judul : pembangunan laman web … pembangunan laman web interaktif bagi subjek kimia tingkatan 4...

19
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS SESI PENGAJIAN: 2008/2009 Saya NOR SHAFIZA BINTI SUPARDI (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 4999, PT HJ ABD RAHMAN, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA KAYU ARA PASONG Nama Penyelia 82010, PONTIAN JOHOR Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

Upload: lynguyet

Post on 10-Jul-2019

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NOR SHAFIZA BINTI SUPARDI (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh ____________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: LOT 4999, PT HJ ABD RAHMAN, DR. NORAFFANDY BIN YAHAYA KAYU ARA PASONG Nama Penyelia 82010, PONTIAN JOHOR Tarikh: __________________ Tarikh:___________________

Page 2: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ____________________

Nama Penyelia : Dr. Noraffandy bin Yahaya

Tarikh : 20 April 2009

Page 3: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

i

 

PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA

TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS

NOR SHAFIZA SUPARDI

Laporan ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2009

Page 4: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

ii

 

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : ____________________

Nama Penulis : Nor Shafiza binti Supardi

Tarikh : 20 April 2009

Page 5: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

iii

 

 

DEDIKASI

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Tuhan yang Maha Esa

atas limpah kurnia dan rahmat-Nya

Sekalung penghargaan buat Dr Noraffandy Yahaya serta warga kerja

Fakulti Pendidikan, UTM

atas tunjuk ajar, nasihat serta sokongan yang telah kalian berikan

Buat insan-insan yang sentiasa kusayang,

Ayah, Ummi, adik-adikku dan rakan-rakan sepejuangan

Kalian sumber inspirasi dan kekuatanku menempuhi hari-hari mendatang

Terima kasih atas segala-galanya

Page 6: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

iv

 

 

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi kerana telah mempermudah segala

urusan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W serta

para sahabatnya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat penyelia projek

saya, Dr. Noraffandy Yahaya. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang

telah diberikan sepanjang proses penghasilan projek ini. Segala bimbingan yang telah

diberikan telah menjadikan saya lebih matang dalam mengambil keputusan.

Sekalung penghargaan buat ahli keluarga saya – ayah, ummi dan adik-adik

atas segala sokongan dan doa yang tidak pernah putus. Terima kasih yang tidak

terhingga buat rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa di sisi memberi sokongan dan

inspirasi. Komitmen anda semua amat dihargai.

Ucapan penghargaan ini juga ditujukan khas buat semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam proses penghasilan projek ini. Sekian,

teirma kasih.

Page 7: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

v

 

ABSTRAK

Pembelajaran secara dalam talian bukanlah suatu isu yang baru dalam bidang

pendidikan di Malaysia. Perkembangan teknologi komputer dan kemudahan talian

internet yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan memberi kemudahan

kepada para guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini

melibatkan pembangunan sebuah laman web interaktif berdasarkan sukatan pelajaran

subjek kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Projek ini

dibangunkan bagi membantu pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 mempelajari topik

‘Preparation of Insoluble Salts’ serta memberi kemudahan kepada para guru untuk

mendapatkan media yang sesuai digunakan semasa pengajaran subjek kimia. Laman

web ini telah dibangunkan berdasarkan teori pembelajaran kognitif dengan

menggunakan pendekatan pembelajaran masteri. Laman web ini mengandungi

aktiviti yang dapat merangsang pemahaman pelajar terhadap kandungan pelajaran

yang berkaitan dengan topik ‘Preparation of Insoluble Salts’. Bagi membangunkan

laman web ini, pembangun telah menggunakan beberapa perisian multimedia seperti

Marcomedia Flash 8, Macromedia Dreamweaver 8, Adobe Photoshop CS2 dan

sebagainya. Model reka bentuk ADDIE telah digunakan bagi membangunkan laman

web ini. Di harap laman web yang telah dihasilkan ini dapt memberikan manfaat

kepada guru-guru dan para pelajar bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan kualiti

sesi pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

vi

 

