v3.1-2020-katalog pembekal garam bukit himalaya...katalog produk pembekalgarambukit.com version...

41
ALAMI KEASLIAN Garam Himalaya pembekalgarambukit.com KATALOG PRODUK

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • ALAMI KEASLIAN

    Garam Himalaya pembekalgarambukit.com

    KATALOG PRODUK

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 2

    SHOWROOM

    GUDANG

    PRODUK DITURUNKAN DARI KONTENA

    OUTLET HQ

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 3

    SIAPA KAMI?

    Kami beroperasi di bawah syarikat Seri Aishah Global Ventures Sdn. Bhd. sebagai Pengimport dan Pembekal Garam Bukit Himalaya Asli yang dipercayai di Malaysia dan serantaunya.

    Beralamat di No 22, Jalan Apollo U5/191, Bandar Pinggiran Subang 40150 Shah Alam, Selangor, kami membekalkan keperluan Garam Bukit Himalaya kepada semua pelanggan di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak termasuk Brunei, Singapura dan Indonesia.

    Database pelanggan kami terdiri daripada :

    • Pusat Perawatan Islam • Pusat Perubatan Alternatif • Pusat Rawatan Terapi dan Rawatan Saraf • Pemilik Pasaraya / Mart • Pusat Rawatan Kecantikan & SPA • Pusat Penjagaan Ibu Bersalin / Berpantang • Kilang Pembuatan & Pemproses Makanan • Pengusaha Restoran & Kedai Makan • Founder Produk berasaskan Garam Bukit Himalaya • Penyedia Door Gift • Pelanggan Produk Natural dan Organik Rakan Strategik Pengeluar kami di Lahore Pakistan menepati keperluan spesifikasi dan sijil penting seperti Pengiktirafan HALAL dari JAKIM dan Food Safety System Certification (FSSC) 22000.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 4

    SERI AI

    SHAH G

    LOBAL

    VENTUR

    ES SDN.

    BHD. (

    135397

    7-M)

    SERI AI

    SHAH G

    LOBAL

    VENTUR

    ES SDN.

    BHD. (

    135397

    7-M)

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 5

    PRODUK KAMI

    Berikut adalah senarai produk berasaskan Garam Bukit Himalaya Asli yang dibekalkan :

    • Garam Masakan • Garam Rendaman • Garam Mandian • Garam Syifa’ • Garam Hitam Kala Namak • Garam Bentuk Ketulan • Garam Jilatan Ternakan • Sabun Garam • Tiles/Slab Garam • Garam Aroma Aura • Bebola Garam • Aroma Crystal Spray Aura • Pemegang Lilin (Tea Light) • Bantal Garam • Lampu Garam USB • Deodoran Garam • Lampu Garam pelbagai

    saiz dan corak • Pendetoks Organik (Foot

    Detoxer)

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 6

    Sebahagian dari gambar produk kami.

    Garam Merah / Putih Tea Light Garam Hitam/Kristal

    Garam Jilatan Ternakan Foot Detoxer Tiles/ Sabun Garam

    Aroma Garam

    Himalaya Lampu Garam Aroma Crystal Spray

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 7

    Garam Bukit Himalaya Merah Dikenali sebagai “pink salt”, antara yang terasli dalam kategori garam yang boleh dimakan. Selain untuk makan, garam ini juga dibuat sebagai minuman, skrub, produk kosmetik, produk mandian, rendaman kaki, produk spa, produk kesihatan dan sebagainya. Terdapat dalam pelbagai saiz, setiap saiz pelbagai cara penggunaanya. Kualiti yang diimport semuanya adalah EDIBLE SALT iaitu boleh dimakan.

