, pelajar yang mempelajari subjek kimia, penyelidik-peyelidik lain, pihak

Page 20: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

6

kementerian pelajaran, golongan-golongan lain yang bertujuan untuk menerbitkan

bahan-bahan rujukan berasaskan subjek kimia.

Tujuan pembangunan laman web ini kepada golongan guru-guru di sekolah

adalah untuk membantu mempermudahkan proses pengajaran dan pembelajaran

guru-guru di sekolah. Mengikut satu kajian yang dijalankan ke atas guru-guru di

sekolah menengah di seluruh Pulau Pinang mendapati bahawa, penggunaan

komputer dan internet di dalam beberapa subjek untuk proses pengajaran dan

pembelajaran mencatatkan keputusan bahawa, subjek sains mempunyai peratusan

tinggi iaitu sebanyak 68% berbanding subjek sejarah iaitu sebanyak 47%. Peratusan

ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru sains lebih mengaplikasikan pengajaran

dan pembelajaran berasaskan komputer dan internet berbanding guru-guru sejarah

atau guru-guru sains sosial. Dapatan ini membuktikan bahawa pengajaran secara

berbantukan komputer adalah amat sesuai terutamanya bagi subjek sains. Jadi jika

dilihat kembali pembinaan laman web berasaskan pembelajaran ini mampu

menjadikan pengajaran dan pembelajaran kimia lebih menarik serta mudah difahami.

Menurut Sajap Maswan lagi, dalam penggunaan laman web, bagi

menggalakkan pembelajaran secara aktif, guru-guru haruslah menggunakan ciri-ciri

hypermedia, hiperteks dan hiperlinks supaya pelajar dapat menerokai maklumat

tentang subjek yang ingin dipelajari untuk dikongsikan di dalam kelas. Ini

menunjukkan bahawa kepentingan laman web ini kepada guru-guru amat banyak

sekali dalam memberikan sesuatu yang menarik serta membantu pelajar memahami

konsep kimia iaitu konsep garam yang akan dipelajari. Laman web ini juga boleh

membantu para guru untuk dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas.

Penggunaan ini seterusnya memberikan kepelbagaian kepada guru-guru dan pelajar

itu sendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembangunan laman web ini amat penting sekali kepada golongan pelajar

kerana ia sangat membantu pelajar dari segi memperkukuhkan konsep sesuatu topik.

Pembelajaran berasaskan web menjadikan pelajar lebih berdikari serta ia membantu

pelajar meningkatkan pengetahuan dalam sesuatu topik yang dipelajari. Menurut

Baharudin(2001) dalam Sajap Marwan menyatakan bahawa pelajar mempunyai

Page 21: PEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA · PDF filePEMBANGUNAN LAMAN WEB BAGI TAJUK GARAM, KIMIA TINGKATAN 4 MOHD SYAZRIE BIN ROMLI Projek sarjana muda ini dikemukakan sebagai

7

initiatif belajar secara kendiri dalam membentuk kemahiran mereka terhadap sesuatu

topik yang dipelajari supaya mereka memperlihatkan ciri-ciri sebagai seorang pelajar

yang aktif. Justeru itu, penggunaan laman web ini melalui penerapan pelbagai

aktiviti yang mencabar minda serta penerokaan pelbagai sumber-sumber

pembelajaran lain dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran berfikir tahap

tinggi. Selain itu juga pembangunan laman web ini mampu menarik minat pelajar-

pelajar dalam usaha mereka mempelajari dan memahami sesuatu konsep kimia itu

sendiri dengan mudah melalui pengalaman mereka mencari sendiri sesuatu maklumat

dan dikongsikan bersama pelajar-pelajar yang lain di dalam kelas.

Jika dilihat dalam huraian sukatan pelajaran kimia tingkatan 4, pusat

perkembangan kokuriulum menekankan teori konstruktivis dalam pembelajaran

kimia di mana pengetahuan sedia ada pelajar dititik berat, pembelajaran berlaku

apabila pelajar berusaha mendapatkannaya, pembelajaran juga berlaku dimana proses

asimilasi berlaku antara pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru

yang mereka dapat, dan pengalaman pelajar membantu pelajar dalam proses

pembelajaran. Semua elemen-elemen tersebut amat diperlukan oleh pelajar-pelajar

supaya wujudnya pembelajaran secara aktif di dalam kelas.

Pembangunan laman web juga memberi manfaat yang besar kepada

penyelidik-penyelidik lain. Pembangunan laman web mampu memberikan motivasi

kepada penyelidik-penyelidik lain untuk membangunkan lebih banyak laman-laman

web berasaskan pembelajaran untuk kegunaan dan kemudahan guru-guru dan

pelajar-pelajar di sekolah. Pembinaan laman-laman web ini juga mampu memberikan

maklumat yang berguna kepada penyelidik-penyelidik lain tentang apa yang perlu

dihasilkan dan apa yang perlu dielakkan semasa membangunkan sesebuah laman

web yang melibatkan pembelajaran di sekolah.

Selain itu huraian sukatan pelajaran juga menekankan penggunaan teknologi

dalam pembelajaran kerana teknologi adalah alat bantu mengajar yang mampu

menarik perhatian pelajar. Adalah diharapkan pelajar-pelajar dan guru-guru dapat

menggunakan laman web ini secara maksimum supaya sesuatu objektif pengajaran

dapat dicapai.