ABSTRACT

Online learning is not a new issue for education field in Malaysia. The

development of computer technology and internet facilities had been provided by

Ministry of Education almost in every school of this country. All the facilities give

many advantages to teachers and students for teaching and learning process. This

project is about the development of an interactive education website which

developed based on the Secondary School Integrated Curriculum. It is developed

specially for Form 4 and 5 students to help them to learn and understand about

‘Preparation of Insoluble Salts’ topic. It also give some materials that useful and

suitable media to teachers for their teaching session. This website is fully developed

based on cognitive learning theory using the mastery learning approach. It also

contains activity session which can initiate and develop students’ understanding and

knowledge about ‘Preparation of Insoluble Salts’. This website was developed using

a few of multimedia software such as Marcomedia Flash 8, Macromedia

Dreamweaver 8, Adobe Photoshop CS2 etc. Instructional model used to develop this

project is ADDIE. Hopefully, this website gives benefits to teachers and every

student when they used it. Besides, it can improve the effectiveness and quality of

teaching and learning session.

 

Page 9: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

vii

 

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

BORANG PENGESAHAN

STATUS THESIS

JUDUL i

PENGESAHAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH

xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Pemilihan Laman Web Sebagai Media

Pengajaran

7

1.6 Kepentingan Projek 8

1.7 Skop dan Batasan Projek 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Penutup

11

Page 10: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

viii

 

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pendidikan Kimia di Malaysia 12

2.3 Masalah-masalah dalam Pendidikan Kimia 14

2.4 Pengaplikasian Teknologi Komputer dan

Multimedia dalam Pendidikan

17

2.5 Keberkesanan Laman Web Sebagai Medium

P&P

18

2.6 Teori-teori Pembelajaran 26

2.7 Model Reka Bentuk Pengajaran 30

2.8 Penutup

35

BAB 3 REKA BENTUK LAMAN WEB

3.1 Pengenalan 36

3.2 Model Reka Bentuk ADDIE 36

3.3 Rasional Pemilihan Model Reka Bentuk ADDIE 38

3.4 Fasa-fasa dalam Model Reka Bentuk ADDIE 39

3.5 Aplikasi dan Rasional Pemilihan Teori

Pembelajaran dan Pendekatan

46

3.6 Pemilihan Perisian dan Perkakasan untuk

Pembangunan Laman Web

49

3.7 Penutup

49

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN LAMAN WEB

4.1 Pengenalan 50

4.2 Paparan Laman Web 50

4.3 Ciri-ciri Istimewa dalam Laman Web 61

4.4 Penutup

62

Page 11: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

ix

 

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 63

5.2 Perbincangan 63

5.3 Cadangan 68

5.4 Penutup

69

RUJUKAN 70 - 73

Page 12: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

x

 

 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Aplikasi Elemen Pembelajaran Masteri dalam

Laman Web

48

Page 13: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

xi

 

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Carta Alir 43

4.1 Paparan Menu Utama 51

4.2 Paparan Learning Center 52

4.3 Paparan Notes 53

4.4 Paparan Activity 54

4.5 Paparan Activity 55

4.6 Paparan Activity 55

4.7 Paparan Activity 56

4.8 Paparan Activity 56

4.9 Paparan Activity 57

4.10 Paparan Activity 57

4.11 Paparan Activity 58

4.12 Paparan Activity 58

4.13 Paparan Activity 59

4.14 Paparan Activity 60

4.15 Paparan Activity 60

Page 14: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman yang serba maju ini, bukan hanya bidang ekonomi yang

mengalami anjakan paradigma. Bidang pendidikan juga menerima impak yang besar

akibat perubahan zaman yang serba pantas dan maju ini. Jikalau dahulu, bidang

pendidikan hanya dianggap sebagai bidang yang statik dan tidak mengalami

sebarang perubahan tetapi kini segalanya telah berubah. Kini, bidang pendidikan

dilihat telah menjadi tunggak utama bagi menjana pembangunan sesebuah negara.

Bidang pendidikan kini dianggap sebagai elemen penting untuk sesebuah negara itu

mencapai kemajuan dan pembangunan.