    Garam Merah

    Halus Garam Merah

    Kasar Garam Premium

    Kristal Garam Merah Ketul

    Boleh di dapati dalam perbagai warna, bentuk dan saiz iaitu Powder (50-100mesh), Halus (25-50mesh), Kasar Kecil (1-2mm), Kasar (2-5mm) dan juga bentuk Ketulan (2-5cm)

    Garam Bukit Himalaya Tidak di ragukan lagi, garam merupakan salah satu keperluan asas setiap manusia. Apabila bercerita mengenai garam, garam terkenal dengan rasa yang masin dan selalu di gunakan dalam masakan malah perubatan. Garam Bukit Himalaya merupakan alternatif untuk menjaga kesihatan dan kecantikan. Di temui di kawasan Kaki Pergunungan Himalaya di bahagian utara Pakistan, batu mineral ini diproses sehingga menjadi garam dalam pelbagai bentuk dan saiz. Warna Garam Bukit Himalaya adalah warna asli semulajadi seperti merah jambu, oren, kristal, putih dan kelabu. Terdapat lebih 80 mineral semulajadi di dalam Garam Bukit Himalaya.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 8

    Garam Bukit Himalaya Putih & Garam Bukit Himalaya Kristal Dikenali sebagai garam batu dan garam putih. Warna putih garam jenis ini adalah 100% asli dan tidak melalui melalui apa-apa proses pemutihan. Ia 100% natural dan asli. Garam Kristal atau HALITE adalah garam yang paling halus struktur kejadian dan tinggi nilainya.

    Garam Putih Halus Garam Putih Ketul Garam Kristal / Halite

    Ketul Seperti Garam Merah, Garam Putih juga didapati dalam pelbagai saiz iaitu Powder (50-100mesh), Halus (25-50mesh), Kasar Kecil (1-2mm), Kasar (2-5mm) dan juga bentuk Ketulan (2-5cm)

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 9

    Garam Bukit Himalaya Hitam (KALA NAMAK) Garam Hitam Kala Namak adalah garam merah jambu yang asli. Ia secara tradisional diproses menggunakan arang, bersama dengan herba dan rempah-ratus India, yang menyebabkan warnanya gelap. Ianya mempunyai zat besi dan sulphida memberikan rasa tersendiri. Sesuai untuk dimasak, ditabur di atas salad dan buah-buahan, perapan daging dan juga sebagai ubat kepada masalah berkaitan perut seperti cirit-birit.

    Garam Hitam Halus Garam Ketul Hitam

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 10

    Kelebihan Garam Bukit Himalaya Untuk Haiwan Ternakan 1. Meningkatkan kesuburan untuk pembiakan haiwan ternakan 2. Meningkatkan ketahanan diri haiwan ternakan 3. Mengurangkan kos penyelenggaraan kesihatan ternakan 4. Garam tahan lama dan tidak peroi 5. Digemari oleh ternakan bukan sahaja kambing dan lembu,haiwan peliharaan

    seperti kucing, arnab dan lain-lain juga 6. Mencantikkan bulu haiwan 7. Mencegah haiwan ternakan daripada menghidap pelbagai penyakit

    Garam Jilatan Ternakan Bukit Garam Himalaya bagus diberikan kepada haiwan ternakan seperti kambing, lembu dan kuda kerana ianya membekal zat galian, zat besi dan potasium dan sangat baik termasuk sistem penghadaman. Oleh itu, Garam Bukit Himalaya di reka bentuk sesuai untuk haiwan ternakan.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 11

    Kebaikan Sabun Garam Bukit Himalaya Organik Asli

    1. Merawat masalah kulit seperti jerawat, parut, kulit berminyak, "blackhead" dan sebagainya

    2. Membuang kotoran, toksin dan sel-sel kulit mati 3. Melembut dan mencerahkan kulit 4. Melancarkan peredaran darah 5. Menambah vitamin semulajadi pada kulit 6. Mengekalkan keremajaan kulit 7. Menghilangkan kegatalan kulit 8. Sesuai untuk kulit sensetif 9. Digunakan sebagai ikhiar rawatan aura dan mistik

    Sabun Garam Bukit Himalaya Organik Asli Sabun Garam Himalaya ini terkenal dengan sifatnya yang kaya dengan mineral untuk menyihatkan kulit serta menyegarkan. Sabun Garam Bukit Himalaya Organik ini di perbuat daripada 100% Garam Bukit Himalaya dan di bentukkan seperti bentuk sabun.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 12

    Tiles Garam Bukit – Plat Memasak

    Tiles Garam Bukit – Dinding Bilik Tiles Garam Bukit ini dijadikan sebagai “Light Therapy Room” dan sebagai dinding bilik penyimpanan daging agar tahan lebih lama dan mendapatkan kualiti daging yang baik.

    Tiles Garam Bukit Himalaya Tiles garam bukit mempunyai pelbagai saiz dan perlbagai kegunaan. Antaranya sebagai plat memasak, dinding bilik, rawatan kaki dan sebagainya.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 13

    Tiles Garam Bukit – Rawatan Kaki Tiles Garam Bukit ini telah menjadi pilihan untuk yang ingin merawat kaki mereka dengan meletakkannya di bawah telapak kaki dan dipijak. Ianya mampu mengurangkan lenguh, sakit sendi, sakit kaki dan gout.

    Antara Saiz dan Bentuk Tiles Garam Bukit

    Saiz : 8x4x1 (inci) Saiz: 12x8x1.5 (inci)

    Saiz: 8x8x1.5 (inci) Saiz : 8x6x1.5 (inci)

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 14

    Pilihan Aroma Garam Himalaya : Lily / Rose / Lavender

    Kegunaan Aroma Garam Himalaya Aroma Garam Himalaya boleh digunakan sebagai mandian, rendaman, bilasan mandian dan spray. Garam Aroma ini juga boleh di jenamakan semula mengikut kehendak pembeli. Garam Aroma adalah untuk kegunaan luaran sahaja dan bukan untuk di makan.

    Botol 1kg

    Aroma Garam Himalaya Aroma Garam Himalaya merupakan gabungan Garam Bukit Himalaya merah kasar bersama minyak pati bunga-bungaan. Minyak pati tersebut kaya dengan haruman bunga-bungaan seperti lavender, ros (mawar) dan lily. Tujuan kewujudan garam aroma ini adalah untuk memberi lebih ketenangan kepada pengguna yang gemarkan kesegaran dan haruman bunga-bungaan.

    Garam Bukit Merah

    Garam Bukit Premium Pink

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 15

    Kelebihan Aroma Garam Himalaya

    1. Melembutkan, mencerahkan, meremajakan dan mencantikkan kulit secara semulajadi

    2. Membuang kotoran, toksin dan sel-sel kulit mati 3. Menghilangkan bau kurang senang di kaki dan badan 4. Merawat masalah kulit seperti jerawat, parut, gatal-gatal dan sebagainya 5. Meningkatkan "Aura" diri supaya lebih positif 6. Membantu bagi mengelak daripada gangguan makhluk halus 7. Melancarkan peredaran darah dan menenangkan fikiran 8. Melegakan masalah kekejangan otot,sakit sendi, lenguh dan kulit merekah 9. Boleh di jadikan sebagai spray wajah, toner, detoks kulit, merawat eyebag

    dengan bancuhkan Aroma Garam Himalaya dengan air yang tapis, kemudian masukkan ke dalam botol yang sesuai

    10. Garam ini bukan untuk diminum atau dimakan

    Cara Penggunaan Aroma Garam Himalaya Campurkan 5 sudu besar Aroma Garam Himalaya ke dalam air biasa atau air bercampur ais. • Rendaman: Rendam kaki/badan selama 30 minit • Mandian: Mandi dengan air bancuhan Aroma Garam Himalaya • Bilasan Mandian: Sebagai bilasan terakhir selepas mandian

    Sesuai untuk :