Sejak awal tahun 60-an lagi, teknologi komputer telah diperkenalkan di

negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Sebagai sebuah negara

yang sedang membangun, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menikmati arus

perubahan yang berasaskan komputer. Sehubungan dengan itu, Projek Koridor Raya

Multimedia telah diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri

Malaysia pada 1 Ogos 1996 semasa beliau merasmikan Persidangan Multimedia

Asia. Projek ini merupakan sebuah rancangan kerajaan ke arah negara yang

mempunyai kecanggihan teknologi maklumat dan komputer. Bidang pendidikan juga

telah menerima tempias akan ledakan teknologi komputer selepas pelancaran Projek

Koridor Raya Multimedia (MSC). Apabila aspek teknologi dan kurikulum sekolah

telah digabung jalin, ia dianggap sebagai satu daya usaha ke arah memupuk minat

dan sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan

Page 15: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

2

tradisi yang selama ini diamalkan seharusnya diubah supaya menjadi lebih menarik

dan melibatkan pemikiran kreatif dan kritis menggunakan teknologi.

Perkembangan pesat dalam sistem pendidikan memperlihatkan perubahan

fokus dari proses pengajaran kepada proses pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk

menyediakan pelajar yang bukan sahaja menguasai konsep pengetahuan tetapi

mempunyai kemahiran untuk mengaplikasi pengetahuan yang telah dipelajari. Hal

ini selaras dengan pembangunan modal insan yang telah disebut dalam Pelan Induk

Pembanguan Pendidikan (PIPP).

Kini, penggunaan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) bukan sesuatu perkara yang asing malahan semakin meluas bagi

memastikan kualiti pendidikan dapat ditingkatkan. Ia juga dilihat menjadi salah satu

keperluan utama dalam usaha menarik minat dan perhatian para pelajar terhadap isi

pelajaran yang disampaikan. Tambahan pula, pelajar-pelajar juga telah diasakkan

dengan pelbagai kecanggihan teknologi komputer yang kini terdapat dalam pasaran.

Tidak hairanlah, para pendidik digesa oleh kerajaan untuk sentiasa bersedia dan

berusaha untuk mengaplikasikan teknologi komputer dalam proses P&P untuk

menarik perhatian pelajar-pelajar. Langkah tersebut juga diharap dapat meningkatkan

lagi penguasaan pelajar terhadap kandungan pelajaran yang disampaikan.

Penggunaan teknologi komputer dalam P&P memberi banyak kesan yang

positif terhadap para pelajar sama ada terhadap perhatian mahupun penguasaan

mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan (Maddux et al., 2001). Teknologi

komputer yang digunakan semasa sesuatu sesi pengajaran di dalam kelas dipercayai

mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran lebih menarik. Di samping itu,

penggunaan teknologi komputer juga memberi peluang kepada pelajar terlibat secara

aktif berbanding dalam sesi pengajaran secara konservatif. Bidang pendidikan juga

boleh mengalami anjakan yang lebih positif dengan penggunaan teknologi komputer

dalam proses P&P. Kini, terdapat pelbagai teknologi komputer yang boleh

diaplikasikan dalam proses P&P. Antara teknologi komputer yang sering menjadi

pilihan guru-guru pada masa kini termasuklah penggunaan multimedia, CD-ROM

dan internet.

Page 16: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

3

Kini, penggunaan komputer dan talian internet pada masa kini tidak hanya

terbatas di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta sahaja. Menurut Maddux et al.

(2001), oleh kerana perubahan pesat pada masa kini, para pelajar lebih terdedah

kepada kemudahan teknologi komputer dan talian internet. Malah teknologi tersebut

telah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian mereka bukan sahaja untuk

tujuan pendidikan malah untuk hiburan. Sejak perlaksanaan Pembestarian Sekolah,

penggunaan talian internet telah diaplikasikan dalam bidang pendidikan di negara ini

untuk proses P&P. Seiringan dengan perkembangan teknologi yang pesat, komputer

dan talian internet kini digunakan dalam sesi pengajaran bukan hanya di institut

pengajian tinggi malahan di sekolah-sekolah seluruh negara. Hal ini menjadikan

pembelajaran secara talian semakin mendapat perhatian para pelajar dan guru-guru.