    -letih lesu - pesakit gout - murung -enzema – tidak bertenaga - lemah semangat -suri rumah - gangguan makhluk halus -rawatan penyakit misteri -ahli sukan -ahli marathon -pemilik bisnes -rasa malas -stress -kulit gatal-gatal *Boleh digunakan oleh ibu hamil dan ibu menyusu.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 16

    Mengenai Lampu Garam Bukit

    **Terdapat banyak lagi khasiat yang dapat diperolehi daripada Lampu Garam Bukit ini.

    Lampu Garam Bukit Himalaya Dikenali sebagai Lampu Garam Aura atau Lampu Terapi. Lampu Garam sering digunakan sebagai produk hiasan rumah. Disebalik kecantikan dan keunikannya, Lampu Garam ini memberi banyak khasiat buat badan kita dan persekitaran kita. Lampu Garam Bukit boleh didapati dalam pelbagai jenis bentuk dan saiz.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 17

    Bentuk, Saiz dan Warna Lampu Garam Bukit Penciptaan Lampu Garam semulajadi tidak melibatkan pemprosesan yang banyak kerana ia dihasilkan dari batu garam itu sendiri yang diperolehi dari lombong di pergunungan Himalaya. Ia menjadikannya lebih unik kerana bentuk dan warna yang tersendiri secara semulajadi.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 18

    Selain itu, terdapat juga dalam bentuk geometri yang diukir dan dibuat dengan menggunakan mesin. Ia juga menjadikan Lampu Garam Bukit lebih menarik dengan pelbagai pilihan reka bentuk.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 19

    Lampu Garam Bukit USB mini dan mudah alih. Terdapat 2 warna pilihan, merah dan putih. Lampu Garam USB Merah mengeluarkan 1 warna cahaya lampu yang menenangkan dan redup. Lampu Garam USB Putih pula menggunakan LED pelbagai warna yang bertukar hampir 10 warna cahaya. Untuk mengaktifkannya, hanya disambungkan kepada USB port. Biasanya disambungkan ke laptop /komputer/gajet di pejabat, di dalam kereta dan di ruang yang kecil.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 20

    Khasiat Garam Bukit Himalaya Air bancuhan Garam Bukit yang digunakan di dalam Aroma Crystal Spray mempunyai pelbagai khasiatnya yang tersendiri.

    • 84 mineral yang terkandung di dalam Garam Bukit itu sendiri, sudah pasti memberikan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh sistem badan

    • Garam Bukit sangat terkenal dengan penggunaannya sebagai rawatan tubuh di spa untuk rawatan kulit

    • Garam Bukit mempunyai khasiat mencantikkan dan melembutkan kulit malah juga digunakan untuk merawat kesihatan kulit khususnya akibat kegatalan atau ekzema

    • Garam Bukit turut digunakan untuk meneutralkan cas-cas positif disekeliling tubuh: 1. Cas-cas positif yang berlebihan pada tubuh akan membuatkan individu itu menjadi lemah, tiada tenaga dan mudah diserang penyakit 2. Gangguan makhluk halus juga dikaitkan dengan cas positif yang tinggi

    • Garam Bukit digunakan sebagai pendinding diri. Kerana itu, mandian Garam Bukit amat digalakkan supaya liang roma diseliputi garam untuk mengelakkan perkara mistik mendatangi

    Aroma Crystal Spray Aroma Crystal Spray adalah spray rawatan diri yang dirumuskan dari Garam Bukit Himalaya dan dimashurkan dengan bauan aromaterapi yang lembut dan menenangkan dan diletakkan batuan kristal hidup didalamnya. Aroma Crystal Spray dibotolkan dalam botol kaca bagi mengelakan tindakbalas molekul yang akan mengurangkan khasiat dan keberkesanan isi kandungannya khususnya apabila melibatkan ramuan aromaterapi.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 21

    Khasiat Wangian Aromaterapi

    Bauan pati bunga Lavender, Geranium, frankincense dan Ylang-ylang di dalam Aroma Crystal Spray adalah ramuan yang memberikan ketenangan dan keselesaan yang optimum.

    Bauan pati bunga aromaterapi di dalam Aroma Crystal Spray mampu:

    1. Menyegarkan minda, menghilangkan stress, memperbetulkan peredaran darah dengan membawa pengguna ke suasana relaks dan mengawal kemarahan

    2. Meningkatkan kapasiti memori, mencegah Alzheimer 3. Meningkatkan energi, merangsang tubuh dan fikiran untuk tujuan

    menyembuhan dalam rawatan 4. Mencegah sakit kepala akibat stress dan insomnia 5. Menghilangkan angin dalam badan seperti kembung dan memperbaiki

    pencernaan juga meringankan sembelit

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 22

    Khasiat Batuan Kristal Hidup

    Aroma Crystal Spray mencampurkan Batuan Kristal Hidup di dalamnya untuk mengoptimumkan penggunaan Aroma Crystal Spray sebagai medium rawatan diri selain memperbesarkan aura dalaman dan luaran pemakai.

    1. Batuan Kristal dapat menyeimbangkan energi tubuh, melarutkan dan menghapuskan energi yang bermasalah, memperbaiki fungsi organ tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh

    2. Batuan Kristal mempunyai pelbagai manafaat menyembuhan dan pengawalan emosi manusia

    3. Batuan kristal mempunyai warna dan frekuensi yang tersendiri yang sangat berkait rapat dengan cakra manusia

    4. Batuan kristal telah digunakan ribuan tahun dahulu dalam perubatan rawatan Reiki

    5. Batuan kristal perlu direndamkan untuk mengeluarkan khasiat penyembuhan

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 23

    Cara Penggunaan

    1. Untuk kesegaran, menghilangkan stress, menjaga penglihatan : Jarakkan 1 kaki jauh dari wajah dan spray sebanyak 3-5 kali disekitar wajah dan atas kepala. 2. Untuk rawatan kulit : Spraykan di kawasan bermasalah seperti ekzema atau gatal-gatal setiap 4 jam sekali 3. Untuk pendinding diri

    • Mulakan dengan Bismillah dan selawat ke atas Nabi. • Spraykan di keseluruhan tubuh selepas mandi setiap pagi • Mulakan dari bahagian atas kepala, kawasan leher dan dada, belakang,

    bahagian tangan kedua belah, perut dan kedua belah kaki. • Hanya dengan 7-9 spray sahaja.

    Garam Bukit Untuk Kucing

    Untuk pemilik kucing kesayangan, Aroma Crystal Salt ini juga boleh dirimbis kepada kucing anda. Ianya rawatan semulajadi kepada kesihatan kucing anda. Antara kebaikannya ialah, dapat menyembuhkan luka dan mencantikan bulu kucing anda.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 24

    Khasiat Foot Detoxer

    • Membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain • Membantu lancarkan peredaran darah • Membantu mengeluarkan toksin dalam tubuh badan • Membantu melegakan sakit sendi, otot dan lenguh-lenguh • Bertindak sebagai Lampu Garam Bukit yang mempunyai pelbagai

    khasiat • Membantu memberi ketenangan dan keselesaan untuk tubuh badan • Mendapatkan kulit yang lebih bersih dan cantik • Menguatkan sistem imun badan • Membantu mengurangkan insomnia, tekanan dan keletihan • Membebaskan ion negatif dan mengurangkan radiasi elektromagnetik • Memulihkan mood dan menenangkan emosi

    Pendetoks Organik ( Foot Detoxer) Pendetoks Organik adalah tempat paling ideal untuk merehatkan kaki dan tangan. Diperbuat dari 100% Garam Bukit Himalaya dan digunakan dengan pelbagai cara. Merehatkan kaki dan tangan adalah salah satu fungsi pendetoks organik, menariknya ia juga boleh dijadikan sebagai Lampu Garam Bukit. Apabila pendetoks organik ini dinyalakan, ia mengeluarkan cahaya yang mengeluarkan ion neagatif melalui garam dan kehangatan yang amat selesa sebagai pendetoks kaki dan tangan. Selepas menggunakan pendetoks garam Himalaya, badan akan merasa lebih bertenaga dan tenang.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 25