Perlaksanaan Sekolah Bestari telah mengisi agenda perlaksanaan Projek MSC

sekali gus membuka ruang yang lebih besar kepada teknologi komputer dan internet

bagi membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dalam sistem pendidikan pada masa

kini. Melalui internet, pelbagai maklumat dan kemudahan yang diperlukan dapat

diperolehi. Maklumat yang diperlukan dapat diperolehi dengan hanya melayari

internet dengan bantuan enjin-enjin pencari. Enjin-enjin pencari seperti Google

membolehkan maklumat yang diperlukan dipaparkan melalui laman-laman web

tertentu. Oleh yang demikian, kini laman web dijadikan sebagai salah satu alat bantu

mengajar (ABM). Hal ini kerana laman-laman web yang ada dapat diakses dengan

mudah dengan menggunakan teknologi internet.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai perubahan sejak

negara mencapai kemerdekaan. Sejak kebelakangan ini, berbagai-bagai usaha telah

diambil bagi meningkatkan lagi kualiti sistem pendidikan yang sedia ada. Oleh yang

demikian, ramai penyelidik telah menyumbangkan idea dan strategi bagi membantu

perkembangan proses pembelajaran bagi memastikan pelajar-pelajar mampu

memenuhi pasaran dunia professional pada masa akan datang (Jamalludin, 2003).

Page 17: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

4

Sehubungan dengan itu, program Pembestarian Sekolah telah dilancarkan dan

dilaksanakan dengan harapan untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kelancaran dalam sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah serta

kompetensi guru. Usaha ini merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan

penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan. Program

ini juga melibatkan penyelarasan 6 (enam) inisiatif ICT utama Kementerian

Pelajaran Malaysia iaitu; makmal komputer, akses Internet Jalur Lebar SchoolNet,

TV Pendidikan, Pusat Akses, P&P Sains dan Matemetik dalam Bahasa Inggeris

(PPSMI) dan 88 buah Sekolah Bestari (PIPP, 2006).

Pelajar sering dihantui dengan masalah untuk menguasai konsep dan teori

dalam subjek Sains terutamanya bagi subjek Kimia. Hal ini disebabkan oleh subjek

Kimia banyak melibatkan konsep-konsep abstrak dan tidak boleh dilihat dengan

mata kasar. Di samping itu juga, terdapat beberapa kesukaran yang terpaksa dihadapi

oleh guru dan pelajar apabila melibatkan aktiviti eksperimen. Masalah yang biasa

dihadapi adalah kekurangan bahan kimia dan peralatan yang diperlukan untuk

eksperimen.

Oleh yang demikian, pelajar perlu dibantu sama ada secara langsung atau

tidak langsung untuk menguasai isi kandungan subjek Kimia. Pelajar-pelajar akan

dibantu supaya mereka dapat menguasai satu unit pembelajaran sebelum berpindah

ke unit yang lain. Namun demikian, pelajar hendaklah diberi kebebasan untuk

menerokai bidang Sains ini agar pengetahuan yang mereka perolehi dapat

diaplikasikan dalam kehidupan harian mereka.

Berdasarkan perkembangan teori-teori pembelajaran, dapat diperhatikan

bahawa teori-teori tersebut mula berubah kepada teori yang lebih berpusatkan pelajar

dan proses pembelajaran. Jika pada mulanya teori behaviourisme hanya tertumpu

kepada perubahan tingkahlaku, teori kognitif dan konstruktivisme pula lebih

memfokuskan proses pembelajaran pelajar.

Menurut Shahabuddin (2003) dalam bukunya ‘Psikologi Pendidikan’, Teori

Perkembangan Kognitif telah diperkenalkan oleh Jean Piaget, merupakan seorang

Page 18: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

5

ahli falsafah dari Switzeland. Teori yang diperkenalkan melibatkan konsep-konsep

utama dalam bidang perkembangan psikologi dan konsep kecerdasan. Teori ini juga

telah menggariskan bahawa sesuatu pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya

proses pembelajaran berlaku dalam minda. Teori ini juga merupakan lanjutan kepada

Teori Behaviourisme yang menyatakan bahawa perubahan perlakuan adalah

penunjuk atau bukti terhadap sesuatu proses pembelajaran.