    Khasiat Bantal Garam Bukit • Membantu menenangkan sakit otot • Melegakan sakit kepala • Mengurangkan keradangan, ketegangan • Melegakan sakit perut atau di bahagian abdomen yang tidak selesa • Terapi mata dan kulit muka • Mengurangkan bengkak • Melegakan sakit leher, sakit belakang • Sebagai bantal tungku dan bantal tidur • Melegakan kesakitan secara semulajadi • Terapi sejuk membantu mengurangkan bengkak dan sakit yang disebabkan

    oleh kecederaan • Haba sangat menembusi otot dan sendi untuk rawatan terapi yang

    menenangkan • Menggalakkan keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan

    Bantal Garam Bukit Garam Himalaya di dalam bantal terapi telah digunakan berabad-abad untuk memperbaiki keadaan kulit, merehatkan tubuh badan, mengurangkan penyakit pernafasan dan menguatkan sistem imun. Bantal Terapi ini dipenuhi dengan 100% Garam Bukit Himalaya Asli.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 26

    Cara Penggunaan Bantal Garam Bukit Bantal Garam Himalaya digunakan untuk menenangkan dan menyembuhkan badan. Ia boleh digunakan pada suhu bilik, dipanaskan ringan atau disejukkan. WARM : Microwave/Oven : Pilih tetapan sederhana dan haba selama satu minit. Sekiranya suhu yang lebih tinggi lebih disukai, ketuhar gelombang mikro dalam kenaikan setengah minit. COLD : Peti ais/freezer: Letakkan bantal dalam beg ziplock dan letakkan di dalam peti sejuk bawah atau peti sejuk beku sehingga ia siap digunakan, atau sampai ia mencapai suhu yang anda inginkan Simpan di tempat suhu bilik dalam keadaan berplastik atau beg ziplock.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 27

    Khasiat Tea Light Candle Holder • Membantu menuetralkan udara sekeliling • Menyebarkan energi ion negatif • Mengimbangi energi ion positif yang keluar secara berlebihan daripada alat

    elektronik • Cahaya redup dan tenang • Mengurangkan pencemaran udara • Memberi ketenangan • Membantu memperbaiki kualiti tidur

    Tea Light Candle Holder Perkara terbaik mengenai pemegang lilin garam adalah ia boleh digunakan seberapa lama yang dimahukan. Selain dijadikan dekorasi, ia juga boleh dijadikan sebagai cahaya terapi . Api yang dinyalakan pada lilin akan membuatkan pemegang lilin garam Himalaya mengeluarkan ion negatif yang memberi banyak faedah kesihatan. Cahaya dari lilin dan pemegang lilin garam ini juga boleh membuatkan sesuatu tempat itu nampak lebih tenang, lembut dan romantik.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 28

    Kegunaan Bebola Urut Garam Himalaya (Salt Ball) Apabila badan diurut dengan bebola garam yang biasa atau dipanaskan, mineral-mineral Garam Himalaya ini akan diserap dalam tubuh dan memberi manfaat kepada tubuh badan kita seperti menjadikan kulit lebih sihat, badan rasa lebih segar dan sebagainya. Lebihan energi ion positif dalam badan membangkitkan keradangan. Bebola Garam Himalaya membantu dalam menyeimbangkan energi ion positif yang berlebihan dengan energi ion negatif. Ini megurangkan keradangan dan melegakan kesakitan dan bengkak. Bebola Garam Himalaya membantu dalam menyegarkan kulit dan badan serta menyuburkannya dengan mineral yang bermanfaat. Ini dikenali sebagai antimicrobial semulajadi. Kulit akan berasa licin dan lebih sihat.

    Bebola Garam – Salt ball Garam Himalaya telah digunakan sejak beratus usia untuk meningkatkan penyembuhan. Orang ramai telah dikunjungi gua-gua garam untuk rawatan penyakit pernafasan dan kulit. Hari ini, batu urut atau bebola Garam Himalaya yang secara khusus digunakan untuk urutan batu panas. Selain itu ia juga dijadikan sebagai perhiasan dekorasi.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 29

    Kegunaan dan Khasiat Deodoran Garam Bukit • Anti-bakteria • Membantu menghilangkan bau badan • Hypo-allergenic • Tidak melekit • Deodoran pelbagai guna. Boleh roll di bahagian ketiak, tumit kaki dan roll di

    belakang sebagai urutan. Sesuai di gunakan untuk bahagian berbau, kulit bermasalah, kurap, gatal dan sebagainya. Sesuai digunakan pada ketiak, leher, kaki, kawasan belakang lutut ataupun mana-mana bahagian tubuh anda yang mudah berbau. Hanya perlu basahkan sedikit pada hujung kristal dan sapukan dengan rata pada bahagian yang mudah berpeluh atau berbau.

    Deodoran Garam Bukit Badan berbau memang tidak menyenangkan dan membuatkan kurang keyakinan diri. Pemilihan produk penjagaan kawasan yang sensitif perlukan penjagaan yang rapi. Ada yang tidak sesuai dengan deodoran yang mempunyai bahan kimia. Deodoran garam bukit adalah pilihan yang tepat bagi yang mempunyai kulit sensitif dan mahukan bahan semulajadi. Ianya 100% Garam Bukit Himalaya Asli tanpa bahan tambahan.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 30

    Pilihan Door Gift Garam Bukit

    1. Botol Kaca • 2 pilihan Garam Bukit : Garam Bukit Merah Halus atau Garam

    Bukit Merah Kasar • Berat Garam Bukit Himalaya dan botol: 150gram • Sesuai untuk masakan/minuman/rendaman kaki/mandian

    2. Botol Plastik

    • Garam Bukit Himalaya Halus • Berat Garam Bukit Himalaya dan botol: 300gram • Sesuai untuk masakkan/minuman

    Botol Plastik Botol Kaca

    Door Gift Garam Bukit Tidak perlu pening dan risau memcari doorgift yang eksklusif dengan harga berpatutan. Doorgift ini menggunakan botol plastik dan botol kaca yang boleh digunakan semula.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 31

    7 Khasiat Garam Ruqyah As-Syifa’ Seri Aishah 1. Produk Ini telah melalui proses terapi Al-Quran sebanyak 7 kaedah berbeza & berterusan bagi mendapatkan impak maksima dengan izin ALLAH

    2. Kolaborasi bersama Pengasas Akademi Arash yang pakar dalam proses penyembuhan spiritual dan sangat aktif memberikan khidmat rawatan seluruh negara

    3. Menggunakan Garam Bukit Himalaya Asli berwarna putih kasar yang sangat bersih kualitinya dan mempunyai energi garam yang tinggi

    4. Mandian bersama Garam Ruqyah bantu mendetoks racun dan toksin dari lapisan kulit. Garam Bukit Himalaya membantu menjaga kulit melawan infeksi dan pertumbuhan bakteria.

    5. Rendaman bersama Garam Ruqyah membantu melegakan otot-otot dan melancarkan perjalanan darah seluruh tubuh dan menyegarkan badan.

    6. Diadun dengan aroma asli buah limau purut yang juga merupakan elemen rawatan penyembuhan sangat menyegarkan

    7. Mengambil sedikit Garam Ruqyah sebagai minuman bantu menjaga kesimbangan asid di dalam badan. Sifat Garam Himalaya yang alkali sangat mempercepat penyembuhan melawan penyakit.