Berdasarkan sistem pendidikan yang dijalankan di Malaysia pada masa kini,

amat mementingkan tahap pencapaian cemerlang daripada setiap pelajar. Tahap

pencapaian pelajar-pelajar biasanya diukur melalui peperiksaan yang dijalankan pada

peringkat sekolah, daerah mahupun seluruh negara. Melalui proses menganalisa

kertas peperiksaan yang sering dijalankan selepas peperiksaan, guru-guru seringkali

berhadapan dengan masalah yang sama (Abu Hassan, 2003). Kebanyakan guru-guru

mendapati tidak kesemua pelajar dapat menguasai pengetahuan yang seharusnya

dikuasai melalui sesi pengajaran. Lebih menyedihkan lagi, sekiranya ada segelintir

pelajar yang langsung tidak memahami isi kandungan walaupun selepas penilaian

dilakukan .

Oleh itu, pembelajaran masteri adalah strategi yang amat sesuai digunakan

bagi mengatasi masalah yang seperti yang telah dinyatakan (Guskey, 1997). Ia juga

merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh

digunakan supaya pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Pembelajaran masteri

bukan suatu perkara yang baru dalam proses P&P, konsepnya berasaskan kepada

prinsip utama iaitu semua pelajar boleh menguasai perkara yang dipelajari jika masa

dan peluang yang diberikan mencukupi serta berkualiti.

Dalam projek ini, pendekatan pembelajaran masteri dipilih kerana ia

melibatkan fungsi laman web tersebut sebagai pemudahcara bagi para pelajar untuk

menguasai isi kandungan topik ‘Salt: Preparation of Insoluble Salt’. Oleh sebab

pembelajaran masteri dipilih sebagai pendekatan bagi membangunkan projek ini,

terdapat pelbagai aktiviti interaktif diaplikasikan yang bertujuan untuk memudahkan

pelajar menguasai kandungan pelajaran seperti yang telah ditetapkan. Aktiviti-

aktiviti yang melibatkan pembelajaran berpusatkan pelajar disediakan dalam laman

Page 19: JUDUL : PEMBANGUNAN LAMAN WEB … PEMBANGUNAN LAMAN WEB INTERAKTIF BAGI SUBJEK KIMIA TINGKATAN 4 TOPIK: PREPARATION OF INSOLUBLE SALTS NOR SHAFIZA SUPARDI Laporan ini dikemukakan bagi

6

web tersebut bertujuan untuk memberikan kuasa kepada pelajar untuk menentukan

strategi mereka untuk menguasai isi pelajaran tersebut.

1.3 Penyataan Masalah

Demi merealisasikan pengintergrasian laman web dengan mengaplikasian

strategi pembelajaran masteri untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran

mengenai ‘Preparation of Insoluble Salt’, sebuah laman web interaktif bagi topik

tersebut dibangunkan. Hal ini bertujuan untuk mengatasi masalah pelajar untuk

memahami dan menguasai secara jelas ketika mempelajari topik ini. Dengan

pembinaan laman web ini kelak, sekurang-kurangnya ia sedikit sebanyak dapat

membantu memudahkan proses P&P bagi topik ‘Salt: Preparation of Salt’.

1.4 Objektif Projek

Objektif projek pembinaan laman web pendidikan bagi subjek Kimia

Tingkatan 4 ‘Salt: Preparation of Insoluble Salt’ adalah untuk:

i. merekabentuk laman web interaktif yang selaras dengan Sukatan Pelajaran

Tingkatan 4 bagi subjek Kimia.

ii. membangunkan laman web interaktif yang bertujuan untuk digunakan

sebagai alat untuk pembelajaran kendiri oleh pelajar sebagai bahan rujukan

dan ulangkaji.