    Garam Ruqyah As-Syifa’ Seri Aishah Garam Bukit amat terkenal dalam rawatan islam akan manfaatnya. Tambahan aroma limau purut dan menggunakan garam putih yang mempunyai energi yang baik membantu sesiapa yang inginkan perubahan.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 32

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 33

    Khasiat Garam Mandian Si Bulus: 1. Segar san cergaskan Si Bulus 2. Elak dari jangkitan kurap 3. Elak dari jangkitan kutu 4. Elak dari jangkitan virus 5. Cepat melegakan luka Lakukan apabila: 1. Setiap kali mandi 2. Bila Si Bulus lemah 3. Bila Si Bulus sakit 4. Bila Si Bulus luka Cara-Cara Garam Mandian Si Bulus: 1. Ambil 5 sudu Garam Mandian Si Bulus 2. Masukan ke dalam baldi bilasan mandian bersama air 3. Gaul sehingga Garam Mandian Si Bulus larut sebagian 4. Jadikan bilasan selepas selesai bershampoo dan bersabun Bagaimana jika Si Bulus terminum atau jilat air garam? Tidak mengapa! Ianya juga sesuai untuk di minum dan bersih. Cuma perhati pada kadarnya.

    Garam Mandian Si Bulus Rawatan untuk haiwan peliharaan menjadikan bulu lebih cantik, kuat, tidak gugur dan sihat. Sesuai di gunakan bila-bila masa sahaja. Kucing sihat, Tuan ceria.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 34

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 35

    Tapak lampu garam Bukit Terdapat 2 jenis tapak lampu dan pelbagai saiz tapak lampu. Ianya diperbuat dari batu marmar (marble) dan mempunyai wayar sepanjang 1-1.2meter dan 2 pin plug.

    1. Tapak Lampu Garam Biasa

    2. Tapak Lampu Garam Dimmer ( Mengawal pencahayaan lampu)

    Aksesori Lampu Garam Bukit Bagi memudahkan pemilik lampu garam bukit sentiasa menikmati kebaikkan dari lampu garam bukit. Kami juga menyediakan aksesori untuk penjagaan dan baikpulih lampu garam bukit. Aksesori ini boleh dibeli secara runcit dan borong.

    *Terdapat saiz 4”inch, 5’inch, 6”inch dan 8ïnch

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 36

    Wayar Lampu Garam Bukit Wayar lampu garam bukit memudahkan pelanggan membetulkan tapak lampu garam bukit sekiranya ada kerosakkan. Terdapat 4 jenis wayar lampu garam bukit.

    Jenis Wayar Maklumat Gambar Wayar Biasa Panjang 1-1.2 meter

    2 Pin

    Wayar Dimmer Mengawal pencahayaan

    mentol Panjang 1-1.2 meter 2 Pin

    Wayar Spring & on/off button

    Panjang 1.8-2 meter On/off button 2 pin

    Wayar Spring & Dimmer

    Panjang 1.2-1.5 meter Mengawal pencahayaan mentol 2 pin

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 37

    Mentol Mentol boleh didapati dengan belian runcit dan borong. Maklumat mentol: 15 watt, skru saiz E14 dan brand THL.

    Piring Lampu Garam Bukit Aksesori penjagaan lampu garam bukit. Letakkan piring sebagai alas lampu

    garam bukit. Saiz piring 15 cm-16 cm diameter.

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 38

    MAKLUM BALAS DARI PELANGGAN

    Aroma Crystal Spray

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 39

    Lampu Garam Bukit

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 40

    Berpuashati dengan servis kami

  • KATALOG PRODUK PEMBEKALGARAMBUKIT.COM VERSION 2-2020 41

    HUBUNGI KAMI

    SERI AISHAH GLOBAL VENTURES SDN. BHD.

    (1353977-M)

    NO 22 JALAN APOLLO U5/191

    BANDAR PINGGIRAN SUBANG

    40150 SHAH ALAM, SELANGOR

    TEL : 03-77343770

    NO HP : 0133976632

    EMAIL : [email protected]